Rate

Epilog : Tanah Seberang

Vampire Completed 6708

n

Skrol tertulis catatan kemas berangkat dengan dakwat merah itu diletakkan ke atas meja sebelum Leah dongak ke belakang pada kerusi tu.

Ugh!

Sakit betul mata!

Rasanya dah tak ada dakwat lain ke nak guna untuk tulis pada jemputan ni. Buat mata dia sakit je nak membacanya.

          "Hah..."hela Permaisuri Leah dengan panjang. Dia merehatkan tangan atas arm rest kerusi kerjanya di situ. Penat dia belum hilang lagi selepas menguruskan urusan dari beberapa buah negeri tentang isu kemarau dan juga jangkitan Tanah Kegelapan. Ditambahkan lagi dengan jemputan perkahwinan ni. Tak pasal-pasal dia kena fikirkan hadiah apa untuk raja muda ni! Raja Micah dari Zon Merah bakal berkahwin dengan pasangan pilihannya half vampire iaitu Vassalissa Dragomir tidak lama lagi.

          "Panjangnya mengeluh...apa yang menganggu permaisuri kesayangan kita kali ni?"suara yang tiba-tiba kedengaran itu buatkan mata terpejam Leah terus terbuka.

            Apabila Leah duduk tegak dan pandang ke depan mejanya, lelaki lampai dengan senyuman meleret sudahpun berdiri di situ dengan lagak dan gayanya yang sedikit pun tidak pernah berubah. "Siapa benarkan awak masuk ke sini Eros?"

             "Siapa lagi kalau bukan pengawal dekat luar sana...takkan aku terbang ke sini...lainlah aku ni vampire boleh muncul tiba-tiba dan selinap tanpa dikesan..."

Here we go again.

Perkenalkan, Eros bekas vampire yang pernah Leah selamatkan dulu di Puak Nublar beberapa tahun yang lalu. Seperti yang diketahui ingatan Eros tidak terhapus. Dan selepas Leah pulang ke istana, lelaki ini merantau untuk beberapa tahun sebelum kembali mencari Leah di negerinya tidak lama selepas Leah ditabalkan menjadi permaisuri. Sejak itu Eros tidak berhenti menganggu Leah. Siang dan malam selagi ada masa Eros akan menemui permaisuri muda ini.

          "Awak nak apa?Kan saya dah beritahu saya tak berminat apa saja dengan skema cepat kaya yang awak cadangkan tu...keluar sekarang.."

           "Kenapa?Apa salahnya..kau kan permaisuri. Kalau dulu aku suka mintak darah kau, sekarang aku mintak duit la pulak... macam la tak biasa.."

           "Boleh tak berhenti ungkit hal lama...kalau orang dengar macam mana?"

           "Well...selagi kau tak minta maaf pada aku lepas kau pergi macam tu aje tak beritahu aku selagi tu aku akan ungkit semua cerita lama kita berdua...tak peduli la kalau orang dengar ke tak..:"

           Gosh!Please someone take this jerk away! "Moon akan datang kejap lagi. Baik awak keluar sebelum dia Nampak awak dekat sini.."

           "Tak nak!"Eros malah gerak ke kerusi lalu tunduk menghenyak punggung di situ menyilang tangan tanda protes.

Seriously!?

Permaisuri Leah bangun dan keluar dari belakang meja untuk mendapatkan lelaki tersebut dari sofa tu. letih betul dia menghadap Eros ni la. Alasan kenapa dia tidak mahu menemui lelaki ini adalah sebab ni!Lelaki ni terlalu clingy!

           "Bangun sekarang."Leah tunduk mencapai lengan Eros, dia mahu menarik lelaki itu supaya bangun.

             Eros tersengih jahat. "Cuba kalau kau boleh buat aku bangun..."cabarnya static di situ.

              "Fine...saya panggil pengawal kalau macam tu!"Leah melepaskan tangan Eros gerak mahu ke arah pintu.

Namun Eros lebih lekas. Lelaki itu mencapai lengan Leah lantas menarik tubuh itu jatuh ke atas sofa itu sebelum dia yang menghempap atas badan permaisuri itu.

BUK!

Mata Leah terbutang kaku taktala wajah Eros bila rapat kepadanya dengan jarak yang bahaya.

            Hujung bibir Eros terherot sinis ke kanan dengan handsome bila taktiknyan berjaya buatkan Leah merapat kepadanya. "Tuanku...orang tua berpesan,jangan banyak berkerut nanti cepat berkedut..."agahnya semasa melurutkan kening Leah yang berkerut dengan jari.

              "Bangun Eros!Awak tahu tak awak tengah bercakap dengan siapa!?"ketap Leah bersama wajah merah padmanya.

              "Sudah tentu...sekarang ni aku sedang bercakap dengan permaisuri....permaisuri hati aku.."sengih Eros semakin melebar. Tangan kanannya yang tadi mencengkam lengan Leah bergerak dengan sembunyi ke jari jemari Leah pula. "Berapa lama lagi kau nak tolak aku Leah?"

              "Berapa lama lagi awak nak berdegil macam ni Eros?"balas Leah mengalah untuk bergelut dek kekangan erat Eros itu.

              "Sampai kau terima perasaan suka aku..."Eros bawa tangan kanan Leah ke tepi mukanya sebelum dia memberi kucupan pada tapak tangan tu. "Kita kahwin okay?"

               "Kan saya cakap saya tak sedia lagi..."

               "Aku dah beri banyak masa pada kau.."

                "Beri saya masa lagi kalau macam tu..."

                Eros tersenyum. "Oohh..macam mana ni?Kau dah pun pakai cincin dekat jari manis ni.."tunjuknya akan tangan Leah depan muka itu.

                Membutang mata Leah bila lihat ada cincin kemas tersemat pada jari cincin dia waktu itu. Bila masa pulaknya ni! "Eros!Awak-"

                Bersama ketawa riangnya, Eros kucup tepi mata Leah manja-manja. "Jangan degil sangat sayang. Aku dah sayangkan kau sejak kali pertama aku tahu kau yang selamatkan aku dekat hutan tu...sebagai ganti..biar aku yang jaga kau sampai akhir nafas aku okay?"ucapnya sambil tu.

                 Sambil buat muka berserahnya, Leah memegang lengan Eros lalu berkata. "Kalau macam tu awak kena carikan saya hadiah untuk Raja Micah di Zon Merah untuk perkahwinannya nanti.."

                 "Hah?Raja Vampire Micah?Dah nak kahwin...cepatnya..baru lima tahun dia memerintah kan?"Eros pandang ke wajah Leah. "Sekejap je dia nak kahwin....kau bila pulak?"

                  "Saya pun baru lima tahun memerintah...ada masalah ke kalau saya kahwin lambat ni?"

                 "Tak ada. Aku suka. Lagi aku suka kalau aku masih vampire, barulah sama macam dia kan. Kalau macam tu aku sediakan hadiah istimewa untuk Raja Micah lepas kau terima aku sebagai raja dihati kau nanti.."

                 "Ah...jangan nak melebih. Bangun sekarang!Kalau Moon datang malu saya nanti.."

                "Tak apa. Bukan selalu aku dapat bermanja dengan kau...selalunya kau sibuk dengan urusan diraja kau..."Eros menghujani kucupan di pipi Leah tanpa henti. Buatkan Leah ketawa kerana kegelian.

                "Saya tak nak bercinta dengan vampire..."beritahu Leah cuba menolak muka Eros jauh dari wajahnya.

               "Apasalahnya....Raja Micah pernah berkata, tiada lagi larangan untuk fall in love with vampire dan ianya bukan saja jenayah."Eros tunduk ke ceruk leher Leah sebelum menggigit leher Leah sepertimana dia pernah lakukan sewaktu di Nublar dulu.

             "Arghhh!Sakit lah!"belakang rambut Eros itu di cengkam oleh Leah usaha hendak hentikan tindakan gila lelaki itu. "Awak ingat awak tu vampire lagi ke!!"

             "Argh!Rambut aku!Lepaskannya Leah!"

Itulah dia karya vampire dari tinta. Entah bila dpt buat lagi genre ni..hahaha. Terima kasih buat yang sudi singgah dan membaca karya amatur ini. Jom singgah next novel.

Share this novel

Hanadhia12
2024-06-12 19:26:23 

ni cerita ape ye tinta


NovelPlus Premium

The best ads free experience