Rate

Part 34 : Saksi

Vampire Completed 6708

Flashbacks

        "Apa yang ayah cuba katakan ni?"

       "Lord Dragomir yang berikan arahan ni..khas untuk kamu serta pasukan kamu nanti."

        "Kita boleh elak peperangan ni dari terjadi ayah..."

        "Sampai bila kita nak mengalah dengan manusia-manusia tak faham bahasa tu Vlad!?"

Batang hidungnya dipicit-picit. Susah betullah kalau macam ni.

        "Selinap masuk Zon Biru bukan perkara mudah. Hari tu kami masuk pun hampir aje tertangkap...inikan lagi nak intip masuk Blue House mereka yang dikawal ketat tu!?Hilang akal agaknya."

        "Dah tu  Nak buat bagaimana lagi, dah itu saja caranya yang ada untuk kita cari tahu apa pelan sebenar mereka hendak menentang kita di Zon Merah ni..."

Memang la!

Tapi masalahnya sekarang,

       "Ayah yakin ke yang selama ni semuanya berpunca dari Menteri di Zon Biru?"

        "Kenapa kamu tanya macam tu?"

Haih!

        "Vlad syak sebenarnya ada satu organisasi rahsia telah ditubuhkan untuk memberontak . Organisasi yang terdiri daripada bangsawan manusia biasa di Zon Biru sana. Golongan bangsawan yang mahu melihat kejatuhan umat vampire di Zon Merah ni."

        "Apa buktinya Vlad?"

        "Tempoh hari, Vlad terdengar perbualan beberapa orang bangsawan di majlis amal yang kami pecah masuk...mereka berbincang mengenai pelan menggulingkan Ahli Majlis Vampire Tertua di Zon Merah ni..."

        "Still...kamu tak dapat buktikan kesahihan kenyataan tu...mana mungkin ayah dapat sampaikan hal ni kepada Lord Dragomir?"

       "Vlad ada saksi. Dia boleh buktikannya."

       "Saksi?"

       "Ya....saksi. Kalau Vlad boleh buktikan kepada Lord Dragomir yang peperangan ini bukan dicetuskan oleh Menteri Zon Biru, ayah akan hentikan idea pecah masuk Blue House kan?"

        "Deal. Untuk itu, kamu perlu bawakan ayah saksi tu di Dewan Sidang Vampire Tertua dan sampaikan hal itu di hadapan pembesar yang ada untuk yakinkan mereka."

End of flashbacks

Swisss!

Mata yang terpejam itu terbuka perlahan-lahan setelah hidungnya menangkap scent seakan bau manis buah yang menerawang dalam kelas itu.

Dan bila Vlad buka mata, dia terarah tepat pada gadis beruniform akademi di depan kelas.

        "Ahh!Lissa!Kau masih belum boleh control scent kau ke?"

        "Bau apa?"

Suara sungutan vampire seusia Lissa dalam kelas mula kedengaran. Ada juga yang menekup hidung masing-masing sebab tak tahan dengan bau menggoda dari Lissa waktu itu.

         "Serius la...busuk ke bau badan aku? Tadi aku mandi pakai sabun kut...siap lotion lagi tu...tak cukup dengan tu aku spray minyak wangi..."Lissa di situ sudah kalut cuba menghidu bau badan sendiri.

          "Bukan bau badan Lissa ...scent istimewa kau tu.."

          "Gosh! Aku ingatkan bau badan tadi."

          "Cover sikit please...."

           "Busuk sangat ke? Sorry la...aku belum pandai kawal lagi.."

           "Damn vampire!Shut the f*ck up!!"

           "Diam la kau manusia!Siapa suruh duduk dalam kelas ni kalau tak nak bergelumang dengan vampire!"

Lissa tiba di meja belajarnya tidak lama kemudian. Dan saat gadis itu ambil tempat, Vlad yang  duduk tidak jauh dari situ ikut menggerakkan kepalanya ke Lissa. Dia pandang gadis itu dengan tatapan mata vampire.

Ya.

Itulah saksi dia.

Gadis misteri yang dia tidak dapat kenalpasti apakah identitinya. Entah vampire entah manusia. Dia tidak boleh kenalpasti dengan jelas. Apa dia boleh buat hanyalah buat anggapan sahaja.

Sekali bila Vlad tergerakkan matanya ke kiri, dia terpandang akan Star pula. Dhampir menjengkelkan itu sedang meletakkan kepala di atas meja.

Tsk!

Ni lagi satu! Bahana paling dia tidak sukai. Sejak pertembungan dia dengan Star tempoh hari, Vlad sedikit agitated akan kehadiran Star di samping Lissa. Ibarat dinding halimunan, kehadiran Star di sisi Lissa sedikit banyak menghalang Vlad dari dekati Lissa dengan mudah.

Mungkin Lissa perasan ada yang memerhati dirinya, gadis itu memalingkan kepala ke arah dimana Vlad sedang duduk. Dan bila Lissa bertentang mata dengan Vlad, gadis itu cepat-cepat pandang ke arah lain. Dia takut ada Vlad masa itu.

        "Bangun semua..."panggil ketua kelas apabila master berjalan masuk ke dalam kelas.

SRETTT!!!!

Mula la bunyi seretan kerusi di dorong ke belakang apabila 25 orang pelajar di dalam kelas itu berdiri hendak memberi hormat kepada master mereka.

          "Selamat pagi Master." ucap ketua kelas terlebih dahulu sebelum pelajar yang lain ulang semula.

          "Selamat pagi semua. Dipersilakan duduk."

Dengan serentak semua pelajar mula duduk selesakan diri atas kerusi. Tegak memandang ke depan tanpa bergerak.

           "Baiklah...mari kita mulakan kelas pada hari ini. Buka buku teks halaman 75. Sub point 2.4.5."

Vlad yang tidak mengalihkan pandangannya dari Lissa sejak tadi, diam bersandar di kerusi sambil menyilang tangan ke dada. Mata vampire dia memandang tepi wajah Lissa dengan dalam. Dia cuba nak baca Lissa, tapi kuasa sihir milik Dhampir bernama Star Poison   menghalang Vlad dari menggunakan kuasa vampirenya terhadap Lissa.

Dan sementara Lissa di kerusinya, sudah panas punggung kerana boleh rasa tatapan Vlad itu dari jauh. Dia cuba alihkan tumpuan dengan fokus pada syarahan master sepanjang kelas berlangsung namun masih jugak terasa.

           "Dah kenapa Vlad pandang dia je ni?"fikir Lissa sepanjang masa itu.

Tanpa disedari oleh Lissa mahupun Vlad, sebenarnya waktu itu Star sudahpun perasan sejak awal lagi. Dan Star perhatikan Vlad pada detik pertama dia perasan Vlad perhatikan Lissa dengan lama.

Jari telunjuk kanan Star mengetuk-ngetuk permukaan meja dengan senyap tanpa bunyi saat matanya terarah tepi ke Vlad.

Apa yang Vlad khusyuk sangat kan sampai tak berkedip langsung dari pandang Lissa tu?Detik hati Star pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience