Rate

Part 12 : Hilang

Vampire Completed 6708

"Hei!Kau ada dengar tak pelajar akademi kita ada yang hilang?

           "Iya ke siapa?

           "Aku dengar pelajar tu hilang lepas kawasan Blue Zone kena attack lewat malam semalam?"

           "Kena culik ke?

          "Apa culiknya.dah jadi vampire la tu..."

          "Habis tu macam mana?"

         "Takutnya aku."

          "Kenapa la kerajaan biarkan vampire ni hidup dengan manusia?"

          "Jangan nak bergurau la, bukannya ramai vampire dalam tempat ni..."

        "Kau rasa dekat akademi ni ada vampire sekali ke?"

         "Mesti la ada.aku dengar ada beberapa pelajar vampire yang suka minum darah pelajar akademi ni?"

          "Ish....kau ni biar betul..."

          "Iya..."

Rimas!

Itulah yang Lissa rasa semasa dengar suara perbualan pelajar di sekelilingnya. Dia cuba tutup. Tapi nak buat macam mana telinga dia bukan mesin yang boleh di tekan switch on dan off macam tu je!

Lissa berjalan keluar dari lorong koridor untuk belok ke kanan sebelum tiba di anak tangga yang membawanya ke koridor lokar pelajar. Setibanya dia di depan lokar sendiri, Lissa tanggalkan mangga di situ dan buka pintu lokar tersebut.

Kes malam tadi masih bermain dalam kepalanya. Mujur la dia sempat tahan teksi dan selamat pulang ke rumah. Esok paginya, mama dia bangun dalam keadaan meracau. Trauma dengan apa yang terjadi malamnya.

Lepas dia jelaskan apa yang berlaku baru la ibu dia bertenang. Dan siap beritahu lagi tu yang mereka takkan keluar malam lagi!

Haih!

Lissa melepaskan keluhan panjang.

Beberapa barang keperluan untuk kelasnya di capai lalu di masukkan ke dalam beg sandang.

           "Morning!"sapa seseorang di sisi kanannya tiba-tiba.

Lissa tersentak lalu pandang ke kanannya. Rupanya Norah. Seperti biasa kawannya itu tersenyum dari telinga ke telinga macam tiada masalah dalam dunia ni.

          "Morning."semasa Lissa menyapa masa tu dia nampak Carlus sedang berdiri tidak jauh di tembok dinding berdekatan dengan lokar di situ.Sejak Star suruh lelaki tu perhatikan dia, sejak tu Carlus selalu ada dekat mana-mana. Agaknya lelaki tu tak ada kerja langsung ya sebab nak perhatikan kehidupan dia yang membosankan ni?

           "Kau dah siapkan kerja sekolah yang Sir Rudy bagi?"tanya Norah.

           Lissa mengangguk kepala. "Dah, awal- awal lagi aku siapkan." Beritahunya semasa kunci semula pintu lokar.

           "Nice. Kalau macam tu kau ikut aku keluar malam ni nak tak?"ajak Norah merangkul lengan Lissa sambil tu.

Mereka berdua mula berjalan seiring merentasi koridor untuk ke kelas masing-masing. Norah kelas pertama tahun akhir, Lissa kelas ketiga tahun akhir. Walaupun berbeza kelas mereka kerap luangkan masa bersama bila berkesempatan di situ.

Keluar malam lagi?

           "Ke mana?"buku yang dibawa, Lissa peluk rapat ke dada. "Hal penting ke?"

           "Ayah aku dijemput untuk hadiri event amal ni. Dia ajak aku. Tapi aku tak nak sensorang dekat situ, teringat dekat kau itu yang ajak..."jelas Norah.

            Lissa tersenyum nipis. "Kalau macam tu kau lepak dengan aku je la dekat rumah. Mama aku selalu balik lambat dari kerja dia dekat kedai makan tu....kita tengok movie sama....makan maggi..."ajunya pula.

            "Alah....jom la Lissa. Bukan selalu boleh keluar macam ni. Kau sendiri tahu kan aku sering terperuk dalam bilik belajar tak ke mana-mana. Nak hang out pun tak boleh.." rengek Norah menggerakkan tangan yang di rangkul itu ke depan dan belakang.

Lissa hanya ikutkan sahaja ayunan itu. Tersengih mahu ketawa bila Norah tahu nak pancing dia supaya keluar. Sama macam Norah, Lissa pun jenis yang suka terperuk dekat rumah tak buat apa-apa. Maklumlah jenis introvert ni memerap adalah sifat semula jadi mereka!

Kalau perangai introvert ni duit...mungkin dah kaya raya agaknya!

          "Aku tak ada dress cantik la...kau nak aku pergi situ compang camping...malu la kau nanti."selorohnya cuba mengelak untuk keluar. Harap Norah termakan la ngelatnya ni.

          "Tak apa,kau pakai dress aku punya..."

Baru Lissa nak bercakap tiba-tiba bahunya di langgar seseorang yang kebetulan sedang jalan melewati mereka berdua. Buatkan dia tersentak lalu pandang akan orang yang melanggarnya itu. Hidung dia terus terhidu bau darah.

Nampaknya ada yang baru enak menjamu selera!

          "Kau lagi..."keluh pelajar lelaki tu.

Kening Lissa terjungkit hairan. Budak lelaki yang sama dia langgar hari tu. Memangnya apa isu budak lelaki ni dengan dia. Balik-balik muka sama yang dia jumpa setiap kali berlanggar.

           "Sorry."ucapnya.

Pelajar lelaki tu berlalu pergi macam tu je lepasnya. Tak cakap apa-apa.

           "Kau okay?"tanya Norah saat perhatikan pelajar lelaki tadi. Ada ke jalan tak tengok-tengok. Tempat bukan main luas lagi. Yang nak di langgar Lissa jugak!Entah apa-apa.

          "Salah aku ke?"Lissa pandang Norah dengan blank.

          "Bukan kau, tapi salah dia sebab tak tengok-tengok masa jalan...dah jom kita masuk kelas." beritahu Norah.

           "Siapa ya nama dia?Aku ada dengar nama dia...tapi ingat-ingat lupa."tanya Lissa sambil tu.

           "Entahlah...rasanya dia budak kelas tiga.."

Dua orang itu kembali meneruskan langkah mereka.

Sementara Carlus yang memerhati sejak tadi bertembung dengan pelajar lelaki yang sama. Mereka berdua saling merenungan ke antara satu sama lain sehingga la pelajar lelaki tu menjauh ke hujung koridor.

Pelajar lelaki itu turut melirik Carlus dari atas ke bawah dengan muka cari gaduhnya. Tapi tak cakap apa-apa. Dia hanya menonong pergi dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience