Rate

Part 13 : Kesian

Vampire Completed 6708

"Woah...Star...kenapa dengan muka kau tu"tegur rakan sebelah meja Star bila nampak rakan sekelasnya masuk dalam keadaan berplaster dan muka berlebam.

Pelajar lain dalam kelas ikut pandang bila nampak lelaki lampai itu berjalan masuk ke dalam kelas dengan lagak samseng biasanya.

Lissa yang sedang tunduk membuat jalan kira di bukunya ikut dengar teguran itu. Tetapi dia tidak pandang. Rasa tidak suka dan risau bercampur baur waktu itu. Mana taknya, Star yang selamatkan dia malam tadi semasa dikasari dengan vampire penyangak dua ketul tu!

             "Kau okay?"rakan sekelas lain jalan mendekati meja Star lepas rakan mereka itu duduk di meja belakang kerusi Lissa.

Sebaik sahaja Star sandar di kerusi, dia kerling ke belakang kepala Lissa dengan grumpy lalu pandang rakan-rakannya yang sibuk bertanya tadi.

             "Kerja malam tadi."beritahunya. Beg sandangnya di campak malas ke meja sebelum dia bawa kakinya naik ke atas meja seperti biasa. Yang mana buatkan hujung kasutnya tersentuh belakang bahu Lissa.

               "Kerja?Kerja apa?"

               "Jadi ring boxer agaknya. Aku dengar kita boleh dapat duit banyak..."

               "Iya ke kau bertinju Star?"

Pelajar-pelajar lelaki di situ rancak ingin tahu apa yang terjadi. Mengalahkan pelajar perempuan sendiri yang mana masing-masing sibukkan diri dengan urusan mereka sendiri.

               Lissa di hadapan ketika itu sudah menyirap marah apabila merasai kaki Star berada di bahu dia. Sengaja! Nak cari pasal dengan dia! Kalau boleh nak hari-hari cari pasal.Pelik!gerutunya dalam hati semasa toleh memandang ke belakang nak bagi warning.

Sekali tu lepas Lissa toleh, dia nampak keadaan Star. Kening lelaki tu bertampal dengan plaster putih yang tak sepenuhnya tutup luka terbelah di situ. Kemudian tepi tulang pipi kanan berlebam. Tepi bibir pun sama merah dan masih ada luka berdarah. Tak cukup dengan tu tangan sebelah kiri lelaki tu keluarkan bau darah namun berbalut. Melihatkan keadaan Star mati terus niat Lissa nak marah.

Kerutan di kening Lissa perlahan-lahan melurut.

Takkan la seteruk ni Star cedera sebab cuba selamatkan dia?

Lissa perhatikan aje Star lepas tu. Nak kesian tak ada gunanya, Yalah Star sendiri tak reti nak kesiankan dia selama ni. Elok sangat la tu!Kalau sakit mulut Star diam sikit!Kalau tidak nak menyindir dia aje kerjanya.

Star dengan muka bercemberut tidak puas hati, dia pandang Lissa masa Lissa tengok dia.

          "Apahal kau pandang-pandang aku?Ada masalah ke?"

            Berdecit Lissa lepas tu. "Ada mata pandang la!"sentapnya selepas itu. Dasar lelaki menyakitkan hati. "Kaki kau tu ada masalah sangat ke?Tak boleh letak dekat bawah?Mesti dekat atas meja jugak?"

           Tanpa belas, Star tendang belakang kerusi Lissa hingga buatkan Lissa terjungkit sedikit ke tepi. "Kaki aku...meja aku. Suka aku apa aku nak buat apa!"keningnya mencerun tajam.

Menyirap betul Lissa rasakan saat itu. Dia mahu aje terkam Star dan rentap leher lelaki tu dari bahu tu biar tertanggal terus!Tak habis-habis dengan perasaan benci terhadap dia. Macam tak percaya aje yang Star selamatkan dirinya malam tadi!tapi masalahnya kenapa?Kalau lelaki ni bencikan dia, Star takkan peduli sekalipun dia mati malam tadi.

          "Benci betullah!"Lepas tu Lissa toleh ke depan semula! Sabarkan je la!

Bukan dia yang suruh Star tolong selamatkan dia malam tadi pun.

Star merenggus kasar, dengan jengkel dia turunkan kaki dari meja tu sebelum bangun dari situ. Keluar dari kelas tersebut serta merta.

           "Kau nak ke mana tu Star!"

            "Kelas nak mula dah ni!"

Lissa ikut palingkan kepala, memandang langkah Star yang keluar dari situ dengan dengusan tak percaya. Elok sangat la tu berhambus!Lapang sikit ruangan ni tanpa bau dari lelaki tu!

Kelas Sejarah, Geografi lalu diikuti dengan kelas Fizik, kemudiannya kelas Lissa untuk pada hari itu pun tamat. Tepat jam 1 tengah hari. Beza sejam dengan kelas Norah. Yang mana waktu Lissa dalam kelas, Norah sudahpun keluar rehat. Sementara bila Lissa habis kelas, Norah pulak yang masuk kelas. Ada hari dalam seminggu tu urutan jadual mereka begitu kerana beza kelas.

Disebabkan Norah masih di dalam kelas, tengah hari tu Lissa makan sendiri. Lepas dia makan di cafeteria, Lissa pergi ke perpustakaan untuk siapkan kerja sekolah yang cikgu dia berikan satu hari tu. Memandangkan dia perlu pulang bersama Norah lepas sekolah nanti, dia sempat hubungi mamanya sambil tu untuk maklumkan rancangan Norah tu.

Seperti biasa, Mama Lissa tidak membantah malah membenarkannya memandangkan Lissa akan pergi ke Blue Zone. Tempat dimana semua penghuninya adalah manusia. Jadi tak ada lah bahaya mana.

Selepas siapkan mana yang perlu, barulah Lissa gerak untuk keluar dari perpustakaan. Dia ambil keputusan untuk jalan-jalan meluangkan masa yang ada di sekitar akademi sebelum berhenti dalam bilik umum pelajar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience