Rate

Part 78: Compelling Spell

Vampire Completed 6708

Norah berjalan keluar dari rumah untuk ke laman rumah bersama penyiram pokok taktala sebuah kereta bergerak masuk ke laluan rumahnya. Hairan dengan kemunculan kereta asing itu, Norah berdiri sekejap melihat kenderaan tersebut dimatikan enjin keretanya lalu pintu seat depan dan belakang terbuka dengan serentak. Maka muncullah sekumpulan lelaki berpakaian serba hitam bergerak keluar dari perut kereta.

Berkerut kening Norah taktala Nampak ada seseorang dalam dukungan lelaki paling lampai di situ. Semakin lama semakin mendekat kelibat lima susuk lampai tu di hadapan tempat dia berdiri. Takut pun ada, hairan pun ada. Dia nak menjerit tapi tak ada sesiapa dekat rumah kerana ibubapanya bekerja.

Berdiri saja mereka di situ, lelaki paling hadapan menurunkan topeng mulutnya ke bawah. Mendedahkan wajah di depan Norah.

       "Huh!Klaus?"kening Norah berkerut tajam. "Apa awak buat dekat sini?"matanya silih ganti melirik jasad yang ditutup dengan kelubung dalam dukungan lelaki belakang Klaus.

        "Keadaan Zon Merah semakin genting. Suasana di sana kucar kacir..untuk tu ada sesuatu yang saya perlukan dari awak... Norah."beritahu Klaus saat bergerak ke tepi. Dia selak kain kelubung dari jasad Lissa yang tidak sedarkan diri dalam dukungan Ezra.

         Dan bila Norah lihat keadaan pucat Lissa serta kesan berparut pada tepi wajah rakan baiknya dia terus menahan nafas kuat dan membutang mata kengerian. Hampir mahu luluh jantung dari tangkainya. "Apa yang dah jadi pada Lissa!?"cebiknya hampir mahu menangis. "Bukan ke dia ikut mama dia ke Tanah Seberang!Kenapa dia boleh ada di Zon Merah lagi?"terketar-ketar lutut kaki dia waktu itu.

          Rahang Ezra berketik. "Kami mahu menumpangkan Lissa ke sini sehingga segalanya diselesaikan."

          "Macam mana keadaan di sana?Vlad dengan pasukannya macam mana?"Norah mula gelisah.

           "HIgh Council Vampire telah musnah. Lord Dragomir dan beberapa Vampire tertua telah terkorban sama sewaktu cuba mempertahankan tempat tu. Dan sekarang Vlad telah dilantik sebagai ketua vampire tertua bagi mengantikan tempat ayahnya yang turut terkorban dalam pertarungan tu."beritahu Klaus.

          "Ya Tuhan!"Norah pandang tak percaya ke Klaus. "Bagaimana keadaan Lissa?Kenapa boleh jadi macam ni?"

           Klaus berkerut kening susah hatinya lantas berkata. "Maafkan saya Norah..."

           Mata Norah menitiskan air mata sebaik dengar. "Kenapa awak minta maaf?"

           "Sekarang Norah. Dengar baik-baik apa yang saya nak beritahu awak."beritahu Klaus. Waktu itulah seseorang berkelubung muncul dari tepi Ezra lantas berdiri di depan Norah.

           Norah pandang tidak berkedip bila lelaki lampai itu angkat tangan kanan ke depan mukanya. "Ada apa ni?"

          "Mulai detik ini, kau takkan ingat apa-apa mengenai pertemuan kita di sini bersama Lissa. Apa yang kau tahu, Lissa datang menginap bersama kau di sini sepanjang tempoh peperangan. Kau tak pernah dengar apa lagi tak tahu apa-apa dengan Lissa tentang Star dan peperangan ni. Kau akan lupakan segalanya yang buruk kecuali yang indah."beritahu Klaus.

Belum sempat Norah hendak membuka mulut, dia Terpaku di situ apabila lelaki lampai didepannya bertentang mata dengannya. Kuasa pukau di berikan kepadanya.

         "Baik.."akur Norah setelah dipukau sepenuhnya. Dia aju tangan ke arah pintu rumah. Memberitahu kepada Ezra untuk mengikutnya masuk.

Apabila Ezra bergerak sama dengan Norah, waktu itu Klaus pandang belakang badan Norah dengan wajah sugulnya. Dia bersalah pada Norah. Tapi tiada apa-apa yang dia boleh lakukan dalam hal ni. Dan dia harap Norah akan maafkan dirinya selepas semuanya selesai.

Setibanya Ezra di dalam bilik tidur Norah, dia baringkan Lissa dengan berhati-hati atas katil. Dan setelah selesai menyelimutkan badan tu barulah dia berpusing menghadap Norah.

        "Kau takkan ingat apa-apa lagi lepas ni Norah. Jadi jalani hidup kau dengan baik bersama Lissa nanti. Ada umur yang panjang kita jumpa semula di akademi..."ucapnya sebelum Norah hilang kesedaran dan mula bergerak hendak jatuh ke bawah.

Efek dari kuasa pukau itu buatkan Norah ikut tidak sedarkan diri.

Ezra cepat-cepat dapatkan Norah lalu membaringkan Norah di sebelah Lissa. Dan seperti tiada apa-apa yang berlaku dia atur langkahnya keluar dari bilik tersebut dan menyertai Klaus di laman rumah tidak lama kemudian.

Dua orang gadis itu tenggelam dalam tidur mereka dengan nyenyak seakan tiada masalah yang perlu mereka runsingkan.

Klaus dan yang lain di luar laman itu perasan akan kemunculan Ezra di depan pintu rumah Norah. Mereka semua tunggu sehinggalah lelaki itu berdiri di depan mereka.

          "Terima kasih untuk Kerjasama kau orang. Mulai dari sini, biar kami yang ambil alih. Sampaikan kepada Vlad."beritahu Ezra kepada tiga vampire yang ada di depannya waktu itu.

Klaus berpaling dari situ dengan renungan dingin. Tidak mengatakan apa-apa lagi. Dalam diam dia mengepal penumbuik kerana tidak puas hati dengan keputusan Vlad untuk benarkan semua ni terjadi. Ianya tidak adil buat Lissa. Gadis itu patut tahu apa yang berlaku. Bukan dengan menghapuskan ingatannya begitu saja!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience