Rate

Part 43 : Silas

Vampire Completed 6708

Huff!

Huff!

Huff!

Kepulan wap keluar dari mulut yang berbibir pucat lagikan berdarah setiap kali nafas di hela!

Dengan cemas kaki berkasut boot hitam itu menginjak lantai hutan yang diselimuti dengan dedaun kering dan dahan patah. Acap kali menoleh ke belakang kerana takut dirinya berjaya di kejar, Silas cemas. Dia tidak cukup tenaga kerana pendarahan yang di alami pada bahagian tengah dada waktu itu.

Sambil berlari sambil itu Silas pegang dadanya yang berlumuran darah. Tiada tanda untuk berhenti atau sembuh dengan sendiri.

Swoosssh!

Berdesup beberapa kelibat dalam gelap hutan itu mengelilingi sekitar Silas.

Belum sempat Silas hendak memandang ke depan, satu susuk lampai muncul lantas merempuh tubuhnya dari kiri dengan kuat. Mencampak Silas beberapa meter dari tempat asal sebelum mendarat di sebuah batang pokok gergasi di situ.

KEDEBUK!

Jatuh longlai tubuh tidak berdaya itu.

         "Uhuk!Uhuk!"darah tersembur keluar dari mulut. Silas pegang dada dengan kening berkerut. Cuba menahan rasa sakit yang menjalar di setiap inci tubuhnya. Dan bila dia angkat kepalanya ke atas, berdirinya beberapa Strigoi di situ. Memandang ke arahnya dengan sengih menyeringai menayang barisan gigi tajam mereka.

Apa yang buatkan Silas terkedu di situ ialah orang yang sedang berjalan di celah mereka saat itu. Terkejut dia itu buatkan dirinya tidak berdaya untuk melawan atau melakukan apa-apa! Siapa sangka orang yang dipercayai dan dianggap sebagai rakan sendiri adalah pembelot bangsa sendiri.

        "Tsk!Tsk!Tsk!Apa kau buat ni Silas?"ketikan lidah kedengaran beberapa kali. "Kenapa kau lari?"beritahu lelaki di depan Silas.

Dalam keadaan bersandar pada batang pokok di belakangnya, Silas diam memandang orang yang sedang gerak mencangkung depannya. Sengih meleret di bibir itu buatkan marahnya membuak-buak.

        "Ke-kenapa kau buat macam ni"sebut Silas tersekat-sekat. Air mata kesakitan mengalir dari tepi mata dengan perlahan.

        Kepala itu terlentok ke kanan sedikit. Sengih mengejek terukir di hujung bibir. "Kenapa kau tanya?Hmm...panjang cerita kalau nak aku mulakan....kalau kau nak tahu, apa kata kau beritahu aku. Macam mana kita orang nak tembus sempadan Zon Merah ni tanpa dijejak?"

         "Langkah mayat aku dulu!"ketap Silas dengan  berang.

          Dan waktu itu muncul lagi seorang gadis di belakang lelaki yang bercangkung itu. Dan berdiri sahaja gadis itu di situ, dia bersuara. "Apa awak buat ni...jangan buang masa. Lekas tanya dia, laluan rahsia untuk kita seludup masuk semua Strigoi ni ke Zon Merah.."

          "Sabar sayang...saya tengah tanya la ni.."

Silas silih ganti memandang dua orang di depannya dengan ketapan gigi kerana begitu tak terkata dan kesakitan. Nafasnya makin lama makin cetek. Dia tak tahu hendak bagaimana lagi di situ. Kalau teruskan hidup mereka akan desak dia untuk dedahkan rahsia pintu sempadan Zon Merah. Kalau dia mati tiada siapa yang boleh beritahu apa yang mereka berdua sedang rancangkan!?

        "Vlad takkan biarkan hal ni terjadi..."

         "Itupun kalau dia tahu la...kalau dia tak tahu...hahaha...aku akan pasti apa yang aku rancang selama sepuluh tahun ni akan terjadi..."beritahu lelaki di depan Silas dengan yakin. "So dari kau buang masa aku, beritahu aku macam mana nak pecah masuk sempandan Zon Merah ni. Macam mana nak nak tembus sempadan sihir yang melindungi kawasan ni?Kau beritahu, aku akan biarkan kau hidup.."

          Silas menggeleng kepala. "Tak...sekalipun kau bunuh aku. Aku takkan beritahu kau...pengkhianat."

          Gadis tadi menjuling mata menyampah sambi menghela nafas kesalnya. "Haish!Seriously?Rasanya awak buang masa dekat lelaki macam dia ni je la...better awak korek aje otak dia dari tengkorak tu dan dapatkan maklumat darinya.."

          Mata Silas mengerling ke gadis itu bersama    ketawa mengejek. Pandangan dia waktu itu semakin kabur tapi digagahkan jugak dirinya. "Kelakar betul...siapa sangka manusia akan bekerjasama dengan vampire semata untuk cipta peperangan sesama mereka sendiri..."

          "Life always unexpected...you never know what gonna happen in future.."ujar gadis itu sebelum menyelak rambutnya ke belakang semasa berpaling pergi dari situ. "Awak teruskan saja la sesi soal menyoal buang masa awak tu...biar saya yang uruskan hal ni guna cara saya.."

Berlalu sahaja gadis itu, bunyi snap kedengaran.

Dan lelaki vampire tadi berdiri sambil memegang kepala Silas yang sudah di tanggalkan dari badan itu tanpa sedikit pun emosi di wajahnya.

          "Leceh.."sunggut lelaki itu apabila tubuh tadi menjadi debu dan kepala Silas lesap begitu sahaja tidak meninggalkan sebarang jejak.

Berlalunya lelaki itu, para Strigoi turut ikut dari belakang. Berjalan dalam keadaan seragam merentasi kawasan hutan dengan kelajuan luar biasa vampire mereka.

Tidak lama kemudian, mereka berhenti di hapadan sebuah tugu batu lama yang merupanya penanda sempadan zon. Hampir 20 Strigoi bermata merah berdiri di situ. Memandang akan tugu batu tersebut seakan menanti sesuatu berlaku pada tugu itu.

          "Macam mana?Boleh lepas tak?"tanya lelaki misteri kepada gadis yang sedang berdiri betul-betul di depan tugu batu tersebut.

         "Sihir Pentagram pada penanda ni agak kuat...jadi bukan mudah nak dimusnahkan.."

         "Sihir Pentagram?"

         "Hmm...nampaknya Moroi dan Dhampir saling bekerjsama untuk memerangi kita...tapi macam mana.. kita tiga langkah lebih ke depan dari mereka. Sedang mereka bergelut nak cari tahu apa yang berlaku, kita dah pun pecah masuk kawasan mereka untuk hantar semua tentera ni ke Zon Merah.."

          "Yang mana berjaya di tangkap mereka dan kita hampir aje ketahuan.."

         "Ish...jangan cakap macam tu...walaupun mereka tertangkap rahsia kita tak terdedah."

         "Tak terdedah??Baby...Awak tahu, dekat sini orang yang kita patut fikirkan adalah Star Poison. Dia adalah lelaki paling berbahaya pada masa sekarang ni. Lelaki tu. Nampak aje diam...tapi otak dia tak ada siapa boleh agak apa yang dia fikirkan.."

         "Hmm...habis tu macam mana sekarang?Kita balik akademi?Ahh...baby tak nak bergaul dengan budak-budak dekat situ...terutama sekali Vampire Moroi...pandang aje muka pucat tak bermaya mereka tu buat tekak saya loya"

         ."Jangan risau sayang...sekejap aje lagi. Kita akan musnahkan semua kehidupan dalam Zon Merah ni nanti. Dan selepas tu. kita akan buatkan kesemuan manusia dan vampire ikut tunduk kepada kita.."

           "Cepat sikit ya...berpura-pura jadi manusia ni bukan senang tau..."cebik gadis itu dengan jengkel. "Dah la kena pakai contact lens setiap masa, control scent badan supaya tak dihidu sesiapa, berpura-pura mesra, paling tak Sukanya, kena tahan dahaga minum darah, lagi-lagi si Lissa tu. Ahhh!Scent dia buat saya separuh gila tahan diri dari terkam dia.."

Lelaki itu ketawa kecil mendengar leteran teman wanitanya.

          "Tak apa sayang. Selepas kita bawa semua tentera-tentera ni masuk ke Zon Merah, awak ratah lah darah sesiapa yang awak ingin kan tu. Terutama sekali Lissa."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience