Rate

Part 47 : Pengakuan

Vampire Completed 6708

SLAP!

Satu tamparan hinggap tepi lengan Star. Memeranjatkan lelaki itu dari menungnya.

        "The hell!Kau kenapa!"Star membutangkan mata ke Lissa. Tangannya naik memegang lengan yang dipukul Lissa. Sakit!

        "Kau tu yang kenapa!Kau serang dia orang dulu tu apahal!?Tak ada otak nak fikir dulu sebelum buat sesuatu ke?"marah Lissa dengan lantang. "Dia orang tak buat apa-apa lagi kan?"

Kening Star mencerlung. Dia yang dengar begitu tergamam.

          "Aku?Salah aku?Kau yang suruh aku lindungi diri kau!Sekarang kau salahkan aku?"

Lissa terkedu.

           "Yang kau tu apahal pulak!?Kenapa kau suka hati buat perjanjian dengan dia orang!Memangnya kau kenal siapa vampire tadi??Apa dia orang nak dari kau?Kalau kau tak halang tadi!Aku dah hapuskan dia orang tau tak!"marah Star tidak semena.

          Terkedip-kedip mata Lissa. Wajahnya mula kemerahan. Dia pandang tak percaya ke Star. "Aku terpaksa!"beritahunya dengan mata terpejam.

           "Terpaksa?Untuk apa?Ada aku suruh kau buat apa-apa?Tak ada kan?!?"

           Buka sahaja matanya Lissa pandang Star dengan mata merah hendak menangis. "Dia hampir bunuh kau tadi Star...kau nak aku buat apa lagi..."nangisnya tersedu kuat.

          "Yang kau peduli kenapa!Aku mati ke cedera ke!Bukan masalah kau untuk masuk campur Lissa!Berhenti halang aku!!"Star tolak Lissa ke belakang keberangan. Hampir buatkan Lissa terduduk di situ. "Bukan pertama kali aku hampir mati Lissa...kejadian tadi bukan apa-apa bagi aku!"

Menjadi-jadi tanggis Lissa. Dia kedipkan mata hendak hilangkan air mata yang bertakung. Buatkan pipi basah kerananya. Dadanya yang sesak di pegang dengan kedua-dua tangan. Sesiapa kalau dekat tempat dia akan rasa perasaan yang sama.

          "Kau rasa sebab apa aku sanggup stay dekat sini dan langgar semua peraturan semata nak tolong kau!?"lafaznya dari balik sedu sedan memandang Star dengan air mata berkaca di tubir. Ingat dia suka ke hadap semua ni dan susahkan diri sendiri!Tak suka okay!Kalau bukan kerana Star, dia takkan libatkan diri dari awal. Dan dia takkan bersama dengan Star sampai ke hari ni!

Kerutan Star berkurangan taktala dia bertentang mata dengan mata Lissa yang berkaca. Sekali dengar saja Star boleh faham apa yang Lissa maksudkan. Tapi dia tahu yang Lissa lebih tahu mengenai apa yang gadis itu cuba sampaikan kepadanya.
 
            "Jangan Lissa!"ketap Star bersama renungan marah. Kedua-dua tangan mengepal penumbuk.

             Lissa tidak peduli. Dia pandang nekad ke Star saat air mata berjuraian tumpah ke pipi. "Sebab aku suka dekat musuh aku sendiri. Aku sukakan kau Star. Puas hati sekarang!"lafaznya sekuat hati. Fed up dah nak tanggung semua perasaan ni dan dipendam sendiri!

             Rahang Star berketik. Dada lelaki itu naik turun berombak. "Cukup!Jangan nak merepek. Mari kita balik."dalihnya enggan mendengar apa-apa lagi. Tangan Lissa di capainya.

             Teresak-esak Lissa dekat situ sebab nak cari nafas. Dia rentap lengannya dari Star."Aku tak merepek. Tiga tahun aku nafikan perasaan aku ni Star. Kalau kau tak muncul dan buli aku selama ni...aku takkan ada perasaan ni.."beritahunya.

            "Aku kata cukup Lissa!"deram Star kembali mencapai pergelangan tangan Lissa. "Kau tahu semua takkan boleh terjadi!"

             "Jangan di tanya kalau kau tak nak tahu!!"Lissa pukul dada Star. "Kau lelaki yang aku benci dekat muka bumi ni!Tapi kenapa!Kenapa kau selamatkan aku malam tu!Kenapa kau buat aku risaukan kau!Kenapa kau selalu muncul depan mata aku bila aku susah!Kenapa kau?"lafaznya tanpa henti memukul dada tu.

Waktu itu Star langsung tidak berganjak setiap kali Lissa memukul dadanya berulang kali. Dia tegak berdiri di situ menghadap Lissa. Membiarkan sahaja Lissa lampiaskan marah saat itu.

           "Semuanya tu sebab kau sentiasa terlibat dalam masalah yang aku cuba handle.."jawab Star. "Bukan sebab aku nak ada dekat situ. Tapi kau kebetulan menyibuk dalam masalah aku!"

           "Habis tu kau nak aku buat macam mana!Tengok kau sakit aje dah buat aku sedih inikan lagi tengok kau dalam bahaya!Kau tahu tak betapa takutnya aku!"bentak Lissa lagi. "Kau ingat aku suka ke semua ni!"dia membawa lengan kanannya naik menutupi muka. Kejam betul!

Terdiam Star. Dia berdiri di situ menghadap Lissa saat dongak memandang langit keberangan. Suara tanggisan Lissa buatkan Star terganggu. Serius...dia pun tak tahu kenapa dia serang vampire tu dulu.

          "Aku menyesal...aku menyesal sukakan kau, Star!"nangis Lissa di situ.

           "Ahh...f*ck!!"keluh Star dengan letih. Bukan ini yang sepatutnya berlaku! Rambutnya dikuak ke belakang dengan frust!

Lissa duduk bercangkung depan kaki Star, menangis semahunya kerana lelaki itu tak nak cuba langsung untuk tenangkan dia apalagi memujuk. Entah kenapa dia boleh sukakan lelaki tak ada perasaan macam Star ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience