Rate

Part 4 : Sumber Terhad Dan Sumber Tidak Terhad

Vampire Completed 6708

"F**k!"

Lafaz Lissa bila sedar senarai buku yang dia nak pinjam tertinggal di rumah. Poketnya kosong! Beria tadi dia lepas habis kelas terus ke sini. Sampai tak peduli nak makan ke apa.

             "Wow...nice language."sergah satu suara dari tepi lorong rak buku library dengan mengejut.

Lissa pandang ke kanannya lalu melepaskan dengusan kecil. Keningnya berkerut sedikit.

Ingatkan siapa tadi.

              "Hai Maria...Mana kau tahu aku dekat sini?"tanya dia sambil mengingatkan kembali nama buku melalui memori sekali imbasnya dalam diam.

               "I can smell you meter apart.."gadis berambut kerinting emas itu menjawab dengan sengih meleret.

Lissa buat muka.

Bau?

             "Bila kau balik sini, aku dengar kau ada resepsi pertabalan diraja vampire kau tu?" selorohnya bernada bisik yang perlahan memandangkan mereka berada di dalam perpustakaan. "Settle dah?"

Maria, fully vampire, puteri mahkota puak vampire Moroi yang tulen. Baik dan comel. Macam biskut teddy bear. Bercoklat dan manis!

             "Tak...majlis pertabalan tu diganti dengan perjumpaan mengejut."bisik Maria saat sandar malas di rak menghadap Lissa.

               Dengusan kecil seakan hendak ketawa lepas tanpa sengaja. Kesian la! "Kenapa pulak?Sayang la kalau macam tu..dah prepare macam-macam." ujarnya.

Maria ini adalah vampire berusia 200 tahun. Tapi muka muda seperti remaja berusia 19 tahun. Sangat berbahaya dan mempunyai kuasa psikik dimana boleh control fikiran seseorang itu untuk lakukan perkara tanpa kehendak orang tu sendiri. Sesiapa tak nak macam-macam dengan vampire yang satu ini. Dia bertugas sebagai pengawas dalam akademi ini. Mengawasi pergerakkan vampire muda yang baru belajar jadi vampire dekat sini. Termasuk Lissa sendiri.

          "Tak tahu....ayahanda aku nampak macam serius je malam tu. Dia tak cakap apa-apa dengan aku pasal perjumpaan dia. Tapi Guardian aku kata, ada khabar angin mengatakan kemunculan Strigoi semakin lama semakin ramai dekat kawasan Blue Zone." beritahu dia saat perhatikan Lissa sedang tunjuk bongkok membelek sebuah buku.

Kening Lissa terangkat sedikit. Blue Zone?

         "Macam mana Strigoi boleh tembus masuk kawasan tu. Bukan ke tempat tu dikawal ketat dengan Dhampir?"tanya dia sedikit terkejut.

Blue Zone, ialah lokasi yang menyempadankan kawasan manusia biasa dan kawasan vampire. Tempat itu adalah tempat tinggal yang padat dengan manusia biasa. Jadi memang terkejut la kalau tempat tu di pecah masuk sedangkan dikawal ketat dengan pahlawan terhandal milik kerajaan di situ.

Sementara tempat dimana Lissa tinggal sekarang digelar Sebagai Red Zone. Kawasan hot spot dimana vampire dan Strigoi tinggal. Hanya sebahagian manusia je yang tinggal dalam Red Zone ni.

Dua zon ni la yang memisahkan dua dunia mereka. Macam orang kaya dan miskin kiranya. Zon Biru tempat orang kaya tinggal. Zon Merah tempat orang biasa-biasa.

Zon Biru tempat membangun.

Zon Merah tak boleh membangun sebab ada larangan yang membataskan mereka jadi maju. Contohnya bunyi bising ganggu ketenteraman mereka. Buat apa guna phone kalau mereka boleh telepati? Buat apa pakai kenderaan kalau mereka boleh lari berdesup laju dalam beberapa saat sahaja? Kenapa nak guna internet kalau mereka gunakan kuasa psikik untuk cari tahu sesuatu? Antara sebabnya tu la. Tapi Zon Merah ada la bangunkan suatu tempat tertentu. Macam bar, kedai makan, kedai buku, pusat hiburan dan beberapa lagi. Still tak semaju Zon Biru.

            "Itu aku tak tahu...ni aku datang jumpa kau bukan nak bincang pasal tu. Tapi pasal kau..."Maria semakin merapat ke Lissa sebab nak bagi Lissa dengar lebih jelas.

Lissa dah buat muka pelik.

             "Hah...kenapa dengan aku?"

             Aku dengar kau sambut hari lahir kau." sengih Maria penuh misteri.

Kenapa semua sibuk pasal usia dia hari ni?

             "Memangnya kenapa?"

            "Tak ada apa-apa. Cuma aku nak kau tahu, umur 19 tahun ni maksudnya kau dah dewasa. Pelindungan yang selama ni ada dekat kau dah terhapus. Jadi segala tindak tanduk dan penggunaan kuasa boleh di kesan oleh vampire lain. Dan bau kau ni...dah terdedah. Ianya boleh tarik mana-mana vampire yang dahagakan darah. Jadi hati-hati." pesan Maria.

Lissa buat muka bila dengar perkataan 'hati-hati' itu.

Lagi sekali.

Dah kenapa dengan semua orang ni? Asyik nak warning dia aje!?

          "Pelindungan?Apa maksud kau?"tanya Lissa.

           "Yalah..sihir perlindungan yang raja vampire letakkan dekat mana-mana vampire muda sebagai penjaga kau orang sebelum capai usia matang. Biasanya sihir ni yang samarkan kuasa serta bau kau orang dari musuh supaya kekal selamat. Dan bila dah terhapus. Kau kena protect diri sendiri mulai detik tu." jelas Maria sambil usap kepala berambut lembut Lissa.

Lissa dalam diam menelan air liur gemuruhnya.

             "Okay."angguk dia lepas tu.

           "Take care okay...jangan sampai cedera. Susah nanti kalau terluka...darah kau tu berharga...aku bau je pun dah tahu kau ni bukan sebarangan half blood.."bisik Maria berbaur amaran.

Mata Lissa pun berkedip bila tatap renungan dalam mata itu. Kalau betul apa yang Maria katakan, maka rahsia dia sebagai half blood akan diketahui vampire lain sebab baunya telah terdedah. Harap mereka tak tahu la yang dia ni anak kepada ketua segala vampire dekat sini.

           "Dan lagi satu...ada perubahan dalam organisasi ketua-ketua vampire. Kau tahukan lima Ketua Vampire kita?" Maria turunkan tangannya dari kepala Lissa.

            "Tahu.."angguk Lissa.

            "Well...hari tu Yang Utama adalah Lord Mekhi. Ianya telah ditukar kepada Lord Dragomir..."penuh maksud dia pandang Lissa sebab gadis itu mempunyai nama keluarga yang sama. "Dia dah dilantik sepenuhnya menjadi penguasa dan pemerintah undang-undang dunia Vampire. Malah pinda undang-undang baru. Dalam undang-undang tu kata. Mana-mana Vampire muda yang baru masuk usia matang tak boleh minum darah secara langsung dari manusia. Siapa gagal ikut peraturan tu bakal dihapuskan serta merta."

Lissa buat muka kengerian. Memang tak la..eeww!Bukan selera tekak dia minum darah!Selera dia burger....French fries..pizza..ayam kepchi!

Darah apa rasa. Bau besi tak cukup zat adalah!

          "Kenapa kau beritahu aku semua ni?"

          Dengan bahaya Maria dekatkan mukanya ke depan Lissa."Of course la sebab kau adalah Vasillissa Dragomir...aku beritahu sebab nak kau hati-hati je. Kau sendiri tahu kelahiran kau masih jadi debat dunia vampire sampai ke hari ni...larangan hubungan antara manusia dan vampire semakin ketat kerana hal kau ni... even kau tak berhubung dengan Lord Dragomir sejak lahir...kau masih ancaman bagi dunia vampire ni..."

Bila Lissa dengar macam tu air mukanya jadi pucat tak berdarah. Nak nangis pun ada!

         "Take care tau..."pesan Maria sebelum berpaling pergi dari situ.

Lissa berdiri di situ. Dia persoalkan hidupnya waktu itu. Tak ada ke perkara yang baik terjadi pada hari lahirnya ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience