Rate

Part 20 : Pesanan

Vampire Completed 6708

Sakit kepala!

Itu yang dirasakan selepas selesai sahaja kelas kimia.

Entah formula apa entah konsep apa yang diajar sebentar tadi dia tak boleh nak proses sama sekali. Semuanya salah Star. Kehadiran lelaki tu dalam kelas buat fikiran dia kabur.

"Ughh!"dengan kesal Lissa cengkam anak rambutnya saat tunduk mengerang mahu hilangkan rasa rimas yang berkumpul sejak tadi. Kenapa dengan hari dia kebelakangan ni ya?Sejak hari lahir dia hari itu lagi tak pernah ada satupun hal berjalan dengan lancar?

Lagi satu, kenapa Vlad boleh ada dalam kelas dia?

Lelaki tu nak apa??

Berdiri sahaja di hadapan kelas khas vampire diraja, Lissa terus beri ketukan di pintu dua muka bertombol kayu bentuk 's' di situ.

Kriiitttt~~

Pintu pun terbuka. Vampire lelaki berambut perang keemasan menyambut kedatangan Lissa. Sepasang mata berwarna emas merenung tepat ke wajah Lissa.

"Ya?"

Berdegup gugup jantung Lissa. "Saya nak berjumpa dengan Puteri Maria. Dia ada tak?"

Vampire lelaki itu diam seketika untuk menatap wajah Lissa lantas mengangguk kepala.

"Silakan..."pintu dibuka luas untuk Lissa.

Menginjak saja kaki Lissa di lantai bilik kelas itu serta merta bau aroma dari gadis tersebut menerawang penuh ke dalam. Dihidu oleh ke semua vampire yang ada di dalam kelas tersebut. Dengan serentak setiap kepala berpaling ke arah Lissa kerana tertarik akan bau dari gadis tersebut.

"Selamat tengah hari..."sapa Lissa dengan kekok apabila dia berdiri di hadapan kelas yang dipenuhi dengan vampire berdarah diraja itu.

"Hai Lissa.."sapa Maria dengan ceria di tempat duduknya setelah bertentang mata dengan rakannya itu. "Apa yang membuatkan awak datang ke kelas ni?"

Lissa menggaru belalang tengkuk taktala bulu roma dia tegak meremang.

"Can we talk for a moment?"

Kening Maria terjungkit sedikit.

""Kenapa?Ada sesuatu berlaku ke?"Maria bangun dari duduknya lantas berjalan mendekati Lissa. Semakin dia dekat semakin kuat perasaan craving dia untuk menerpa Lissa dan meratah darah gadis itu. Masakan tidak, bau Lissa yang misteri itu sungguh mengiurkan mereka para vampire.

Lissa pandang tak berkedip. Dia takut tapi tak adalah sampai gelabah sangat masa berada dalam kelas tu tapi aura dari vampire yang ada di kelas tu sedikit sebanyak buatkan dia seram sejuk. " Ada sesuatu yang saya nak tanyakan."

"Apa dia tu?"

Cepat-cepat Lissa pegang lengan Maria. Dia tarik vampire itu keluar dari kelas. Menjauh dari perhatian vampire yang lain.

Mahu tak mahu Maria ikutkan saja sehingga la mereka berdiri di hujung koridor tingkat tersebut.

"Sesuatu terjadi lepas saya bantu seseorang sembuhkan luka...awalnya saya tak pernah dapat hidu bau dia...tapi sejak saya sentuh dia secara direct masa guna kuasa tu...tiba-tiba saya boleh bau dia.."

"Awak gunakan kuasa penyembuh awak?"Maria sedikit terkejut.

Nak buat macam mana. Dia kesian tengok keadaan Star. Lagipun lelaki tu dah bantu selamatkan nyawa dia dan juga mamanya. "Ha'ah..."angguk Lissa.

"Lissa...kan saya pesan stay low. Awak sendiri tak pandai control bau badan awak....kenapa awak sesuka hati gunakan kuasa yang awak sendiri belum tahu kesan dan akibat lepas gunakannya?"

Kata-kata Maria mengundang resah Lissa. Dia pandang wajah keruh Maria dengan kening mencerlung susah hatinya. "Bukannya saya sengaja...dah tu macam mana ni?Bau dia tu buatkan saya tiba-tiba jadi tak keruan. Bukan rasa craving mahukan darah, tapi buatkan saya overwhelming dengan kehadiran bau dia tu je..."

"Of course la awak akan alami semua tu...sekali awak sembuhkan seseorang, secara automatik mereka telah imprint diri mereka kepada awak Lissa. Jadi kalau sesuatu berlaku kepada mereka awak boleh tahu...dan boleh cari di mana keberadaan mereka sekiranya mereka dalam bahaya. Nature sebagai seorang healer memang begitu. Macam konsep doktor dan pesakit. Sekali awak dapat rawatan, rekod awak masih tersimpan untuk semakan doktor."

"Habis tu macam mana sekarang?Apa saya kena buat?Bau dia buat saya tak boleh nak berfikir langsung....asyik teringatkan dia aje?Boleh awak lakukan sesuatu mengenai hal tu?"Lissa pandang dengan penuh harapan ke Maria.

Maria menggeleng sambil tersenyum nipis.

"You have to bear with it. There's nothing you can for now. "bahu Lissa ditepuk perlahan.

Ugh!

Lissa mengerang sambil dongak memandang ke atas. Dia begitu tak terkata dengan kenyataan Maria tadi.

"Oh ya.. sebelum saya lupa. Ada hal penting awak kena tahu..."

Sambil bercemberut keletihan, Lissa pandang Maria.

Maria merapat ke Lissa, bibirnya didekatkan ke tepi telinga kanan itu."Ada konflik dalaman sedang terjadi di antara pemimpin Zon Merah dan Zon Biru. Lord Dragomir dengan ahli majlis vampire yang lain ada isu dengan pemimpin daerah manusia biasa. Saya nasihatkan kepada awak untuk elakkan diri dari bahaya. Terutama sekali dari perhatian mana-mana Strigoi liar dekat luar sana."

Mata Lissa terbutang kaku. Dia diam memandang ke depan tidak mengatakan apa-apa.

"Sebaiknya awak berlatih samarkan bau badan awak ni atau mempunyai pendamping yang boleh guard keselamatan awak untuk sementara waktu." barulah Maria jauhkan diri dari Lissa. "Stay safe. Jangan sampai Lord Dragomir dapat tahu awak dalam kesusahan. Kalau dia dedahkan dirinya keluar, musuh boleh tahu identiti sebenar awak nanti."

Bersama nafas tertahan kerana takut, Lissa hanya memandang wajah tenang Maria. Dia tahu tapi tak sangka pula yang hal boleh jadi serius begini.

"Baik awak gerak sekarang. Bahaya kalau awak lama-lama dekat blok yang penuh dengan vampire ni...tak semua pandai kawal nafsu mereka dari menyerang manusia..."pesan Maria saat puteri itu berpaling hendak pergi dari situ.

"Terima kasih Maria."ucap Lissa dengan perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience