Rate

Part 51 : Pelan Pertama

Vampire Completed 6708

Vampire lelaki kelihatan bertenggek di tepi batu balkoni di tempat yang teduh jauh dari sinar matahari pada tengah hari itu. Mereka semua mengenakan cermin mata hitam dekat mata sebab tak tahan dengan cahaya terang. Mata mereka sangat sensitive dengan sinaran UV sebab itu cermin mata hitam sering terpasang di wajah. Bukan sebab nak bergaya tapi sebab terpaksa.

            "Betul ke kau ada bau yang sedap dari dia?"

            "Iya...semalam aku terlintas dekat sebelah dia...serius. Bau dia tu kan macam rare gila!Confirm darah dia lagi sedap dari darah manusia lain dekat sini."

             "Tapi bukan ke dia tu vampire?"

             "Hah?Vampire ke?Kita mana boleh minum darah vampire lain..kau ni nak bunuh kita orang ke?"

              "Lissa vampire?Ish?Mana ada. Dia bukan vampire...kau tak boleh nak bezakan ke vampire dengan manusia macam mana?"

              "Wei...Lissa ada dalam senarai vampire Dhampir akademi ni...sah-sah la dia vampire.."

Sedang mereka berborak, ketika itu orang yang mereka sibuk borakkan muncul tidak jauh dari hujung balkoni tempat mereka berteduh. Serta merta bau dari gadis itu menerawang ke rongga hidung setiap seorang vampire lelaki yang ada di situ.

             "Mmm...itu bau dia.."seorang dari mereka dongak ke udara menghirup bau menyelerakan itu.

Dengan serentak semua menggerakkan kepala ke kanan koridor lalu bertentang mata dengan gadis berambut Panjang ikal sedang jalan menuju ke arah mereka.

            "Well...well tengok siapa yang datang tu?"sengih mereka dengan jahat.

Beberapa meter dari situ Lissa sudahpun mengesan ketiga-tiga vampire itu.

            "Hai Lissa."seorang demi seorang jalan ke hadapan lalu mengepung Lissa.

Bersama renungan tidak berminatnya, Lissa lirik wajah pucat ketiga-tiga vampire muda di depannya silih ganti. Ini pelan pertama Star. Lelaki itu menyuruh dia ke tempat biasa dimana vampire suka melepak untuk dapatkan maklumat dari mereka. Menggunakan scent dia, Lissa jadikan dirinya sebagai umpan."Kau orang bertiga nak apa?"

            "Well....kau tahu kebelakangan ni ada something tak kena berlaku dekat semua supplier darah di Zon Merah..."

            "Dan bekalan darah sangat terhad sampai harganya mahal mencekik."

            "Kita orang dengar kau ada bau yang sangat menyelerakan untuk seorang manusia..."

            "Kalau tak kisah, boleh kongsikan dekat kita orang sikit?"

Masing-masing menayang gigi taring mereka, siap menjilat hujung gigi itu memberi isyarat.

           "Kau orang belum tahu ke aku ni vampire?"Lissa menyilangkan tangan ke dada. Pandang funny akan mereka bertiga.

           Dengan laju, seorang dari mereka berdesup laju ke belakang Lissa lalu memegang bahagian depan leher Lissa dalam sekelip mata.Jari jemari runcing itu kemas melingkar ke sekeliling batang leher Lissa. "Kau sure kau seorang vampire?Tapi kenapa kau bau seakan manusia?"hujung hidung itu menyentuh kulit leher Lissa penuh amaran.

           Tidak terkutik dengan tindakan itu Lissa hanya memandang bosan ke depan lantas berkata. "Kau sure?Jangan silap pulak. Nanti menyesal kemudian tak ada gunanya. "balasnya bernada manja yang dibuat-buat.

           "Kenapa....macam la kau ni virgin yang tak pernah berikan darah kau kepada mana-mana vampire. Memangnya tak ada ke satupun vampire yang hisap darah kau sejak kau masuk akademi ni?Bukan ke kau rapat dengan Puteri Maria. Aku fikir kau adalah makanan dia selama ni."satu lagi vampir menghampiri Lissa, dia capai pergelangan tangan kiri Lissa lalu di bawah ke bawah hidung untuk dihidu.

            "Boleh la bagi sikit dekat kami bertiga.."

             "Little please please.."

              Lissa gunakan peluang itu untuk berurusan dengan mereka. "Kalau macam tu beritahu aku something yang aku tak tahu...sebagai bayarannya aku beri kau orang darah aku."

Tidak ubah seperti penagih yang sudah khayal masing-masing memejamkan mata bersiap sedia hendak menggigit kulit Lissa ketika itu.

Lissa pandang kepala vampire di depannya dengan muka poker face. Haish!Meremang bulu tengkuk dia sekarang ni.

            "Kau nak tahu....aku betul-betul craving darah sejak dua hari lepas tak sentuh mana-mana student manusia biasa dalam akademi ni lepas aku dengar berita mengenai racun yang boleh membunuh kami vampire telah disuntik dalam badan mereka?"

            Waktu itu Lissa tersentak, dia pandang vampire ketiga dengan nafas tertahan. "Racun?"

            Vampire yang memegang muka Lissa tadi sudah menyeringai mengeluarkan taring dia sedia hendak menggigit leher Lissa waktu dia berkata. "Ya..racun. Untuk lindungi diri mereka, kebanyakan pelajar manusia biasa dalam akademi ni terima suntikan istimewa yang buatkan mereka kebal dari vampire.Buatkan darah mereka tidak menyelerakan untuk di minum."

             "Dengarnya ada Strigoi cuba merosakkan para vampire neutral di Zon Merah hingga mengubah setiap vampire dan manusia biasa jadi seperti mereka. Tak sure sama ada itu betul atau tidak?"

            "Di sebabkan semua tu kami semua vampire dalam Zon Merah ni betul-betul terdesak...Ada orang dalam buat kerja mereka dengan meracun pelajar-pelajar akademi untuk dijadikan sebagai suruhan mereka.."bisik vampire lelaki yang ada di belakang Lissa. Lelaki itu sudahpun menyengetkan kepalanya hendak menggigit.

             "Sekejap!"Lissa buatkan gigi taring mereka bertiga hendak menusuk kulit leher terhenti seketika.

             "Kenapa?"vampire yang hendak menggigit pergelangan tangan Lissa tadi mengangkat kepala.

             "Di mana kedai supplier darah yang kau orang katakan tu?"Lissa pandang vampire di tepi leher ketika itu. "Dari mana kau orang dengar semua ni?"tak sangka pulak secepat ni dia akan dapat maklumat.

Soalan Lissa itu buatkan mereka bertiga hilang perhatian sekejap kerana cuba nak fikirkan jawapan.

             "Di mana lagi kalau bukan di Bar YellowStone. Dekat tempat ni bar itu adalah lokasi paling popular dikalangan vampire muda seperti kami ni. Dekat situ macam-macam gossip kau boleh dengar...sampaikan cerita dari Zon Biru pun boleh ada sekali..."

Namun belum sempat mereka hendak menggigit Lissa waktu itulah satu suara menegur dari belakang.

            "Apa yang kau orang buat ni hah?"

Serta merta semua di situ tersentak memusingkan kepala ke belakang. Termasuklah Lissa yang waktu itu sedang dikerumuni tiga vampire lelaki di situ.

Star dengan renungan dingin memandang setiap seorang di situ tanpa mengatakan apa-apa.

Sementara Lissa, buat muka tak suka. Dia masih sakit hati dan merajuk dengan Star. Terus dia lempar pandangan ke arah lain. Bukan muka Star!

             "Berhambus!"arah mereka semasa memandang tidak berminat ke arah Dhampir di depan mereka ketika itu.

            "Bukan urusan kau Star..."

           "Kau orang nak buat kerja tak senonoh kau orang dekat tempat terbuka macam ni?"soal Star dengan renungan dinginnya ke arah mereka bertiga.

           "Kita orang punya tempat kita orang punya hal. Kau tak boleh nak masuk campur sekalipun kau Dhampir.."

           "Bangga la buat perangai sampah kau orang secara terbuka macam ni?"balas Star dengan sinis.

Lissa di dalam rangkulan mereka diam melirik akan Star walaupun dia tak nak pandang lelaki itu. Sejak dua menjak ni scent lelaki itu semakin lama semakin menghantui dirinya, bau yang mengiurkan dari badan Star buatkan Lissa tidak dapat bernafas dengan betul. Risau kalau makin banyak dia tarik nafas makin banyak bau lelaki tu menusuk ke dalam rongga hidungnya Lissa ambil keputusan untuk jauhkan diri dari lelaki tu tapi tak berhasil! Sebab tak kira ke mana dia pergi Star pasti akan ada berdekatan.

             Bila Star berada hampir dengan mereka, dia berdiri sambil tangan terseluk di dalam poket blazer. "Bukan ke vampire tak boleh hisap darah dari vampire yang lain?Ke kau orang dah ubah undang-undang?"sengihnya saat melirik ke wajah bersahaja Lissa.

            "Siapa kata Lissa vampire?"tidak semena seorang daripada mereka ketawa.

            "She obviously human?"

            "Vampire dia tak mengeluarkan scent. Mereka plain. Dan Lissa...dia mengeluarkan bau seperti mana manusia biasa berfungsi..."

            "Lepaskan dia sekarang sementara aku cakap elok-elok.."beritahu Star.

             Lissa menarik sengih meleretnya. "Hiraukan dia...jom kita ke tempat lain."ajak dia mencabar Star. Nak tengok sejauh mana lelaki itu akan biarkan dirinya lakukan hal ni.

            Vampire lelaki yang berdiri di belakang Lissa merangkul tangan ke sekeliling bahu Lissa. "See...Lissa sendiri tak kisah. Dia rela kut ikut kita orang..."

Melirik mata Star apabila dia lihat tangan vampire itu berasa di depan tulang selangka Lissa. Menyirap dia dengan sikap Lissa. Dah dua hari Lissa tidak hiraukan dirinya. Malah suka hati aje mengelak dari bertemu setiap kali dia ajak berjumpa.

         "Heheh...jom...aku pun dah 'dahaga' sangat ni.."

          "Yeah!Dapat 'makan' free hari ni!"

SNAP!

           Tidak semena mereka berempat di situ terdiam bila nampak Star sudahpun mengeluarkan baton hitam yang mempunyai kuasa sihir padanya. "Pilih. Kau pergi dari sini atau aku yang buat kau orang pergi dari sini?"ajunya dengan mendatar.

           Tanpa gentar Lissa membalas tatapan tajam Star kepadanya. Bukan ke Star yang suruh dia dapatkan maklumat?Dah kenapa nak halang dia pulak! "Apa kau nak buat Star?"soalnya bernada marah.

Ekoran mengenali sikap Star bagaimana, ketiga-tiga vampire itu lekas-lekas melepaskan Lissa. Mahu tak mahu mereka jauhkan diri dari gadis tersebut.

          "Untung kita orang lapar hari ni!Kalau kita orang kenyang lama muka kau tu pecah!"

          "Damnit!Kacau betul la kau Star..."renggus mereka tidak puas hati saat pergi jalan melewati Star marah-marah.

           "Nak sikit aje pun darah...itupun kedekut.."

Bebel mereka bertiga waktu itu.

Dengan riak tak percayanya Lissa pandang langkah tiga vampire tu sebelum buat muka menyampah pada Star. Dia belum dapat maklumat lebih lanjut kut!Tak menyabar betul Star ni tau!

Star balas tatapan Lissa dengan kening mencerun marah. Dia snap semula baton hitam tadi lalu di seluk ke pinggang belakang seluarnya.

           Lissa berdecit menyampah."Kau dengar apa dia orang cakap tadi kan?Kerja aku dah settle. Pandai-pandai kau uruskan!"Hmph!Rambut panjangnya di selak ke belakang bahu kerimasan semasa berpaling membelakangkan Star untuk pergi dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience