Rate

Part 14 : Tolong

Vampire Completed 6708

Waktu itu para pelajar masih ada dalam kelas ataupun sudah pulang ke asrama dan rumah masing-masing. Ada sebahagiannya perlu hadiri kelas prep khas. Norah antaranya yang terlibat.

Jadi bilik umum ketika itu pasti lengang tiada pengunjungnya.

Lissa tolak pintu bilik umum ke dalam. Dia sangkakan tiada orang lain dekat situ, sekali lepas dia jejak kaki dalam ruangan tu, telinga menangkap bunyi degupan jantung seseorang. Terkejut dengan hal itu dia pandang dengan ingin tahu sekeliling bilik tu sehingga terhenti di sebuah sofa. Dia nampak kepala orang dari belakang sofa tu.

Dup!

Dap!

Dup!

Dap!

Bunyi degupan jantung itu sangat tenang dan seragam. Memberitahu tuan punya jantung itu mungkin sedang tidur atau berehat.

Oleh kerana ingin tahu Lissa pun jalan mendekati sofa tu. Kakinya berjengket sedikit sebab tak nak buat bunyi. Setibanya dia di sisi sofa, Lissa dapati tekaannya tepat.

Ingatkan siapa, rupa-rupanya si mat lampir.

Waktu itu Star sedang tidur menelentang di sofa saiz besar. Tangan yang berbalut tu tergantung keluar dari sofa. Blazer yang mungkin dijadikan selimut oleh Blade sudah jatuh melurut ke lantai.

Lah...dekat sini rupanya menghilang. Ingatkan dah lesap terus?Bila Lissa nampak dia jadi teragak-agak dekat situ. Jadi dia berdiri dekat situ mencekak pinggang perhatikan Star tidur. Mata lelaki tu bila terpejam nampak la sikit rupa perikemanusiaan. Tapi kalau dah celik macam syaitan tak cukup sifat!Sadis!

Sekali lagi Lissa pandang muka cedera Star. Buatkan dia teringat semula kejadian malam tadi.

Yang peliknya, kenapa Star boleh ada dekat tempat yang sama dia berada malam tadi? Siap tolong selamatkan dia lagi tu? Bukan ke Star bencikan dia? Nak sangat tengok dia mati...sekali tu selamatkan dia. Buatkan dia rasa serba salah untuk perkara yang bukan salah dia pun!

Mesti sakit lebam-lebam ni kan?

            "Bertuah kau..nasib baik aku ni reti kesian."kata Lissa yang akhirnya ambil keputusan untuk mendekati Star. Tangan yang tergantung tadi Lissa angkat dengan perlahan lalu di bawa naik ke atas perut Star. Masa itulah pandangannya jatuh ke wajah tenang tu.

Alis mata Star sangat lebat dan hitam. Hidung lelaki itu pula mancung. pipi bersih tanpa cela itu kelihatan sihat. Senaraikan saja sifat perfect lelaki kegilaan ramai, Star memiliki kesemuanya. Tapi sayangnya lelaki ini dibesarkan untuk menjadi seorang pembunuh. Jadi tiada sekelumit pun perasaan dekat dalam diri Star.

            "Kan bagus kalau kau tak bencikan aku..."bicaranya sendiri walaupun tahu Star takkan dengar sebab lelaki tu sedang tidur.

Setelah itu blazer yang terjatuh dekat lantai di kutipnya. Pada masa Lissa membongkok mahu menyelimutkan blazer tadi, masa itu la dia bertentang mata dengan renungan tu. Kaku mematung Lissa dalam kedudukan tersebut.

Oh shoot!

Habislah!

         "Aku-"tidak sempat Lissa menjelaskan niatnya, tahu-tahu je badan dia dah di campak jatuh dan di hempap dari atas pada sofa itu oleh Star lepas lelaki tu bangun, capai tangan dia dan gunakan pergerakkan smack down kepadanya.

Entah datang dari mana dan bila, pisau belati sudahpun ada di bawah leher!

           "Wei!What the hell!"

Lissa buat muka tergamam melihat lelaki yang ada di atasnya.

         "Apa kau cuba buat hah!"tanya Star penuh amaran semasa memayungi Lissa diatas sofa itu.

Mata Lissa gerak mengerling ke pisau yang sedang menekan urat lehernya. Sumpah!Memulas cuak perut dia waktu tu.

          "Mana ada aku cuba buat apa-apa. Kau ya pun tak payah la macam ni."

           "Kau nak serang aku kan!"deram Star lagi memberi tekanan pada pisau di leher Lissa sambil mencengkam kuat pergelangan tangan tu.

Lissa menjuling mata menyampah dengar tuduhan tak berasas tu. Kenapa Star asyik tuduh yang bukan-bukan. Muka dia ni macam pembunuh sangat ke?Pelik betul. Sambil dia pandang Star di atasnya sambil tu dia pulas pergelangan tangannya. Sakit kut bila di kasari macam ni.

         "Boleh tak dalam sehari tu kau tak cuba untuk bunuh aku?"soalnya. Patutnya dia biarkan saja Star tadi. "Hish!"

         Star menarik sengih sinis. "Boleh, kalau kau berhenti muncul depan mata aku!"beritahu dia dengan kerutan di kening kerana dia dalam kesakitan tika itu. Kesan dibelasah malam tadi masih tersisa.

Lissa perasan. Dia nampak riak muka Star yang berkerut kening seperti menahan sakit itu. Teringat yang lelaki depannya itu telah selamatkan nyawa mama dia, Lissa tidak bergerak untuk bergelut. Dia tak sampai hati nak sakitkan Star lebih teruk lagi. Sebab itu la dia tak melawan sangat.

          "Kau memang jenisnya over sensitif ya bila ada yang dekat atau sentuh kau tiba-tiba?" tanya Lissa.

Kening Star mencerun tajam.

Sejak menjadi Dhampir dia sudah terbiasa dengan sikap berjaga-jaga. Dan sangat sensitive terutama sekali bila berada hampir dengan vampire. Memandangkan dekat akademi ni Lissa adalah vampire yang dia kenal. Memang kena la Lissa dengan dia!

           "Mana ada aku-"tiba-tiba Star jatuh rebah ke atas Lissa.Menghempap gadis itu!

Menahan nafas terkejut Lissa waktu itu.

Duh!

Kenapa pulak ni?

            "Hey! Kau kenapa?"tanya Lissa dengan suara menahan nafas akibat berat badan Star yang sedang menghempap dirinya.

Star baring tidak bergerak di atas badan Lissa. Wajah itu pucat dan berpeluh dingin. Kepalanya berada di dada Lissa. Pisau tadi sudah terlepas dan jatuh ke lantai. Matanya terpejam rapat.

            "Ugh!Seriously?"hela Lissa dengan nada tak percaya. Boleh pulak!

Deru nafas Star naik turun tidak menentu. Dia mengerang perlahan kerana sedang kesakitan.

Hal itu buatkan Lissa terpaksa jugak gagahkan diri untuk alihkan Star darinya. Dia tolak badan tu sampai berjaya duduk melunjur di situ. Setelah itu baru la Star di sandarkan ke sofa tu.

         "Kau kenapa ni?Sakit ke?"soal Lissa dengan muka bercemberut. Ada aje la halnya! "Star..."lengan tu di goyangkan.

Star tidak terkutik. Mata itu terpejam rapat.

Untuk seketika, Lissa diam bila Star tersandar di situ. Makin kesian pulak dia rasakan menengok muka sakit tu.

             "Kau sakit sebab selamatkan aku malam tadi ke?"tanya Lissa lagi.

Diam.

Tiada jawapan dari Star.

           "Aku tak tahu kau dengar ke tak at least kau tahu ni, aku tak nak berhutang dengan kau... so terpaksa la macam ni!" rungut Lissa semasa dekat merapat pada lelaki tak sedarkan diri tu. Tangan berbalut Star di angkat. Balutan pada tangan itu di tanggalkan dengan berhati-hati.

Menggunakan kemahiran rahsianya, Lissa usap kulit berlebam yang mungkin terseliuh semasa pergelutan terjadi itu dengan perlahan lalu di bawa merapat ke bibirnya sebelum di kucup lembut.

Sentuhan bibir Lissa buatkan kesan lebam pada tangan itu perlahan-lahan memudar dan kembali kepada warna kulit yang asal.

Setelah itu, Lissa gerak ke muka Star yang berlebam sana sini. Untuk seketika dia tengok setiap inci wajah Star. Tertanya-tanya sendiri.

Serius, dia nak tahu sangat.

Kenapa Star boleh ada dekat dengan kelab pada malam tu?

Dahi yang bertampal itu di tanggalkan pembalutnya. Kesan luka yang masih basah berdarah itupun di beri kucupan.Luka itu pun sembuh tiada cela.

Lissa gerak ke tulang pipi Star pula. Sambil dia pandang mata tu, dia kucup lebam di tulang pipi tu. Dari kemerahan berubah menjadi warna kulit yang sihat.

Dan bila tiba di bibir Star yang luka Lissa teragak-agak. Dia telan air liurnya kerana bingung sendiri. Takkan la dia nak kiss jugak kan?

Rasa macam pervert pulak!

Hahaha! Lissa berdengus kecil kerana menahan diri dari ketawa.

Tak apalah biarkan...sikit je tu.

Lissa gerak ke dada bidang Star. Dia tekap tapak tangannya ke dada itu. Menyalurkan kuasa ajaib penyembuhnya ke badan itu. Berharap yang semua itu dapat balas kebaikan Blade kerana selamatkan mama dia. Kalau Star tak ada malam tu, dia tak tahu apa la nasib mamanya.

Tanpa disedari oleh Lissa, waktu itu Star sebenarnya masih sedarkan diri. Dia dengar dan rasa setiap sentuhan yang Lissa berikan kepadanya cuma dia tak larat nak buat apa-apa kerana sakit yang ditanggung waktu itu. Masa Lissa pegang tangan dia lagi, Star dah sedar. Ingatkan dia nak buka mata. Tapi tak jadi lepas dia rasa bibir Lissa mengucup tangannya yang sakit. Ingatkan nak gigit dia ke apa!Rupanya tidak lepas dia rasakan perlahan-lahan sakit yang menjalar pada tubuh dia waktu itu mula berkurangan.

Dari situ Star mula sedar.

Lissa tolong sembuhkan sakit dia.

Itu yang dia diamkan!

Sebab terkesan dengan sentuhan lembut tu, Star ambil keputusan untuk biarkan sahaja sehingga la tangan Lissa berada di dada dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience