Rate

Part 48 : Sejarah Berulang

Vampire Completed 6708

Strigoi yang terikat di tepi ruang itu mula hilang kawalan apabila gelombang tenaga asing membuak-buak dalam badan tidak henti-henti menyentak urat saraf. Rasa dahagakan darah manusia buatkan mereka tidak dapat mendiamkan diri lagi. Panas dan juga sesak. itu yang terjadi dalam kepala.

Suara berderam kedengaran.

Menyentak fokus pengawal-pengawal vampire yang ada di situ. Dan belum sempat mereka hendak pandang, tidak semena suara ngauman kedengaran.

Strigoi yang dirantai terlepas dari kekangan mereka.

          "GAHH!!!"Strigoi di situ melepaskan diri dengan dari ikatan yang mengekang mereka. Kelima-lima Strigoi tersebut menyusup laju ke arah Lord Dragomir seperti pemangsa yang kelaparan tanpa amaran. Gigi mereka yang tajam seperti mata gergaji menyeringai kengerian!

Pengawal Lord Dragomir yang berjaga sejak tadi berdesup laju ke arah tuan mereka untuk diselamatkan menyebabkan beberapa vampire lain tercampak ke belakang hingga mereka meluncur sepanjang lantai berjubin itu.

Tiga vampire lain mula berlari ke arah Strigoi pertama yang mahu menerkam Lord Dragomir. Tumbang sahaja Strigoi itu tiga vampire tadi memegang kedua-dua belah tangan Strigoi tersebut sebelum direntap hingga putus!

SPLASH!

Darah terpercik ke merata arah!

Lord Dragomir di lantai bergelut hendak bangunkan diri dari situ. Memegang dada yang sebu sebelum satu terkaman dirasai dari atas. Buatkan kepalanya terhantuk ke lantai dengan kuat.

           "GAHH!!!!"satu Strigoi perempuan menayang barisan gigi tajam di depan muka Lord Dragomir bersedia hendak meratah lehernya.

SPLAT!

Sekelip mata kepala Strigoi perempuan tadi ditusuk dengan satu tangan berkuku Panjang. Membelah kepada dua bahagian betul-betul di atas Lord Dragomir.

Tumpah darah merah tu atas muka lelaki itu.

Tercungap-cungap mencari nafas, Lord Dragomir berkedip laju bila tubuhnya di dukung bangun dari situ dengan sepasang tangan tegap. Dan bila dia pandang Vlad yang membantu dia waktu itu.

          "Tuan tak apa-apa?"tanya Vlad menghadang Lord Dragomir ke belakang badannya.

Lord Dragomir pandang tidak berminat dengan kekecohan yang berlaku di sekitarnya. Niatnya mahu soal siapa semua Strigoi di situ, tapi apakan daya, rancangan dia gagal lagi!

Dua vampire mendarat tempat di depan Lord Dragomir berdiri. Di tangan itu terpegangnya satu kepala yang sudah terpenggal. Berdarah-darah. Dan bila Lord Dragomir bertentang mata dengan vampire itu dia dah boleh agak berita buruk apa yang bakal dia dengar sebentar lagi.

Pengawal yang ditugaskan untuk membawa Lissa menemuinya semula telah pulang sendirian tanpa anak gadisnya bersama!

Takut-takut pengawal itu pandang ke mata Lord Dragomis yang sedang berdiri dengan renungan menakutkannya.

            Dan Vlad turut memalingkan kepalanya ke arah Lord Dragomir. Darah menitis-nitis turun dari hujung jari jemarinya. "Ke mana kau orang pergi?Tahu kan hari ni kita ada sesi soal siasat dengan Strigoi?"tegurnya kepada mereka di depan Lord Dragomir.

            "Adakah Lord Dragomir tak apa-apa?"tanya ketua pengawal vampire Lord Dragomir setelah keadaan kembali tenang dan kesemua Strigoi tadi mati dibunuh oleh pengawal-pengawal yang lain.

Lord Dragomir masa tu sedaya upaya kawal diri untuk tidak hilang sabar dan mengamuk. Satu cebis maklumat tak dapat, anaknya juga tidak ada. Lord Dragomir hampir hendak membunuh semua yang ada di situ kerana begitu risau akan keselamatan anak perempuannya.

          "Lihat apa yang kamu telah lakukan Vlad.."lafaz Lord Dragomir separuh marah.

Dan Vlad menjadi Vlad. lelaki jenis tak reti bahasa dan tak reti takut itu tidak mempedulikan kata-kata Lord Dragomir.

         "Maafkan saya. Tapi kita dah tak ada masa yang banyak untuk dibuang. Sebab itu kita kena jalankan sesi soal siasat ni.."

          "Dan sekarang sekeping maklumat pun kita tak dapat!"Lord Dragomir mengaum!Dia dengan marah memalingkan kepala ke lima vampire yang baru sahaja munculkan diri di balik kekecohan tadi. "Bagaimana dengan kerja yang saya arahkan kamu lakukan tu?"

Tertunduk kelima-lima kepala tu ke bawah.

            "Maafkan kami tuan.."

Vlad di situ kecilkan mata. Memandang pelik akan lima pengawal terkuat milik Lord Dragomir itu. Kerja?Kerja apa?Memangnya Lord Dragomir ada rancang sesuatu yang dia tak tahu ke?

            "Benda senang macam tu pun tak boleh buat ke?"merah mata Lord Dragomir, gigi-gigi tajamnya mula menyeringai keluar.

            "Seperti yang tuan agak. Ianya betul. Kami tak dapat berbuat apa-apa selain berundur."

           "Apa kamu kata?"keras suara Lord Dragomir masa tu. Lelaki vampire itu begitu berang. "Tak. Semua tu tak mungkin!" gelengnya tak percaya. Lissa tak mungkin sukakan kepada manusia biasa!Anak perempuannya itu tidak boleh bersama dengan manusia biasa. Ianya akan melanggar peraturan dunia vampire sekali lagi!Dia tak nak Lissa ulang kesilapan yang sama seperti dia lakukan!Akibatnya terlalu berat untuk di tanggung oleh anaknya!

           "Tapi saya janji dalam masa terdekat. Saya akan kembali semula. Dan laksanakan arahan tuan sebaik mungkin."

           Enggan mendengar lagi Lord Dragomir berpaling semula ke arah Vlad. Menggunakan kuasa sebagai ketua vampire di dalam council itu, dia memberi arahan. "Tiada lagi kompromi bagi penceroboh Zon Merah. Tidak perlu soal siasat lagi. Tak perlu buang masa mencari siapa dalangnya. Kerahkan ke semua pahlawan dan tentera vampire yang ada ke setiap penjuru sempadan. Tangkap dan bunuh apa saja yang keluar atau masuk ke tempat ini."

Rahang Vlad berketik kerana berasa marah dengan arahan itu.

           "Kenapa tuan ubah fikiran tiba-tiba?"soalnya tanpa rasa gentar.

Suasana dalam ruang bawah tanah itu menjadi hening. Lima pengawal, Lord Dragomir dan Vlad saling membalas pandangan antara satu sama lain sementara pekerja vampire lain sibuk mengangkat jasad-jasad Strigoi yang bersepah dekat lantai waktu itu.

          "Sejarah bakal berulang semula. Jadi sebelum hal yang lebih parah terjadi. Saya perlu selesaikan peperangan ni terlebih dahulu!"beritahu Lord Dragomir dengan kesal.

           "Apa dia?Sejarah bakal berulang semula?"kening Vlad berkerut.

           Lord Dragomir melepaskan dengusan kasar. Tidak melanjutkan perbualan itu. "Cukup!Jangan buang masa kamu lagi. Segera laksanakan apa yang saya beritahu tadi!Jika kamu pulang dengan kejayaan. Saya akan janjikan ganjaran besar untuk kamu dan pasukan kamu Vlad!"

          "Bagaimana dengan dalang Utama pencipta tentera Strigoi ni?Selagi kita tak hapuskan tunjangnya, semua ini tidak akan ada kesudahannya!"beritahu Vlad masih bertegas hendak elakkan peperangan dari terjadi.

         "Cukup Vlad!Kalau saya cakap itu, itu la!Tiada lagi perbincangan."Lord Dragomir bergerak ke arah tangga untuk naik ke atas semula. Meninggalkan Vlad sendirian dalam bilik berdarah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience