Rate

Part 37 : Jumpa

Vampire Completed 6708

Oh my god!

Lissa pandang dengan cemas sekelilingnya apabila kenderaan yang membawa mereka berhenti di hadapan sebuah pagar emas gergasi yang dikawal oleh vampire.

Jelas-jelas bangunan besar seperti Istana Buckingham London yang ada di depan mata cukup untuk beritahu Lissa ke mana Vlad bawa dia.

        "Apa yang kita buat dekat sini?"tanya Lissa untuk kesekian kalinya.

Seperti tadi, Vlad tidak mengatakan apa-apa. Lelaki itu hanya memegang pergelangan tangan Lissa, menarik gadis itu keluar bersama dengan dia dari teksi hitam tu.

No!No!Please!Not here!

Lissa bergelut hendak memulas-mulas pergelangan tangan dia dari cengkaman jari jemari runcing Vlad. Dia tak boleh munculkan diri di tempat yang sama dimana ayah dia berada! Identiti dia bakal terdedah!

        "Vlad!Hentikannya sekarang!"gelut Lissa menarik badan dia ke belakang supaya Vlad berhenti berjalan ke arah pagar emas yang hanya berjarak beberapa meter sahaja dari situ. "Apa yang awak nak dari saya    sebenarnya ni!"ngerang dia saat memejam mata hendak menarik dirinya supaya berhenti dari berjalan.

Secara mengejut Vlad pun berhenti. Buatkan Lissa tersembam melanggar badannya.

        "Umph!"mata Lissa terpejam rapat sebaik dada Vlad bertemu dengan mukanya. Dan bila dia tolak diri menjauh dari Vlad, cepat-cepat dia sober dari perlanggaran mereka.

Star yang sejak tadi memerhati sudah mulai hilang kesabaran. Dia yang tidak tahan melihat sikap dingin vampire lelaki di depannya terus menyentap.

        "Did you deaf or something!?"Bahu Lissa di pegang oleh Star dan lelaki itu menarik Lissa rapat kepadanya. Jauh dari Vlad. "Kau tak dengar ke apa Lissa cakap kan dari tadi ni?Lepaskan dia."

Sama-sama degil dan enggan mengalah, Vlad apalagi. Dia bersama riak tenang dinginnya itu menarik Lissa rapat kembali kepadanya. Buatkan Lissa terperangkap di antara dua orang tersebut.

         "Kalau kau nak ikut, buat cari nak ikut. Jangan cuba cari pasal dekat tempat orang. Ingat sikit sekarang kau ada di Tanah Terlarang. Tempat dimana vampire berada."deramnya kepada Star hingga tidak sedar jari jemari dia erat mencengkam pergelangan Lissa.

Menyirap terus Star waktu itu. Dia hampir aje hendak mencarut, tapi ditahan dengan sebaik mungkin untuk elakkan dia bunuh vampire berlagak depannya ini!

Setelah itu Vlad pandang Lissa pula.

         "Kalau kau berlaku jujur pada hari aku bertanya pada kau siapa di koridor hari tu...hal takkan jadi serumit ni Lissa."bisiknya dengan keras pada Lissa.

Kening Lissa berkerut.

Kecik besar kecik besar dia perhatikan Vlad sejak tadi!

        "Awak nak saya cakap apalagi?Dah memang saya tak tahu apa-apa mengenai majlis di dewan tu...saya tak tahu la. Norah yang pelawa saya untuk ikut dia malam tu...dan pertembungan kita hanya kebetulan."Lissa bercemberut tak puas hati. Dia cuba lepaskan tangannya dari Vlad tapi lelaki itu sedikit pun tidak mahu lepas.

        Vlad berdengus kecil. "Jangan risau..kalau kau     lupa, ada orang dekat dalam tu yang boleh ingatkan kau semula.."ujarnya dengan sengih meleret.

         Kening Lissa berkerut. "Apa yang-Arghh!"teriaknya kerana terkejut.

Tanpa amaran Vlad terus mendukung Lissa naik ke atas bahu. Dia beri isyarat kepada pengawal di situ untuk membenarkan dia masuk.

        "Apa yang awak fikir awak cuba buat ni hah!This is an assault!"Lissa memukul-mukul belakang badan tu saat kaki dia meronta untuk lepaskan diri. "Star!Lakukan sesuatu!"teriaknya saat angkat kepala memandang Star. Lelaki itu sedang berjalan di belakang Vlad. Betul-betul menghadapnya.

Ekoran ugutan Vlad tadi, Star hanya merenggus kasar lalu menyeluk tangan ke dalam poket seluar marah-marah! Dia tak boleh dihalau keluar dari situ. Apapun rancangan Vlad membawa Lissa ke situ, dia kena tahu jugak.

Pada masa itulah pagar emas itu terbuka. Vlad berjalan masuk ke situ dengan derap langkah bersahajanya sehinggalah tiba di pintu masuk bangunan tersebut.

Seperti biasa, tempat itu dikawal ketat dengan pahlawan vampire terhandal dan berbahaya. Setiap pintu yang dilalui oleh Vlad dikawal oleh mereka. Yang mana dengan mudah Vlad dapat melewatinya kerana latar belakang dia siapa.

Sementara Lissa di atas bahu Vlad semakin lama semakin dihurung rasa gemuruh dan gelabahnya. Buatkan dia seram sejuk setelah aura di bangunan itu buatkan suis 'BAHAYA' dalam kepala dia mula turn on. Bisikan halus menyanyi-nyanyi dalam otak menyuruh dia keluar dari situ secepat mungkin.

          "Vlad...turunkan saya sekarang!"pukul Lissa. Cuba menegakkan kepalanya. Tempat ini adalah tempat dimana ayah dia ditempatkan. Kalau Vlad bawa dia kesini...itu bermakna dia bakal menemui lelaki yang sudah dia tidak temui sejak 19 tahun yang lalu!Yang mana tak sepatutnya terjadi sebab mereka dah buat perjanjian dengan Raja Vampire!"Before I scream like blood murderer right here right now!Put me down immediately!"deramnya dengan geram.

Mengejutkannya, Vlad turunkan Lissa tidak lama selepas itu.

Dan bila Lissa mendarat atas lantai tu, gadis itu sudahpun bergerak hendak pecut larikan diri. Namun belum sempat dia melangkah tiga langkah, Vlad cengkam lengan dia. Menghentikan Lissa serta merta.

Masa tu Star memang dah sedia nak dapatkan Lissa, tapi jelingan yang diberikan oleh Vlad pada masa itu buatkan dia berdiri tidak berbuat apa-apa selain menjeling tajam ke tatapan Vlad. Serius dia bengang betul dengan Vlad!Takat didih dia tu makin lama makin melonjak naik nak meledak!

         "What the hell!Awak nak buat apa bawa saya ke sini Vlad!Awak tahu tak apa yang awak dah buat sekarang ni!"desis Lissa apabila seorang vampire lelaki muncul di situ berdiri menghadap mereka berdua. "Kita semua akan dalam masalah!"

         Tidak menghiraukan tantrum Lissa, Vlad pandang vampire lelaki bersut hitam itu lantas berkata. "Maklumkan kepada Lord Dragomir, saya datang hendak menemui beliau."beritahunya.

Dengan patuh vampire lelaki itu beri tundukkan kecil lalu bergerak ke arah pintu gergasi yang ada di hujung koridor tu.

         Semakin tidak keruan Lissa di sebelah Vlad. Dia cengkam kemeja di dada Vlad dengan terdesak. "Please....bawa saya keluar dari sini Vlad. saya bersumpah Saya tak tahu apa-apa!Saya bukan sebahagian dari mereka atau tali barut Zon Biru yang awak sangkakan tu!"keningnya berkerut-kerut susah hati.

          Vlad tunduk memandang Lissa di depan dadanya. Wajah cemas Lissa itu ditatap dalam-dalam sebelum dia berkata. "Lepas kau jadi saksi aku...kau akan balik..jangan risau."

         "Apa?Saksi?"terbutang luas mata Lissa.

         "Ya...selain kau...tiada siapa yang boleh buktikan apa yang aku katakan tu adalah benar."beritahu Vlad tepat sewaktu pintu gergasi tadi terbuka dan vampire yang sama berjalan keluar dari situ.

          Lissa mengerang kejengkelan sebab terlampau frust dengan Vlad. "Apa yang awak cakapkan ni?"

Dan bila Vlad serta Lissa pandang ke arah vampire tadi, lelaki itu beri tundukkan hormat kepada Vlad sambil mengajukan tangan sebagai isyarat untuk mereka masuk ke dalam.

          "Lord Dragomir sedia menerima tuan ke dalam."ujarnya perlahan.

Oh god!Nafas Lissa tersekat dalam kerongkong taktala dia mendengar makluman itu. Lututnya menggeletar hebat. Dia dengan cemas palingkan kepala ke Star. Berharap lelaki tu boleh baca fikiran dia dan bawa dia keluar dari situ dengan segera!

Sementara Star di belakang Vlad, pandang dengan penuh nanti dan tertanya-tanya!Saksi apa yang dimaksudkan oleh Vlad tadi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience