Rate

Part 55 : Silam Dan Sejarah

Vampire Completed 6708

Disebabkan arahan telah dikeluarkan oleh dekan bahawa akademi di cutikan awal dari Tarikh yang sepatutnya, kawasan Akademi Dark Curse itu telahpun lengang dari kelibat para pelajarnya. Tidak seperti kebiasaannya setiap inci ruang akademi dihuni dengan kelibat pelajar serta riuh rendah, pada hari itu seperti kawasan perkuburan seluruh ruang akademi begitu sepi dan lengang yang menyeramkan.

Cahaya juga tidak ada di mana-mana tempat akademi. Dari kelas, dewan makan atau hallway. Semuanya berkeadaan gelap. Hanya kelawar sahaja yang mengisi beberapa penjuru siling ruang akademi di situ. Buatkan ianya seakan kawasan tinggalan saja suasananya.

Busss!

Lingkaran emas sama muncul di Udara hallway sebelum dua pasang kaki melangkah keluar darinya. Mendedahkan dua susuk badan dalam gelap, satu tinggi paras bahu yang lampai di sebelahnya.

       "Gelapnya.."bisik Lissa bila dia pandang sekeliling hallway yang biasa sesak dengan para pelajar berlegaran.

        "Kau lupa ke dekan dah beri arahan cuti awal jadi akademi di tutup sepenuhnya seba itu la gelap."beritahu Star sewaktu berjalan ke hadapan.

        "Aku tahu la tapi takkan tak boleh ada sikit cahaya?"

Star menjuling mata menyampah, dah tahu di tanya buat apa?
        
         Lissa yang ditinggalkan dekat belakang berlari anak mengekori langkah Star. "Apa kita buat dalam akademi?Kau kata kau perlu gunakan darah untuk Sihir Penjejak tu.."tanya dia sambil tu.

Setiba di depan anak tangga berpusar menuju tingkat atas, Star membelok ke kiri dengan mengejut. Menyebabkan Lissa bertembung dengannya lalu melanggar tepi Star. Hampir hendak terjatuh ke belakang, Lissa cepat-cepat mengundur dua langkah jauhkan diri dari Star.

          "Ish!Cakap la kalau nak belok ya pun!"getus   Lissa.

Tidak menghiraukan bebelan Lissa, Star malahan dengan bersahaja meneruskan dakinya ke arah anak-anak tangga berpusar itu.

Seriously!?Lissa berdengus tak percaya sewaktu mencekak pinggang memerhatikan belakang badan Star. Apa masalah Star ni?Bukan nak puji ke berterima kasih ke apa lepas dia berjaya peroleh darah Strigoi tu...malah di layan dingin dengan lelaki tu pulak!

Sabar aje la.

          "Kau menungkan apa lagi..lekas!"sentak Star tiba-tiba dari atas tangga tu. Lelaki itu tunduk memandang Lissa di lantai tingkat bawah tangga dengan dingin.

Uish!Bila sampai atas tu!Cepat betul?

Lissa pandang dengan kening terangkat tinggi.

          "Kita berdua aje dekat sini?Mana yang lain?kawan-kawan Dhampir kau tak ada sekali ke?"soalnya semasa tunduk melangkau dua anak tangga untuk cepat sampai ke Star.

Macam mana Star boleh sampai ke atas dengan cepat dalam keadaan gelap begini. Dia sendiri bergelut kut! Tak boleh nak pandang depan sebab kawasan tangga tu serius gelap. Nak elak dari terjatuh punya terpaksa la Lissa pandang ke anak tangga tu.

         Walaupun dia half vampire, gen dominan dia adalah manusia. Jadi tak banyak sangat karakter vampire yang dia dapat kecuali deria hidu dan pendengaran yang tajam. Selebihnya adalah sifat manusia! "Kau tahu tak disebabkan sikap tak sabar kau ni, aku hampir aje kena baham dengan vampire menakutkan dalam kedai tu tadi-"

BUK!

Sekali lagi Lissa melanggar Star setelah dia tiba di puncak tangga tu. Buatkan tubuhnya hilang keseimbangan lalu bergerak hendak jatuh ke belakang.

          "Sh*t!"lafaz Lissa saat bersedia hendak menerima impak dari jatuhnya itu. Mata dah siap pejam dah ni!Dia dah ready untuk rasa sakit, tapi pelik. Dah beberapa saat berlalu dia tak terasa sakit atas bergolek. Sebaliknya satu sentuhan terasa pada lengan kiri. Aik?

          "Boleh tak kau jangan macam-macam?"gerutu   Star waktu itu menghalang Lissa dari terjatuh. Lelaki itu memegang lengan Lissa tidak lepas.

Hah!Lissa pantas membuka mata semula lalu pandang ke depan. Disebabkan keadaan di situ gelap dia tak boleh Nampak sangat muka Star kecuali bunyi nafas lelaki itu berderau sapa mukanya. Beritahu dia betapa rapatnya kedudukan mereka waktu itu.

           Kalau dia tak teringat betapa menjengkelkannya perangai Star ni, dah lama dia peluk badan tu, tapi benci punya pasal cepat-cepat dia rentap lengan dari cengkaman Star. "Ish!Aku tak Nampak okay!Kau expect apa dari aku untuk jalan dengan cepat dalam gelap macam ni!Ingat aku ni ada night vision macam vampire ke!"deramnya menahan diri dari tinggikan suara di tempat itu. Geram betul dengan Star ni.

          Star membalas dengan dengusan kasar darinya. Dia tarik Lissa semula dekat padanya. "Semua Dhampir berada di sempadan Zon Merah...Lord Dragomir dah batalkan penangguhan dia untuk berperang dengan Zon Biru.."

           "Hah?perang?Dah terjadi ke?"Lissa menahan nafas dengan kuat. Perut dia terus memulas mahu terkucil. "Sekarang?"

           "Tentera Strigoi dah mula mengepung beberapa kawasan selepas tugu Utama dimusnahkan beberapa hari yang lepas. Dengan ni Zon Merah terdedah...sebab itu Lord Dragomir beri arahan.."jelas Star sewaktu membawa mereka ke kanan setelah tiba di tingkat atas. Sekali lagi mereka menyusuri koridor lengang yang gelap.

            "Serius?"Lissa cuba tarik tangan dia dari cengkaman Star tapi jari jemari lelaki kemas berada di celah jari jemarinya. Berpeluh dah tapak tangan dia. Mujurlah Star pakai sarung tangan hitam dekat tangan. Kalau tak pakai...malu dapatnya! "Gosh!This is useless then. Kita patut hantar orang ke Zon Biru. Serang pertahanan mereka dan robohkan sempadan mereka kalau macam tu."

          "Tak semudah tu Lissa. Di dalam Zon Biru ramai orang tidak bersalah hidup..."mereka berhenti di sebuah pintu kayu bertombol ring padanya. Berdiri saja di situ Star pandang ke Lissa. "Peperangan ni bukan disebabkan manusia di Zon Biru. Tapi disebabkan vampire yang membencikan bangsa mereka sendiri."

            Woah! Apa tu!?Terkedu Lissa apabila dia dengar bisikan dingin Star itu. Bulu roma belakang tengkuk dia ikut meremang. Ucapan Star seakan lelaki itu baru membisik sihir kepadanya. "Macam mana kau tahu?"

Soalan itu ditanya apabila Star menolak pintu kayu itu ke dalam dan menarik Lissa masuk bersamanya sekali. Masuk saja Lissa, Star tutup semula pintu dengan perlahan-lahan.

            "Dalam sejarah pemerintahan Vampire, sebelum wujudnya Zon Biru, tanah ni dikuasai sepenuhnya dengan keluarga diraja Vampire Tulen selama 900 tahun. Tanpa isu dan halangan. Sampailah 10 tahun yang lalu. Satu keluarga vampire muncul dan masuk ke tanah ni. Bina legasi mereka. Cuba nak ambil alih cara pemerintahan original di sini. Dhampir yang waktu itu dibangunkan oleh keturunan Poison bantu keluarga diraja Vampire Tulen menentang keluarga ni. Sayangnya pelan mereka back fire."

            "Mereka di bunuh secara besar-besaran.."sambung Lissa yang tahu akan kisah itu.

            "Betul...dan sekarang, selepas 10 tahun di halau keluar dari kawasan ni, mereka telah cipta satu lagi kawasan yang diberi nama sebagai Zon Biru. Berpura-pura menjadi manusia, mereka bina kuasa mereka dan mencipta pemerintah berasaskan manusia. Lalu mengawal setiap apa yang berlaku di dalam kawasan tu. Tapi tak lama apabila ada organisasi misteri cuba berpaling tadah untuk memerangi Zon Merah semula. Dan organisasi itu adalah waris dari keluarga vampire yang sama muncul untuk cuba ambil alih kuasa keluarga diraja Vampire Tulen."

            "What?Serius la?"Lissa buat muka tergamam walaupun dia tahu Star takkan Nampak reaksinya dalam gelap begitu. "So sekarang kau bukan nak hentikan peperangan tapi sebaliknya nak kesan siapa waris yang bangunkan organisasi misteri tu la?"

            "Ya. Selagi waris mereka tak dihapuskan selagi tu isu berkurun ni takkan ada habisnya.."beritahu Star sebelum berjalan ke kanan bilik itu dengan mudah. "Kita boleh perangi mereka..tapi sampai bila. Itu soalnya."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience