Rate

Part 16 : Intai

Vampire Completed 6708

Jauh di suatu sudut, di celah-celah Lorong bangunan yang ada, sekumpulan kelibat sedang menyusup senyap melalui jalan rahsia yang terdapat di belakang pagar yang menyempadankan Blue Zone dan Red Zone. Kira-kira 20 kelibat bergerak dalam keadaan senyap dalam kegelapan malam tu.

Setelah ketua kumpulan mereka berhenti di dalam kegelapan, yang lain ikut berhenti dan berkerumun mengelilinginya.

        "Okay Rian dengan yang lain pecah ikut kumpulan satu. Baki yang lain follow lead Sillas dengan Bella...ingat pelan kita. Masuk dan cari apa saja petunjuk. Kemudian keluar tanpa di kesan. Kalau kau orang jumpa bilik yang menempatkan semua mangsa tu beritahu aku."

          "Kau sure ke Vlad?Banyak enforcement dengan Dhampir dalam tempat tu."

           "Masa ni la peluang kita ada. Masa dia orang tengah bersuka ria. Kita boleh jalankan misi kita."

          "Ramai orang kenamaan yang hadir dalam majlis ni...susah kalau tertangkap."

           "Tak apa. Aku, Klaus dengan Midnight akan seludup masuk dulu ke tempat utama."

           "Bukan nak menyampuk tapi kenapa kita susahkan diri untuk cari Strigoi dekat sini?Masalah dia orang bukan urusan kita?"

Ketua kumpulan yang sejak tadi mendiamkan diri pandang akan rakan-rakannya yang sedang berkumpul di situ sebelum dongak memandang bangunan tinggi di depannya ketika itu.

            "Sebab dia orang cuba gunakan darah Strigoi untuk diguna pakai pada manusia biasa." beritahu Vlad."Sama ada dia orang cuba cipta tentera dia orang untuk menentang Zon Merah atau gunakan Strigoi sebagai alasan supaya kerajaan hapuskan Red Zone kita takkan tahu..."

             "Jadi berita tentang pencerobohan Strigoi ke dalam Blue Zone semua tu tipu la?"

            "What the heck?Dia orang culik Strigoi dan gunakan darah mereka untuk cipta tentera buat menentang Red Zone?"

             "Itu yang kita kena cari tahu sekarang. Jadi kau masuk ke sana. Cuba cari apa je maklumat. Jangan sampai tertangkap. Kalau dalam bahaya cepat-cepat larikan diri!" pesan Vlad lagi.

              "BAIK!"sambut mereka dengan suara perlahan.

Lantas kumpulan orang berpakaian serba itu mula berpecah ke merata arah. Sebahagian ke kanan bangunan. Sebahagian melompat naik ke bangunan seperti spiderman dan bergayut tanpa menggunakan sebarang peralatan dengan mudah. Ada yang masuk menggunakan pintu belakang mahupun lif.

Tiga dari mereka bergerak secara sama. Mendaki tangga untuk ke tingkat dimana mereka tahu apa yang ada di situ.Apabila mereka tiba di tingkat tersebut dua dari mereka berpecah ke arah berbeza sementara Vlad dengan bersahaja gerak ke pintu berlabel EXIT sebelum tembus ke dewan dimana sebuah majlis amal diadakan.

Berpuluh manusia biasa dalam ruangan tu.

Pelbagai jenis bau serta suara orang bercakap menerpa deria rasa vampire milik Vlad. Berdiri sahaja dia di celah para tetamu yang ada, mata dia meliar ke sekeliling ruang. Cuba mencari target yang dia boleh dekati untuk cari tahu apa yang mereka bualkan. Mana la tahu kan dengan menggunakan kuasa baca fikiran yang dimiliki dia dapat cari tahu maklumat penting dari mereka di situ.

Baru sahaja Vlad nampak akan targetnya, tidak semena seseorang muncul dari sebelah kanan dan bau aroma manis yang menggodakan menusuk hidungnya. Membuatkan langkah dia terhenti seketika untuk mengesan dari mana punca bau itu berada.

         "Banyaknya kau makan Norah,manis semua tu kan..."

          "Relaks la Lissa. Bukan selalu,lagipun mama aku selalu control aku makan dekat rumah...kalau bukan sekarang bila lagi aku dapat merasa makanan sedap macam ni."

Vlad berdiri kaku di situ bila nampak dua orang gadis yang mengenakan dress labuh warna biru gelap dan merah velvet di sebelah hujung kirinya ketika itu. Menyedari bau itu datang dari gadis yang mengenakan dress biru gelap, dia cepat-cepat palingkan kepala dan pergi dari situ kerana enggan di lihat oleh dua orang itu.

Vlad terus jalan mencelah para tetamu di situ. Pada masa itulah kepala dia mendengar suara perbualan seseorang tidak jauh dari tempat dia berdiri.

Tertarik dengan suara perbualan tersebut, dia memperlahankan langkah kakinya sambil memasang telinga.

          "Berita dah sampai dekat kumpulan tu...mereka memang dah hantar orang untuk siasat kes pecah masuk Strigoi ke dalam Blue Zone."

           "Ada yang tertangkap ke?"

          "Belum...ketua guardian dan Dhampir sendiri cakap mereka masih siasat hal ni..."

           "Bagus...buat masa ni kita kena hati-hati kalau tidak mahu tertangkap."

Mata Vlad naik memandang sekeliling. Cuba cari dimana empunya suara yang dia dengar dalam kepala ketika itu.

           "Berapa ramai Strigoi yang dah jadi tahanan kita buat masa ni?"

          "Lebih kurang 100 orang. Aku dah bayar rasuah kepada penjaga yang mengawal pintu masuk laluan belakang sempadan Zon Merah. Jadi sampai bekalan darah yang kita perlukan mencukupi dia yang akan seludup semua Strigoi tu."

Nafas Vlad sudah tidak menentu bila dengar kenyataan tersebut. Matanya tidak berhenti dari mencari kelibat orang dalam kepalanya. Tetapi ianya bukan mudah kerana terlalu ramai manusia dalam dewan tu. Dan setiap seorang sibuk bercakap pada masa yang sama!

          "Apa laporan perkembangan kita?"

          "Seperti yang direncanakan, pelan kita untuk jadikan pahlawan yang terpilih menjadi sebahagian Strigoi hampir masuk 50 peratus. Cukup bulan Mungkin kita boleh mulakan operasi Red Zone tu..."

          "Bagus. Kita perlu musnahkan Red Zone sebelum pilihan raya baru yang bakal berlangsung hujung tahun ni. Kalau kita tak musnahkan Red Zone, kerajaan akan sekarang akan bergantung pada Organisasi Vampire yang selama ini telah menaja dan pemberi dana negara. Kalau hal tu berlaku, kita warga Blue Zone takkan berpeluang menjadi pemerintah."

Saat Vlad mahu mendengar lebih lanjut perbualan itu, dia terkesan pergerakkan seakan ada orang menghampiri dia dari belakang. Jadi dia pun toleh ke belakang kerana ingin lihat. Sekali tu Dhampir yang berdiri dekat situ.

           "Good evening sir, maaf tapi boleh saya tengok pengenalan diri encik tak?"tegur Dhampir tu kepada Vlad apabila kesan sesuatu yang tak kena pada lelaki itu. Kelakuan aneh Vlad buatkan Dhampir yang menjaga keselamatan ruang itu perasan dan menarik perhatiannya.

            "Kenapa mintak tetamu pengenalan diri? Ingat sopan ke?"Vlad pandang Dhampir itu sekejap sambil acah-acah hendak mengeluarkan sesuatu dari dalam poketnya.

            "Maaf kami Cuma nak buat pemeriksaan sahaja."ujar Dhampir itu.

             "Tertinggal pulak." beritahu Vlad dengan muka innocent dia. "Tapi tak apa, saya memang dah nak pergi pun. So..yeah. Have a goodnight gentleman."dalihnya yang kemudian berjalan pergi macam tu je meninggalkan Dhampir tadi.

             "Hei..tunggu!Jangan pergi!"panggil Dhampir tu mengejar langkah Vlad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience