Rate

Part 19 : Star Poison

Vampire Completed 6708

Ya tidak lain tidak bukan kalau ianya datang dari lelaki yang sedang duduk di meja belakang dengan kaki melunjur ke depan seperti biasa.

Star Poison.

Tidak seperti kali terakhir dia nampak, Star kelihatan bertenaga semula, kesan lebam pun sudah tiada lagi. Lelaki tu kelihatan segar dan segak sedia kala.

Hal itu buatkan Lissa tersenyum kerana lega.

Ketika itu jugalah Star pandang ke arah pintu kelas kerana perasan ada yang memerhati. Bila matanya tertancap ke depan pintu, dia bertentang mata dengan Lissa. Buatkan dia yang seronok berbual dengan rakan sekelasnya membuat muka tidak suka.

Lissa jalan dan jalan sehinggala tiba di meja yang ditetapkan dalam kelas tu. Tidak memandang atau mengerling ke Star, kerusi di tarik keluar dari bawah meja lalu dia duduk di situ. Buku-buku disusun dalam laci. Cuba nak hilangkan rasa gugup sebab boleh kesan renutang Star terhadapnya waktu itu.

Kenapa dia pulak yang menggelabah. Bukannya dia buat salah!

Dup!Dap!Dup!Dap! Dengan rancak jantung Lissa berdegup kencang kerana teringt akan tindakan dia menyembuhkan Star semalam.

            Bau enak tadi masih menerawang di sudut deria hidu Lissa. Buatkan dia acap kali menelan air liur sendiri. Biasanya dia jarang rasa craving dari minum darah. Tapi entah kenapa pulak hari ni lain macam pulak hormone badan dia. "Kenapa la kau seorang Dhampir?" keluh Lissa kerana kesal yang bau sedap tu datang dari musuhnya. Lelaki yang sering cuba hendak membunuh dia!Lelaki yang memusuhi kaum vampire seperti dirinya.

            "Oi!"belakang kerusi Lissa di tendang dari belakang.

             Terus bercemberut muka Lissa. Dia toleh ke belakang."Apahal?"tanya dia semasa pandang tak suka ke Star.

              "Pindah tempat lain tak boleh ke?" Star tanya.

                Lissa pandang terkedu. Ihh!Ya!Tak mungkin dia suka pada lelaki tak guna depannya ini. Rasanya hidung dia ada masalah deria sampai tak boleh nak hidu bauan lain selain badan bau Star! "Kenapa aku pulak?"tanya dia dengan nada tak percaya.

Star turunkan kakinya dari meja tu dan duduk sondongkan badan ke depan. Bersama muka tak Sukanya dia beritahu.

               "Sebab kau buat aku gatal tangan nak baling pancang aku ke jantung kau!" bisiknya dengan perlahan sebab tahu Lissa boleh dengarnya.

Masa itulah Lissa ternganga dan duduk tegak kerana tergamam dengan ucapan Star. Jahat sangat ke dia ni! Sampai hati Star cakap macam tu!Dia mencebik bibir kerana benar-benar terasa hati dengan Star.

Selain Lissa, sebenarnya ada pelajar vampire lain yang dengar bisikan Star. Namun mereka yang dengar itu tidak dapat membuat apa-apa kerana perlu selamatkan diri dari terdedah identiti dengan Dhampir yang digeruni itu.

Malas hendak berbalah. Lissa pun bangun. Dia kemas buku-bukunya semula. Macam la dia nak sangat duduk berhampiran dengan Star. Sepatutnya kalau lelaki tu rimas bergelumang dengan vampire pindah la kelas yang tiada vampire. Kenapa nak aim dia aje sepanjang masa. Macam dia seorang aje vampire yang wujud dalam kelas ni. Makin malas dia nak duduk sekelas dengan Star kalau hari-hari macam ni.

Sampai ke hari ini Lissa tertanya-tanya. Entah kenapa dia je yang jadi sasaran Star.

Bersama renungan tidak sukanya Star perhatikan Lissa saat gadis itu berdiri.

Baru sahaja Lissa bangun, pada masa itulah Madam Sarah berjalan masuk bersama seorang pelajar. Wanita itu pandang sekitar kelas sebelum bersuara.

         "Okay class please have a sit..."arahnya dengannya mendatar seperti biasa. Sesaat kemudian seseorang turut berjalan masuk ke situ. "Kita ada penambahan ahli kelas jadi saya minta kamu mudahkan urusan saya supaya kita boleh mulakan kelas..."

Lissa masih berdiri kerana begitu terkejut melihat siapa yang sedang berdiri di depan kelasnya waktu itu.

           "Kenalkan ini adalah Vladimir Ambrose dari kelas dua tahun akhir. Dia dipindahkan kelas ketiga sebab dia tambah subjek dalam matapelajarannya untuk markah lebih. Disebabkan jadual dia clash dengan jadual barunya, dia akan duduk dengan kamu hingga akhir tahun. Jadi berkawan la dengan baik..."

Star di belakang meja Lissa jengukkan kepala ke tepi ingin tengok akan kehadiran pendatang baru tu. Sekali pandang je dia boleh tahu siapa Vlad tu.

Di hadapan kelas itu, Vlad berdiri tegak dengan renungan bosan tidak berminatnya.

             "Hai."sapanya.

             "Baiklah...kamu boleh duduk dekat mana-mana yang kamu mahu."Madam Sarah nampak Lissa masih berdiri. "Hah..kamu kenapa Lissa. Duduk lekas."arahnya.

Bingung tak tahu kenapa, Lissa teragak-agak duduk di kerusinya semula. Niat nak keluar kelas tak jadi. Jantung dia waktu itu berdegup kencang sampai rasa hendak meletup urat saraf dibuatnya.

           "Dah kenapa Vlad pindah ke kelas ni?" fikir Lissa kegelisahan.

Waktu itu Vlad ambil tempat di kerusi kosong sebelah tingkap paling hujung. Dan bila dia duduk matanya terarah pada belakang kepala Lissa. Masa itu la dia tersenyum sinis.

Star palingkan kepala ke belakang. Dia lirik Vlad dengan renungan judging Dhampirnya.

Vampire lagi!

Ugh!Dasar mahluk menyebalkan!

Lissa di tempat duduknya pula tunduk menggosok tengkuk kerana berasa tegang kerimasan. Dia tidak suka dengan perasaan aneh dan gelisah yang sedang berlegar-legar di sekelilingnya waktu itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience