Rate

Part 86 : Please

Vampire Completed 6708

Flashbacks

       "Please Maria..kali ni je."

        "Get lost Micah!"

         "Aku mintak kau untuk control bonda aje.."

"Jangan nak buat kerja gila!Sekuat mana sekalipun aku!Aku tak boleh guna kuasa aku pada bonda. Kau ni pun satu. Dah kenapa?Dah macam anjing hilang tuannya sejak balik dari Tanah Seberang aku perhatikan!?"

"Bukan aku suruh kau guna kuasa pada bonda. Hanya pujuk dia supaya tak beritahu apa-apa pada ayahanda apapun jenis visi yang dia lihat tentang aku!"

Puteri Maria yang sedang melukis pada kanvas itu berhenti dari bekerja. Dia silangkan tangan ke dada dan dongak ke tepi dimana Putera Mahkota Micah sedang berdiri menghadapnya. "Kau sedar tak hari pertabalan kau hanya berbaki sehari dua?Kawal sikit perangai tak siuman kau ni boleh?"

Berang dengan komen itu, Putera Mahkota Micah mencengkam rambut hitam berkilatnya sebelum mengerang keras. "Ugh!Sebab aku tak boleh la aku minta tolong kau Maria!!Kau ingat sebab apa aku ke Tanah Seberang lama-lama?"

Puteri Maria buat muka tak Sukanya. "Memangnya kau nak apa sebenarnya ni?"

"Aku nak Lissa...."

"What?"hujung bibir Puteri Maria terjungkit. "Kau nak Lissa?Aku ingatkan kau dah give up kan dia semata nak jadi raja?"

"Memang!Aku ingat aku boleh lepaskan Lissa dan move on bila pindah ke Tanah Seberang. Tapi tak...makin lama aku duduk situ, makin tak tenang aku fikirkan dia dekat Zon Merah. Sebab tu aku balik semula ke akademi...aku ingatkan dia dah lupakan aku, rupanya tak...dia tak lupakan aku Maria. Sebab tu aku nakkan dia semula."

"Gila. Kau memang dah gila Micah. Kau yang buang dia...sekarang kau nak apa?Micah..ingat sikit. Kau bakal ditabalkan. Kalau ayahanda tahu tentang hal ni, pertabalan kau akan ditarik semula..."

"Sebab itulah aku mintak tolong kau untuk rahsiakannya. Minta bonda rahsiakan dari ayahanda sehingga aku ditabalkan menjadi raja. Dan bila aku jadi raja nanti., aku akan mansuhkan kesemua undang-undang tentang larangan bercinta di antara vampire dan manusia...."

"Itu rancangan kau?Jadi selama ni kau beria sungguh nak menyamar guna nama orang yang dah mati, jadi Dhampir, cari musuh keluarga diraja dan memilih untuk menjadi raja adalah kerana mahu lakukan hal tu?Mansuhkan undang-undang tu?"

"Kau fikir kenapa aku beria buat semua ni!?"cemberut Putera Mahkota Micah dengan muncung tak puas hati.

"Oh my god!Micah!Kau jangan cakap dengan aku!Yang kau memang sukakan Lissa selama ni?"

Putera Mahkota Micah terdiam tidak mengatakan apa-apa selain mengangguk kepala kerana terlalu malu.

"Hahahah...oh my god!Akhirnya!Dapat jugak aku pengakuan kau ni!"

"Kau nak tolong ke tak ni!"

"Sure...sure...anything for Lissa!Ahahaha!"

End od flashbacks

Tangan berjari runcing Micah memegang kuat tepi kepala Lissa sewaktu dua orang itu berada di atas katil. Tangan sebelah lagi memeluk erat badan kecil di bawahnya.

Dia begitu dumbfounded. "Putera mahkota!Apa yang tuanku cuba lakukan ni!"desis Lissa kegeraman apabila bibir lelaki itu melekap erat pada mulutnya.

Tidak mendengarkan Lissa, Micah tunduk membenamkan wajahnya ke ceruk leher Lissa pula. Mengucup berkali-kali tepi rahang dan leher itu.

Kedua belah tangan Lissa terperangkap di depan dada Micah sewaktu cuba menolak badan seberat batu bata itu jauh darinya. Dia betul-betul cemas waktu itu. Nafas yang di atur juga tidak menentu."Hentikannya sekarang!"arahnya saat menolak sekuat hati.

Namun Micah malah memberatkan badannya dan menghempap atas badan itu dan kembali mahu mengucup Lissa.

Tetapi Lissa memalingkan kepalanya ke tepi sambil menolak bahu lelaki itu. "Hentikannya Star!"lafaz dia akhirnya kerana begitu kesal.

Terhenti Micah serta merta. Dan bila dia kekalkan muka di depan wajah Lissa, keningnya berkerut seakan terasa hati dengan panggilan itu.

"Kau masih ingat aku Lissa..."

Nafas Lissa naik turun kencang, dan dia balas tatapan Micah bersama renungan tidak puas hati. Apa yang lelaki ni baru katakan?

"Aku dah tahu semuanya Lissa...berhenti berpura-pura"

"Get off now!"ngerang Lissa sewaktu menolak Micah dari atas badan dia tapi lelaki itu beratkan badan sendiri, menyebabkan usahanya sedikit pun tidak berguna.

Micah cuba membuka mulut mahu bersuara tetapi Lissa memintasnya terlebih dahulu.

"And yes!!Aku masih ingat kau siapa!Kau nak buat apa tentang hal tu?Nak cuba lupuskan ingatan aku semula?Sebelum aku menjerit, bangun dari aku sekarang jugak!"ketapnya kerana sedaya upaya menahan sabar saat itu.

"Maafkan aku Lissa..."bisik Micah dengan perlahan di depan bibir Lissa.

Ucapan itu membuatkan kerutan di kening Lissa mengundur dan gadis itu ikut berhenti dari bergelut. Dia bukan marah malah ketawa. "Hahaha...kau buat lawak ke apa sekarang?Maaf?Kau fikir dengan maaf kau tu boleh hapuskan kenyataan yang kau sanggup lupuskan ingatan aku tentang kau!Tentang perasaan aku pada kau!Berani kau kan Star...tak..Putera Mahkota Micah!"ujarnya dengan sinis.

"Aku terpaksa...."

"Terpaksa atau tak...ianya bukan hak kau untuk buat keputusan tu!Bangun sekarang!!"

"Tolong....tolong jangan bencikan aku lagi. Aku betul-betul menyesal. Jadi maafkan aku untuk kesemua kesalahan aku pada kau..."ucap Putera Mahkota Micah lagi mengeratkan lingkaran tangan pada sekeliling badan Lissa.

Apa yang-?Lissa kelu waktu itu. "Macam mana kau tahu tentang ingatan aku?"

"Aku tahu semuanya. Vlad dah ceritakan pada aku...kau tak boleh dilupuskan ingatannya. Jadi apa yang dah berlaku sejak beberapa bulan lepas kau masih ingat...termasuk tentang aku...."

Duh!Obviously!Dah cakap jangan beritahu. Vlad tu memang tak boleh diharapkan. Lissa buat muka tidak Sukanya. "Bangun sekarang Micah!Kalau orang istana tahu tentang hal ni, bukan setakat aku aje yang dalam masalah...dengan engkau-kau sekali kena..bangun!!"Lissa tenung mata golden Putera Mahkota Micah marah-marah.

"Tak!Selagi kau tak dengar aku...aku takkan lepaskan kau.."

"Kau dah hilang akal ke!?Bangun dari aku!"

"Aku tahu aku salah...aku menyesal Lissa...aku ego. Aku pentingkan diri. Dan aku takkan buat lagi."

"Bangun. Dari. Aku. Sekarang."ketap Lissa satu persatu.

"Lissa...tolonglah dengar.."

"Kenapa baru sekarang kau cari aku Micah?Apa lagi yang kau nakkan dari aku?Bukan ke semuanya dah selesai?Kita dah tak ada apa-apa hutang kan?"air mata bertakung di tubir mata Lissa sedikit demi sedikit. "Kau pun dah dapat apa yang kau nakkan selama ni...apa lagi yang tak cukup?"

Dan tangan Micah naik menyentuh tepi mata Lissa, ibu jari tangan itu mengusap-ngusap lembut akannya. "Tak semua..."

Lissa berdengus tak percaya bersama riak mahu ketawanya. "Dan aku tak nak libatkan diri lagi dengan lelaki tak sedar diri macam kau ni lagi..."

"Aku sedar Lissa...selama ni aku ego dan nafikan perasaan aku terhadap kau demi tugas aku. Dan sekarang...aku nak tuntut semula..."

Lissa pukul belakang badan Micah kerana berang. "Aku tak nak dengar apa-apa lagi...kau tak dengar ke?Bangun dari aku sekarang!"dia kena menjauh dari Micah sebelum dia menangis. Serius!Dia tak boleh nak berhadapan dengan Micah sekarang ini. Lelaki ni telah mengecewakan dia sejak Micah ambil keputusan untuk menafikan perasaan Sukanya pada lelaki itu.

"Lissa..."

"Tak nak!Aku tak nak dengar apa-apa...bangun sekarang..."dan air matanya Lissa tumpah dari tubir ketika itu juga. Dia tak nak menangis, tapi bila Micah sentuh dan memanggil namanya berkali-kali sejak tadi, hati mana aje tidak terpujuk.

Enggan menambahkan sedih Lissa, Micah ambil keputusan untuk tunduk mengucup kening kiri Lissa dengan lembut sebelum turun ke mata yang sudah di basahi dengan air mata.

Lissa merintih perlahan setiap kali Micah mengucupnya dan dia cengkam kuat kain baju belakang lelaki itu dengan kuat.

Setelah itu, Micah pegang dagu Lissa untuk bawa mata gadis itu menatapnya. "Maafkan aku...lease Lissa..."ucapnya sebelum mengucup bibir Lissa dengan lama.

Terpujuk dengan rayuan Micah, Lissa akhirnya mengalah. Dia lingkarkan kedua belah tangan ke sekeliling leher Micah, menarik lelaki itu rapat kepadanya. Dia sungguh merindui Micah hinggakan dia termimpi-mimpikan lelaki itu. Dan dia berharap dia dapat bersama dengan Micah, tetapi dia tahu harapannya itu hanya angan di siang hari.

"Aku minta kau tunggu aku sikit aje lagi...lepas ni aku janji..aku takkan tinggalkan kau lagi..."bisik Micah selepas menjarakkan dirinya. Dan wajah dia sembam semula ke leher Lissa. "Aku jugak dah tahu, pada hari kau tahu aku adalah vampire, aku tak sengaja gigit kau...aku minta maaf...aku jugak tahu pada hari kau terkurung, ayah kau kirim surat terakhir pada kau sebelum dia mati...aku minta maaf...aku tipu kau aku tak sukakan kau sebab nak lindungi kau dari ayahanda aku...untuk tu aku jugak nak minta maaf sebab nafikan semua tu dan sakitkan hati kau..."

Teresak-esak Lissa menangis tanpa suara ketika itu, dia bawa lengannya naik ke atas mata untuk menyembunyikan tanggisannya.

"Aku dah buat banyak salah pada kau dari awal lagi. Aku menyesal. Lepas aku dapat tahu kau masih ingat pada aku, aku bawa kau ke istana ni...untuk beritahu kau. Pada hari aku ditabalkan menjadi raja, aku akan wara-warakan pada semua, larangan bercinta antara manusia dan vampire akan dimansuhkan serta merta. Lepas ni tak ada sesiapa yang akan terluka seperti mana kau hadapi Lissa....jadi..berikan aku peluang..."bisik Micah lagi.

"Macam mana dengan ayahanda kau nanti?"Lissa bisik dengan suara serak nangisnya.

Micah mengangkat kepalanya dari leher Lissa sebelum menarik tubuh Lissa supaya baring ke atas dadanya pula. Dan dia pegang kepala itu rapat pada leher sebelum mengucup mahkota Lissa. "Jangan risau..."ucapnya dengan perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience