Rate

Part 41 : Mansion Poison

Vampire Completed 6708

Busss!

Tiupan angin muncul dalam bilik itu taktala lingkaran cahaya pentagram muncul sebelum diikuti kelibat dua orang atas lingkaran tersebut.

Star tunduk menurunkan Lissa ke lantai marmar yang bercorak retak-retak dengan perlahan.

Suasana ruangan itu sangat sunyi dan sepi. Tiada kelibat satupun kehidupan atau pergerakkan di situ. Seakan tempat itu mati. Aura yang mengelilingi kawasan itu juga gelap.

         "Kita dekat mana ni Star?"Teragak-agak Lissa pandang sekelilingnya.

Waktu itu Star dan Lissa ada di dalam sebuah tempat yang luas dan berkoridor banyak. Namun tiada yang mengawal tempat tersebut. Hanya cahaya dari obor di sepanjang dinding koridor sahaja memerangi sekitar kawasan itu.

         "Mansion Poison."jawab Star dengan bisikan kecil.

Tap!

Tap!

Tap!

Bergema bunyi tapak kasut mereka apabila kaki menginjak lantai licin di situ. Dari hujung koridor ke hujung koridor bunyi gema itu melantun.

Mansion Poison?

Maksudnya rumah keluarga Star ke?

          "Apa yang kita buat dekat sini?"Lissa perhatikan dinding-dinding sepanjang perjalanan di situ. Terdapat bingkai-bingkai gergasi dimana tergantungnya beberapa wajah asing yang dia tidak kenali. Apa yang pasti kesemua mereka mengenakan pakaian uniform rasmi Dhampir dan kelihatan berusia sedikit.

          "Cuma tempat ni aje yang tak ada siapa akan ganggu kita berdua..."

          "Di mana semua orang?Kenapa tak ada seorang pun manusia berlegar dekat dalam tempat ni?"soal Lissa lagi.

Star pandang ke hadapan tidak mengerling ke Lissa semasa menjawab.

          "Tempat ni memang tiada siapa yang jaga. Kecuali aku sorang.."mendatar sahaja nada itu. Sejak keluarganya meninggal dunia dibunuh oleh sekumpulan vampire sejak itulah tempat ini sunyi tiada penghuninya. "Mansion ni adalah tempat dimana keluarga aku tinggal suatu masa dulu...selain mereka tiada siapa yang dibenarkan jejak kaki ke sini. Sejak ketiadaan mereka, sejak itu tempat ni sunyi.."

Lissa tersentak kerananya. Mendengar kata Star buatkan dia teringat akan perbualan lama bersama mamanya hari tu. Jadi memang betul la keluarga Star terbunuh. Lelaki ini Yatim piatu kerana kejadian hitam itu!

           "Jadi betul la...kisah kau dan keluarga kau yang diserang hendap oleh vampire hingga tiada siapa yang terselamat kecuali kau seorang malam tu?"

           "Nampaknya kau pun tahu jugak...aku ingatkan kau takkan tahu..."Star berdengus kecil.

           "Well...lepas mama aku dengar aku berkawan dengan kau. Dia bertegas supaya aku jauhkan diri dari kau memandangkan kau merupakan keturunan assassin yang bertanggungjawab membunuh golong vampire seperti aku. Jadi dia ceritakan kepada aku kisah silam kau tu. Kalau tak kisah, boleh aku tahu macam mana kau terselamat?"

Star mula menaiki tangga untuk ke tingkat atas. Lissa mengekori dari belakang.

            "Panjang kisahnya kalau nak dimulakan. Apa yang aku tahu, terdapat satu vampire telah bermusuhan dengan keluarga aku. Semuanya bermula dari keluarga aku yang merupakan pengasas persatuan Dhampir sedunia. Dari datuk nenek moyang lagi selama 300 tahun. Disebabkan itu, keluarga aku telah menjadi musuh nombor satu dalam dunia vampire. Malam kejadian tu, aku tengah tidur memang tak sempat nak buat apa-apa, terus aku diserang dalam bilik tidur masa tu jugak sampai cedera teruk tapi berjaya diselamatkan oleh pakcik aku yang datang tepat masa giliran aku di serang. Sementara ahli keluarga lain tak dapat diselamatkan sebab mereka telah dicebis-cebiskan oleh mereka. Maka tinggal la aku seorang dekat sini"

           Lissa jalan seiring di samping Star sebelum dia pandang ke tepi muka itu dengan tatapan sayu. Sadisnya!"Sebab itu ke kau bencikan aku dan perlakukan aku dengan kasar?Sebab kau fikir aku adalah vampire yang ada kaitan dengan punca keluarga kau meninggal dunia?"

           Star berdengus kecil. Dia ikut memalingkan kepala ke Lissa sebelum menarik sengih meleret. Ya!Memang itu alasan dia. Tapi bila di fikirkan balik, menyesal pun ada. Kalau dia berkawan dengan Lissa sejak awal lagi, mungkin mereka berdua dah menjadi sahabat baik."Sorry?"

           "Kepala kau sorry!"geleng Lissa menahan diri dari ketawa di situ kerana begitu tercengang akan balasan Star. Boleh pulak selamba badak Star mintak maaf!?"Lepas apa yang berlaku, kau baru nak mintak maaf?Takkan aku terima."getusnya.

           "Memang dari awal aku bencikan semua vampire...kebetulan kau yang selalu muncul depan mata aku, memang jadi mangsa buli aku la jawabnya..."

           "You almost kill me dumbass!"

           "Sorry....but not so sorry."

Lissa menjuling mata menyampah.

Mereka berdua tiba di tingkat tiga menara itu sebelum mula menyusuri koridor lurus ke kanan bangunan tersebut.

           "Jadi mereka yang ada dalam bingkai gambar tadi tu adalah ahli keluarga kau?"tanya Lissa lagi.

           "Mm."angguk Star. "..semua tu adalah moyang, datuk, nenek, pak cik, mak cik dan ibubapa aku...mereka semua adalah pahlawan asal Dhampir sewaktu ia mula dibentuk..."Star tersenyum bangga selepas itu. Sekalipun mereka sudah tiada, Star tetap berasa bangga setiap kali teringat akan mereka semua. "Untuk itu aku kena teruskan misi mereka, aku kena pertahankan tempat yang selama ni keluarga aku cuba pertahankan..."

Lissa mengangguk-angguk kepala.

Patutlah Star beria hendak bantuan dia untuk hentikan semua konflik ni. Semua itu kerana Star ada sesuatu yang perlu lelaki itu pertahankan. Dia ingatkan Star semata mahu tunjuk hero semata. Lissa melepaskan hela nafas kesalnya.

          "Maafkan aku tentang Vlad...aku sendiri tak tahu apa masalah dia. Kalau aku tahu dia akan belasah kau, dari awal lagi aku ikut cakap dia."ucap Lissa.

           "Tak apa. Aku faham kenapa Vlad terdesak nakkan kau masa tu. Dia pun cuba nak hentikan peperangan ni. Kalau kau ada la jalan penyelesaian yang ada, aku pun akan buat perkara sama sepertimana Vlad buat walaupun terpaksa korbankan nyawa sendiri.."tambah Star.

Lissa buat muka menyampah. Kenapa semua orang suka sewenang-wenangnya pertaruhkan nyawa mereka sendiri. Mereka masih remaja kut...muda lagi. Ada banyak perkara yang boleh dilakukan selain mati.

           "Serius aku tak faham...kita adalah student akademi..dah kenapa terlibat dalam peperangan tiba-tiba?"sungut Lissa.

          "Hahaha...Kau ingat lagi tak apa yang Lord Dragomir beritahu?"tanya Star tidak lama kemudian.

          "Mestilah. Banyak... tapi yang mana satu?"berasa takut kalau-kalau ada yang melompat keluar dari kegelapan lorong di situ, Lissa jalan merapat di belakang lengan Star. Matanya cemas mengerling kanan dan kiri.

           "Tentang kita perlu cari dalang sebenar yang mencetuskan peperangan antara dua zon ni secepat mungkin?"Star membelok ke kanan lalu melewati satu lagi koridor lengang. "Kalau bukan Vlad bawa kau pergi, kita dah settle bincang mengenai hal ni lepas kelas tadi..."

Dan tidak lama berjalan, Star berhenti di hadapan sebuah pintu gergasi dengan ukiran tulisan bahasa purba. Dia pegang tombol pintu itu lalu menolak daun pintu itu ke belakang. Mendedahkan ruangan bilik tersebut.

          "Apa kaitannya mencari dalang tu dengan tempat kita pergi ni?"nganga Lissa apabila dia melihat bilik yang dipenuhi dengan rak buku tinggi menjulang ke siling dan aroma posyen di seluruh ruangan tersebut taktala kakinya melangkah masuk ke situ walaupun dalam keadaan gelap.

          "Mestilah ada kaitan. Tempat ni jugak simpan seribu macam cara macam mana aku jadi Dhampir terkuat di Zon Merah ni tau tak..."

Lissa berdecit menyampah kerana akuan selamba itu. Cepat sangat la Star masuk bakul angkat sendiri. Menyampah pulak dia.

        "So?"

        "So kita kena mulakan strategi kita secepat mungkin.Bila mama kau akan bertolak keluar dari Zon Merah?"soal Star sambil gerak ke arah meja belajar.

         "Esok subuh...feri akan bertolak sejam lepas tu."Lissa perhatikan gerak geri Star bersama kerutan di kening. "Kenapa kau tanya?"

           "Mama kau tahu kau takkan ikut dia?"

          "Mm...aku dah beritahu dia hari tu. Yang aku tak dapat nak ikut dia sebab kau.."

           "Good...lagi cepat mama kau keluar dari sini lagi senang kerja aku sebab lepas ni kau akan sibuk. Aku perlukan kau untuk fokus dari merisaukan keselamatan mama kau tu."Star berpaling menghadap Lissa bersama buku tebal di dalam tangan."Disebabkan Lord Dragomir dah beritahu Vlad supaya cari dalang sebenar peperangan ni, kita kena intercept dulu sebelum Vlad yang jumpa orang tu..."

            "Macam mana?Kita tak tahu nak mula dari mana?"kerut Lissa tak faham.

Star angkat kepala. Dia pandang Lissa dengan sengih meleret.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience