Rate

Part 30 : Deal

Vampire Completed 6708

Ah!F***!

Serius!

Kenapa dia boleh berakhir di tempat Star?Seingat dia malam tadi mereka dalam perjalanan untuk ke rumah?

Lagi satu, kenapa kebelakangan ini dia banyak libatkan diri dengan Star setiap kali dalam masalah? Memangnya lelaki tu intip dia ke mana-mana aje ke?

Susah betul kalau lama-lama macam ni.

Mujurlah Star tiada sewaktu dia bangun tadi. Kalau lelaki itu ada sekali dalam bilik tadi pasti malu dia akan berganda-ganda!Terhendap-hendap seperti pencuri, Lissa jengah kepala dari balik kuakan pintu bilik itu. Kakinya tidak berkasut. Stoking sahaja yang mengalas kakinya.

Lissa sedar dia berada di mana ketika itu sebab itu dia terhendap-hendap! Siapa aje tak tahu kalau sedar-sedar aje ada dalam bilik tidur khas yang menempatkan Dhampir dalam akademi ini. Kuasa pendinding dan sihir asrama ini ibarat bermandikan air sejuk aje feeling dia.

Kalau orang lain Nampak dia berada di tempat ini, mungkin kepala dia bakal menjadi perhiasan dinding buruan mereka nanti.

Keluar sahaja dari koridor yang lengang itu, Lissa jalan menyusuri laluan tersebut dengan mata gerak kanan dan kiri cemas. Risau kalau ada yang lintas ke laluan tu. Mana dia nak lari!? Bangunan asrama ni dah la besar, nak cari pintu keluar pun dia tak tahu dekat mana!

Ahh!

Star!

Kena lelaki tu nanti kalau dia jumpa. Sesuka hati bawa dia ke kandang serigala secara terbuka macam ni. Sekiranya hal ni ketahuan dengan ketua dorm, mati dia!

Tap!

Tap!

Tap!

Bunyi tapak kasut bergema dari arah selekoh di hujung koridor, bertentangan dengan Lissa.

        "Aku rasa kelas master Kenny tak lama sebab dia kan tak ada. Jadi yang ganti kelas pun pembantu master.."

        "Syukur la...aku lupa nak siapkan kerja dia hari tu...kau sendiri tahu kan dengan latihan...meronda lagi.. mana la sempat aku nak hadap semua kerja-kerja tu.."

        "Oh shoot!Shoot!Shoot!"Kejung kaku Lissa dekat situ. Tangannya terdepan kanan dan kiri bingung hendak ke mana!Ada orang!GahhhH!!!Lissa berpusing ke arah tiang gergasi di sebelah kanannya. Kakinya berjengket saat lari ke situ lantas bersembunyi di balik tiang tersebut. .

Dup!

Dap!

Dup!

Dap!

Telinga Lissa menangkap bunyi jantung dia berdegup taktala kelibat pelajar lelaki dua orang tadi melewati tiang dimana dia sembunyikan diri.

           "Star cakap malam tadi kita kena keluar awal sebab pasukan vampire yang Vlad ketuai akan jalankan misi mereka untuk geledah kedai yang mengedarkan darah kepada vampire dekat seluruh pekan nanti.."

           "Semua?Kau serius?"

           "Serius la...Nampak aku tengah main-main ke sekarang ni?"

           "Sempat ke?"

           "Lord Dragomir dah kerahkan pahlawan dia untuk bantu kita sekali untuk operasi tu."

Terkedu Lissa dekat tiang lepas mendengar perbualan mereka itu. Dia dengan sembunyi intai dari balik tiang untuk lihat siapa yang berborak, sekali tu rupanya dua orang tersebut adalah rakan sekelas dia sendiri. Ben dan Eddie.

Mereka cakapkan apa tadi?Geledah?Vlad?memangnya sejak bila vampire dan dhampir mula bekerjasama?

Punya la khusyuk Lissa mengintai sampai dia langsung tidak perasan ada yang berdiri di belakang dia dengan jarak yang sangat rapat.

          "Tak baik pasang telinga perbualan orang lain.."muncul muka tu di kanan kepala Lissa.

          "Ha!"Lissa menahan nafas dengan kuat saat berpaling ke belakang lalu bertemu muka dengan dada bidang orang itu. Naik sahaja mata dia ke atas, dia bertentang mata dengan si devil itu sendiri.

Star pandang wajah bangun tidur Lissa untuk seketika sebelum lirik akan pakaian yang terpasang di badan gadis itu dengan minat.

Dalam hati Lissa sudah menyumpah seranah    kerana tidak boleh mengesan kehadiran Star sebab pakaian yang mempunyai jejak bau lelaki itu menyelubungi segala deria yang ada. Nampak sangat yang semakin lama semakin banyak Star mempengaruhi diri dia!

               "Mana kau dah pergi?Kenapa tinggalkan aku sendiri dalam bilik tu tadi?"desisnya sewaktu mencengkam lengan Star.

               "Kenapa?"

                "Kenapa kau tanya?Ya sebab aku cari telefon aku...pakaian aku...kasut aku...dan beg aku!Dan kau pergi macam tu aje...mana aku tak cari."Lissa mengintai ke kiri koridor. Nak pastikan tiada siapa-siapa bakal munculkan diri di situ.

               Tanpa amaran, Star angkat tangan, dia selak anak rambut Lissa dimana luka gadis itu berada. Sekali bila dia lihat, parut semalam sudahpun hilang sepenuhnya. Tidak meninggalkan sebarang kesan mahupun lebam. "Macam mana dengan badan kau?Dah okay?"

                Cepat-cepat Lissa menepis tangan Star dari kepalanya bila jantung dia berdetak aneh semacam. Gugup sendiri sebab Star buat macam tu dengan mengejut. "Aku tak apa-apa. Sekarang bawa aku keluar dari sini. Mama aku mesti risau aku tak balik ke rumah malam tadi. Pulangkan sekali barang aku."ajaknya.

Dengusan kecil dilepaskan oleh Star sewaktu lelaki tersebut berjalan terus ke hadapan menuju bilik dimana Lissa keluar tadi.

               "Hei...mana kau nak pergi tu!Kau kena bawak aku keluar dari sini la!"desis Lissa kegeraman di sebelah Star sambil mengekori langkah lelaki itu tanpa sedar.

Sampai sahaja di pintu biliknya, Star masuk ke situ, membiarkan Lissa di belakang mengekorinya.

               "Dengar...aku tahu aku dah banyak berhutang budi dengan kau..dan apa yang berlaku malam tadi. Aku appreciated. Tapi kau kena tahu...aku tak mintak semua kejadian tu berlaku okay..."bebel Lissa apabila dia berdiri di depan Star kerana lelaki itu sepertinya enggan menghiraukan dirinya. "Please... biarkan aku keluar dari sini sekarang.."

Namun begitu Star masih mendiamkan diri.

              "Star-"

              "Mama kau tahu kau dekat mana...aku call dia malam tadi lepas aku bawak kau ke sini."beritahu Star semasa menanggalkan v collar knitted cardigan hitam dari badan.

              "Hah?"nganga Lissa di tepi katil tu perhatikan Star sedang bersiap hendak menukar pakaian serba hitam lelaki itu. "Call?Kau call dia!Apa kau dah cakap dekat mama aku?"habis la!

              Meletakkan cardigan tadi di tempat gantung baju, Star pandang Lissa dengan sengih terjungkitnya. "Kau tak nak mama kau tahu apa yang menimpa diri kau ke?"

             Of course!Kalau kejadian malam tadi ketahuan, bukan setakat dia saja dalam masalah!Bapa dia dekat sana tu boleh tahu dia dalam masalah besar!Huru hara dibuatnya nanti. "Apa kau dah cakap dekat mama aku Star!"ketapnya.

             "Cuba la teka.."dengan selamba Star menanggalkan t-shirt round neck hitam dari badannya.

              Merinding jengkel Lissa ketika itu. Mata kiri dia berdenyut-denyut kerana mahu marah. Kalau bercakap dengan Star ni tak pernah tak rasa sakit hati. "Kau tak beritahu apa yang berlaku kan?"

               Star yang tidak berbaju itu jalan mendekati tempat gantungan baju uniform akademinya. Dia keluarkan baju kemeja putih dari hanger lalu dipakaikan ke badan. "Kenapa?Kalau aku beritahu hal sebenar..apa akan berlaku?"

                "Kau tak boleh beritahu!Kalau ada yang tahu aku akan dapat masalah besar kalau kejadian malam tadi ketahuan."Lissa jalan laju mendekati Star. Meninggalkan tiga langkah jarak antara mereka berdua.

               Sambil membutangkan baju kemeja itu, Star pandang Lissa bersama sengih meleret boyishnya. Suka bila tengok muka cemas Lissa. "Masalah besar apa yang akan berlaku?Aku rasa masalah kau memang sentiasa besar...tak ada yang kecik."

             "Stop it Star!Aku serius ni!Kau beritahu mama aku apa aje?"

             "Aku beritahu mama kau yang kau bermalam dekat asrama akademi sebab kelas prep. Puas hati?"

             Ish!Sengaja tau nak buat orang gelabah!    Kening Lissa mencerun saat dia menarik muncung tak puas hati selepas dengar apa yang Star katakan. "Kau memang suka buat perangai tak guna kau ni ya?"tanya dia bercemberut.

            "You know me well..."

            "Ha'ah...aku tahu sangat sampai rasa nak sumpah kau sekarang jugak!"ketap Lissa dengan bengang.

             "Itu cara kau bercakap dengan orang yang dah selamatkan kau?"Star gerak mencapai seluar slack hitam di tempat gantung yang sama. "Kalau aku jadi kau...aku takkan berani tinggikan suara apalagi cakap dengan kuat dekat sini...kau tahu dinding dekat sini pun ada telinga.."beritahunya.

             Bersama riak muka tak percaya Lissa pandang muka berlagak Star sebelum menjuling mata menyampahnya. Bertuah la dia diselamatkan dengan lelaki menyebalkan seperti Star ni. "Prick!"getusnya sebelum bergerak ke arah katil lalu duduk di atasnya dengan marah. Tangan di silang ke dada. Entah kenapa dia boleh ada perasaan suka dengan manusia bernama Star Poison ni?Macam salah pilih orang je rasanya!

             Selesai menukar seluar, Star tuck in pakaian dengan kemas sebelum capai tali leher dari kepala kerusi belajar dan mula melilitnya di sekitar kolar. "Lissa.."

             "What!"sentap Lissa dengan marah.

             "Kau tahu banyak perkara tentang pekan ni bukan"

              Star sedang menyarung kot di badan semasa Lissa pandang. "Kenapa kau nak tahu?"

              "Aku perlukan pengetahuan kau tentang tempat ni untuk selesaikan sesuatu."

              "Dan kenapa aku kena tolong kau?"kening Lissa mencerlung tajam.

             "Sebab kau tak ada pilihan lain Lissa..sama ada kau suka ataupun tidak."beritahu Star setelah lelaki itu berdiri di depan katil tu menghadap Lissa. Telefon milik gadis itu di jatuhkan atas riba. "Kau tolong aku...aku akan tolong kau. Deal?"

             Lissa tunduk memandang telefon miliknya lalu dongak memandang Star. "Tolong aku?Kau?Lelaki yang paling hendakkan aku mati?Nak tolong aku?Jangan nak buat lawak.."

             Lantas Star melutut sebelah kaki di depan Lissa. Tangannya naik memegang katil sebelah kaki Lissa. "Aku tahu kau perlukan kepakaran aku untuk lindungi kau dari vampire yang inginkan darah kau. Sebagai gantinya, kau kena tolong aku selamatkan tempat ni sebelum peperangan berlaku."

             Terbutang mata Lissa. "Peperangan?"dah kenapa sampai ke situ perginya. Nak menakut-nakutkan dia ke apa ni?

              "Hm...Peperangan. Kalau kau nak tengok tempat ni musnah. Terpulang. Kau boleh reject permintaan aku ni. Tapi kalau kau nak selamatkan semua yang ada di Zon Merah termasuk rakan-rakan akademi kita, kau kena tolong aku."beritahu Star.

             "Apa yang kau nak tahu tentang?" tanya Lissa mahu tak mahu.

Star pandang wajah Lissa dalam-dalam. Dia sedang bergelut dengan perasaannya sendiri. Dia tak sepatutnya melindungi vampire sedangkan vampire punca dia kehilangan keluarganya. Namun sebenci mana dia sekalipun terhadap kaum vampire, Star tidak menginginkan peperangan. Jadi apa yang dia boleh lakukan sekarang adalah hentikan peperangan sebelum ia terjadi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience