Rate

Part 21 : The Duo

Vampire Completed 6708

"Seperti yang aku agak. Nampaknya kuasa aku tak mempengaruhi fikiran kau?"

Ahh!What the-!

Tersentak mendengar suara itu, dengan pantas Lissa berdiri tegak dan bersandar ke dinding tempat dia berdiri sejak tadi. Lantas bertentang mata dengan renungan dingin milik Vlad. Nafasnya tertahan dan secara refleks tangan dia naik menekup mulut.

Bila lelaki ni berada depan dia?

Kenapa dia tak boleh nak kesan kehadiran Vlad?

        "Vlad.."ketap Lissa dengan perlahan.

        "Lissa.."

       "Apa awak nak dari saya?"mata Lissa naik turun meneliti tubuh vampire depannya. Sesuatu tak kena dengan Vlad. Dari awal lagi Lissa perasan tapi tiada perkataan yang boleh menggambarkan istilah yang dia sedang rasakan.

        Hujung bibir Vlad terjungkit melihat Lissa menutup mulut. Dia jalan menghampiri Lissa lalu meletakkan tangan di dinding sebelah kepala tu sebelum berkata. "Aku tahu apa kau cuba buat.."

       Kening Lissa berkerut. "Apa maksud awak?"

       "Kau tahu...even kau half vampire, kau masih ada kuasa untuk control body odor kau supaya tak terdedah dengan anasir luar?" hidung Vlad merapat ke tepi muka kanan Lissa. Menghidu bau dari tubuh itu. "Tapi kau pilih untuk tidak menyamarkan bau badan kau ni"

        What the-Macam mana Vlad tahu dia half vampire? "Apa awak kata?Half vampire?Siapa?Saya?"

       "Yalah..siapa lagi dekat sini kalau bukan kau?"

        Semakin bingung Lissa kerananya. Dia takkan nafikan atau iakan kenyataan tu. Sebab selain Maria tiada siapa tahu latar belakang dia yang sebenarnya. "Kuasa apa yang awak cuba katakan ni hah?Kalau awak nak merepek dekat sini...baik awak berhambus Vlad.."tanpa berlengah Lissa tolak diri dari bersandar kemudian mula berjalan untuk pergi dari situ.

        "Tsk!Tsk!Tsk! Not that fast princess..."

Vlad dengan cekap sekali mencengkam pergelangan tangan Lissa dan menarik semula tubuh itu kemudian di sandarkan ke dinding dengan kasar.

Umph!Lissa berkerut kening menahan sakit taktala badannya bersandar kuat dengan mengejut dibuat tindakan Vlad itu.

        "Beritahu aku...apa yang kau tahu tentang event di dewan Blue Zone semalam?"bisik Vlad.

         "Dah kenapa dengan awak ni!Lepaslah!"gelut Lissa mula ketakutan. Dia tak suka dengan Vlad. Lelaki vampire depan dia ini memberi aura berbahaya kepada dia. Buatkan nalurinya bergelojak minta untuk dia larikan diri dari situ secepat mungkin..

        "Jangan nak berdalih.Aku tahu kau ke situ mesti bersebab. Beritahu aku sekarang!"deram Vlad dengan bengis di depan muka Lissa.

Apa yang Vlad sibukkan sangat ni?Memangnya event malam tadi kenapa?Dia ke situ kerana Norah. Dan tiada apa-apa yang berlaku selain perbualan aneh yang dia dengarkan.

        "Saya betul-betul tak tahu apa yang awak cuba nak tahu Vlad...saya tak tahu apa-apa!Lepaskan saya sekarang!"gelutnya menolak tangan yang sedang mencengkam kuat pergelangan tangan dia.

       "Bau kau bukan bau manusia...dan bukan bau vampire...aku syak kau sebahagian dari organisasi gelap yang cuba musnahkan Red Zone. Sebab itu kau ke majlis malam tadi kan!"tuduh Vlad tidak semena.

         Sakit!Mata Lissa mula berkaca. Dia pandang wajah tegang Vlad dengan kening berkerut. Ohh...sebab itulah Vlad kata dia half vampire?Vlad fikir dia manusia yang bertukar menjadi vampire macam Raden tempoh hari?"Sumpah. Saya tak tahu apa-apa. Tolong la lepaskan saya sekarang..."

          "Tak sebelum kau beritahu aku kenapa kau boleh masuk Zon Biru tanpa dikesan apatah lagi ditangkap?"tegas Vlad. "Kenapa kau boleh ada dekat majlis manusia keparat tu!"

          "Saya tak tahu apa yang awak nak tahu Vlad. Apa saya boleh beritahu sekarang ni, Norah jemput saya ke situ!Saya Ikutkan dia aje."Lissa sekali lagi menarik tangannya sekuat hati Namun cengkaman maut Vlad sedikit pun tidak terkutik.

          Untuk sesaat bila Vlad tenung tepat ke      tatapan Lissa, dia dapat mengesan sesuatu dari mata tu. Tapi tidak dapat tahu apakah ia. Jadi perlahan-lahan dia pun lepaskan cengkaman dari pergelangan tangan Lissa. "Kau tak tipu?"

          Bersama nafas naik turunnya, Lissa usap pergelangan tangannya yang berdenyut sakit sambil memandang geram ke Vlad. "Untung saya apa kalau saya menipu!"ketapnya menahan geram.

         "Kalau macam tu jelaskan dekat aku macam mana kuasa pelupus ingatan aku tak berfungsi kepada kau?Kau ahli sihir?"

Serius!Apa isu Vlad sebenarnya ni?Kenapa lelaki ni terdesak sangat tanya tentang perkara yang dia sendiri tak jelas apa yang tengah berlaku sekarang ni!

        "Apa yang awak merepekkan sejak tadi ni?Pelupus ingatan?Jadi malam tadi awak cuba buatkan saya hilang ingatan?Sebab itu awak beri saya amaran untuk lupakan apa yang berlaku?"

        "Bukan itu yang aku nak dengar Lissa!Berikan aku jawapan bukan soalan."Vlad memukul dinding di tepi kepala Lissa dengan bengang.

        Lissa tersentak takut serta merta. Nafasnya menjadi deras. Apa yang Vlad marahkan sangat ni!Menyirap pulak dia menghadap!"Go to hell with your question! Saya takkan jawab apa-apa sebab saya sendiri tak tahu apa-apa!"

        "Berani kau kan!"Vlad dengan kasar cengkam belakang ikatan rambut Lissa lalu merentapnya ke belakang kuat-kuat. "Kau dengar sini-"dia dekatkan wajahnya ke depan muka tu.

         Secara automatik tangan Lissa naik memegang kedua-dua belah lengan Vlad. Cuba menolak lelaki itu sekuat hatinya. "Apa masalah awak ni!Lepaskan la!"

          "Kalau aku jadi kau...aku lepaskan dia."muncul suara dari kanan koridor itu.

Lissa menahan nafas kuat taktala bau familiar menghentak deria hidunya. STAR!

         Vlad buat muka bengang dia. Tangannya masih mencengkam belakang rambut Lissa saat dia memalingkan kepala ke kanan. Lantas bertentang mata dengan Dhampir terkenal akademi mereka itu. "F*ck off Star!!"ujarnya.

         Star memberi side eyes ke Lissa sebelum jalan mendekati ke Vlad. "Kau tahu, selain diri aku, tak ada siapa boleh beri aku arahan. "ujarnya dengan sengih sinis.

Kening Vlad mencerun serius.

         "Dan kau fikir kau Dhampir, aku nak takut dekat kau?"tercabar dengan kehadiran Star, Vlad kasar-kasar melepaskan Lissa buatkan gadis itu tercampak ke tepi sebelum jatuh terduduk di atas lantai.

Dengusan mengejek lepas dari Star.

          "Kau fikir kau vampire aku nak hairan dengan  kau?"

Kedua-dua lelaki itu saling berhadapan. Mata bertentang mata. Hidung bertemu hidung. Posture masing-masing dominan dan enggan berundur.

Dup!

Dap!

Dup!

Dap!

Jantung Lissa berdegup laju bagai mahu meledak. Gadis itu begitu cemas dengan apa yang sedang terjadi di hadapannya. Peluh dingin merintik-rintik di dahi.

         "Ini urusan aku dengan Lissa.Jangan masuk campur."beritahu Vlad.

         Lantas Star bertanya. "Kau ada urusan dengan Vlad ke Lissa?"dia pandang tatapan mencabar Vlad tanpa mengerling ke Lissa.

         "Tak."jawab Lissa dengan suara kecilnya.

         Dalam-dalam Star menarik nafas dia sebelum dihela panjang. Tangannya di seluk ke dalam poket seluar. "Dia kata dia tak ada urusan dengan kau Vlad."

         "Ikut aku sekarang."Vlad bergerak hendak mendapatkan Lissa,tapi dihalang oleh Star serta merta.

          "Berhambus Vlad."arah Star dengan nada tenang. Kalau Vlad nak cari gaduh dekat sini, dia okay aje. Tapi jangan salahkan dia kalau ada pancang tercacak dekat muka berlagak bagus depannya ni.

Lissa kejung di situ. Dia pandang muka bengang Star lalu kr wajah serius Vlad.

          Rahang Vlad berketik sebelum dia merenggus kasar. Dia tak boleh sentuh Dhampir tanpa alasan yang kukuh. Kalau dia cetuskan kekecohan dalam akademi ini dengan Dhampir, cerita takkan ending dengan baik!"Son of a b*tch!"getusnya sebelum berlalu pergi dari situ.

Melihat pemergian Vlad dari situ, Lissa bangun dari situ sambil memegang pergelangan tangannya yang kesakitan.

          "Boleh tak berhenti menyusahkan hari aku dalam sehari tu?"sentap Star tiba-tiba.

Bila Lissa mengangkat matanya ke Star, matanya terus terarah pada renungan mencerun Star. Lelaki tu bukan marah tapi nampak sangat sedang risau. Tapi kenapa?

          "Dia yang datang cari aku dulu..." muncungnya semasa tunduk melihat pergelangan tangan yang sudahpun kemerahan dan berbekas dengan kesan jari Vlad tadi. Serius kuat gila Vlad cengkam!Dia ingatkan tangan dia akan terputus dua kerananya.

Tidak semena bayang-bayang menyelubungi Lissa. Buatkan gadis itu tersentak lantas mengangkat kepala memandang ke depan. Dia hairan bila ada yang berdiri di depannya. Mendongak sahaja dia ke atas, Star sedang tunduk memandangnya dengan renungan dingin.

          "Kenapa?"Lissa pandang Star dari atas ke bawah kehairanan.

          Mata Star lirik ke pergelangan tangan Lissa yang kemerahan sebelum pandang ke wajah after panic Lissa. Dia nak marah tapi bila dah pandang keadaan Lissa begitu niatnya terus terbatal."Berhenti muncul depan aku dalam keadaan susah!Aku jengkel nak selamatkan kau banyak kali."keluhnya dengan letih.

Dia pulak yang kena?Lissa bercemberut. Tapi tak cakap apa-apa. Sebab dia sendiri masih cuak dengan hal tadi. Matanya terarah pada lantai di bawah kaki.

          "Pergi ke infirmary. Jumpa nurse. Suruh dia tengokkan tangan kau tu nanti." pesan Star semasa lelaki itu berlalu pergi dari situ.

Lissa diam berdiri memerhatikan Star pergi. Kata-kata Maria tadi terngiang-ngiang dalam kepala. Kalau la dia manusia biasa, Star bencikan dia tak?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience