Rate

Part 69 : Salam Sayang

Vampire Completed 6708

Suasana bising menghuni lantai latihan waktu itu. Kesemua pahlawan Dhampir sedang menjalani rutin latihan mereka. Yang belajar bertarung mahupun menggunakan sihir pentagram mereka. Semua ada di situ, sibuk dan tekun berlatih.

Lingkaran pentagram muncul di balik ke sibukan sebelum seseorang berjalan keluar melalui lingkaran itu. Melintasi mereka yang ada dengan derap langkah berkawadnya. Dhampir berpakaian seperti pengawal itupun mendaki tangga sehingga tiba di tingkat tiga, melalui beberapa koridor sebelum tiba di depan sebuah bilik dimana pintunya terbuka luas.

Di tangannya waktu itu ada satu lipatan kertas berwarna putih. Riak wajah juga dingin tiada ekspresi.

Tidak masuk terus, lelaki itu beri ketukan pada pintu tersebut. Memandang orang yang sedang duduk di atas katil dengan buku terbentang luas atas riba.

Knock!

Knock!

         Lissa tersentak dari bacaannya apabila mendengar bunyi ketukan pada pintu. Pandang saja dia ke arah pintu, Ezra sedang berdiri memandangnya. Lelaki yang Star arahkan untuk perhatikan dia."Ya?"

          "Ada vampire datang ke sempadan daerah tadi."beritahu Ezra. "Menurut pengawal di situ vampire itu sebut nama awak Lissa.."lelaki itu berjalan masuk ke situ menuju ke arah katil.

           Tidak bergerak di atas katil itu, mata Lissa perhatikan saja lelaki lampai itu jalan mendekatinya sehinggalah berhenti tepat dia sebelahnya. Siapa pulak vampire yang mencari dirinya?"Siapa?"

            Ezra menyua lipatan kertas yang dia bawa tadi ke depan muka Lissa. "Tak dinyatakan. Vampire tu hanya berikan kertas ni supaya diserahkan kepada awak..."

Dari muka Ezra, mata Lissa turun ke tangan lelaki itu pula. Dia pandang lipatan kertas tu dengan kening berkerut. Siapa pulak ni?Buat dia takut aje la.

            "Macam mana mereka tahu awak ada di sini?Bukan ke sihir pendinding tempat ini menepis sebarang kuasa sihir penjejak?"Ezra memang curiga sebenarnya sejak Lissa jejak kaki ke tempat sacred mereka ini. Kalau bukan kerana Star yang beria mahu menempatkan Lissa di asrama mereka ini, dia takkan berasa curiga dan intip setiap gerak geri Lissa setiap masa.

Lissa ambil kertas itu dari tangan Ezra lalu membuka lipatan kertas tersebut dengan perasaan tidak tenang. Of course. Selain ayahnya siapa lagi yang dapat mengesan keberadaan dia. Tapi kenapa pengawal ayahnya hantar surat kepadanya?

             "Tak perlu guna penjejak, rasanya seluruh Zon Merah tahu saya bersama dengan Star sekarang."beritahunya.Lelaki misteri dan mencurigakan tu masih buatkan dia tertanya-tanya siapa Star sebenarnya.

Ezra yang dengar tidak membalas kerana setuju dengan jawapan Lissa.

Selepas kertas itu terbuka sepenuhnya, mata Lissa di sapa dengan coretan yang amat dia kenali. Tulisan yang dia lihat buat pertama kali selepas menyambut ulang tahun ke-19 tempoh hari. Hal itu buatkan Lissa mengalihkan buku yang ada atas ribanya ke atas katil sebelum dia berdiri untuk baca surat tersebut.

Apa yang ayah dia sampaikan kali ni?

'Ke hadapan Lissa, anak yang dikasihi lagi dirindui, surat ini mungkin coretan terakhir ayah kepada kamu.'

Ayat pertama saja buatkan Lissa sebak. Dia meneruskan bacaannya.

'Sebelum itu ayah mahu kamu tahu, ayah benar-benar minta maaf kerana meletakkan kamu di dalam situasi sulit seperti ini. Terutama sekali mama kamu. Ayah sendiri tidak menyangka kamu juga akan terlibat dalam isu peperangan antara dua zon.

Seperti yang kamu tahu, Ayah mahu menemui kamu tempoh hari. Mungkin kamu terkejut dengan kehadiran mereka berlima bukan?Kalau iya, ayah minta maaf. Bukan niat ayah hendak buat kamu takut, ayah hanya mahu menanyakan sesuatu mengenai suatu perkara kepada kamu sebab itu ayah arahkan mereka untuk bawa kamu bertemu dengan ayah.

Tapi memandangkan ayah sudah mendapat jawapannya, kamu tidak perlu temui ayah lagi selepas ini. Kerana Raja Vampire sudahpun menjelaskan segalanya kepada ayah dan memberi titah kepada ayah untuk tidak berhubung dengan kamu, sebaliknya tunggu dan bertahan di sini.'

Tangan kanan Lissa naik menekup mulut kerana tergamam. Raja Vampire beri titah!?

'Apa yang ayah mahu sampaikan adalah, jaga diri kamu, jaga mama kamu sebaik mungkin. Dan ayah akan cuba sebaik mungkin untuk pertahankan keselamatan semua orang di sini sekalipun ayah terpaksa korbankan diri ini sebagai perisai dan tamatkan peperangan ini.

Keadaan di sini semakin serius. High Council perlu dipertahankan Istana Diraja Vampire. Oleh kerana bantuan terhad dan pahlawan yang lain berada di luar kawasan untuk pertahankan sempadan, ayah dan yang lain terpaksa lengahkan mereka sebelum mereka masuk ke kawasan Istana. Risau kalau ayah tak sempat, ayah hantarkan surat ini sebagai titipan terakhir.'

Menggigil kertas yang Lissa pegang saat itu apabila tubuhnya mula menggeletar kuat akibat sebak.

'Selamat tinggal Vassilissa Dragomir. Kelahiran kamu adalah anugerah terindah dalam hidup ayah sekalipun kita tidak pernah menjadi keluarga yang sebenar. Jalani la hidup kamu sebaik-baiknya selepas peperangan ini tamat. Kamu akan ada di dalam ingatan ayah sampai bila-bila.'

Jatuh menitis air mata atas permukaan kertas itu.

Tak mungkin!

Lissa mengangkat kepalanya memandang ke arah pintu bilik. Berharap pintu itu boleh bawa dia terus ke tempat ayahnya sekarang juga!

Ayahnya tak mungkin akan korbankan diri dalam peperangan ni! Tak mungkin!

         "Tak mungkin!"lafaz Lissa begitu trauma.

Begitu cemas dan ketakutan, Lissa lepaskan surat itu sebelum berlari ke arah pintu tiba-tiba hingga melanggar Ezra tanpa sengaja. Dia kena pergi dapatkan ayahnya!Dia kena halang ayah dia!

           "Hei...Lissa!"panggil Ezra bila tengok Lissa meluru keluar dari situ sebaik melanggarnya.

Tidak mendengar panggilan itu, Lissa meneruskan lariannya sehingga dia tiba di anak tangga. Terkocoh-kocoh kaki tidak beralasnya memijak anak tangga yang banyak di situ. Dia kena keluar!Dia kena cari ayah dia dengan cepat!

Lelaki tu tak boleh mati!Dia tak sempat nak panggil lelaki tu 'ayah'!

Dia tak sempat tunjuk dia akan berjaya dalam hidup!

Ayah dia tak boleh tinggalkan dia sekali lagi. Bukan untuk selamanya.

TAK BOLEH!!!!!

Kebetulan waktu itu juga muncul Carlus bertentangan dengan Lissa di tangga tersebut. Lelaki itu yang melihat Lissa melewatinya terkebil-kebil bingung.

        "Apa yang-"

         "Tangkap dia!"panggil Ezra yang muncul dari     atas tangga menghadap Carlus dekat bawah. Lelaki itu dengan mudah lompat lima anak tangga sekaligus gara-gara nak cepat.

         "Kenapa ni?"tanya Carlus apabila Ezra mendarat di depannya.

         "Aku tak tahu!"beritahu Ezra semasa menyambung langkahnya hendak mengejar Lissa.

          "Serius la?Apa lagi masalahnya kali ni?"Carlus tercengang dekat situ untuk beberapa saat sebelum mengejar langkah Ezra.

Air mata yang turun di pipi Lissa seka dengan belakang tangan semasa dia berlari merentasi koridor sebelum tiba di tempat dimana latihan sedang berlangsung. Waktu itu dia tak Nampak apa dah. Apa dia Nampak cuma pintu Utama untuk keluar dari bangunan itu saja.

            "Lissa!Berhenti!Kau nak ke mana!"suara lantang Ezra itu menyebabkan mereka yang sedang berlatih terhenti dari pergerakkan masing-masing kerana terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience