Rate

Part 49 : Hidden Ace

Vampire Completed 6708

Seakan tiada apa-apa yang berlaku, situasi di dalam akademi seperti biasa. Pelajar dari Zon Biru dan Zon Merah masih bergaul seperti biasa. Mereka semua menjalani rutin harian mereka akademi masing-masing. Perbualan harian mereka juga tiada kaitan dengan peperangan. Kebanyakan mereka fokus mengenai pelajaran dan social media.

Ianya seakan semua di situ telah di hypnosis untuk jalani hidup seperti tiada apa-apa yang berlaku di antara Zon Merah dan Zon Biru.

Sedangkan peperangan memang bakal terjadi bila-bila masa saja!

Beberapa orang vampire diraja kelihatan sedang duduk lepak di kawasan redup berdekatan koridor. Puteri Maria kebetulan turut berada di situ bersama rakan vampire dia yang lain. Dan gadis cantik itu dengan elegan duduk bersilang kaki menikmati minuman 'darah eksklusif' dalam tumbler khasnya.

         "Tuan puteri tak apa-apa?Saya perasan tuan puteri kelihatan tidak berapa okay sejak kelas awal pagi tadi."tanya Lucy.

Dah tahu tanya lagi?Puteri Maria kawal diri untuk tidak membuat muka.
   
          Vampire lelaki di samping Puteri Maria sandar ke belakang. Dia yang sebaliknya bersuara. "Hmm...nampaknya ada sesuatu telah terjadi di High Council semalam. .Ayah aku antara yang menyaksikan situasi di tempat tu semalam.."ujar Keho dengan perlahan.

Puteri Maria menyelak sehelai muka surat buku yang dibacanya lalu kembali menyambung bacanya.

            "Apa yang berlaku?"

            "Vladimir, dia yang nekad hendak hentikan peperangan ni telah membawa Lissa serta Star ke situ untuk menjadi saksi bahawa semua perancangan dan isu peperangan ni bukan berpunca dari pemerintah Zon Biru. Tapi sebaliknya disebabkan oleh sebuah organisasi rahsia yang dibentuk untuk memberontak kerjasama antara dua zon ni. Disebabkan Lissa ada buktinya Vlad gunakan memori Lissa sebagai pilihan terakhir untuk memujuk Lord Dragomir supaya elak peperangan dari terjadi."

Mata Puteri Maria bergerak ke kanannya, tempat dimana Keho duduk tadi. Terus terhenti baca dia lepas dengar kawannya bercakap begitu.

           "Dah tu?Apa keputusannya??"

           "Lord Dragomir hanya mampu tangguhkan seketika peperangan tu dengan mengerahkan kesemua vampire yang ada di sempadan Zon Biru undur dan berhenti mengawal sempadan tu. Jadi pemerintah Zon Biru setuju untuk stay down sementara waktu."

BAM!

Buku tebal itu Puteri Maria tutup dengan kasar sebelum dia lempar ia ke atas meja depannya. Lissa bertemu muka dengan Lord Dragomir?Apa yang gadis tu fikirkan!?Sudahlah masalah besar belum selesai, Ditambahkan satu lagi masalah!?Dah puas hidup sangat ke?

            "Apa yang berlaku sebenarnya?"tanya Puteri Maria. "Kenapa Vlad yang bawa Lissa ke situ?"

            Keho tegakkan sikunya pada headrest kerusi Puteri Maria semasa lelaki itu pandang ke Puteri Maria. "Kata ayah aku, Vlad pernah pecah masuk sebuah event dibawah pimpinan Klaus. Majlis tu ialah majlis yang dianjurkan oleh ahli kongres yang bakal terlibat dalam sesi undian bulan depan. Dari situ Vlad dapati Lissa turut berada di tempat tu. Mungkin Vlad terdengar sesuatu atau Nampak sesuatu yang menyakinkan Vlad bahawa peperangan ni berlaku bukan kerana Zon Biru cuba memberontak tapi sesetengah golong manusia yang tamakkan kuasa.."

Tsk!Puteri Maria mengetik lidah bersama renungan jengkelnya ke satu arah. Malas betul la dia dengan hal politik manusia ni. Kenapa la mereka beria sangat nak musnahkan pemerintahan vampire di zon merah ni?

             "Hihihi.."Lucy ketawa manja saat menopang bawah dagunya. Memandang Puteri Maria. "Saya hairan, kenapa Tuanku Raja Vampire masih mendiamkan diri mengenai hal ni?Bukan ke sepatutnya baginda murka dengan tindakan manusia biasa yang cuba melanggar protocol baginda?"

             "Kenapa kamu cakap begitu?"Puteri Maria bertanya.

             "Yalah...mereka semua tak nak vampire yang menguasai mereka sebab itu mereka mahu musnahkan Zon Merah dan porak perandakan keamanan tempat ni...tapi ada tak mereka fikir, kalau bukan disebabkan bantuan kita, Zon Biru mungkin sekarang bukan tempat yang pesat dan maju. Malah mundur dan tidak berkembang. Selepas apa yang Raja Vampire telah lakukan, mereka dengan bongkaknya buat keputusan sendiri hendak musnah kehidupan di sini...tak begitu tuan puteri?"beritahu Lucy sebelum tersenyum memandang skrin telefonnya.

Haih!

Puteri Maria lemparkan pandangannya ke sekeliling koridor. Melihat mereka yang lalu lalang di situ dengan renungan tidak berminat. Agaknya bila la semua konflik ini akan berakhir? Dah bosan dia rasa!

         "Patut ke kita keluar dari sini sebelum peperangan berlaku?"

         "Yalahkan...ini kan peperangan antara dua kuasa yang berebutkan kuasa...kita yang tiada kaitan tak sepatutnya terlibat..."

Hujung bibir Puteri Maria terjungkit sinis. Ya!Betul tu. Semua ini bukan masalah dia untuk fikirkan. Dia pandang akan kuku di jari jemarinya. Sudah dua bulan dia tidak mengganti style kuku. Rasanya tema apa yang patut dia gunakan ya?

         "Sure?Maybe kita patut try melancong ke Mesir?"cadangnya.

Tamat sahaja waktu riadah mereka, Puteri Maria bersama rakannya berjalan menuju ke kelas masing-masing. Walaupun sama bangunan tetapi di kelas yang berasingan. Puteri Maria jalan sendiri menuju ke kelas Magisnya yang ada di tingkat atas sekali menara bangunan itu.

Namun baru disaat dia hendak tiba di selekoh anak tangga, langkah Puteri Maria mati serta merta setelah bertembung dengan pelajar lelaki yang berdiri di tepi dinding anak tangga depannya.

Haish!

Ingatkan takkan ganggu dia lagi.

Muncul jugak mamat menyakitkan hati ni.

         "Kenapa kau ada dekat sini?"tanya Puteri Maria sambil mengerling ke bawah tangga. Ingin pastikan tiada sesiapa berdekatan dengan tempat mereka. Berani betul munculkan diri depan-depan begini. Cari masalah sangat ke?

           "Sepatutnya aku tanya kau! Apa yang kau dah buat sampai hal jadi serabut macam ni?"lelaki depan Puteri Maria berbisik marah.

             Aik!Dia jugak yang kena? "Aku tak boleh nak control semuanya okay?"Puteri Maria menyilang tangannya ke dada. Pandang protes akan lelaki beraura menjengkelkan depannya saat itu.

             "Aku dah pesan kan. Control Vlad. Kawal lelaki tu supaya tak lakukan hal tak guna!"

             Dah agak punya! Tak pasal-pasal dia jugak yang kena marah. "Vlad buat apa?"tanya Puteri Maria walaupun dia tahu apakah masalah itu!

            "Jangan buat-buat tak tahu Maria. Kau tahu kan yang Vlad buat hal dengan heret Lissa bertemu dengan Lord Dragomir. Kalau kau tak desak Lord Dragomir tempoh hari, lelaki tua tu takkan buat hal dan Vlad takkan hilang kewarasan sampai pergi bawa Lissa berjumpa dengan ayah kandung dia hingga buatkan Lord Dragomir gunakan kuasanya kepada Lissa. Buatkan mereka berdua langgar perjanjian!"

             "Manalah aku tahu Vlad nak buat macam tu.."

            "Sekarang ni, Zon Merah bakal dicerobohi bila-bila masa aje mulai sekarang memandangkan tugu batu penanda selatan telah dimusnahkan. Kau tahu tak aku serabut dekat sini nak atur semuanya semula!??Boleh pulak kau buat keputusan tanpa rujuk aku terlebih dahulu!?"

So apa kaitan dengan dia?Bukan tanggungjawab dia untuk jaga keselamatan sempadan ni!

             "Bukan salah aku kalau pelan kau tak berjalan lancar. Aku cuma gesa Lord Dragomir lakukan sesuatu supaya hal ni tak menjadi serius. Manalah aku tahu Vlad akan heret Lissa ke badan council vampire tertinggi tu!Kau ada sekali dekat situ kan!Asal kau tak halang! Aku dah cuba sebaik mungkin dengan menggunakan kuasa aku pada ke seluruh pelajar akademi ni supaya mereka tidak cemas atau resah....ingat senang ke nak manipulasi beratus otak dalam satu masa..kau nak aku buat macam mana lagi.."desis Puteri Maria, keningnya mencerlung kerana marah.

           "At least cuba bantu aku Maria...bukan tambah masalah aku!Matang sikit boleh tak??"

           "Yang kau nak naik angin dekat aku kenapa?Dah la datang tetiba...kemudian nak marah-marah."getus Puteri Maria tak percaya. "Semalam bukan main lagi beria cerita dekat aku pelan kau akan berjalan lancar... hari ni nak mengamuk. Gila dah ke?"

            Lelaki depan Puteri Maria waktu itu beri jeling seriusnya. "Jangan sibuk nak tahu. Sekarang dengar betul-betul.Jangan buat silap lagi. Pertama sekali gunakan kuasa manipulasi kau untuk kawal fikiran dekan. Buatkan dekan memaklumkan cuti sekolah selama tiga minggu awal secepat mungkin. Kedua beritahu pada ayahanda untuk berikan surat rasmi kepada kepada pemerintah Zon Biru supaya mengetatkan kawalan keluar masuk penduduk dia. Ketiga, aku nak kau hantar pasukan Vlad dan pahlawan vampire ke sempadan tugu selatan tu. Jangan ada satupun orang berlegar dekat kawasan akademi lepas dekan umumkan cuti. Semua ni untuk lindungi sempadan Zon Merah, penanda Utama di dalam akademi ni perlu secure dari sesiapa."

Puteri Maria membuat muka.

          "Kau ingat aku ni babu kau ke nak suruh aku buat itu ini macam tu je?"

           "Maria..."

           "What ever you say!Berhenti mengarah-ngarahkan aku!Kau bukan ayahanda. Kau hanya abang beza 5 minit dari aku. Stop bossing me around!"getus Puteri Maria kembali menyambung dakinya menaiki tangga.

           "Aku serius Maria. Jangan rosakkan apa yang aku dah rancangkan selama 10 tahun ni."

            "Kenapa?"Puteri Maria berpaling ke balik bahu. Dia pandang ke bawah tangga dengan sengih meleret. "Bukan ke kau suka guna fake identiti ni?Berpura-pura jadi orang lain untuk jalani hidup normal dan lepas tangan untuk biarkan aku yang susah uruskan hal diraja!"ketapnya kejengkelan. "Ke sana sini dengan gembira tanpa fikir apa-apa masalah."

Berkerut kening lelaki itu dengan komen Puteri Maria.

             "Itu sebab aku terpaksa. Ayahanda yang arahkan aku untuk lakukan hal ni. Kau ingat ianya mudah?! Aku pun struggle dekat sini untuk pastikan tak hilang akal dalam identiti fake ni!Lagi satu...kau sendiri faham apa tujuan aku guna fake identiti ni!"

             Memanglah!Tapi sejak kebelakangan ni abang kembar dia tidak habis-habis nak menjengkelkan dirinya dan menganggu hari dia tanpa henti seperti tiada life lain! "Of course aku tahu tujuan kau gunakan fake identiti ni. Untuk jadi Raja...kau kena buktikan pada ayahanda yang kau boleh lakukan sesuatu yang membanggakan dia. I get it. Don't worry."ejeknya dengan sinis sambil buat muka tak peduli.

            Terdiam terus kembar Puteri Maria bila dengar. Lelaki itu pandang dengan mulut terbuka sedikit kerana tercengang. "Cuba kalau kau yang hidup guna identiti ni selama 10 tahun. Agak-agaknya apa kau akan rasa?"

Tidak membalas kata-kata itu, Puteri Maria kembali daki tangga itu dan meninggalkan kembarnya belakang tanpa menoleh sedikitpun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience