Rate

Part 82 : Imprint

Vampire Completed 6708

Tak tahu la ini dejavu atau bukan, apa yang pasti dia pernah lalui situasi yang sama seperti ini.

        "Maaf, boleh tak awak turunkan kaki dari tempat saya?"Lissa pandang ke mata lelaki yang duduk dengan kaki di atas meja hingga mengenai kerusi untuk dia duduk. Selepas apa yang berlaku...Tempat mereka masih sama.

Hairan. Kenapa lelaki depannya enggan pindah tempat duduk kalau betul lelaki ni mahu jauhkan diri dan menjarakkan mereka berdua.

Putera Mahkota Micah mengangkat kening. Memandang judging akan Lissa.

         Kalau dulu mereka akan bertekak, tak tahu la kali ni bagaimana reaksi Putera Mahkota Micah bila dia cakap macam ni. "Cepat la. Penat tau tak ulang benda sama hari-hari..."kata Lissa dengan muka tak berminat dia ke Putera Mahkota Micah waktu itu.

Serta merta Putera Mahkota Micah menurunkan kakinya dari meja itu dan memandang Lissa dengan riak tercengang. Dia terkejut sebab ianya adalah ayat sama Lissa selalu cakap dekat dirinya semasa menjadi Star Poison. Dia ingat semua momen tu, tapi kenapa Lissa cakap macam tu sedangkan mereka baru saja bertemu selepas sebulan berlalu?

         "Kau-"kata-kata Putera Mahkota Poison dipintas dengan suara master mereka selepas seorang Wanita bersanggul kemas bergerak masuk dan berdiri di depan kelas.

         "Okay kelas, ambil tempat masing-masing. Kelas akan bermula sebentar lagi."

Lissa dengan sembunyi menarik sengih meleret penuh kemenangan dia bila tengok Putera Mahkota Micah tak membalas seperti biasa. Buatkan dia teringat akan momen lama bersama Star Poison dulu. Yang bila Star akan balas dengan kata-kaya menyakitkan hati pada dia.

Dan Putera Mahkota Micah di belakang Lissa sepanjang kelas dia hanya memandang belakang tengkuk Lissa. Disebabkan Lissa mengikat rambutnya tinggi ke atas, tengkuk yang sama dimana dia pernah tinggalkan bekas di tenung lama. Jari telunjuknya digosok-gosok pada bibir sambil tu.

Lissa yang turut menghidu scent kuat dari Putera Mahkota Micah berulang kali menelan air liur hendak mengawal reaksi dari kehadiran vampire itu.

Selepas sejam kelas berjalan, loceng tamat kelas berdenting lantang seluruh akademi. Memberitahu tiba masanya untuk kelas seterusnya. Lissa bersama dengan rakan sekelasnya juga mula bergerak hendak bubar dari situ. Namun apabila Lissa bangun dari kerusi, muncul seorang pelajar lelaki vampire mendekati Lissa. Menegur gadis itu dengan ceria.

         "Hey Lissa..."

          Tersentak Lissa sewaktu dia hendak menolak kerusi ke bawah meja. Kepalanya serta merta gerak memandang ke depan. "Ya..."balasnya kehairanan bila ketua kelasnya tegur dia.

          "Kau tahu, kan kita ada kerja tugasan esei tentang sihir penyembuh. Kau dapat A plus esei lepas. Boleh tolong aku dapatkan maklumat tak nanti lepas kelas?"

          "Oh...lepas kelas?Dekat mana nak jumpa?"

           "Library pun okay tak pun dekat bilik umum sayap utara.."

Pada masa Lissa senyum dan mengangguk kepala setuju, Putera Mahkota Micah ada je dekat belakang meja Lissa tu. Cuma mereka berdua terlalu hanyut dalam perbualan mereka sampaikan tak perasan yang lelaki tu belum beredar lagi.

           "Okay...jumpa dekat bilik umum kalau macam tu..."ketua kelas itu menepuk perlahan tepi lengan Lissa sebelum pergi meninggalkannya di situ.

Lissa balas dengan senyuman sahaja sebelum dia tunduk mengambil beg dari bawah kaki mejanya hendak di sandang. Sekali bila dia tegak semula dengan mengejut tepi lengannya di langgar dari belakang oleh seseorang. Buatkan Lissa menahan nafas terkejut akibat perlanggaran itu.

          Bila di pandang rupa-rupanya Putera Mahkota Micah yang langgar tepi lengan dia yang baru aje di pegang oleh ketua kelasnya tadi. The heck?Lissa pandang lelaki itu dengan kening mencerlung tak puas hati. "Dah kenapa?"tanya dia perhatikan belakang lelaki lampai itu ikut keluar dari pintu kelas. Perangai tu kan!Sabar ajer la.

Setibanya di depan makmal, Lissa bertembung dengan Puteri Maria. Waktu itu vampire itu baru saja keluar dari makmal tu sebelum mereka saling berselisih.

          "Kelas ke Lissa?"tanya Puteri Maria.

          Lissa tersenyum. "Ha'ah"

          Waktu itulah muncul Klaus dari arah dalam makmal. Lelaki itu yang melihat pertemuan dua orang gadis tu ikut berhenti hendak menyapa. "Hai Lissa..."sapanya merapat pada Lissa.

Dengan serentak ketika itulah Puteri Maria dan Klaus berseru.

         "Woah!Kuatnya.."kening mereka berkerut mengibas tangan depan hidung masing-masing.

         "Kenapa?Apa yang kuat?"Lissa dengan bingung pandang kanan dan kirinya. Ada yang tak kena dengan scent dia ke?Rasanya dia dah minum posyen untuk samarkannya. Tak berkesan ke?

          Puteri Maria pandang funny ke Lissa     menyedari ada scent Putera Mahkota Micah yang sangat kuat pada badan Lissa. Seakan Putera Mahkota cuba beritahu pada semua orang yang Lissa ni kepunyaan lelaki tu! "Kau duduk berdua dengan Micah ke Lissa?"

Klaus berkerut hidung kerana agak tergugat dengan bau yang tersisa pada Lissa waktu itu. Buatkan badannya secara automatik menjauh dari Lissa.

         "Kami berdua sekelas...memangnya kenapa?"semakin bingung Lissa. Memangnya kenapa?Mereka berkelakuan seperti ada yang menjijikkan pada dirinya. Teruk sangat ke bau badan dia ni?

          Bersama dengusan kecil. Puteri Maria lirik Lissa dari atas ke bawah kerana curiga sebelum ketawa kecil. "Tak ada apa-apa. Masuk la kelas..."beritahunya kerana faham apa yang kembar dia cuba lakukan pada Lissa.

           Klaus lambai tangan kecil pada Lissa tak berani nak dekat sebab bau kuat pada Lissa itu buatkan kepala dia jadi pening. "Jumpa dekat kafeteria nanti dengan Norah..."

Lissa perhatikan langkah dua orang itu dengan bingung sebelum tunduk menarik pakaiannya sendiri. Cuba hidu bau badan sendiri nak pastikan busuk sangat ke badan dia. Tapi tak. Tiada apa-apa bau pun yang dia hidu!?

Setelah itu reaksi yang sama diterima Lissa apabila rakan vampire mula beri komen mengenai bau yang sama. Buatkan ramai yang jadi jarak dari dia. Punya la tak puas hati, Lissa bertembung dengan rakan-rakan Dhampir Star sewaktu berjalan untuk ke kafeteria.

           "Cuba hidu aku?"beritahu Lissa pada Carlus.

Rakan sekelas Carlus yang ikut lelaki itu waktu itu pandang bingung.

            "Kau dah kenapa Lissa?"Carlus buat muka funny dengan sengih meleret kerana hendak ketawa. "Tiba-tiba suruh aku hidu kau?"

           "Cepat aje la!Aku nak tahu!"gesa Lissa begitu stress dengan harinya. Sejak Putera Mahkota Micah munculkan diri, hari dia tak berjalan dengan lancar. Kolar baju Carlus di cengkam kuat untuk menarik lelaki itu dekat padanya.

           Membutang mata Carlus bila leher Lissa ada di depan mukanya. Dan dia cubalah hirup bau Lissa, tiada yang ganjil. "Tak ada bau apa-apa...memangnya kenapa?"jawabnya selepas menjarakkan diri .

          "Serius?"bercemberut Lissa. "Tak ada..dari tadi orang cakap bau aku kuat..buat kepala dia orang pening. sebab itu aku suruh kau hidu aku..."

           Carlus menggeleng kepala. "Macam-macam la kau...dah aku ada kelas ni. Pergi dulu."pamitnya menyentuh atas kepala Lissa sekejap sewaktu jalan melewati Lissa.

Dan pada masa Lissa ikut turut mahu menoleh hendak pergi dari situ, entah bila dan dari arah mana, kelibat lelaki lampai berkemeja, tidak mengenakan tali leher dan menyinsing lengan baju hingga ke siku sedang berdiri di tepi tiang besar depan hallway tu.

Dup!

Dap!

Dup!

Dap!

Tergugat dengan kehadiran Putera Mahkota Micah di situ, Lissa kejung sekejap. Dia berbolak balik nak jalan ke depan ke tak?

AH!

Tak jadi nak guna jalan yang sama, Lissa berpaling semula ke arah bertentangan. Sebolehnya dia perlu jarakkan diri dengan lelaki yang pernah dia panggil 'Star' itu. Kerana dia sudah nekad untuk berhenti dari menyukai lelaki tu. Yang anehnya semakin dia struggle hendak jauhkan diri, semakin kerap pula lelaki tu muncul depan matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience