Rate

Part 67 : Stay

Vampire Completed 6708

"Aku tak tahu!"beritahunya lalu memejamkan mata dengan erat. Bibirnya di ketap erat. Serius!Dia tak boleh beritahu Star cerita sebenar. Kalau Star tahu yang dia tahu lelaki itu adalah vampire bukan manusia sebenar pasti lelaki itu tidakkan lepaskan dia begitu saja!

           "Kau tak nak beritahu?"Star gerak menurunkan badannya menimpa Lissa sebelum menundukkan kepalanya ke ceruk leher itu.

Huff!

           Deru nafas dingin pada tepi telinga buatkan Lissa membuka mata dengan laju kerana terkejut. Sumpah nak menjerit aje dia rasakan sekarang. Tapi tak tahu kenapa dia tak nak menjerit tapi memilih untuk membiarkan aje tindakan Star itu. "Please Star...aku tak tahu.."bisiknya perlahan cuba menggerakkan tangan yang ada di tepi kepala waktu itu tetapi tak dapat nak digerakkan sama sekali.Jari jemari pun tak dapat digerakkan.

            Star yang telah dikuasai dengan identiti vampirenya itu menayang dua pasang gigi taringnya tanpa sedar,kerana hilang kawalan gara-gara kenyataan Lissa telah disentuh dengan vampire entah siapa-siapa tu! "Kau sure tak nak beritahu?"hujung gigi taringnya bergesel dengan cuping telinga Lissa perlahan-lahan. "Siapa yang kau cuba lindungi hah?"

            Gemersik suara itu berbisik padanya. Buatkan Lissa menggigit bawah bibirnya dengan kuat. Bahaya kalau dia biarkan Star lama-lama macam ni! "Kau."beritahunya. Lantak la apa nak jadi. Dia tak boleh biarkan Star sentuh dia lagi.

             Kaku Star. Mata keemasan lelaki itu gerak mengerling ke tepi muka Lissa sebelum dia jarakkan sedikit kepalanya dari leher itu. "Apa kau cakap?"pandangnya ke muka itu kebingungan.

Lissa pandang ke tatapan mata Star yang masih keemasan itu. Cuba nak fahamkan apa yang sebenarnya berlaku pada Star. Kenapa lelaki ini menyamar menjadi manusia biasa? Dia tahu ada satu perkara yang amat dikenali melalui mata Star. Mata yang tidak asing dia selalu lihat pada Puteri Maria. Vampire Diraja yang selalu dia temui kala ada masalah. .Dan kalau dilihat betul-betul mata dan bentuk wajah Star hampir sama dengan Puteri Maria.

             "Kenapa kau tak boleh terima perasaan suka aku?"dalih Lissa menarik perhatian Star supaya tidak meneruskan perbualan mereka.

Barulah mata keemasan Star tadi berubah menjadi warna coklat hazelnut semula taktala dia tergamam dengan apa yang disampaikan oleh Lissa. Ingatkan Lissa cakap dia yang buat!Suspen je la Lissa ni.

            "Sebab memang tak boleh.."

            "Kenapa?"cabar Lissa lagi.

             Mata Star bergerak kanan dan kiri, meneliti setiap inci wajah Lissa tidak berhenti. Dia begitu terpempan kerana Lissa cuba memaksa dia untuk menukar topik. "Bukan itu yang aku nak tahu Lissa."

            "At least beritahu aku..kenapa kau tak nak terima perasaan suka aku?"bisik Lissa melirik ke bibir Star tanpa sedar.

             Terjungkit hujung bibir Star bila dia dengar. "Kau tahu apa jawapannya kan?" kepalanya terlentok sedikit sebelum khayal bermain dengan hujung rambut Lissa.

            Kening Lissa mencerlung. "Aku tak tahu..."

             "Heh.."sengih Star. "Memandangkan kau beria sangat nak tahu, tiada alasan lagi untuk aku berdalih apalagi nafikan perasaan suka kau pada aku."beritahunya."We just can't be together Lissa. No matter how hard you love me...falling for me...we still can't be together."

Sentap dia bila dengar. Sedangkan dia dari awal lagi sedar mengenai hal tu. Tapi Star kan vampire, dan dia adalah half vampire. Masih jugak tak boleh ke? Lissa perlahan-lahan menundukkan matanya ke bawah. Tidak lagi memandang Star kerana terasa hati dengan jawapan jujur Star. Takkan tak boleh langsung!?

            "Now tell me who the one bite your neck?When?"

            "Nobody.."jawab Lissa tiada mood. Dia takkan beritahu apa-apa pada Star. "Lepaskan aku dari sihir kau Star.. Aku nak tidur. Esok kita ada hal penting nak buatkan?"mata dia mula berhangan hendak mengalirkan air mata.

             Tangan Star di tepi kepala Lissa bergulung ke dalam genggaman. "Kau serius tak nak beritahu aku?"

              Lissa ketap gigi kuat-kuat. "Tak penting siapa orang tu. Apa yang penting sekarang, kau settle peperangan ni secepat mungkin dan lepaskan aku untuk keluar dari sini untuk temui mama aku semula."beritahunya di balik ketapan gigi.

              "Fine!Kau nak macam ni!Teruskan!Lepas ni kau     tak dibenarkan keluar dari sini. Ezra akan mengawasi kau sepanjang tempoh aku tak ada!"marah-marah Star bangun dari situ.

              "Star!Lepaskan aku!!!!"teriak Lissa yang masih terkekang dek kuasa Star tadi.

Bersama langkah luas marahnya, Star atur langkah menuju ke arah pintu sebelum menghempas pintu itu dengan kuat melepaskan amarah.

Kebetulan pada masa itu dua orang lelaki melintasi depan pintu bilik Star dengar hempasan tu dan berhenti mendadak sebab terkejut dengan buat kuat tersebut.

               "Apahal pandang-pandang?"sentap Star   dengan garang bila mereka pandang dia dengan aneh.

Kalut sebab takut dengan muka garang Star, mereka berdua mencicit larikan diri dari situ.

Star perhatikan aje langkah dua orang tu dengan kening mencerun geram. Sibuk pandang-pandang. Macam la tak pernah nampak orang marah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience