Rate

Part 75 : Last Touch Down

Vampire Completed 6708

Star termenung memandang lingkaran pentagram yang sedang bercahaya di dinding batu bilik bawah tanah di situ. Sekitar 12 lingkaran pentagram ada di situ. Dan masing-masing cahayanya mulai kembali bercahaya sedikit demi sedikit. Buatkan dia makin jengkel bila teringat pertengkarannya bersama Puteri Maria pada hari kejadian dimana Lord Dragomir terkorban! Kalau la mereka beritahu dia dengan cepat, pasti orang tua Lissa sempat diselamatkan!

        "Sekarang apa?"tegur Ezra dengan grumpy di depan sekumpulan pahlawan Dhampir di situ. Mereka semua di arahkan untuk berkumpul dengan Star tidak lama tadi.

Semua di situ sedang tidak berpuas hati terhadap Star selepas apa yang mereka saksikan terjadi pada Lissa. Dan mereka juga tidak berpuas hati kerana Star masih mengurung mereka di dalam bangunan tersebut tidak keluar-keluar selepas berita mengenai peperangan yang berlaku di luar bangunan semakin serius.

          "Star..."panggil Master Leo di tepi tiang berdekatan. "Apa lagi yang kamu nak sampaikan kepada kami semua?"

           "Hal sebenar. 10 tahun aku simpan semua ni sendiri sebab cuba nak buktikan diri aku ni mampu uruskan semuanya sendiri. Obviously it's not."dengusnya selepas itu dengan sengih meleret. Star turunkan tangannya yang bersilang dari dada lalu menyeluk kedua belah tangan dalam poket seluar. "Kalau bukan disebabkan dendam kesumat musuh keluarga vampire diraja, maybe kau orang semua takkan stuck dengan aku di sini.."

        Kening Carlus berkerut bingung. "Apa yang kau cakapkan ni?"

         Star tenung tepat ke mata Carlus dengan dalam menyebabkan mata dia bersinar keemasan. "Tujuan aku simpan kau orang adalah untuk digunakan pada saat terakhir untuk menyerang Zon Biru selepas semua dinding perlindung Zon Merah dipulihkan. Seperti yang kau orang tahu,vampire tak boleh masuk ke dalam kawasan Zon Biru dengan mudah melainkan kau orang ada orang dalam untuk benarkan kau orang masuk ke situ. Jadi untuk dapatkan dua orang tikus yang mencipta peperangan ni, kau orang semua akan dihantar masuk ke Zon Biru. Iaitu ke rumah Darren dan Carrie. Tali barut yang cuba musnahkan Zon Merah. Darren merupakan pewaris lama yang hilang selepas keluarganya dibunuh secara besar-besaran dengan keluarga diraja vampire."

Master Leo terkedu.

Ezra, Carlus dan yang lain ternganga luas kerana begitu terpempan. Mendengar nama Darren dan Carrie yang mereka kenali sebagai student akademi sangat mengejutkan!

          "Jangan nak merepek Star.."beritahu Master Leo.

           "Terpulang sama ada nak percaya atau tak. Apa yang penting kau orang kena tahu, Darren adalah vampire yang sama terlibat dalam pembunuhan besar-besaran keluarga Poison 10 tahun yang lalu."tambah Star lagi. "Aku dah plan benda ni sejak kejadian tu. And let me tell you...it's not easy as you look.."
  
          "Tapi bukan ke mereka telah dihapuskan?"tanya Ezra.

          "Tak semua."geleng Star perlahan. "Looks like has someone manage to run away."

            "Macam mana kau tahu siapa dalang yang mencipta tentera Strigoi ni?"soal mereka yang lain. "Darren?Budak akademi kita tu?Dengan teman Wanita lelaki tu adalah punca kenapa Zon Merah kucar kacir macam ni?Hanya sebab dendam dia terhadap keluarga diraja vampire?"

           "Ya betul. Aku dapat tahu semua ni atas bantuan Lissa. Dia tolong aku untuk kesan keberadaan pangkalan Utama mereka yang mana bertempat di bawah tanah kediaman Darren je. Alasan kenapa Lissa bersama aku di sini,tapi sayangnya pertolongan dia tu hanya membuatkan dia kehilangan ayahnya iaitu Lord Dragomir. Yang mana sepatutnya rahsia, tapi sekarang semua tu tak penting.."

Ezra bersama Carlus berkerut kening kerana berasa tak percaya.

          "Tadi kau cakap, kau cuba buktikan sesuatu?Apa maksud kau?"Carlus tanya.

         "Dan kau dah tahu semua dari awal...tapi kau pilih untuk diamkan diri. Bila benda settle baru nak beritahu?Kau ingat kita orang semua ni apa?Lembab sangat ke!?"marah Ezra kekesalan.

         Star malahan ketawa kecil. "Oh ya..tentang    tu. Nothing special. Aku cuma nak buktikan yang aku mampu kekalkan rekod cemerlang aku sebagai Dhampir."beritahunya bernada tidak serius. "Tapi tak kali ni kalau bukan dengan bantuan Lissa ataupun kau orang...dan aku ada sebab kenapa aku berahsia."

        "Kau nak cakap la ni yang kau kurung kita orang dekat sini semata untuk digunakan pada saat akhir?"tambah Ezra. "Macam tu?"

Star mengangguk kepala.

         "Jadi sekarang, aku perlukan kau orang untuk masuk ke Zon Biru. Musnahkan pangkalan Strigoi di situ dan menahan setiap seorang pemerintah yang bertanggungjawab memberi dana dan sumber kepada Darren untuk memerangi Zon Merah."beritahu Star dengan renungan dinginnya. "Manalah tahu kan...effort kau orang akan di pandang tinggi dengan Raja Vampire dan diberikan ganjaran yang lumayan lepas semua ni selesai?"

Mereka semua menjadi skeptikal kerana ajakan Star seakan cuba nak halang mereka pun ada, nak suruh mereka pun ada. Buat mereka jadi bingung nak buat keputusan. Paling anehnya, ada suara dalam kepala mereka suruh mereka turut apa yang di arahkan Star waktu itu.

          "Kali ni je aku perlukan bantuan dari kau orang, kalau kita berjaya hapuskan Darren. Zon Biru bakal berada di dalam pemerintahan Zon Merah sepenuhnya..." beritahu Star. "Dan tiada siapa berani masuk campur Zon Merah lagi..."

Mereka semua memandang tepat ke mata keemasan Star dengan renungan seakan telah dipukau. Seakan khayal dek tatapan lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience