Rate

Part 68 : Kali Terakhir

Vampire Completed 6708

Keadaan semakin serius. Beberapa daerah telah berjaya di tawan oleh Strigoi. Kebnyakan mereka yang tinggal di kawasan Zon Merah sudahpun berpindah keluar sejak beberapa hari yang lalu ke Tanah Seberang. Jadi apabila rusuhan dan peperangan terjadi, kebanyakan rumah telahpun kosong dan tiada penghuninya. Jumlah kematian atau mangsa yang terkorban tidak terlalu banyak.

Namun Vladimir mengalami kekurangan pahlawan untuk memerangai Strigoi yang semaki lama semakin banyak menghuni kawasan Zon Merah. Hampir keseluruhan tempat telah dijarah sepenuhnya dengan musuh. Tingga berbaki kawasan tertentu sahaja yang masih belum berjaya di cerobohi kerana faktor keselamatan yang tinggi di tempat itu.

Klaus berdiri di samping Vladimir, memberi tunjuk arah pada ketuanya di atas permukaan peta Zon Merah. Hampir setiap inci peta itu telah di tanda dengan pangkah merah.

          "Kita tak boleh bertahan dengan lama lagi..."keluh Vlad dengan renungan letih. "Mereka hampir melepasi sempadan Timur, sementara High Council akan dikepung tak lama lagi. Kalau kita pertahankan High Council, sempadan antara Tanah Seberang bakal dalam bahaya, kalau kita pertahankan Sempadan Timur, High Council Vampire Tertua takkan dapat bertahan lama.."

          "Aku dan beberapa orang lagi sedang sedaya upaya kawal keadaan tapi kita orang tak boleh terus menerus gunakan kuasa sihir tanpa henti sebab ianya akan memakan diri kita orang sendiri.."jelas Klaus.

Vlad pun memejamkan mata. Dia cuba fikirkan sesuatu untuk hentikan semua ini dalam satu masa yang sama dengan serentak. Maksudnya dia hapuskan semua Strigoi ni begitu saja.

           "Kita perlukan Dhampir untuk sama-sama bertarung di samping kita Vlad.."ujar Klaus.

            "Star tak izinkan mereka masuk campur. Lagipula mereka adalah manusia biasa, masalah kita bukan urusan mereka..."mata yang dipejam tadi di buka perlahan sebelum Vlad berpusing ke arah pintu besar bangunan High Council. Lobi Utama bangunan yang telah mereka kawal supaya tidak di tembusi dengan Strigoi sejak beberapa hari yang lalu.

           "Tapi sam-"terhenti terus kata-kata Klaus apabila dia melihat ke depan pada masa yang sama selepas Vlad berpusing. Dia tidak menyangka mereka akan bertembung dengan Ketua Vampire Tertua High Council pada waktu genting begini.

            "Lord Dragomir."tunduk Vlad memberi hormat.

            "Adakah kamu sibuk?"Lord Dragomir memberi senyuman nipis kepada Vlad.

             Lantas Klaus memalingkan kepalanya ke samping. Memandang tepi muka Vlad. "Kita perlu ke lapangan dengan segera."beritahu dia.

            "Kau kumpulkan yang lain, tunggu aku dekat laman."pesan Vlad perlahan.

Lord Dragomir tunggu dengan sabar. Dia perhatikan saja perbualan dua orang sahabat itu.

            "Baik."angguk Klaus sebelum beri tunduk minta diri kepada Lord Dragomir lantas berlalu keluar dari pintu.

             Selepas itu, Vlad kembali memandang Lord Dragomir. "Tidak tuan, ada apa-apa yang tuan perlu kan?"

Tinggal la mereka berdua di lantai lobi tersebut sendirian. Suasana eerie semacam menyelubungi sekeliling mereka berdua.

             "Tuan?"tegur Vlad bila dia dapati Lord Dragomir termenung memandang wajahnya dengan lama. Bukannya dia tak suka, cuma dia tiada masa untuk dibuang. Ada nyawa yang perlu dia pertahankan.

Lord Dragomir tersenyum lagi. Lelaki vampire itu jalan dekati Vlad sehingga lelaki itu berdiri sama lampai di depan vampire muda tersebut. Dan bila Lord Dragomir telah merapat di depan Vlad lelaki vampire itu pun berkata.

             "Mungkin ini kali terakhir kita bertemu. Jadi sebelum apa-apa terjadi, ada sesuatu yang kamu perlu tahu..."

             Kening Vlad berkerut, dia agak curiga dengan kata-kata itu. "Kenapa tuan cakap begitu?"

             "Vlad...selama beratus tahun saya telah hidup sebagai vampire yang sunyi tanpa teman di sisi, sehingga la suatu hari, saya belajar di akademi tempat sama kamu belajar..."mula Lord Dragomir termenung memandang wajah bingung Vlad. "Dari situ kehidupan abadi saya yang sunyi tu berseri bila hadirnya seseorang yang saya cintai..."

Nafas Vlad tertahan-tahan. Dia pandang tidak berkedip. Kenapa pulak Lord Dragomir ceritakan semua ni kepada dia?

             Lord Dragomir tersenyum bahagia. "Selama 20 tahun saya simpan rahsia ni.dari semua orang yang kenal saya....kecuali kerabat diraja Vampire."

            "Apa yang tuan cuba sampaikan kepada saya?"semakin bingung Vlad.

             "Bersabar anak muda, saya cuba fahamkan    kamu di sini."Lord Dragomir menarik senyuman nipis. "Saya bercinta dengan manusia biasa lalu berkahwin secara rahsia dengan dia...kemudian kami dikurniakan seorang anak perempuan. Sayangnya dia tidak mempunyai kemampuan seperti vampire lain. Kecuali kuasa Healer dia yang masih di tahap amatur."

              Sedikit demi sedikit fikiran Vlad semakin jelas. Setiap bait kata Lord Dragomir itu buatkan dia sedar apa yang lelaki tersebut cuba hendak sampaikan kepada dia. "Maksud tuan, anak tu adalah-"

              "Ya...Lissa. Dia adalah anak perempuan saya. Oleh kerana hubungan antara manusia dan vampire adalah terlarang, Raja Vampire telah memberi titah kepada saya untuk berpisah dengan Lissa dan isteri saya demi menjaga keselamatan mereka. Sejak itu saya dan Lissa di larang sama sekali bertemu sehinggalah hari dimana kamu mengheret Lissa untuk dijadikan saksi pada saya."

              What the- "Jadi selama ni Lissa tu-"patut la dia tak dapat nak bezakan Lissa tu manusia ke vampire, rupa-rupanya gadis itu adalah half vampire! Maksudnya dia telahpun meletakkan Lord Dragomir dalam bahaya kerana melanggar perjanjian lelaki itu? "Kenapa tuan beritahu saya semua ni?"

               "Andai kata suatu masa nanti, saya tiada lagi, dan kamu masih tertahan, Ada satu permintaan dari saya untuk kamu, Vlad..."Lord Dragomir mengeluarkan seutas rantai yang terkalung di leher melalui celah kolarnya.

Vlad di situ perhatikan dengan penuh debar. Dia begitu tercengang hinggakan tidak dapat mengatakan apa-apa lagi. Sampailah Lord Dragomir capai tangan kanannya lalu meletakkan seutas rantai dimana dua cincin tersemat pada rantai tu.

             "Titipkan rantai ini kepada Lissa sekiranya kamu menemui dia. Saya khuatir saya takkan dapat temui Lissa lagi nanti."

              Gulp!Susah payah Vlad menelan air liur ke tekaknya yang kejung. Bersalahnya dia pada Lord Dragomir. "Saya betul-betul tak tahu tuan...kalau-"

              Pantas Lord Dragomir menggeleng kepala. "Bukan salah kamu...Lagipun kalau bukan kamu, saya tak dapat lihat Lissa lagi."

             Rantai dalam tapak tangannya di genggam dengan erat. Vlad begitu serba salah. "Adakah raja titahkan sesuatu kepada tuan selepas baginda tahu mengenai pertemuan tuan dan Lissa?"

             Lord Dragomir tidak menjawab. Dia hanya tersenyum memberi tepukan di bahu Vlad. "Pulang la dengan selamat. Banggakan ayah kamu dan kami di sini. Pertahankan sempadan Timur sebaik mungkin. Kami di High Council akan sedaya upaya tangguhkan masa..."

            "Tuan..jangan cakap macam ni-"

            "Sudah lekas sana. Klaus pasti dah tunggu kamu lama."gesa Lord Dragomir. Lelaki itu menolak belakang Vlad supaya vampire muda itu terus maju ke hadapan.

Terkedek-kedek Vlad masa tu. Dia betul-betul ke bingungan. Masakan tidak. cara Lord Dragomir cakap tu macam lelaki tu akan pergi buat selama-lamanya.

Untuk kali terakhir, Lord Dragomir perhatikan langkah Vlad keluar melalui pintu gerbang depannya sebelum daun pintu tersebut perlahan-lahan merapat. Dan Vlad tidak lagi dapat melihat Lord Dragomir di belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience