Rate

Part 27 : Jangan Lupa

Vampire Completed 6708

Puteri Maria berjalan menyusuri laluan itu dengan derap langkah yakin dan majestik. Melintasi kawasan menara Organisasi Tertinggi Vampire. Derap langkahnya itu ditemani dengan tiga orang pengawal diraja di belakang. Masing-masing berwajah dingin dan berenungan kosong tanpa emosi.

Disebabkan sudah terbiasa dengan kawasan itu, Puteri Maria terus menonong masuk ke dalam pintu gerbang sebuah bilik dimana ahli tertinggi vampire sering berkumpul dan bermesyuarat. Seperti yang diduga. Mereka semua memang ada di situ Termasuk Lord Dragomir sendiri.

Tap!

Tap!

Tap!

Para vampire yang ada di situ dengan refleks memalingkan kepala bila Puteri Maria berjalan masuk. Masing-masing pandang dengan renungan tersendiri. Ada yang terkejut, ada yang kehairanan, ada yang tidak suka. Ada juga yang mengerling penuh persoalan.

         "Saya harap saya tidak menganggu tuan-tuan di sini berbincang.."pandang Puteri Maria kepada semua di situ sebaik berdiri di situ sambil menyilang tangan ke dada. Mengerling setiap Older Vampire di kerusi kanan dan kiri dewan agung ruangan tersebut.

           Lord Dragomir memandang Puteri Maria dengan renungan dingin. "Ada apa-apa keperluan yang tuanku kehendaki dari kami di sini ke?Jarang sekali tuan puteri turun menemui kami sendiri tanpa maklum terlebih dahulu.."

Puteri Maria melepaskan keluhan letih.

          "Sudah semestinya. Kalau bukan kerana ianya kecemasan, saya takkan datang ke sini tanpa memberitahu terlebih dahulu."seorang pengawal maju ke hadapan sebelum berhenti di hadapan pengawal yang bertugas menjaga keselamatan Lord Dragomir. Pengawal itu menyerahkan satu botol kaca berisi darah. "seperti yang tuan tahu...darah yang diracuni dengan darah Strigoi telah menyebabkan banyak vampire muda dan manusia menjadi vampire liar sejak ke belakangan ni...termasui pelajar akademi."

Pengawal tadi menyerahkan botol berisi darah itu kepada Lord Dragomir.

           "Bekalan darah juga semakin terhad di dalam zon merah ini kerana kebanyakan manusia yang sering menjual darah mereka kini sudah menjadi vampire sepenuhnya... gara-gara penyebaran 'Posyen Rahsia' ni..." tambah Puteri Maria. "Ianya sedikit sebanyak memberi kesan kepada Moroi. Kalau berterusan ianya akan menimbulkan kekecohan di Zon Merah..."nada suaranya jelas kedengaran sedang jengkel.

Mereka semua di situ dengar dengan tekun dan sangat peka mengenai isu itu. Dan sebelum Puteri Maria ke situ sudahpun mereka bincangkan soal itu.

          "Saya sedia maklum tentang isu tersebut tuanku.."ujar Lord Dragomir. "Kami sedang sedaya upaya menyelesaikan isu ni.."

Lantas Puteri Maria menarik sengih meleretnya saat memandang Lord Dragomir.

            "Saya dengar tuan telah meminta kerjasama dari Dhampir sendiri untuk membanter peperangan di antara dua zon nanti, betul ke?"

            "Benar. Mereka sudahpun bersetuju mengenai permintaan saya"

            "Hmm...bagus la kalau begitu. Mereka sepatutnya terima permintaan tuan itu. Yalah...semua orang di dalam tempat ini tahu apa yang kaum vampire telah lakukan untuk bantu golongan manusia biasa belasan tahun yang lalu..."Puteri Maria memandang kesemua Older Vampire di kerusi duduk kanan dan kirinya. "Jangan sia-siakan pengorbanan ayahanda saya dengan membiarkan golongan Moroi terhapus gara-gara serangan Strigoi. Kalau hal itu terjadi...."

Lord Dragomir memandang Puteri Maria dengan kepalan penumbuk dalam genggaman.

           "Jangan salahkan saya kalau saya libatkan orang lain dalam hal ini Lord Dragomir. Keluarga diraja telah banyak melakukan pengorbanan untuk membantu tuan. Jika hal ini tidak terlangsai dalam masa terdekat...saya sendiri yang akan ambil tindakan..."penuh maksud Puteri Maria memberi amaran kepada Lord Dragomir. "Itu bermakna saya akan gunakan 'apa' saja."

Lord Dragomir sendiri faham apakah maksud tersirat Puteri Maria. Ianya mengenai Lissa sendiri. Kalau Lord Dragomir gagal, Puteri Maria akan jadikan Lissa sebagai taruhan mereka. Dan itu adalah perkara terakhir yang Lord Dragomir enggan mahu terjadi.

            "Baik tuanku."tunduk Lord Dragomir dengan akur.

Tiada siapa di situ dapat bersuara kerana yang Tertinggi iaitu Lord Dragomir sendiri tidak boleh melawan kata-kata golong Diraja. Terutama sekali Puteri Maria. Pewaris tunggal Diraja. Asal usul mereka semua adalah dari darah diraja. Secara neutral mereka memang akan patuh tak kira la mereka suka atau tidak perintah itu.

            "Dan lagi satu...mungkin tiba masanya tuan panggil masuk semula Vlad untuk bertemu dengan tuan. Anak kecil itu melakukan hal yang tak sepatutnya dia lakukan pada pelajar akademi terutama sekali 'kawan baik' saya, Lissa. Kalau tuan tak kisah boleh beri pesan kepada dia supaya berhenti?"Puteri Maria pandang Lord Dragomir sesaat sebelum dia berpaling mahu keluar dari situ.

Nama itu buatkan salah seorang dari lelaki yang duduk di kerusi barisan kanan bilik itu berpaling memandang belakang kepala Puteri Maria sebelum mengerling ke Lord Dragomir. Jadi cuak sendiri bila nama anak di sebut secara terang-terang depan semua orang.
 
            "Tuan saya-"

Tidak semena Lord Dragomir memegang dahi, memejamkan mata seakan menahan sakit. Nafasnya di tahan kuat kerana dia rasa sakit seakan ada yang menghantuk kepalanya di permukaan yang keras. Lord Dragomir langsung tidak terkejut kerana ia bukan kali pertama dia alami hal tersebut. Walhal sudah hampir 19 tahun dia hadapinya.

            "Tak perlu jelaskan kepada saya Lord Ambrose. Saya tahu pasti ada sebab kenapa Vlad diungkit dengan Puteri Maria."tegah Lord Dragomir serta merta dengan sisa sakit yang dirasai waktu itu.

            "Maafkan saya tuan."lelaki berjambang pendek pada dagu itu memberi tunduk submit kepada ketua vampire mereka itu.

Setelah Puteri Maria keluar dari dewan tersebut, Lord Dragomir pun memalingkan kepala. Memandang ke arah salah seorang pengawalnya yang sedang berdiri di sampingnya.

            "Pergi lihat sekarang.."arahnya sambil berkerut kening tidak selesa. "Bawa bersama beberapa orang untuk temani kamu."Semua ini kerana pertalian darah dia bersama anak perempuannya.

Sewaktu Lissa dilahirkan, dia telah melakukan satu ritual yang buatkan apa saja yang Lissa rasakan sewaktu cedera atau disakiti, dia turut akan menanggung perasaan yang sama. Sebagai hukuman untuk Lord Dragomir sendiri kerana meninggalkan Lissa sejak anak perempuannya di lahirkan. Jadi pendek ceritanya kalau Lissa di sakiti Lord Dragomir boleh tahu. Dan rantai leher yang diberikan juga adalah alat kedua yang dia gunakan sebagai GPS atau penjejak keberadaan Lissa. Dengan rantai itu barulah pengawal-pengawal vampire milik Lord Dragomir boleh tahu dimana aje Lissa berada.

             "Baik tuan.."angguk pengawal itu dengan tertiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience