Rate

Part 53 : The Kiss

Vampire Completed 6708

*UNCENSORED*

         "A-apa kau nak buat hah!Jangan dekat!"

         "Kenapa takut dah?Bukan ke kau suruh aku tukar kau jadi tikus tadi."

          Cepat-cepat Lissa sandarkan belakang badannya ke pintu. Berharap pintu itu telan dia serta merta! "Mana adil kau yang marahkan aku. Sedangkan yang salahnya kau!Bukan aku! Aku yang patut marahkan kau! Lagipun aku dah buat apa yang kau suruh kan!Apa lagi kau yang kau tak puas hati!"Star semakin lama semakin mendekat. Jantung dalam tulang rusuk dia dah berdendang rancak!

          "Kau kata kau sukakan aku!Tapi kau dengan manjanya biarkan lelaki lain sentuh kau!Paling tak boleh blah!Berani kau ya buat tak pedulikan aku bila aku cari kau!?"Star berada di depan Lissa sesaat kemudian. Hanya berjarak tiga jengkal sahaja darinya. "Dua hari!Dua hari masa aku terbuang gara-gara kau Lissa!"

Lissa mengedip-ngedipkan mata bila nafas Star menyapa wajahnya.

             Suka hati je!"Kau suruh aku dapatkan maklumat dari dia orang....takkan la aku nak tumbuk muka dia orang pulak...siapa punya salah?Kalau kau minta maaf dekat aku..tak adanya dua hari aku ignore kau!"

            "Ada banyak caranya selain kau biarkan dia orang sentuh kau sesuka hati macam tu!"

            "Dah kenapa!"Lissa pandang Star atas bawah tidak percaya. "Kalau kau pandai sangat kenapa kau tak tanya dia orang sendiri!Aku jugak yang disuruhnya. Untung-untung aku dapat maklumat dari dia orang. Bukannya nak berterima kasih ke apa...malah complain aje tahunya.lagipun apa urusan kau kalau lelaki lain sentuh aku ke kiss aku ke!Bukannya aku ni girlfriend kau!Lantak la apa aku nak buat!"cebiknya.

Star diam memandang bibir Lissa semasa gadis itu sibuk bercakap.

           "Oh...macam tu ya?"

           "Yalah...macam tu la..nak macam mana lagi...dah bukak pintu ni!Aku nak keluar!"Lissa tolak dada Star. Cuba nak jarakkan mereka berdua.

Permintaan Lissa tidak dihiraukan.

            Star malahan tolak badannya ke depan, memaksa Lissa bersandar pada pintu sebelum tangan kirinya naik memegang belakang leher gadis itu. "Kalau macam tu kau tak kisah la kalau aku buat macam ni dekat kau..."beritahunya.

            "A-apa kau nak bu-"

Tidak menunggu Lissa menghabiskan kata-katanya, Star dengan mengejut dan sekelip mata memagut bibir Lissa tanpa amaran. Memberi kucupan pada bibir itu dengan dalam. Tangan sebelahnya naik melingkar ke sekeliling pinggang gadis itu membawa tubuh Lissa merapat kepadanya.

            "Mmphh!"Lissa memejam erat matanya sambil tercapai-kapai tangan hendak menolak Star jauh darinya. The heck!Apa yang Star fikir cuba lakukan ni! "Star!"jeritnya dari balik kucupan itu.

Tidak mempedulikan Lissa bergelut, Star malahan mengeratkan pelukannya di badan itu dan cengkaman dia di belakang leher Lissa.

Knock!

Knock!

Ketukan pintu kedengaran.

            "Star..."Carlus di luar memanggil.

Lissa yang dengar apalagi, dia cepat-cepat nak mengalihkan mukanya ke tepi, nak menyahut. Tapi tangan Star menghalang kepala dia dari berpusing. Buatkan dia bergelut memegang bilah bahu Star cubaan untuk hentikan lelaki tu. Jangan sampai dia korek mata kejap lagi ni!

            "Ketua Leo dah sedia dekat bilik bawah tanah dengan semua orang!"beritahu Carlus lagi.

Star mengubah kedudukan kepalanya. Masih tidak melepaskan bibir Lissa sewaktu mendengar makluman itu.

             "Kau ada dekat dalam tak?"tanya Carlus semasa mengetuk pintu sekali lagi.

Tiba-tiba Lissa membuka matanya dengan luas apabila terasa bibirnya digigit dengan Star. Sakitnya ya ampun!Menjerit dia dibuatnya. Tapi tenggelam dari balik kucupan Star. Nafas di tahan kuat sewaktu tangannya kelam kabut mencubit cuping telinga lelaki itu. Serius!Star memang nak mintak penampar kejap lagi.

Star merasai darah Lissa yang keluar dari kesan gigitannya saat dia menjarakkan diri kerana telinganya sakit di tarik. Langsung tidak terjejas atau terkesan. Secara bersahaja dia pun jilat kesan darah yang tersisa di bibir dengan hujung lidah. Sambil tu dia memandang Lissa.

           "Sweet..."komennya.

SLAP!

Tamparan mengena tepat di pipi Star sesaat Lissa sedar dari terkejutnya.

           "Tak guna!" lafaz Lissa dari balik nafas naik turunnya.

            Hujung bibir Star terjungkit sinis. Sikit pun tak rasa sakit dengan tamparan Lissa. "Baru tahu ke?"dia pandang kesan luka di bibir Lissa sebelum mengesat kesan darah yang ada dengan hujung ibu jarinya. "Ikut aku sekarang. Kita kena jumpa semua ahli Dhampir yang lain untuk pelan kedua kita."

            Tangan itu Lissa tepis kasar. Mat Lampir ni kan! "Jangan sentuh aku la!Kenapa kau kiss aku?"

            "Kau kata tak kisah kalau mana-mana lelaki sentuh atau kiss kau...apa salah aku?"

            "Tak bermakna lelaki tu engkau!"di pukul lagi lengan tu kegeraman.

            "Next time...tak ada lelaki lain."jawab Star.

Jatuh rahang Lissa dengar jawapan dari Star. The heck!??

Tidak berlengah lagi, Star buka pintu itu sebelum bertembung dengan Carlus depan hallway.

          "Apa kau buat?Tak dengar ke aku panggil tadi?"tanya Carlus dengan kening mencerlung.

Tidak menjawab, Star hanya tersengih meleret keluar dari situ sementara Lissa ikut dari belakang.

           "Beritahu aku kenapa aku setia dekat kau Star?"tanya Carlus sendiri dek kejengkelan dibuat perangai Star itu. Dia jalan bersebelahan dengan Lissa.

             Sambil menjilat bibirnya yang berdenyut sakit  kerana gigit Star, Lissa pandang mencerun belakang kepala lelaki itu. "Sebab kau terlampau baik untuk lelaki seperti Star, Carlus." jawab dia.

             "Kan...aku ni baik sangat dengan Star... sebab tu dia senang-senang pijak kepala aku."angguk Carlus setuju.

           "Hahaha...aku ingatkan aku aje fikir macam tu.."ketawa Lissa. "Apa kata kau tukar ketua. Jangan ikut kata dia.."

           "Patut ke?"Carlus pandang beria ke Lissa.

.         "Diam kau orang berdua!Aku dengar lagi kau orang bercakap. Dua-dua kena dengan aku."arah Star tanpa menoleh sewaktu mula menuruni tangga.

Serta merta mereka berdua mengetap bibir. Jadi diam sebab takut di hukum. Carlus yang biasa di hukum dengan segala jenis kerja dari Star tak berani nak melawan. Lissa sendiri faham la!

Tik!

Tik!

Tik!

Jam klasik gergasi di dinding bilik itu berdetik-detik mengikut jarum saat bergerak setiap kali bandul berhayun kanan dan kiri. Dan setiap detik itu buatkan suasana tapak dewan berhimpun itu semakin lama semakin hening selepas mendengar makluman yang disampaikan oleh Star sebentar tadi.

Ketua Dhampir di situ sudah mendiamkan diri untuk beberapa ketika kerana cuba memproses semua maklumat yang baru dinyatakan oleh anak saudaranya.

           "Itu bermakna Lord Dragomir boleh lengahkan masa sementara kita cari siapa dalang disebalik penyebaran darah-darah Strigoi di dalam Zon Merah ni?"

           "Ya.."angguk Star.

Lantas Ketua Dhampir mengerling ke pelajar perempuan yang sedang berdiri di tepi barisan Dhampir depannya. Dia menilik wajah itu dengan kening berkerut.

           "Dan Lissa adalah orang yang dapat membantu kita mencari asal usul pengedaran darah tu?"

           Star buat muka kerana berasa jengkel sebab pakcik dia tidak berhenti dari bertanya soalan. Tadi dia beri penjelasan sampai berbuih mulut tu untuk apa?Buat perhiasan gegendang telinga aje ke? "Iya..nak Star ulangkan lagi ke?"

           "Bukan apa.....pakcik cuma tak percaya yang Lord Dragomir akan setuju permintaan remaja muda seperti kamu ini. Melengahkan masa untuk peperangan bukan perkara mudah untuk dilakukan kamu tahu."

           "Setuju ke tak sebenarnya ni?"

          "Jangan la tanya pakcik. Kamu kena rujuk pada semua rakan Dhampir kamu yang lain. Kamu kena dapat persetujuan dari mereka jugak. Bukan dari pakcik seorang.."Ketua Dhampir menjuihkan dagu ke arah puluhan Dhampir muda milik didikan akademi di hadapan dewan itu.

Sementara Lissa yang sudah tidak senang berdiri sejak tadi sudah bergerak-gerak kanan dan kiri kerana hendak terkucil. Dia tahankan aje!

Beberapa orang Dhampir di barisan paling hadapan bertentang mata dengan Star sebelum ada yang bersuara.

           "Apa jaminan kau yang Lissa takkan khianati kita?"

           "Semua orang tahu di dalam Zon Merah ada tali barut yang mendedahkan banyak rahsia kita di sini. Macam mana kalau Lissa adalah salah seorang daripada mereka?"

           "Bukan kita orang tak nak, tapi risiko dia tinggi Star. Kalau kita silap langkah mahunya nyawa kita jadi taruhan mereka."

           "Aku akan bertanggungjawab dalam hal tu  kalau betul Lissa pembelot."beritahu Star. "Sekarang, sama ada kau orang nak ikut ataupun tidak. Aku tak paksa. Dan aku tak mintak kau orang beri kerjasama. Apa aku tahu semua orang tahu apa yang aku cuba lakukan.."

Ketua Dhampir tidak dapat mengatakan apa-apa lagi. Dia memang tak boleh nak berbahas dengan Star tak kira apa sekalipun kalau Star dah buat keputusan.

             "Jom Lissa."ajak Star sebelum melangkah keluar dari bilik bawah tanah itu tanpa berlengah.

Bingung dengan tindakan Star pergi dari situ macam tu aje, Lissa pandang Star lalu ke master depannya silih ganti.

            "Umm...saya minta diri dulu Master Leo..maaf menganggu."tunduk Lissa kepada ketua dhampir itu kelam kabut dia nak kejar langkah luas Star itu.

Ketua Dhampir, iaitu pakcik Star balas Lissa dengan anggukan kecil. Dan bila Lissa serta Star keluar dari situ, dia lemparkan pandangannya ke arah barisan Dhampir yang ada di depannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience