Rate

Part 66 : Siapa

Vampire Completed 6708

Seusai membersihkan diri dan menyalin pakaian bersih milik Star, Lissa duduk melunjur di atas katil memeluk erat bantal golek ke dada. Termenung memandang lelaki yang sedang duduk di kerusi menghadap katil betul-betul depan dia. Lelaki itu diam sejak dia mandi dan bersiap sehingga la dia duduk di atas katil.

Star menggosok-gosok bawah bibir dengan jari telunjuknya banyak kali sewaktu memandang Lissa atas katilnya waktu itu. Sebenarnya dia pandang Lissa bukan sebab marah atau rasa serba salah lepas apa yang berlaku pada Lissa siang tadi. Tapi Star agak confuse dengan apa yang dia dengar dari Ezra dan Carlus tadi. Dia hairan kenapa Lissa jadi buruan Strigoi?Macam mana mereka boleh berkumpul di satu tempat seakan tahu ada Lissa di situ?

Sementara waktu itu Lissa sudah mengutuk di dalam kepala. Wajah tenang Star dia pandang dengan perasaan menggerutu. Yalah...sudah la lelaki itu tidak cuba tanya dia okay ke tidak, sakit dekat mana-mana tak?Pujuk ke?Tenangkan dia lepas apa yang menimpa dirinya ini ke...something sweet you know..ini tidak malah tenung dia macam nak telan dia hidup-hidup!Sudahlah Star buat salah pada dia!Kalau bukan sebab dia ni ada perasaan pada Star, sudah lama dia lampiaskan kejadian sebenar yang terjadi di dalam bilik bawah tanah hari tu!

         "Berapa lama kau luangkan masa dekat dalam rumah kau tadi Lissa?"Star bangun dari kerusi akhirnya. Lelaki itu jalan mendekati katil, ke sisi dimana Lissa sedang berada.

Lissa pandang bila Star menghampiri katil.

           Mana la dia nak ingat. Melayan kerenah ribena Ezra dan Carlus buatkan dia hilang tumpuan. Nak fokus berapa lama dekat situ memang tak la! "Tak tahu.."

           Duduk saja Star di atas katil itu menghadap Lissa, lelaki itu sondong sedikit meneliti wajah Lissa. Buatkan scent istimewa gadis itu menusuk ke deria vampirenya. "Nampaknya pelan kita dah ketahuan.." bicaranya.

            Bila Star buat begitu, Lissa jadi awas. Dia gerakkan badannya ke belakang hendak letakkan jurang di antara mereka pula. Tadi dia yang beria nak Star dekati dia, tapi bila lelaki tu dekati dia serta merta imej lelaki itu bertaring muncul dalam fikiran, buatkan dirinya gelabah pulak. "Si-siapa?"Lissa jadi gagap tiba-tiba.

            "Kau cakap something yang tak patut pada pekedai Yellowstone tu ke?"

Lissa menggeleng.

            "Kalau macam tu pekedai tu yang bawa mulut pada orang tu.."Star angkat tangan, menyelak rambut Lissa untuk mendedahkan kesan lebam pada tepi leher gadis itu. Mungkin kerana pergelutan yang terjadi di antara Lissa dengan Strigoi yang menerangnya. Tidak hilang lagi.

            Mata Lissa melirik akan tangan Star apabila lelaki itu mendekat. Dan bila jari lelaki itu tak sengaja menyentuh kulitnya, bulu roma terus tegak meremang. Seram sejuk dan kecut perut. Ingat ke Star apa yang berlaku? "Bawa mulut?Tentang apa?"

            Kening Star berkerut sedikit apabila dia perasan di bawah kesan lebam tu ada kesan seperti dua lubang yang mencurigakan. Seakan kesan tusukan benda tajam yang berjarak sama. Tanpa amaran dia lurutkan kolar baju t-shirt putih itu turun ke bahu Lissa. "Apa ni?"soalnya menyedari ianya adalah kesan gigitan.

            Menahan nafas terkejut Lissa. Dia bawah kolar baju itu naik semula ke badan sebelum mengesot ke tepi menjauhkan diri dari Star. Shoot!!! "Apa?"dadanya mula sempit!Memang la kesan luka gigitan tu dah sembuh tapi perutnya masih ada!Dia tak boleh hilangkan parut kecuali hilangkan sakit dan sembuhkan luka saja. Kuasa Healer dia tak berapa proper lagi!

             "Itu apa?"Star merangkak naik ke katil itu dengan laju mendapatkan Lissa. Mahu lihat sekali lagi kesan gigitan di leher gadis itu!Keparat mana yang sentuh Lissa nI! Memang tak nak hidup lama betul! "Sini aku tengok!"

              "Mana ada apa-apa!"ngelak Lissa sewaktu ikut merangkak ke sebelah hendak turun dari katil pula.

Tapi Star lebih pantas. Lelaki itu capai pergelangan kaki kanan Lissa lalu menarik gadis itu ke belakang hingga menyebabkan wajah Lissa tersembam mencium katil.

             "Umph!"Lissa memejamkan mata sebelum merasai tubuhnya di telentangkan secara paksa. Dan buka saja mata, dia di sapa oleh Star atas badannya. "Apa kau ni!"habislah dia!

              Star lalukan jarinya ke Udara sebelum satu lingkaran pentagram bersaiz kecil muncul depan muka Lissa . "Stay."lafaznya sebelum lingkaran itu lenyap.

              Dan masa itulah Lissa merasakan tangan, kepala, badan dan kakinya keras mengejung.What the heck! Matanya membulat luas. Tak guna punya vampire! "Apa yang kau cuba lakukan ni!Aku menjerit nanti baru kau tahu!Biar semua penghuni tahu apa kau buat pada aku..."macam mana ni?Nak lari ke nak jerit?Think Lissa!Think!!!

              "Dari mana kau dapat kesan gigitan ni?Dari siapa!?"Star selak sekali lagi kolar t-shirt Lissa. Mendedahkan sebahagian bahu gadis itu. "Kau dapat dari serangan siang tadi ke?"matanya terarah pada mata Lissa. Kalau Lissa digigit pasti akan berjangkit. Tapi tiada simtom begitu yang ditunjukkan.

             Kening Lissa mencerlung. Bertuah! Kalau dia kena gigit dengan Strigoi dah lama dia jadi monster menakutkan tu!"Mana ada."

            "Tipu!Aku tahu beza gigitan biasa dengan gigitan vampire ya!Beritahu aku... siapa yang-"

              "Kenapa kau kisah?Bukannya darah kau kan...!"pintas Lissa serta merta!

              "Lissa!"ketap Star apabila mata lelaki itu tanpa disedari bertukar warna menjadi emas.

Duh!Lissa semakin cemas di bawah kekangan taktala mata hitam itu bertukar menjadi mata keemasan. Takkan lah-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience