Rate

Part 8 : Keturunan

Vampire Completed 6708

8 tahun lalu...

Darah!

Itulah perkara pertama yang dia nampak lepas jejak kaki ke dalam rumahnya.

Dan bila dia tengok lebih dalam ke rumahnya itu, dia nampak dinding lantai dan sekeliling rumah itu berbau darah.

Ibu...ayah...adik perempuan dan adik lelakinya!

Semuanya terbaring tidak sedarkan diri dengan darah membasahi lantai dan pakaian mereka. Sudah tiada sisa yang tinggal dalam badan mereka!

Bekas gigitan dapat di lihat dimana-mana pada tubuh mereka.

Seluruh ruang rumah keluarganya itu bersepah dan pecah-pecah. Memberitahu dia keluarga dia bergelut hingga ke akhirnya sebelum tewas di banjiri darah mereka sendiri.

Sejak itu..dia bersumpah akan jadikan vampire sebagai musuhnya!Tidak kira la siapa!Tuan atau muda!Kalau mana-mana mahluk pelesit itu usik manusia biasa!Dia akan bunuh mereka tanpa belas!

Dari kejadian 8 tahun yang lalu la kehidupan dia sebagai remaja berubah serta merta. Menjadikan dirinya yang ceria dan ramah pada orang berubah kepada dingin serta kasar. Sebab dalam kepala dia cuma ada satu perkara sahaja iaitu hapuskan vampire!

         "Lissa!Jawab aku!"Star goncang badan Lissa dengan kuat kerana jengkel dengan kebisuan gadis itu.

          "Aku tak tahu apa yang berlaku. Tapi kalau aku beritahu, kau nak percayakan aku ke?"tanya Lissa dengan renungan serius ke Blade. Pada masa yang sama dia sedih dan kecewa. Yalah.. Dulu dia selalu persoalkan banyak perkara. Kenapa dia tiada ayah. Kenapa orang selalu pandang rendah pada dia? Kenapa hidup dia tak sama macam orang lain?Kenapa mata dia merah, kenapa dia boleh dengar semua bunyi..kenapa dia boleh bau emosi orang lain?Semua jenis soalan tu.

Dan bila dia besar dan mula faham, baru dia tahu dirinya ini apa.

Baru dia tahu kenapa dirinya berbeza dan ibu dia selalu suruh dia diamkan diri mengenai identitinya.

Semuanya disebabkan ayah kandung Lissa adalah seorang vampire dan ibunya manusia. Hubungan terlarang seperti itu tak sepatutnya terjadi sebab akan cipta masalah besar. Gara-gara nak lindungi dirinya dari pemburu atau vampire jahat dekat luar sana, Lissa terpaksa hidup dengan identity sebagai vampire sebenar.

Sedangkan Lissa bukan jenis minum darah untuk teruskan hidup.

Dan sekarang Lissa kena tanggung sakit untuk kesalahan yang bukan salah dia.

           "Sama ada aku percaya atau bergantung dengan cerita yang kau bakal sampaikan!" balas Star.

Lissa berdecit mengejek. Dia tak percayakan Star. Hari tu kali terakhir lelaki ni cuba kenakan dia, dua minggu dia tak tidur malam sebab diserang mimpi ngeri lepas Blade ancam akan ikut dia siang dan malam!Buli dia dengan kata-kata tak elok!Tertekan dia!

             "Kalau macam tu aku berhak mendiamkan diri."protes Lissa sewaktu memberi jelingan penuh amaran ke Star. "Mungkin sebelum kau soal siasat aku, kau patut tanya siasat sendiri hal ni dengan budak-budak kau.."

              "Fine....kalau itu kehendak kau." Star tarik rantai besi yang mengikat tangan dan kaki Lissa tanpa amaran.

Sssss!

Sebaik saja rantai itu menyentuh kulit Lissa, ,asap seakan ada yang terbakar keluar berkepul di udara. Tubuh Lissa bergetar kuat di kerusi saat dia dalam kesakitan.

Pedih!

Panas!

Itulah yang dirasainya.

Cepat-cepat Lisaa menggigit bawah bibir untuk elakkan dirinya menjerit dek kesakitan. Dasyatnya bukan kepalang!Rasa ibarat seperti mahu meletup kepala otak dibuatnya!

Matanya ikut terpejam rapat. Panas dan pedih dapat dirasai pada segenap urat sarafnya. Lagi-lagi di bahagian pergelangan tangan serta kaki dia waktu itu.

           "Beritahu aku!"bisik Star di tepi telinga Lissa." Kau beritahu aku apa yang berlaku, Aku akan anggap semua ni tak pernah berlaku..."

Dalam keterpaksaannya Lissa buka matanya. Belakang badan dia bersandar kuat pada kerusi. Air mata mula mengalir turun dari tepi kedua-dua belah matanya.

         "Aku tak tahu...sumpah  aku tak tahu!" geleng Lissa dengan bersungguh. Dia tak tipu!Memang dia tak tahu apa yang berlaku!

Semua yang ada di situ diam tidak bergerak apa lagi beri reaksi taktala melihat Lissa di seksa begitu. Maklum la bukan kali pertama mereka tangkap vampire dan seksa mereka begini. Sudah berkali-kali sampai tidak terhitung sudah berapa ramai jadi mangsa mereka!

           "Bukan itu yang aku nak dengar!"

Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, Star rentap lebih kuat lagi rantai besi tersebut. Membuatkan kulit pergelangan Lissa mula kemerahan dan melepuh seperti terbakar.

Lissa mula meronta. Dia buka mulut menjerit tanpa suara. Menayang gigi taring berharganya. Dia dongak memandang siling batu bilik bawah tanah tu!Air mata mula berkumpul di kelopak mata.

Sss!

Bunyi desiran kulit Lissa terbakar menyapa gendang telinganya waktu itu.
     

            "Star....Aku tak tahu...sumpah!Aku tak tahu." rintihnya. Penuh berharap dia gagahkan diri untuk pandang Blade semula. "Demi mama aku...aku tak sakiti Raden atau Lucy...aku cuma kebetulan lalu dekat situ... Star..tolonglah.."

Bila Star pandang mata Lissa saat gadis itu merayu padanya, Keningnya berkerut. Giginya diketap erat. Dia boleh nampak kejujuran dari balik renungan mata Lissa dan suara lirih dalam kesakitan itu buatkan dia semakin menyirap benci!

DING!

DING!

DING!

Dentingan loceng gergasi kedengaran sayup. Menandakan waktu rehat sudahpun berlalu. Tiba masuk untuk para pelajar masuk ke kelas masing-masing. Jadi mungkin Disebabkan itu, Blade berdiri tegak. Dia pandang Lissa dan melepaskan rantai yang menyeksa gadis itu tadi.

           "Carlus.."panggil Star waktu itu.

Muncul la pelajar lelaki yang berdiri di sudut sejak tadi. Dia menghampiri Blade taktala namanya yang di panggil. Seusai itu dia pun berdiri tegak bersebelahan dengan kerusi dimana Lissa sedang duduk.

          "Ya ketua."sambut pelajar lelaki bersuara serak basah tidak lama kemudian.

          "Kau uruskan perempuan ni. Pantau dia masa balik nanti."pesan Star. Dia ada kelas yang perlu di hadiri. Kalau menghadap Lissa ni sampai ke esok belum tentu lagi habis!

          "Baik!"angguk Carlus dengan patuh.

Tanpa berkata apa-apa lagi Star keluar dari situ. Membuatkan yang lain ikut bergerak sama keluar dari situ. Meninggalkan Lissa sendirian dengan Carlus di situ.

Perlahan-lahan Carlus tanggalkan rantai dari tangan Lissa yang sudah berbekas dan kemerahan itu.

Tindakan tersebut di perhatikan oleh Lissa dengan sabar. Dia tenung muka cemas Carlus tanpa mengatakan apa-apa. Senak dada dia. Nafasnya pula naik turun cuba tenangkan diri.

Terlepas sahaja ikatan itu dari situ, rantai tersebut menghasilkan bunyi jatuh di atas lantai sesaat kemudian.

          "Boleh bangun tak ni?"tanya Carlus semasa pegang lengan Lissa hendak pimpin gadis tu bangun.

Kasar-kasar Lissa tepis tangan Carlus. Dia bangunkan diri dari situ sambil mencebik sedih. Sampai hati Star sakiti dia macam ni. Lelaki tu kan makin lama makin melampau tahu tak! Ingat dia ni apa?haiwan ke!

Carlus pandang serba salah ke Lissa. Dia sendiri tak tahu nak buat apa. Yalah... masalah sekarang dia tak tahu siapa yang salah siapa yang betul. Blade pula atasan dia. Nak tak nak kena la dia dengar!

          "Aish....lelaki tak guna tu kan!" pergelangan tangannya di urut-urut. Pintu yang tertutup itu di pandang dengan benci. "Tunggu la. Memang aku balas suatu hari nanti!"lafaz Lissa dengan benci.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience