Rate

Part 23 : The Story Keepers

Vampire Completed 6708

Nama The Story Keeper terpampang besar atas billboard kedai buku yang terletak tidak jauh dari kawasan kedai dan restoran. Ianya merupakan premis dua tingkat yang luas serta antic reka bentuknya.

Dari luar seakan memandang sebuah kedai ahli sihir. Dengan bumbung runcing seperti topi ahli sihir, tingkap kaca display seakan mata labu Halloween.

Hiasan seperti pasu bunga dan pokok renek tersusun kemas di sekeliling premis tersebut. Anak tangga yang membawa ke pintu masuk turut di letakkan pokok menjalar. Membuatkan pemandangan tempat itu kelihatan magik.

Walaupun sudah beroperasi selama 25 tahun lamanya, kedai itu tetap utuh dan maju beroperasi dari generasi ke generasi seterusnya.

Harmoni dan menenangkan.

Itu gambaran pertama.

Bila masuk ke dalam ruangan tu, suasana hangat yang menenangkan adalah perkara pertama yang bakal menyambut pelanggan yang masuk ke situ. Alunan lagu lembut dari piano menghuni seluruh ruang kedai buku tu. Buatkan sesiapa saja rasa nak duduk lama dekat situ.

Di dalam kedai buku tersebut dapat dilihat pengunjung lain di celah-celah rak buku di situ. Ada yang duduk di lantai membaca sesuatu. Ada yang berdiri membelek dua buah buku yang ingin dibeli.

Tingkat atas menempatkan kafe untuk pelanggan yang datang. Tingkat bawah pula tempat di mana deretan rak buku berada. Ruang bawah tanah pula tempat dimana buku rare dan antik diletakkan. Sesiapa sahaja yang mahukan buku datang ke situ. Dari yang jauh-jauh pun sanggup turun ke situ untuk mendapatkan buku yang dijual kedai tersebut.

Tidak jauh di sebelah rak menghadap tingkap kaca, Seorang wanita berkot labuh sedang membelek rak dimana penanda buku diletakkan. Beberapa langkah dari situ cashier sedang membuat urusan jual beli dengan pelanggan yang membeli buku. Seorang pelanggan lelaki tua sedang tunduk membongkok mendapatkan buku dari rak bawah, Seorang kanak-kanak dengan ibunya pula sedang duduk bersila di hadapan rak buku kanak-kanak.

Pada masa itu la pintu kedai terbuka diiringi dengan bunyi gemerincing loceng taktala pintu itu di tolak ke dalam.

         "Selamat datang!"sambut cashier wanita di belakang kaunter tu dengan girang. Dia palingkan kepala hendak memberi senyum sapaan kepada pelanggan yang masuk. Sekali lepas dia nampak semakin lebar senyumannya.

           "Hai Thalia."sapa suara lembut itu dengan mesra.

            "Hai Lissa, kamu datang hari ni.."sapa cashier berambut kerinting kepada pelanggan tetapnya itu. Sejak dulu lagi Lissa sering datang ke kedainya dan buat tempahan awal untuk beberapa jenis buku tertentu. Yang mana dia akan usaha untuk dapatkannya!

             "Ha'ah, singgah sekejap. Ada keluaran buku terbaru ke.?" Lissa berjalan masuk ke dalam ruangan tu. Nah ini la kedai buku dimana dia dapatkan semua koleksi kegemaran dia. Biasanya kalau hari sabtu dan ahad dia akan datang ke situ untuk cari buku atau luangkan masa. Banyak koleksi buku kegemarannya didapatkan dari kedai Thalia. Seperti To Kill a Mockingbird, The Catcher In the Rye, The Great Gatsby, Catch-22,Beloved, Wuthering Heigh, Pride and Prejudice, Anna Karenina.

Dan banyak lagi!

       "Ada dekat rak hujung sebelah kanan, barisan kedua. Semua situ adalah buku terbaru.Tengok la." beritahu Thalia kepadanya.

         "Thank you!" sambut Lissa dengan bersemangat. Disebabkan dia sudah terbiasa dengan selok belok kedai buku tu, dah macam rumah sendiri, Lissa jalan menyusuri Lorong rak yang ada di situ tanpa ragu-ragu.

Berderet buku-buku best seller yang tersusun kemas dalam rak di kedai tersebut. Dari hujung ke hujung dari atas ke bawah tiada pengakhirnya.

Hinggakan yang melihat deretan tulang buku yang ada di situ pening tak tahu nak pilih yang mana. Kalau siapa pertama kali masuk pasti perlukan bantuan untuk cari buku.

Sebab di situ buku-bukunya diletakkan secara rambang. Tidak tetap. Kalau bertuah dapatlah buku yang menarik, kalau tidak, dapat pening je.

Biasanya Lissa datang ke situ jika balik awal dari akademi atau menunggu mama dia pulang dari kerja. Namun hari itu tujuan berbeza.

Brit!

Brit!

Tidak semena telefon bimbit dalam beg sandang dia bergetar. Dengan kalut Lissa korek begnya dan keluarkan telefon dia dari situ.

        "Hah...Hello."Lissa melintasi seorang pelanggan lelaki. Dia sempat minta laluan apabila tubuh lampai dan sasa lelaki tu hampir memenuhi satu laluan tu.

         "Mana kau?Aku cari dekat akademi dah tak ada?Biasanya kau lepak sini?"

Bila pelanggan lelaki tu bergerak ke tepi, Lissa beri tundukkan terima kasih lantas meneruskan perjalannya.

          "Ha'ah..sorry. Aku keluar awal tadi. Nak singgah StoryKeeper."

           "Lah kenapa tak beritahu, kalau kau cakap aku boleh temankan kau sekali ke situ?"

           "Tak apa lah..kau ada kelas prep sampai pukul 8 nanti. Kalau kau ikut sekali bila nak rehatnya."

           "Habis tu kau dah ada dekat kedai buku tu ke?"

            "Dah.. tengah cari pun.."

            "Nak aku ke sana ke?"

             "Eh...tak apa. Aku okay je. Tak lama pun. Kau rehat je."

             "Alright. Jumpa dekat akademi kalau macam tu."pamit Norah dalam panggilan.

             Setibanya Lissa di situ, dia gerak mahu membelok ke selekoh lorong rak di situ. "Okay. Bye." dia putuskan panggilan terlebih dahulu. Ketika itulah depannya melanggar satu dinding. Dia melatah kecil saat undurkan diri ke belakang dengan kening berkerut.

The heck!

Siapa yang letak tiang dekat tengah-tengah jalan ni?

Baru sahaja dia mahu membebel, niatnya terbatal kerana barulah bau itu menghentak derianya.

         "Dah tak ada mata ke nak pandang?" sentap orang itu.

Banyak-banyak tempat di sini jugak Star bertapak!

          Lissa telan air liur. Dia tahan nafas untuk tidak terus menghirup bauan dari orang di depannya ini. Ini semua sebab dia buat skinship dengan Star. Kalau dia tak sembuhkan lelaki mesti dia takkan alami hal ni.  "Sorry."ucapnya sambil gerak ke tepi mahu beredar. Mata masih tidak memandang.

Star perasan bila tengok Lissa mengelak dari dia. Tanpa berlengah dia terus pegang lengan tu dan tarik Lissa kembali rapat padanya.

           "Sekejap."tegah Star.

Terundur Lissa di buat rentapan tu. Dengan bingung dia pandang muka itu. Nak apa lagi ni? Tidak berkedip dia lepas mereka bertentang mata. Mata Star cukup untuk buatkan dia terpukau dari balik kolam mata tu.

          Cengkaman pada lengan Lissa di eratkan oleh Star. Matanya gerak kanan dan kiri saat menatap mata tu...sesaat kemudian matanya turun memandang bibir Lissa. "Kau regular dekat sini kan?"tanya dia lepas tu.

Untuk sesaat Lissa termangu. Masa tu tiba-tiba perasaan aneh muncul gara-gara terpana dek ketampanan Star. Namun apabila lelaki itu bersuara dia tersentak sendiri.

            "Huh?"nganga Lissa kebingungan. Duh!Kenapa pulak dengan dirinya ni?

            "Carikan aku buku relik tentang vampire." minta Lissa masih mencengkam lengan kurus Lissa erat-erat.

             Setelah dia sedar dari lamunannya, Lissa terus berdiri tegak dan tarik lengannya hendak jarakkan diri dari Star."Dah kenapa kau tanya aku...?"

              Star tarik Lissa mendekat padanya semula bila terasa dengan tarikan itu. "Sebab kau hutang dengan aku la...sebab apa lagi." ujarnya.

             Mata Lissa turun memandang jari jemari runcing yang mencengkam lengannya sebelum naik memandang muka handsome lelaki tu pula. "Bila masanya?"dia dah bayar balik okay. Star je yang tak tahu. "Aku tak ada hutang apa-apa dengan kau..dah lepaskan aku!"

Hujung bibir Star terjungkit. Dia tunduk mendekatkan wajahnya ke depan muka Lissa. Nak lari nampak!Berani buat berani tanggung la!

              "Kau sure?"tanya Star di depan muka tu.

             Mata Lissa naik turun perhatikan riak berlagak Star. Ihh!Mamat ni apahal! "Nak ungkit la tu.."cebik Lissa semasa lirik Star dari atas ke bawah.

              "Sedar pun..dah cepat tunjukkan aku mana buku-buku tu."tangan Star tukar tempat. Dia pegang belakang tengkuk Lissa pula dan dorong gadis itu supaya tunjukkan jalan.

               "Apa ni...lepaslah!" gelut Lissa sambil tu.Dia pandang ke sisinya dengan kening berkerut. Dah kenapa Star nakkan buku relik vampire?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience