Rate

Part 70 : Terbakar

Vampire Completed 6708

Waktu itu itu Lissa sudahpun menolak sesiapa saja yang menghalang laluan dia. Teresak-esak menangis kerana begitu terdesak untuk keluar dari situ. Dia kena selamatkan ayahnya!Dia kena selamatkan lelaki yang selama ini telah korbankan segalanya termasuk cinta sendiri demi kelangsungan hidupnya.

       "Ke tepi!"arah Lissa kepada mereka di situ hampir hendak terjatuh.

         "Tahan dia!Sesiapa!Halang dia!Jangan bagi dia keluar dari pintu tu!"laung Carlus pula.

         "Jangan gunakan kuasa kau orang!Dia vampire!"pesan Ezra semasa bergelut menolak rakan-rakan Dhampirnya ke tepi kerana mereka semua menghalang laluan.

Arahan tersebut buatkan mereka yang berhampiran dengan Lissa cepat-cepat menghadang Lissa dari terus maju ke arah pintu. Ada juga yang bergegas ke arah pintu untuk mengawalnya.

Lissa menunduk ke bawah apabila muncul tangan setiap seorang yang cuba menangkapnya waktu itu. Sampaikan dia merangkak atas lantai tu tapi tiada siapa pun yang dapat tangkap sebab saling berlanggaran antara satu sama lain.

           "Berhenti Lissa!"panggil Ezra. "Star tak izinkan awak jejak kaki keluar ke sana!" beritahunya.

Tidak sempat Lissa hendak tiba di depan pintu itu, satu rangkulan hinggap di pinggang dari belakangnya. Tubuhnya di tarik ke belakang sebelum dia terangkat sesaat kemudian. Dia tunduk memandang ke bawah dengan nafas tertahan!

            "Arghh!!!"jerit Lissa.

            "Ada apa sebenarnya?"soal mereka.

            "Lepas!Lepaskan aku!"ronta Lissa cuba memukul tangan yang memeluk badannya. "Aku kena keluar!Lepaskan aku!!!!"air mata tidak berhenti dari mengalir. Ayah dia tak mungkin akan tinggalkan dirinya buat selama-lamanya!Tak mungkin! "Lepas!!!!" jeritnya.

             Ezra muncul di depan Lissa cuba menenangkan Lissa, tetapi Lissa tidak berhenti menolak dan memukul tangan dia. "Hentikannya Lissa!"

             "Tak!Lepaskan aku!Aku kena keluar sekarang!Lepas!!!!"

             Sesaat kemudian Carlus pula muncul. Dia yang kebingungan itu pandang keadaan Lissa meronta dengan kening mencerun. "Ada apa sebenarnya ni...kau nak ke mana Lissa?"

Soalan itu buatkan Lissa berhenti dari bergelut serta merta. Bersama dada naik turun kencang Lissa pandang akan Carlus. Dia terus capai kolar baju itu. Dicengkam penuh terdesak. Ya!Carlus!Lelaki ni pasti akan dapat bantu dia.

             "Biarkan aku keluar.. Carlus.. tolong.. lepaskan aku!Biarkan aku keluar.."kerutnya sebelum kembali menangis.

Semua yang ada di situ perhatikan tingkah panik Lissa seperti orang hysteria. Hairan dan kebingungan.

             Carlus pegang tangan Lissa dari terus menerus menarik kolar bajunya takut terkoyak. Kenapa dengan Lissa ni?Buat dia susah hati aje la. "Kau nak ke mana?Beritahu aku..jangan macam ni.."

              Lissa menggeleng kepala. Dia tak boleh beritahu itu masalahnya. Dia tak boleh beritahu pada mereka ayahnya adalah Lord Dragomir dan lelaki itu bakal terkorban nanti!"Lepaskan aku...biarkan aku pergi dari sini.aku kena pergi...tolong la..aku merayu.."dia bergelut mahu menarik dirinya dari kekangan mereka di situ. "Lepaskan aku.."

             "Apa kau dah buat dekat dia Ezra?"tanya Carlus semasa pandang akan lelaki yang bertanggungjawab perhatikan Lissa di sini.

             "Aku tak buat apa-apa...lepas dia baca surat tadi terus jadi macam ni.."bersungguh Ezra beritahu.

             "Surat?"kening Carlus berkerut. "Surat apa?"

             "Aku tak tahu-"

Waktu itulah Lissa gunakan peluangnya bila semua orang tak peka. Dia lepaskan diri dan berlari ke arah pintu di sebelah kanan sebelum tiba di lobi Utama laluan masuk tersebut.

Sampai saja dia beberapa meter dari pintu itu, Lissa jatuh tersembam ke lantai tapi dia bangunkan diri cepat-cepat dan dapatkan pintu, selak yang ada pada pintu itu di tarik dalam keadaan tergesa-gesa. Seluruh tangannya menggeletar saat itu.

Ayah!Ayah!Ayah!Itu yang terngiang-ngiang dalam kepala Lissa.

            "Jangan Lissa!"teriak beberapa suara di belakang apabila pintu gerbang itu terbuka luas.

Dengan serentak tiga lingkaran cahaya pentagram muncul di Udara berdekatan dengan Lissa apabila kaki gadis itu melangkau dari bingkai pintu tersebut. Ada tangan yang muncul dari balik lingkaran tu hendak menggapai Lissa, tapi tidak sempat Lissa di capai, gadis itu sudahpun keluar dari situ.

Tanpa disangka, di saat dia keluar dari situ, satu libasan cahaya kuat mengenai muka dan badan dia sebelum rasa panas seakan terbakar mula dirasai. Jeritan serta merta lepas dari Lissa apabila kulit tangan dan bahunya terbakar dibuat kuasa pendinding depan pintu masuk di situ. Api menyala pada pakaian!

Ezra dan Carlus muncul di belakang lantas menarik Lissa ke belakang tanpa berlengah. Menyebabkan mereka jatuh terduduk di situ bersama Lissa.

           "Lissa!"cemas Carlus bangun dari jatuhnya.

Separuh badan kanan Lissa kemerahan, kulit gadis itu melepuh dan pakaiannya juga turut terdapat kesan terbakar padanya. Bau hangus hangit kulit terbakar boleh dihidu kuat.

           "Apa kau fikir kau cuba buat ni!"marah Carlus dengan kelam kabut menanggalkan kemeja dari badan.

           "Mana Star?"tanya Ezra dongak memandang mereka di situ kecemasan.

Semua di situ saling memandang antara satu sama lain, menunggu jawapan dari mereka yang mungkin tahu dimana keberadaan lelaki tu.

            "Dia tak ada...katanya ada urusan dekat luar.."suara seorang Dhampir di situ beritahu.

Lissa di atas lantai itu merintih kesakitan sambil menangis. Dia bergelut hendak bangun dari situ tapi tidak larat kerana kecederaan yang di alaminya.

            "Aku kena keluar dari sini...."rintihnya semasa mahu bangun dari situ.

            "Kau tahu kan kau tak boleh keluar dari tempat ni macam tu aje.."tunduk Carlus melutut sebelah kaki di situ meletakkan kemejanya pada badan yang terdedah dengan kesan terbakar Lissa. Melihat betapa teruknya keadaan Lissa, dia begitu terkejut kerana tidak menyangka Lissa benar-benar vampire walaupun dia tidak nampak Lissa seperti itu pun.

Tak!

Dia tak boleh ada di sini!Dia kena keluar dari sini selamatkan ayahnya. Sekarang!

           "Ayah..."nangis Lissa. "Tunggu Lissa..."esaknya sambil memejam mata dengan erat. Apa yang dah berlaku?Kenapa semuanya rasa sakit dan pedih!Apa yang membakar dirinya tadi? "

           "Dia okay tak tu?"

           "Kenapa kau tak kejar dia tadi.."

            "Habislah kalau Star tahu lepas ni?"

            Carlus tunduk ke bawah mendukung Lissa dari lantai dengan berhati-hati. "Panggil Healer ke sini sekarang.."arahnya sewaktu berpaling dari situ.

Rahang Ezra berketik sebelum lelaki itu berlalu keluar dari pintu itu dengan langkah yang luas. Hendak mendapatkan Healer untuk bantu Lissa.

Lissa di dalam dukungan Carlus sudah tidak sedarkan diri sewaktu lelaki itu bawa Lissa semula ke bilik tadi. Tangannya yang melecur terkulai jatuh ke sisi.

             "Apa yang kau fikirkan Lissa?"keluh Carlus semasa tunduk memandang wajah berpeluh Lissa berbekas terbakar itu.

Wow...did i write this?how?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience