Rate

Part 2 : Akademi St.Vladimir

Vampire Completed 6708

Chitter!

Chatter!

Chitter!

Chatter!

Suara pelajar-pelajar berbual kedengaran di sana sini. Pakaian berwarna biru gelap keemasan dapat di limat mana-mana. Atas menara, laman bangunan, lobi utama mahupun laman berumput yang terbentang luas disekeliling kawasan Akademi St.Valdmir.

Semua orang tahu akademi ini adalah akademi berprestij. Tapi tak semua tahu bahawa akademi ini ditubuhkan oleh vampire. Ada banyak akademi yang sama, tapi tak boleh setanding dengan St. Valdmir.

Sebabnya?

Satu, of course la sebab akademi ni cantik dan mewah.

Dua, sini senang nak cover kalau seseorang tu vampire. Ya, bukan manusia biasa je ada dalam akademi ni. Nama je pun pengasasnya vampire, mesti la ada vampire lain dalam akademi ni.

Ketiga, disebabkan daerah itu dibahagikan kepada dua zon. Iaitu Blue Zone dan Red Zone
akademi ini menempatkan tempat untuk dua zon berbeza. Zon Biru adalah tempat dimanusia duduk. Zon Merah adalah tempat dimana vampire dan manusia tinggal. Jadi akademi ini berikan jaminan keselamatan but pelajar yang masuk ke akademi ini. jadi vampire atau manusia biasa, mereka boleh belajar di sini.

Dekat dunia sini ada dua jenis vampire. Kategori pertama adalah Moroi, sejenis vampire pemakan darah mesra manusia. Mereka minum darah manusia bukan secara langsung. Kategori kedua adalah Strigoi, sejenis vampire pemakan darah manusia yang rakus dan sadis. Kalau boleh Strigoi ni je is yang nak tukar sesiapa je mereka gigit jadi sejenis macam mereka.

Dan cara nak control, ada satu. Iaitu pelindung.

Yup!

Musuh vampire iaitu pelindung yang digelar sebagai Dhampir. Sama konsep macam polis atau bodyguard la kirannya.

Setiap tempat dimana-mana sesiapa saja ada Dhampir.

No one know siapa Dhampir ni. 

Dhampir ini adalah penjaga yang telah dilatih sejak kecil lagi dengan pelbagai jenis ilmu anti-vampire.

Tak siapa tahu siapa mereka, Mungkin makcik cleaner, tukang penghantar surat khabar, jiran sebelah atau makcik kantin.

So take note. Mana-mana vampire yang dah sakiti manusia, pandai-pandai la jaga diri. Jangan sampai kena buru! Tak memasal kena tikam dekat jantung!Jadi batu. Sia-sia jadi vampire!

And yes again...Dhampir ada di akademi St. Vladmir ni. Cuma certain orang je boleh tahu siapa mereka!

Dari kejauhan pelajar perempuan berambut bob cut jalan laju mendekati pelajar yang sedang berjalan merentasi laluan menyusur menuju bangunan tingkat atas menara. Dia berlari anak sehingga berjaya menerkam pelajar tersebut dari belakang.

           "BAHH!!!"Norah ketawa saat merangkul bahu rakan baiknya dengan erat selepas itu. "Morning birthday girl!"pipi itu dikucup kuat.

             Lissa ketawa kecil kerana kegelian. Dia tolak sedikit kawannya itu ke tepi.  "Please...jangan-"pinta dia tak habis.

            Tidak sempat hendak Lissa menegah, Norah terus depakan tangan dan jalan sekeliling rakannya seperti membuat upara sambil menyanyikan lagu. "Happy birthday to you...happy birthday to you....happy birthday to Lissa....happy birthday to you."suara lantang Norah buatkan beberapa pelajar di sekitar pandang.

         Sambil bergelut mahu menghentikan Norah, Lissa buat muka tahan malu."Dah la tu." mintanya.

         "Hahaha....dah tua dah kawan kita ni..."Norah ketawa.

         Lissa menjuling mata menyampah. Yalah. Dia dah tua!"Alah...kata aku...kau tu yang tua dulu dari aku."ujarnya berbaur gurau.

Norah Eiffel adalah manusia biasa. Gadis itu adalah rakan baik Lissa yang ditemui sejak mereka berdua sekolah rendah lagi sehingga kini. Walaupun sudah bersama lama, Lissa tidak pernah menceritakan hal sebenar siapa dirinya. Dia takut kalau Norah tahu, Norah enggan berkawan dengan dia lagi. Yalah, dekat luar sana macam-macam cerita dan khabar angin tidak baik mengenai vampire di sebarkan.

Enggan membiarkan dirinya sendu tidak berteman, Lissa terpaksa rahsiakannya.

Okay..terpaksa. Dalam hidup ni kadang-kadang kena menipu! Walaupun itu salah sebenarnya.

       "So...apa permintaan birthday girl kita ni?nak makan mewah?kek sedap?Hadiah mahal?Atau apa?Just request aku akan tunaikan..."Norah merangkul lengan Lissa dan di hayun depan ke belakang dengan riang seperti kanak-kanak tadika.

Lissa yang sudah terbiasa Ikutkan saja kehendak Norah.

       "Kau nak tunaikan ke ni?"ujar Lissa dengan muka teruja. "Jangan merungut pulak nanti sudah..."untungnya jadi Norah ni adalah budak bertuah ni ialah anak dekan akademi ni. Orang kaya raya. Pandai dan cantik lagi tu. Ramai lelaki sukakan Norah, tapi yang dapatnya budak nerd bercermin mata tak cukup saham!Pelik yang aneh selera si Norah ni. Tapi apakan daya, rambut sama hitam, darah sama merah. Hati lain-lain.

       Norah ketawa. "Mesti la..sebut je. Aku tunaikan."angguk dia sambil tu

Sedang mereka berborak, dua orang sahabat itu jalan melewati sebuah selekoh yang ada di koridor tersebut. Dan entah bagaimana dengan tak sengaja, Lissa yang tak dapat nak fokus sebab sibuk berbual bertembung dengan orang yang muncul dari selekoh itu.

KEDEBUK!

Dua orang saling berlanggar, lalu buatkan  Lissa terpelecok dan orang yang langgar Lissa  terundur ke belakang. 

Norah sudah melopong dengan mata terbutang luas.

Lissa kaku kejung di situ seperti mahu naik hantu.

Sementara orang yang dilanggar tadi sudah berderam marah. 

        "What the hell!"marah pelajar lelaki yang berlanggar tadi. "Buta ke?"

         "Eh....kita pulak yang disalahkan." sentap Lissa  Habis la harinya!Serabut! "Kau ada mata kan...tengok lain kali masa berjalan."

          "Apa kau cakap...ulang balik!"budak lelaki tu cuba hendak berdomba dengan Lissa. Siap nak angkat tangan mahu mencekau kolar baju tu.

          "Hei...sudahlah."tegah Norah yang berdiri depan Lissa mahu melindungi sahabatnya itu.

Bila Lissa bertentang mata dengan pelajar lelaki tu, suara pelajar lelaki tu berkumandang dalam kepalanya.

         "Better kau hati-hati. Jangan nak berlagak sangat diri tu! Ramai mata dengan telinga dekat sini..."pelajar lelaki tu memberi renungan serius kepadanya.
 
Terkedu Lissa lepas tu. Dia pandang tepat ke mata pelajar lelaki di depannya tanpa berkata apa-apa kecuali menahan nafasnya sendiri. The heck!Suka hati je masuk ke dalam kepala dia!

Ya...walaupun dia adalah half-blood vampire tak bermakna dia powerless.Dia still ada kemampuan semua tu. Come on la!

       "Tak apa Norah..."ucap Lissa sambil memegang tepi lengan Norah untuk halang anak dekan tu libatkan diri dalam masalah.

Pelajar lelaki tadi buat muka tak puas hati lalu pergi berlalu dari situ macam tu je. Tak minta maaf tak apa. Meninggalkan Lissa kebingungan di situ.

        "Kau okay?Sakit dekat mana-mana?" Norah tanya dengan cemas. Risau kekadang perhatikan Lissa ni. Kawan dia ni jarang tak melawan bila ada orang buat apa-apa. Mesti nak melawan.

Bicara Norah ketika itu hanya di dengar Lissa tenggelam timbul kerana Lissa sedang pandang kelibat pelajar lelaki tadi. Masih hairan kenapa mamat tu nak bagi dia warning segala bagai!

Tapi tak lama lepas tu kelibat pelajar lelaki tu pun menghilang di balik tembok dinding di situ.

Tapi kan dah kenapa mamat tu bagi warning dekat dia?memangnya salah ke kalau dia dah jadi separa vampire yang matang?

Lissa kehairanan.

        "Oh ya..Lissa. Kau pakai minyak wangi apa?Kenapa bau kau hari ni lain dari biasa?" Norah dekati Lissa dengan minat.

        "Bau?"kening Lissa berkerut tidak mengerti saat dia cuba menghidu pakaian dan rambutnya sendiri. Minyak wangi apa?Dia pakai deodorant aje. Sebab dekat sini ramai yang ada hidung sensitive, minyak wangi bukan pilihan tepat untuk dia wangikan diri sendiri. "Rasanya tak ada pulak aku pakai minyak wangi.."

        "Iya ke?Hahah...maybe hidung aku aje kut." Norah tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience