Rate

Part 9 : Hadiah Ayah

Vampire Completed 6708

Sebaik selesai menghadiri kelas, tepat jam 6 petang Lissa mula bergerak pulang ke rumah dengan menaiki teksi dari akademi. Yang mana hanya mengambil masa 15 minit jauh perjalanan sahaja.

Duit tambang diserahkan kepada pemandu teksi sebelum dia keluar dari situ dan bergerak masuk ke laman rumah dua tingkatnya.

Rumah yang telah didiami selama 10 tahun dia di bandar itu. Tidak terlalu besar tidak terlalu kecil. Cukup selesa untuk Lissa dan Carolina berteduh. Laman rumah itu berumput Tetapi tidak berhias kecuali pasu lama yang terbiar tidak di jaga sejak beberapa bulan lepas. Laluan pavement rumah itu juga sudah lama mintak di simen baru.

Kunci dalam beg di keluarkan sebelum dia tunduk memilih mana yang sesuai. Namun sedang dia bergelut memasukan kunci ke dalam tombol, Lissa disentak dengan naluri deria rasanya. Dia merasakan seperti ada yang memerhati.

Sambil seluk kunci ke dalam tombol sambil tu dia pandang kanan dan kirinya. Hari ni lain macam betul vibe sekeliling dia. Tak satu-satu benda tak baik datang kepadanya. Agaknya tarikh lahir dia ni bawa maksud yang tak elok la?

Enggan lama-lama, Lissa tolak daun pintu ke dalam dan melangkah masuk ke dalam. Setelah mengunci pintu, gagang telefon yang ada di ruang tamu di capai. Lissa membuat panggilan ke mama dia. Tapi panggilannya tidak di angkat. Jadi dia pun naik ke bilik tingkat atas.

Mengenangkan apa yang terjadi, Lissa segera masuk ke bilik mandi, dia bersihkan dirinya sebersih yang boleh untuk hilangkan bau darah yang tersisa pada tubuhnya.

Pintu bilik air terbuka 20 minit kemudian. Lissa berjalan keluar dari situ dalam keadaan berkemban.

Asalnya dia mahu ke almari baju, tapi perkara lain pulak yang membatalkan niatnya.

         "Huh?"lafaz Lissa dengan terkejut sebaik melihat sebuah kotak hadiah bereben hitam tergeletak kemas atas katil dia. Rasanya tadi tak ada pulak kotak hadiah ke apa, tiba-tiba je ada?

Saat hujung jari Lissa baru menyentuh penutup reben tersebut, secara mengejut satu kelibat muncul dari tepi berdekatan dengan pintu bilik. Memeranjatkan Lissa di situ. Gadis itu melompat terkejut hingga berundur ke belakang memegang tuala yang membaluti tubuhnya.

           "What the f*ck!"luah Lissa dengan kuat. Nafasnya naik turun laju bila tengok orang asing di tengah ruang biliknya."Siapa kau!?"ianya seorang lelaki, berpakaian serba hitam yang mencurigakan. Muka pucat lesi seperi mayat. Anak mata pula merah menyala. Sama seperti miliknya.

Vampire tulen!

            "Saya datang membawa pesan dari Lord Dragomir."suara lelaki itu membuatkan bulu roma Lissa meremang tegak. Sebut nama tu bawa aura berbeza betul!

Kejung kerana bingung dan takut, Lissa diam berdiri di seberang katil. Berhadapan dengan pintu dimana lelaki asing itu sedang berdiri memandangnya.

Ayahnya ke?

              "Untuk apa?"

             "Lord Dragomir berpesan supaya tidak keluar di malam hari. Darah kamu boleh tarik perhatian vampire lain lagi-lagi Strigoi. Dan jauhi dari sebarang masalah. Kes yang berlaku di akademi siang tadi sudahpun di uruskan oleh kami. Jadi Lord Dragomir minta supaya kamu tidak ulangi perkara yang sama lagi. Identiti kamu tidak boleh terdedah. Tiada siapa boleh tahu kamu adalah half blood."

Mak aih!

Hingga ke sini cari dia!

Hal akademi? Macam mana boleh tahu?

            "Hah?"

Menahan nafas terkejut Lissa saat mendengar maklumkan itu. Nak terlucut tulang lutut rasanya pun ada. Ayah dia tahu semuanya sampai siap hantar orang bagai?Menakutkan betul.

          "Kamu faham?"

Apa yang fahamnya?

Dah la datang tak berjemput. lepas tu merapu tentang ayahnya yang dia tak pernah-pernah berhubung atau cari tahu.

Kemudian sibuk bagi warning.

Apa isu semua orang hari ni ya dengan dia tentang warning bagai ni ya?

Tak habis-habis bagi amaran macam dia pulak yang timbulkan masalah dekat sini!?

            "Adakah kamu faham apa yang baru saya sampaikan tadi?" soal vampire tu lagi dengan nada serius.

Mahu tak mahu Lissa mengangguk kepala.

          "Faham."balasnya."Tapi macam mana kes dekat akademi tu boleh ketahuan? Sekejap... kes di akademi?Macam mana-?"

Tanpa menunggu Lissa habiskan pertanyaan, lelaki tu buka pintu dan keluar macam tu je. Buatkan Lissa tercengang menengoknya.

What the f?

So rude!

Tak nampak ke dia cuba bertanya tadi!?

Memangnya semua orang dalam satu hari ni nak jengkelkan dia aje agaknya?

Birthday konon!

Marah-marah Lissa dekati katil dan mendapatkan kotak hadiah tadi. Dia duduk di katil dan meletakkan kotak itu di atas riba. Reben hitam yang terikat pada kotak itupun di tarik lepas. Setelah itu baru la penutup kotak yang dibuka.

Di dalam kotak itu mempunyai sekeping kad ucapan berilutrasi teddy bear. Satu kuntum bunga ros yang diikat dengan reben kecil. Dan sehelai sapu tangan dililit dengan seutas loket berbentuk tiara yang diukir nama penuh Lissa sendiri.

Hairan dengan hadiah yang diberikan, Lissa keluarkan kad ucapan terlebih dahulu dan membaca isi kad tersebut.

Kehadapan Vassilisa,

Selamat hari ulang tahun ke-19 tahun.

Maafkan ayah kerana baru sempat mengirimkan ucapan dah hadiah selepas hilang bertahun lamanya. Ayah harap kamu tidak menyimpan dendam akan ketidakhadiran ayah selama ini di dalam hidup kamu.

Dalam diam ayah sentiasa melihat kamu dan ibu kamu dari jauh. Hendak mendekati Tetapi keadaan tidak mengizinkan.

Ayah tak tahu nak berikan hadiah apa kepada kamu jadi ayah tempa sendiri loket ini dengan nama kamu padanya. Harap kamu suka.

Alasan kenapa baru sekarang ayah berhubung dengan kamu adalah, setelah ayah di lantik menjadi ketua rasmi, maka tiada siapa dapat ingkari atau cuba-cuba menentang ayah lagi. Selepas yakin yang semuanya selamat baru ayat berani dapatkan kamu.

Jaga diri dan hati-hati.

Salam sayang,

Dragomir.

Lissa turunkan kad itu ke dalam kotak semula lalu capai loket tersebut.

Dia pandang dengan lama loket itu.

Cantik pendant loketnya. Ada batu permata merah sama warna dengan matanya.

Mujur ada hadiah, tak adalah teruk sangat birthday dia kali ni, sebab ada yang happy kan dia dengan beri hadiah sempena hari lahir dia.

At least ayah dia ingat hari lahirnya. Walaupun mereka terpisah sejak kecil lagi.
Lagipun Lissa faham apa alasannya kenapa ayah dan mama dia berpisah selepas dia lahir ke dunia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience