Rate

Part 3 : Musuh Abadi

Vampire Completed 6708

Dah beritahu belum??

Yang Dhampir dan Vampire ni tak sebulu?

Pendek ceritanya, anti antara satu sama lain  even half-vampire dan Moroi tak terlepas jadi blacklist geng Vampire Hunter a.k.a Dhampir ni.

Yup!

Bukan setakat tak sebulu je, tak semeja, tak sekata , tak ngam macam panas dengan sejuk dan tak seangkatan...macam anjing dengan kucing.

Nak lebih tepat lagi seperti air dengan minyak!

Bagi Dhampir, apa saja yang berasal dari vampire adalah musuh mereka kecuali manusia biasa. But little did they know, yang banyak melakukan kemusnahan di dunia ini adalah manusia biasa. Majoriti penjenayah dan pesalah laku adalah berasal dari manusia. Bukan vampire, bukan werewolf, bukan witcher.

Tapi itu lah, nama pun Dhampir,

Keras kepala, hati batu, perangai malaun, emosi kelaut lepas tu perangai macam tempah tiket nak ke kubir. Disebabkan rasa hasad benci mereka pada vampire, Dhampir tak pandang apa-apa. Baik ke buruk. Bunuh terus! Mana la reti nak bertimbang rasa bila dengan vampire.

Sebab dalam kepala Dhampir, makluk terhina dan paling keji adalah vampire tu sendiri!

        "Tepi sikit boleh tak?"tegur Lissa semasa tunduk memandang kaki panjang yang berada di atas kerusi tempat dia duduk. Tapi kaki tu tak bergerak. Lissa apa lagi dia pun palingkan kepala dengan jelingan mautnya.

Inilah...salah seorang Dhampir yang Lissa kenali dalam akademi ni.

Such pain in the ass!

Pelajar lelaki itu sedang tidur dengan buku menutupi wajah. Tangan bersilang di dada. Kedua-dua kaki tegak sepanjang atas meja hingga sampai ke kerusi Lissa. Menghalang gadis itu dari duduk sebab meja Lissa bertentangan dengannya.

          Isy! Dasar mat lampir betul!" Wei...kau dengar tak ni?"kalau Ikutkan hati boleh je dia tolak kaki ni jatuh ke bawah, tapi tak hingin la! Kotor pulak tangan dia yang suci murni ni!

Setelah seketika, barulah pelajar lelaki itu terkutik. Buku yang menutupi wajahnya di turunkan. Mendedahkan empunya wajah. Kening hitam, sepasang mata berenungan tajam lagikan dingin siap boleh tembus roh dalam badan. Rambut coklat oak berkilat menutupi paras dahi yang licin, mempunyai parut di tepi kanan kening. Kesan parut terbelah. Berhidung mancung kalah Eiffel Tower. Bibir bersih merekah mintak lipstick.

Handsome! Kalah Edward Cullen!

Ceh!

        "Cepat la. Penat tau tak hari-hari nak cakap benda sama dengan kau."keluh Lissa. Bosan!

Star Poison nama di beri. Seiring dengan makna namanya, seorang yang rupawan tetapi racun bergerak!Jenis yang tak peduli dengan sekeliling kecuali tentang dirinya sahaja. Setiap kata dan perbuatan lelaki itu menyakitkan hati dan mata untuk Lissa. Mata dingin itu diam menilik Lissa dari atas ke bawah. Muka jelas-jelas tunjuk dia tak puas hati macam Lissa dah bunuh 7 keturunan keluarga sebelum dia.

          "Just piss off!" lafaz Star sepatah tapi sangat berbisa.

Sudah terbiasa di pandang begitu, Lissa menjuling mata menyampah. Malas nak cakap banyak, kerusinya di tarik dengan kasar. Menjauh dari kaki panjang galah tu.

         "Cakap orang...kau tu lagi menyemak la."jeling Lissa menolak mejanya sedikit kedepan supaya dapat menjauh dari meja Star. Kasar-kasar dia henyak punggung di kerusi tu. Hmph!kalau mintak disenaraikan siapa deathlist dia, Star adalah orang pertama dalam senarainya!

BUK!

Belakang kerusi Lissa di sepak dengan hujung kasut berkilat Star.

Lissa tidak menghiraukan tindakan itu.

BUK!

Satu kali tidak berespon.

BUK!

Sekali lagi belakang kerusi Lissa di sepak.

Lissa dekat kerusi tu sudah menggengam jari jemari. Erat sebab kuku vampire dia nak keluar untuk di asah dekat muka seseorang!

Grr!

Mamat ni kan!

           "What!"deramnya semasa berpaling laju ke belakang. Lissa mengetap gigi seeratnya kerana kegeraman. Kenapa akademi ni terima student macam Star ni? Sepatutnya lelaki ni di tempatkan dalam sel penjara bawah tanah sana!Biar waras sikit kalau jadi manusia!

Star berdengus kecil. Dia tatap mata Lissa yang mengenakan contact lens. Walaupun disamarkan. Dia masih boleh nampak warna sebenar mata vampire milik Lissa.

           "Aku dengar kau sambut hari lahir hari ni?Yang keberapa?50?100?150?Mana satu?" ejeknya dengan sinis.

Kening Lissa berkerut. Dia pandang tak puas hati akan komen sinis tu. Dia baru dilahirkan 19 tahun yang lalu la. Tak adanya sampai 100 tahun. Entah cukup bulan dia dah mati dulu kut sebelum cecah 100 tahun. 

Ya mati di bawah seksaan mulut laser lelaki depan dia ni!

Semua vampire kenal pahlawan hebat di depan Lissa ni. Bukan setakat membunuh je, sembelih pun ada. Siap pegang rekod pembunuh vampire paling banyak lagi tu. Dekat badan tu penuh tatu penanda agaknya!

Macam mana Lissa tahu  Star seorang Dhampir?

Well...

Star sendiri yang beritahu Lissa masa bagi warning dekat Lissa lepas masuk akademi hari tu. Kononnya bagi amaran la... jangan minum darah pelajar manusia biasa dalam akademi ni la..jangan dekati manusia biasa la..itu la ini la... kalau tidak dia akan mati dalam tangan Star.

Itu yang sampai sekarang Lissa anti dengan mat lampir ni!

          "So?"balasnya. "Kau nak bagi hadiah dekat aku ke?"Lissa menjeling jengkel.

          Star akhirnya turunkan kaki. Dia duduk tegak lalu sondong ke depan seakan mahu mendekat. "Kalau aku jadi kau...aku akan hati-hati. Jangan nak bangga sangat jadi vampire. Mahluk perosak macam kau ni buat semak alam je."

Once again. Benda sama jugak yang dia dengar. Hati-hati. Yang patut dia hati-hati adalah terhadap Star! Lelaki ni bila-bila masa boleh tikam dia dari belakang.

          "Aaw...tengok siapa yang kisah tentang keselamatan aku..."acah Lissa seakan tersentuh. Sambil dia pegang dada dengan tangannya. "So sweet...."lepas tu air mukanya bertukar kepada reaksi tak suka. "Uruskan aje hal kau...sibuk nak warning orang kenapa?" beritahunya.

         Renungan mata Star gelap penuh amaran. Lelaki itu seperti mahu menyembelih Lissa di situ. "Bergembira la selagi kau boleh... vampire." perkataan akhir di sebut perlahan olehnya.

Lissa tersengih lepas dengar. Ingat dia nak takut? Tak hairan la!

          "Oh..terima kasih untuk warning tu..and yes...aku akan bergembira sebaik mungkin!"balasnya semula sambil buat muka annoying.

          Mungkin kerana jengkel Star pandang Lissa dengan mata dikecilkan lihat perangai sassy Lissa kepadanya. Dia dekatkan mukannya ke depan lagi lalu berbisik. "Dasar mahluk penghisap darah tak guna. Aku harap kau dan bangsa kau lenyap dari muka bumi ni.."

Zap! Darahnya berderau laju naik ke otak sampai sebu dadanya. Terasa hati dengan ucapan itu. Lissa ikut dekatkan mukanya ke depan Star. Senyuman penuh muslihat terukir manis di bibir.

           "Maybe kau patut simpan doa tu untuk bangsa kau sendiri....yalah...kau tahu kan.. manusia ni ada jangka hayat yang pendek." balasnya dengan jengkel. "Nak dibandingkan vampire?"

Star beri jari tengah ke Lissa. Jengkel dengan komen gadis itu. Dasar blood sucker sampah masyarakat!

Tersembur dibuatnya!

Padan muka!

Heh!

           "Hahaha!"Lissa ketawa kerana puas hati. Nak sakitkan hati dia la kononnya tu. Tapi tak lepas! Acah..cebiknya dengan menyampah sebelum pandang ke depan dan bersiap untuk memulakan kelas tak lama lepas tu. Kalau dah mat lampir, memang mat lampir selamanya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience