Rate

Part 54 : Dingin

Vampire Completed 6708

Berhoodie hitam, topi di kepala, seluar combat dan kasut high boot, Lissa jalan seorang diri menyusuri laluan pejalan kaki pada waktu senja itu. Lampu jalan yang menyala malap-malap menerangi kawasan pekan tersebut. Deretan rumah kedai yang ada di sepanjang jalan juga bercahaya malap dari dalam kerana langsir yang menutupi setiap jendela di situ.

Disebabkan beberapa jam yang lalu hujan turun, permukaan jalan batu-bata itu lembab dan mempunyai lopak air bertakung padanya. Menghasilkan bunyi percikan setiap kali tapak kasut Lissa menyentuhnya.

Tidak lama berjalan, Lissa berhenti di hadapan semua rumah kedai, tergantung nama kedai itu di atas papan yang sudah lusuh warna catnya, tetapi tulisan putih berangkai 'Yellowstone' pada papan nama itu masih jelas dan ketara.

Creak~~~~

Berbunyi engsel pintu kayu separa bulat itu apabila dia di tolak ke dalam semasa Lissa melangkah masuk ke kedai itu. Serta merta suhu sejuk menyapa wajah dia taktala tiba di dalam ruangan yang kosong tiada perabot mahupun rak display kecuali satu kaunter kecil betul-betul menghadap pintu.

Kekok.

Itu yang Lissa rasakan apabila dia jejak kaki di dalam keadi pembekal darah terkenal dalam daerah mereka. Pertama kali dia ke situ, jadi Lissa agak bingung, tak tahu nak buat apa lepas tu. Apa yang Star beritahu dia perlu beli satu beg darah. Masalahnya orang pun tak ada dekat belakang kaunter ni. Kelibat jangan tanya la kalau kedai tu lengang tiada orang.

Selangkah demi selangkah Lissa atur kaki ke kaunter. Cuba lakukan sesuatu untuk selesaikan apa saja urus niaga yang diarahkan oleh Star kepadanya awal tadi. Memangnya kedai ni tak ada yang jaga ke?Sunyi aje tempat ni!Takkan la hantu pulak yang jaga kedai ni

Satu bell desk emas tergeletak di penjuru kaunter di lihat Lissa untuk seketika. Kalau dia tekan loceng ni nanti ada orang muncul tiba-tiba ke?

Ring!!

        Masa itu lah Lissa merasakan ada deru nafas dari belakang lehernya. "Kedai kami tutup hari ni.."suara gemersik itu berbisik rapat pada telinga kanannya.

        "Argh!"Melompat ke tepi Lissa dibuat kemunculan mengejut lelaki berjambang nipis dengan renungan kosong tu. Tangannya kuat memegang bucu kaunter nak seimbangkan diri dari terjatuh dekat situ gara-gara terperanjat. The heck!Bila lelaki ni ada dekat belakang dia!?Mata bulatnya pandang tidak berkedip.

          Pekedai itu memandang Lissa tanpa berkedip sebelum berdengus kecil. "Maafkan saya kalau saya buat cik terkejut. Boleh saya bantu?"ujarnya berjalan ke belakang kaunter.

          Gulp!Lissa menelan air liurnya . Waktu itu jantung dia berdegup kencang bagai nak rak. Serius terkejut gila! "Hai...saya tak tahu kedai ni tutup. Tiada papan tanda di depan pintu kedai.."beritahunya kembali sober dari postur terkejutnya.

           "Iya...silap saya."pekedai tersebut berdiri di belakang kaunter menghadap Lissa. Sepasang mata berwarna kelabu merenung tepat ke dalam mata Lissa. "Cik bukan seorang manusia...tapi bukan juga vampire....boleh saya tahu apa tujuan cik ke sini?"

          "Saya dengar di sini ada membekalkan Posyen Ajaib yang boleh berikan saya kekuatan luar biasa...betul ke?"

           Kening pekedai itu terangkat sedikit dalam milisaat taktala mendengar perkataan 'Posyen Ajaib'. Dia tilik wajah Lissa yang tidak berapa jelas kerana ditutupi dengan topi. "Betul."

           "Boleh saya dapatkan satu pesanan?"Lissa tenung dalam-dalam tatapan pekedai itu. Cuba untuk tidak kelihatan resah gelisah di situ.

           "Jarang sekali saya menjual posyen itu kecuali manusia biasa yang menginginkannya." hujung bibir pekedai itu terjungkit sedikit. "Ya..sudah tentu. Tunggu sebentar."

Lissa perhatikan pekedai itu berpaling ke arah pintu belakang kaunter yang mengarah ke sebuah ruang rahsia. Dan beberapa saat kemudian pekedai itu muncul semula dengan satu botol kaca berwarna hitam bergabus merah dalam tangan.

           Pekedai itu meletakkan botol kaca tersebut atas kaunter sebelum berdiri memandang Lissa. "Ini adalah Posyen Ajaib yang cik mahukan."

          "Berapa?"Lissa dah sedia hendak menyeluk tangan ke dalam poket hoodie. Mahu membuat bayaran.

           Tidak semena lelaki itu tersenyum kepada Lissa. "Jangan risau. Ianya percuma. Cik tidak perlu membayarnya."

           "Tak perlu bayar?"serius la?Lissa pandang curiga akan botol kaca itu lalu ke lelaki belakang kaunter.

           "Ya...sekiranya cik minum darah di dalam botol itu di depan saya."tambah pekedai itu dengan senyuman di bibir.

            Hah!Minum?Mana mungkin la dia nak racunkan diri dengan posyen aneh ni! "Eh tak apa. Kalau macam tu saya bayar.."dalihnya semasa meletakkan beberapa helai duit kertas di kaunter itu lalu mengambil botol kaca itu.

Berdesup laju tangan pekedai itu memegang tangan Lissa yang sedang menggengam botol kaca sewaktu masih berada atas kaunter tersebut.

Tindakan tiba-tiba pekedai itu telah membuatkan Lissa menjerit kecil. Bukan sebab terkejut tapi kerana betapa dinginnya tangan pekedai itu. Seakan menyentuh permukaan botol kaca yang telah lama disimpan dalam peti sejuk.

            "Apa ni!?"tanya Lissa cemas memandang wajah pekedai tu bersama kening mencerun tajam. "Lepaskan saya sekarang!"
 
            "Tiada sesiapa dapat keluar dari sini jika mereka minta Posyen Ajaib berisi darah Strigoi ni.."

Tidak tahu hendak berkata apa, Lissa terdiam di situ seperti patung memandang takut akan pekedai depannya. Adakah dirinya telah dicurigai!?

Semakin lama semakin kuat tangan pekedai itu mencengkam tangan Lissa.

           "Tinggalkan botol kaca ini di sini dan keluar   serta merta jika cik mahu teruskan hidup!"deram pekedai itu.

Pada masa itulah satu kelibat muncul dari belakang LIssa lalu diikuti tangan berlengan baju hitam dari kanannya. Satu pancang perak dihunus tepat depan mata pekedai tersebut apabila tangan itu muncul.

          "Kalau saudara nak teruskan hidup...lepaskan tangan dia.."Star munculkan dirinya dari belakang badan Lissa.

          "Dhampir!"pekedai itu tersentak lalu me ngundur ke belakang hendak menjauhkan diri dari bahaya. Matanya terbutang kaku.

          Tangan Star melingkar di sekeliling leher Lissa, menarik gadis itu supaya rapat pada dadanya. "Good choice..."sengihnya dengan meleret tanpa mengalihkan pandangan ke pekedai itu. "Apa yang berlaku di sini tiada siapa boleh tahu..ingat tu.."

Pekedai vampire itu hanya diam kaku di situ dengan renungan takutnya. Tidak membalas.

Swoosh!

Gelung cahaya berwarna emas dengan tulisan purba muncul di belakang Star lalu menelan kedua-dua mereka sebelum lenyap di Udara sesaat kemudian.

Pekedai yang terkejut tadi mengedipkan mata beberapa kali, cuba nak sedarkan dirinya dari terkejut. Serius dia tak tahu apa yang baru saja terjadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience