Rate

Part 6 : Botol Ajaib

Vampire Completed 6708

Slurppp!!

Sepasang kaki tergantung di udara.

Bunyi hirupan seperti hisap sesuatu kedengaran dari balik lorong yang tersembunyi dari pengetahuan umum.

Sambil bergelut dengan terdesak, suara kecil orang merintih dalam kesakitan ikut kedengaran.

        "Tolong!!"tangan itu bergelut cuba tolak kepala yang berada dekat dengan lehernya.

Kepala itu sikit pun tak berganjak. Malah lama-lama di ceruk leher mangsanya. Tidak puas dengan apa yang di peroleh, dia ubah kedudukan ke leher sebelah lagi. Dan masa itulah taringnya yang tajam muncul dan menusuk ke dalam kulit di leher mangsa.

Terlalu enak menjamu selera, vampire tidak sedarkan diri itu terus menerus minum darah dari badan tersebut.

         "What the f*ck!"tak semena satu suara kedengaran.

Terperanjat vampire tu bila dia dengar. Secara refleks, dia pun jauhkan diri dan jatuhkan tubuh tidak berdaya tu ke lantai.

Lissa berdiri di situ lirik akan pelajar perempuan yang sudah berlumuran darah di lantai lalu ke pelajar lelaki di depannya. Dua kali dia pandang sebab tak habis fikir dengan apa yang baru dia lihat.

           "Sejak bila kau jadi vampire ni Raden?" Lissa mendekat tanpa ada rasa takut. Hidungnya menghidu bau karat darah yang datang dari tubuh pelajar perempuan malang di situ. Degupan jantung pelajar tu masih ada Tetapi sangat lemah.

            "Jangan sibuk Lissa."deram Raden dengan mata merah menyalanya.

Raden adalah pelajar lelaki dari kelas sebelah Lissa. Pemain pasukan ragbi akademi ni. Asalnya Raden ni seorang manusia pada kali terakhir Lissa tahu. Tapi macam mana pelajar lelaki ni boleh jadi vampire dengan tiba-tiba?

           "Beritahu aku...sejak bila kau jadi vampire?Kau tahu tak kau dah libatkan diri dalam masalah yang tak sepatutnya kau libatkan diri dengan?"Kuku jari Lissa mula menajam sedikit demi sedikit. Gigi taringnya juga ikut keluar. Tanda bahawa dia siap sedia hendak menerkam Raden di situ jugak!

           Pelajar lelaki tu mengundur ke belakang. Dia pandang Lissa penuh amaran. "Aku beritahu kau, Lissa jangan dekati aku atau kau akan cedera."

            Urat belirat mula timbul di sekitar leher dan dahi Lissa bila dia mula timbulkan sifat semula jadinya."Aku tanya kau...macam mana kau boleh jadi vampire?Sejak bila?Kenapa boleh jadi macam ni?"

            "Aku boleh jelaskan..Lissa. Ianya bukan seperti yang kau fikirkan. Aku cuma ambik botol tu. Dia orang kata kalau aku minum aku boleh jadi kuat. Memang betul dia orang cakap. Tapi lepas aku minum. Aku jadi kuat tapi ianya buat aku dahaga. Aku nak minum. Tapi air biasa buat aku muntah. Bau darah manusia buatkan aku teringin..bila aku rasa darah...semua rasa dahaga penat tu terus hilang..." kelas Raden sambil menyeringai, menayang gigi berdarahnya.

Berderau darah Lissa lepas dengar. Dia begitu tergamam.

           "Botol apa yang kau cakapkan ni?" soalnya dengan nada tak percaya. Suka hati je!

           "Maafkan aku Lissa, aku tak boleh biarkan kau hidup dia orang cakap tak ada siapa boleh tahu pasal ni!"Raden lari berdesup laju ke arah Lissa.

Tapi Lissa sempat mengelak dan menangkap leher Raden tepat pada masa lelaki itu mendekatinya. Menggunakan kuasa vampire yang dimilikinya, Lissa hentam tubuh Raden ke lantai hingga retak berdetar permukaan Jubin di bawah badan tu.

PRAK!

Raden berderam kesakitan seketika sebelum giliran dia pula yang memegang leher Lissa. Dia cekik leher tu dengan kuat lalu di campak tubuh kecil gadis itu ke dinding.

Jatuh berdebuk Lissa sejurus badannya bertemu dengan dinding batu di situ. Dia melutut di situ sambil terbatuk-batuk menahan sebu. Dadanya di pegang kerana sakit.

Tiba-tiba Raden mendongak. Hidungnya kembang kempis seperti mencari sesuatu. Dan bila hidung dia terhidu bau enak yang sangat mengiurkan, dia perlahan-lahan pandang ke Lissa.
           " Aku perlukan darah!Dan bau darah kau...darah kau manis!" deram Raden semasa jalan berarak mendekati Lissa. Mata lelaki itu merah berdarah, mulut bertaringnya basah dengan darah. Buatkan rupa lelaki itu tidak ubah seperti monster yang menakutkan.

Sebaik tiba di Lissa, Raden cengkam sebelah tangan leher Lissa dan sengetkan kepala tu ketepi untuk beri dia akses menggigit leher tu.

Lissa bergelut mahu melepaskan diri. Tetapi tenaga Raden ini terlalu kuat untuk dia tangani seorang diri. Sumpah sakit sangat kerongkong yang dicekiknya itu.

            "Raden!Hentikannya sebelum ada yang nampak!"desis Lissa semasa bergelut di balik cengkaman maut Raden itu.

Saat Raden buka mulut menayang gigi taringnya, Lissa cuba gunakan usaha terakhirnya.

Dia tak pernah sakiti sesiapa dalam hidup dia, tapi itu tak bermakna dia tak berani lakukan hal tu.

            "Maafkan aku..Raden!"ucapnya sebelum tangannya berdesup laju menembusi ruang tengah rusuk dimana jantung berada.

SPLAT!

Darah terpercik keluar tumpah ke lantai.

Tangan kanan Lissa tembus melepasi belakang badan Raden dengan segumpal jantung dalam kepalannya.

          "Uhuk!"

Raden kaku di situ dengan mata terbutang luas. Darah mengalir turun dari mulut seperti air. Sudah lagi tidak bernyawa bila jantungnya di rentap dari tangkai macam tu je,

Sunyi sepi lorong terbiar tu dibuat tindakan Lissa.

         "Sh*t!"lafaz Lissa dengan nada tak percaya.

Lissa tarik tangannya keluar dari dada Raden. Mengakibatkan tubuh lelaki tu jatuh di lantai seperti bantal busuk. Jantung yang ada dalam genggaman di jatuhkan penuh ngeri.

Ugh!

Menyusahkan.

Ada Dhampir tapi tak boleh pakai!

Dalam akademi pun boleh lepas?

           "Macam mana nak kemas ni?"tanya Lissa sendiri menyedari sepah yang dia buat. Takkan nak suruh dia pulak yang mengemop! Lepas tu mayat ni nak buang celah mana pulak?Aduhai!

Ahh! Lantak situ!Biar je. Nanti kalau ada yang nampak tahu la mereka nak bersihkan.

Lissa berpaling dari situ mahu larikan diri. Baru je dia keluar dari lorong tu, bertembung pulak dia dengan orang yang tak sepatutnya. Habis jatuh terpeleset dia dekat lantai tu sebab terpaksa berhenti mengejut.

Terduduk je dia di lantai tu, Lissa pandang ke depan dengan mata terbutang luas!

          "Damn it!"sebut Lissa dengan muka cuaknya.

Lima orang pelajar berdiri melangit di depan Lissa. Diketuai oleh musuh abadinya di tengah-tengah sekali.

Lain tak bukan.

Ya!

Musuh abadinya.

            "Star...dengar semua ni bukan macam yang kau fikirkan..."sebut Lissa semasa dua dari mereka jalan masuk ke lorong di belakangnya. Manakala seorang lagi jalan mendapatkan dirinya di situ. Kenapa la malaun ni boleh ada dekat sini masa ni jugak!

Haish.

Star dengan muka kayu tak ada perasaan itu tidak mempedulikan celoteh Lissa dan beri isyarat pada rakannya yang seorang lagi untuk serta mereka dua tadi ke lorong tersebut.

           "Kau bawa dia..."katanya pada pelajar yang mendapatkan Lissa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience