Rate

Part 62 : Good bye honey

Vampire Completed 6708

Ingat lagi tak macam mana Klaus boleh jumpa jalan rahsia untuk seluduh masuk ke Zon Biru pada malam Vlad membuat serbuan di sebuah majlis?Sebenarnya semua maklumat itu dibekalkan oleh Norah kerana gadis itu dijemput dalam majlis yang sama. Melalui maklumat yang dibekalkan itulah Klaus berjaya bawa rakan-rakan sekumpulannya untuk menjalankan siasatan pada hari tersebut.

Semuanya kerana Kerjasama Norah!Malah maklumat mengenai penciptaan tentera Strigoi, Norah jugalah yang maklumkan kepada Klaus untuk disampaikan kepada Vlad. Gadis itu yang membantu pasukan Vlad sepanjang masa ini.

Macam mana Norah boleh tahu perihal Lissa?Semuanya kerana maklumat dari Klaus. Dari lelaki itu Norah tahu apa yang berlaku. Secara senyap sebenarnya Norah peka akan Lissa.

Norah tunduk meletakkan pakaian yang siap di lipat ke dalam almari baju semasa deru angin bertiup dari arah luar beranda. Serta merta senyuman terukir di bibir kerana dia tahu siapa yang datang waktu itu. Pintu almari pun di tutup sebelum wajah itu muncul betul-betul depan mukanya.

        "Hai..."senyum Klaus kepada Norah sebelum menarik gadis itu ke dalam pelukannya.

        Senang dengan kehadiran kekasihnya ke situ, Norah melingkarkan tangan ke sekeliling leher Klaus lalu mengucup pipi itu dengan kasih. Sikit pun tak rasa terkejut. "You made it.."lafaznya sebelum membalas pelukan Klaus.

Dengan mata terpejam rapat, Klaus rehatkan wajahnya ke ceruk leher Norah. Menghidu bau menenangkan dari Norah. Bau yang selalu buatkan dia rindu akan Norah dan ingin sentiasa berada dekat dengannya.

         "Maafkan saya kerana baru sempat berjumpa awak di sini."

          Norah menggeleng kepala. "Tak apa. Saya faham. Keadaan tak mengizinkan awak untuk ke sini.."dia jarakkan sedikit diri tetapi masih memeluk sekeliling tulang rusuk Klaus. "Macam mana?Saya dengar awak dan Vlad dalam keadaan terdesak sekarang?Adakah Zon Merah dalam bahaya sekarang?"

          Tangan Klaus naik menekup tepi wajah Norah. Lelaki itu berkerut kening seperti mahu menangis. "Ramai pahlawan yang terkorban dan berubah menjadi Strigoi..Zon Merah sekarang dalam keadaan genting.."bisiknya semasa menilik wajah Norah dari segenap inci.Takutnya dia andaikan ini adalah kali terakhir dia bersama dengan Norah.

Perlahan-lahan tangan kiri Norah bergerak ke depan dada Klaus. Dia cengkam kuat kain di dada itu kuat-kuat. Betapa susahnya hati dia memikirkan keselamatan Klaus. Dia tahu manusia dan vampire tidak boleh bercinta kerana peraturan yang ditetapkan oleh Raja Vampire sekarang. Namun perasaannya tidak mahu mengalah dari terus mencintai Klaus walaupun dia tahu Klaus adalah vampire.

          "Stay di sini dengan saya Klaus. Jangan pergi.."bisiknya dengan terdesak. "Saya tak nak apa-apa berlaku pada awak nanti?"

          "Saya harap macam tu Norah...tapi awak tahu kan saya tak boleh. Vlad dan yang lain memerlukan saya di sana..."

          Air mata mula bergenangan di tubir mata. "Tak...saya perlukan awak di sini Klaus...jangan tinggalkan saya...saya tak nak awak tinggalkan saya.."Norah menggeleng kepala mencebik sedih.

Dalam-dalam Klaus tatap wajah sedih Norah. Dia juga sedih memikirkan akan nasib yang dia tidak tahu bakal berakhir bagaimana nanti di medan pertarungan. Tapi disebabkan tugas dan amanah telah ditangungjawab kepadanya, dia tidak boleh ingkar. Tambah-tambah sejak Silas mati, tugas dia semakin berat. .

          "Maafkan saya Norah..."

           Menitis air mata dari tepi mata Norah apabila dia sandarkan pipi pada sentuhan Klaus. Sungguh dia mahu ikat Klaus dan biarkan lelaki itu dikurung ke tempat selamat supaya jauh dari bahaya. Tapi Norah sedar dia tidak boleh pentingkan diri. "Bagaimana dengan Lissa?Adakah dia dalam bahaya?Bagaimana dengan mama dia??"

         "Jangan risau...Lissa bersama dengan Dhampir sejak mama dia selamat berangkat ke Tanah Seberang. Buat masa sekarang Dhampir belum bertindak sama sekali. Seakan mereka sedang tunggukan sesuatu."beritahu Klaus bernada memujuk saat seka air mata tepi mata Norah.

Kening Norah berkerut.

          "Mereka tak bantu awak perangi serangan Strigoi?"

           Klaus mengangguk sambil mengeratkan lagi pelukannya. Buatkan tubuh Norah bersandar pada dia sepenuhnya. Tidak meninggalkan sebarang jarak antara mereka. "Ya...kami dah cuba minta Kerjasama mereka untuk hulurkan bantuan...tetapi mereka tidak memberi sebarang jawapan sehingga sekarang."

          "Macam mana dengan tentera diraja?"Norah mula resah. Dia pandang mata Klaus cuba nak dapatkan kata-kata yang meyakinkan dia Klaus takkan apa-apa kalau teman lelakinya keluar berperang!

          "Tiada khabar berita juga..."Klaus menggeleng. "Saya tak tahu apa yang mereka cuba lakukan...tapi kami Moroi dan pahlawan vampire sedang dalam keadaan terdesak kerana kekurangan tentera vampire."

          "Apa yang awak semua cuba lakukan sekarang?"

           Klaus terdiam seketika. Dia sendiri tak tahu hendak berkata bagaimana lagi. "Vlad beritahu vampire mana yang mempunyai kemahiran menggunakan sihir boleh bantu untuk lengahkan masa sementara mereka sembuhkan mana-mana vampire yang cedera...sekarang kami berjaya secure dua sempadan yang telah diceroboh. Tapi beberapa kawasan sudahpun di kuasai sekumpulan Strigoi. Beberapa kawasan yang mempunyai penduduk juga telah habis di bunuh.."

Menahan nafas terkejut Norah bila dengar. Matanya terbutang luas.

          "Serius macam tu?"ujarnya. Mujurlah Lissa bersama dengan Star. Sekurang-kurangnya lelaki itu tahu hendak pertahankan diri. Sudahlah Lissa tu bendul orangnya. Nak pertahankan diri pun tak reti. Inikan lagi menggunakan kuasa sihir. "Saya tak boleh hubungi Lissa...awak ada cara tak macam mana saya nak hubungi dia?"

          "Maafkan saya...saya tak tahu. Sejak tercetus peperangan, system komunikasi telah diputuskan serta merta di Zon Merah. Jadi sebarang talian komunikasi tak dapat digunakan. Kecuali awak ada sihir yang buatkan awak teleport surat ke Lissa serta merta."

          "Saya mana ada kemahiran macam tu.."Norah bersungut.

          "Saya tak boleh ke daerah Dhampir kerana tempat itu diselubungi dengan kuasa pendinding yang boleh membakar vampire seperti kami ni jika kami cuba melewatinya...jadi saya tak boleh tolong awak."

Hela nafas kesal dilepaskan Norah.

           "Kalau macam tu awak dah dapat tahu siapa yang bertanggungjawab mencetuskan peperangan antara dua zon ni?"

            Klaus menggeleng lagi. "Kami tak temui sebarang petunjuk. Vlad pun sibuk jadi kami tak sempat siasat untuk cari tahu siapa.."

            "Awak tahu...untuk hentikan peperangan ni awak kena bermula daripada akarnya. Dari mana ia bermula. Selagi awak tak cari sumber dari mana semua Strigoi ni dihasilkan, selagi tu peperangan ni takkan ada habisnya.."beritahu Norah.

            "Kami tahu tu..."Klaus mengangguk. "Sebab itu saya ke sini...untuk berjumpa awak sebelum apa-apa berlaku..."

            "Jangan la cakap macam tu...tak ada apa-apa  akan berlaku pada awak.."

             Mencerlung kening Klaus dengan kata-kata itu. Bukan niat dia hendak mengecewakan Norah."Norah-"

            Norah yang tahu apa yang akan dikatakan oleh Klause terus memukul dada lelaki itu kerana marah. "Saya bencikan awak Klaus...awak janji dengan saya untuk bersama dengan saya selamanya...tapi kenapa awak cakap macam awak nak tinggalkan saya.."

           "Kita tak tahu apa akan terjadi nanti.."

            "Tak!Awak takkan apa-apa. Awak akan jumpa  saya nanti."

            Dengan lemah lembut Klaus mendekatkan wajahnya ke muka Norah. "Norah...please..listen to me..."

            Norah menggelengkan kepala lemah tiada semangat. "Saya tak nak dengar..."

           "Andai kata ini kali terakhir kita bertemu, saya nak awak tahu...saya cintakan awak sehingga akhir hayat saya. Kalau saya tiada lagi, saya nak awak cari kebahagiaan awak dan sentiasa gembira. Jangan tangisi saya lama-lama."bisiknya di depan bibir itu.

Ucapan itu buatkan mata Norah berkaca semula. Air mata bertakung lebat di kelopak. Kepalanya diangguk lemah kesedihan. Apa yang patut dia lakukan sekarang! Perasaan benci dia telah buatkan dia jatuh cinta pada vampire tu sendiri.

           "Saya relakan awak pergi Klaus...."rintihnya. Dia patut lari sementara sempat. Tapi tidak. Dia malah pergi ke Klaus sedangkan dia tahu kenyataan teman lelakinya ialah vampire. "Saya ikhlaskan pemergian awak...jadi pertahankan la tanah air awak dengan bersungguh.."lafaznya dengan susah payah.

Ini alasan kenapa dia bencikan vampire yang mempunyai kuasa besar tetapi lepas tangan. Langsung tidak peduli akan mereka yang tidak berdaya dan lemah. Dia bencikan golongan vampire yang hanya tahu menggunakan orang yang lemah demi mendapatkan kesenangan mereka. Klaus yang tidak bersalah menjadi pertaruhan perebutan kuasa mereka.

Lantas Klaus tersenyum sedih taktala air mata turun ke pipi dan dia pejam mata memberi kucupan di bibir Norah.

             "Terima kasih Norah kerana hadir dalam hidup  saya dan terima saya dalam hidup awak selama 2 tahun ini..."ucap Klaus dengan sebak sekali.

Bersentuhan saja bibir mereka, Norah teresak-esak menangis sambil memegang kuat lengan Klaus. Dia dah berserah. Dia dah relakan sekiranya itu keputusan Klaus. Sekuat mana sekalipun dia mahu menghalang, Norah tahu Klaus cinta pada bangsa vampire lelaki itu. Jadi menghalang lelaki itu tiada gunanya lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience