Rate

Part 7 : Kena Tangkap

Vampire Completed 6708

Dhampir boleh disebut jugak sebagai Dem-Fir. Sekumpulan manusia yang dilatih menjadi pelindung. Ada yang dilahirkan mempunyai kuasa Ajaib. Ada yang dilahirkan memang kuat sejak bayi. Dan kebanyakan mereka merupakan keturunan asal keluarga pelindung dari zaman dulu kala lagi.

Tugas mereka hanya satu. Iaitu menghapuskan mana-mana musuh yang cuba menyakiti manusia biasa. Fungsi sama seperti polis. Bezanya mereka guna senjata yang luar biasa powernya dan lebih menyakitkan. Walaupun lambat tapi sangat efektif.

Kebanyakan Dhampir adalah lelaki, orang perempuan hanya sesetengah sahaja menjadi pahlawan.

Dhampir ni jenis yang tak tonjolkan diri sebab suka bersembunyi dan berselubung di balik topeng. Siapa yang bertuah saja siapa yang temui diri sebenar Dhampir ni.

Dan maksud bertuah tu adalah sindiran sebenarnya!

Infact siapa jumpa Dhampir ni ibarat macam malang tak berbau je!

Cranky.

Grumpy.

Grinchy.

Stone face.

Itu istilah untuk menggambar karakter mereka!

Sikit pun tak pernah menyenangkan!

So siapa je yang nak bertemu dengan mereka!

          "Auw!Auw!Auw!Hey...apa ni!Sakit tau tak!"

Lissa bergelut di kerusi yang di pasang dengan rantai silver asli pada tangan dan kaki bilik bawah tanah di dalam menara tu. Bilik rahsia tempat mat lampir ni berkumpul. Pelajar lelaki yang merantai itu di jeling geram. Kasar betul!

           "Kau ni jenis yang tak faham bahasa atau sengaja buat tak faham hah?"tanya Star semasa menyising lengan baju kemejanya kasar-kasar. "Aku dah beri warning dekat kau kan...jangan cari makanan kau dekat dalam akademi ni!"marahnya sambil melemparkan tangan ke kanan merujuk ke luar.

Kepala Lissa serta merta tersentak. Dia pandang ke depan dimana Blade sedang berdiri. Lelaki tu bersedia hendak menyeksa dia!

            "Excuse you...cakap tu baik sikit eh..."balasnya dengan muka tak percaya.

             Tidak semena Star libas tali pengikat yang diperbuat daripada perak ke lantai bersimen bilik bawah tanah tu. "Vampire macam kau tak layak di layan dengan baik!"

Lissa berdengus tak percaya. Wajah bengis Star ketika marah di pandang tidak berkedip. Amboi! Bukan main lagi marahnya tu!

           "Nak berapa kali aku beritahu...aku tak minum darah...aku tak minum!"tegasnya dengan jujur. Sampai naik turun dada dia sebab nak hilang sabar.

Suara orang berdengus hendak ketawa kedengaran tidak semena. Mereka yang ada di dalam ruangan itu pandang mengejek ke Lissa.

            "Itulah alasan mahluk macam kau ni selalu kata bila dah tertangkap!Tak minum kononnya!"ejek Star dengan sinis. "Ada ke saksi nak jelaskan keadaan yang berlaku pada Raden dan Lucy di koridor tu?"

Kening Lissa berkerut, dia teringat akan jawapan yang Raden berikan kepada dia tadi. Soal botol ajaib yang Raden minum sampai bertukar jadi Strigoi. Kebetulan pulak Star ni benci dekat dia. Mesti la Star takkan percaya kalau dia beritahu hal sama pada Blade nanti.

              "Lantak kau la nak percaya ke tidak.." keluh Lissa berserah.

              "So....kau pilih mengaku atau aku seksa kau sampai kau beritahu aku apa yang dah berlaku dekat lorong tadi?"tanya Star penuh amaran. "Kenapa kau bunuh Raden?Tak cukup seorang kau sakiti dua orang sekali?" tuduh Star tiba-tiba.

Kening Lissa mencerun tajam.

The hell!

Dia sentap mendengar tuduhan itu.

Bila Lissa palingkan kepala, Star  tunduk membongkok memagari kiri dan kanan di kerusi. Buatkan wajah mereka hanya berjarak seinci antara satu sama lain. Dia sikit pun tidak terkutik dengan jarak muka mereka yang rapat itu. Malah relaks bersandar ke belakang dengan reaksi malas.

            "Kau ada mulut tu memang suka cakap ikut lepas ya?"soal Lissa kerana berasa sakit hati dek tuduhan tak masuk akal Star.

            "Dengan kau je.."balas Star dingin.

Dua orang itu saling melawan renungan. Kalau ada laser muka dua-dua kepala dan lebur!

Pintu kayu bilik bawah tanah itu terbuka. Seorang pelajar lelaki berjalan masuk ke situ dengan derap langkah senyap tidak berbunyi. Dia jalan menghampiri Star sebelum berhenti di tepi lelaki itu tanpa mengatakan apa-apa.

Star yang masih dalam kedudukan sondong ke depan sambil memegang kerusi dimana Lissa duduk memandang mata berkanta lekap gadis itu.

            "Apa cerita?"tanya Star sambil memandang muka Lissa. Nak kesan sama ada gadis vampire depannya ini tipu ataupun tidak!

            "Raden dia mati serta merta. Darahnya dah tercemar. Disyaki darah Strigoi. Lucy dia meninggal dunia di tempat kejadian kerana luka serius di arteri utama.Tak siapa tahu apa yang berlaku." beritahu pelajar lelaki tu mengerling ke Lissa.

            Lissa kerling ke pelajar lelaki tu lepas dengar laporan tersebut. Lucy meninggal dunia!?"Jadi memang betullah itu darah Strigoi. Raden minum darah tu sebab ingat boleh jadi kuat. Tapi siapa pulak yang berani-berani edarkan darah beracun tu pada manusia biasa?"fikirnya.

            Star perasan gerak geri gelisah Lissa. "Kau tahu tentang hal tu?"soalnya pada Lissa.

Diam-diam Lissa mengetap gigi dengan erat. Memang tak la dia nak jawab. Nanti kalau dia jawab makin teruk dia kena!

           "AKU TANYA KAU TAHU TAK TENTANG TU!?"ngaum Star di depan muka Lissa selantangnya kerana berang.

Bentakan itu hanya dibalas dengan renungan terkilan Lissa. Kalau bukan kerana dia sudah biasa di hantui oleh Star mungkin dah lama air matanya keluar!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience