Rate

Part 74 : Cerita Sebenar

Vampire Completed 6708

Flashback ingatan Putera Mahkota beberapa minit sebelum kejadian di High Council Vampire terjadi...

       "Kenapa ayahanda panggil anakanda datang menghadap?"soal Putera Mahkota Micah.

       "Salah ke orang tua tu ingin berjumpa dengan anak lelaki mereka sendiri?"balas Raja Vampire dengan sengih meleret.

        Puteri Maria yang berdiri di tepi kerusi permaisuri buat muka tidak Sukanya. "Berlagak. Suruh jumpa sekejap pun banyak bunyinya."cebiknya kerana jengkel.

        "Puteri Maria...."permaisuri menegur.

         "Dah memang betul kan?"

          Putera Mahkota Micah berdiri dekat bawah singahsana Itu. Menunggu dengan sabar sedangkan dia ada banyak lagi urusan yang perlu dilakukan."Boleh tak terus kepada topik Utama perjumpaan kita kali ni?"

          "Tak payah susah-susah kau tanya ayahanda dan bonda. Aku sendiri yang minta ayahanda untuk seru kau ke dalam istana memandangkan lelaki berlagak macam kau ni takkan turutkan permintaan aku macam tu aje.."beritahu Puteri Maria.

Mendengar ucapan itu, Putera Mahkota Micah merenung tajam ke wajah berang Puteri Maria.

          "Bonda dapat visi lagi....dan visi kali ni bukan perkara yang kau patut pandang remeh Micah..."tegas Puteri Maria. "Kau tahu tak apa yang kau dah lakukan semata hendak tangkap si pelaku yang mencipta peperangan ni?"

          "Apa kau tahu tentang masalah Zon Merah ni Maria...kau sibukkan aje tugas kau sebagai puteri mahkota. Tak perlu tunjuk berlagak depan aku!"balas Putera Mahkota Micah.

          "Oh..apa yang aku tahu ya?Fine...apakata kau beritahu aku, Kau tahu Lord Dragomir dihukum kerana melanggar perjanjian dia dengan ayahanda?Lord Dragomir minta pertolongan daripada ayahanda untuk salurkan bantuan ketenteraan tapi ayahanda suruh Lord Dragomir serahkan saja dirinya pada Strigoi tu sebagai hukuman dia! Kau tahu tak disebabkan kau, Lissa tahu identiti sebenar kau sebagai vampire?Macam mana dia tahu?Well..because...your stupid ass decided to use the forbidden curse semata untuk jejak dalang tu di mana sedangkan kau dah tahu siapa mereka!Dan menyebabkan kau hilang kawalan dan minum darah Lissa depan-depan dia!"

Terbeliak mata Putera Mahkota Micah lepas dengar. Dia menahan nafas tanpa sedar.

         "Nak lagi?Kau tahu tak yang Lissa tu ada bonding dengan ayah dia!Kalau sesuatu berlaku pada Lord Dragomir, Lissa tu ibarat zombie hidup. Dia tak boleh hidup macam manusia biasa lagi melainkan dia minum darah macam vampire tulen!Lagi satu, kau tahu kan Lissa ada perasaan suka terhadap kau sejak awal lagi?Tapi kau tetap jugak biarkan dia ada dekat dengan kau! Aku tahu kau tamak. Aku tahu kau cuba lakukan yang terbaik untuk dapatkan perjanjian kau dengan ayahanda...tapi jangan sampai bagi harapan yang kau sendiri tak boleh tunaikan!"Puteri Maria beritahu satu persatu dengan teliti sambil menahan sabar. "Berhenti sakiti Lissa lebih dari apa yang dia bakal alami nanti!"

          "Apa maksud kau Lissa dah tahu aku vampire?"membutang bulat matanya dengan semua maklumat tu. Sumpah!Dia memang tak tahu mengenainya!Apa lagi sedar tentang kejadian yang telah berlaku! "Ayahanda?Apa semua ni?"

           Permaisuri Vampire pandang Putera Mahkota Micah dengan senyuman nipis. "Benar anakanda. Bonda telah lihat visi dimana, Lord Dragomir terbunuh, Lissa cuba temui ayahnya tapi dia cedera dek kuasa lingkaran asrama Dhampir kamu tu, paling parah perasaan suka dia terhadap kamu semakin menebal. Sejak kamu gigit Lissa lagi, gadis tu sepertinya nekad mahu merahsiakan hal tersebut dari kamu kerana enggan buat kamu berasa serba salah lepas apa yang terjadi..."

          Raja Vampire di kerusi rajanya diam  memerhati anakanda sulungnya. "Kenapa?Anakanda mahu menarik diri dari perjanjian kita ini ke?"

Rahang Putera Mahkota Micah berketik. Silih ganti matanya bergerak memandang tiga ahli keluarganya di depan singahsana. Semua maklumat itu terlampau banyak untuk otaknya proses. Namun apa yang jelas, barulah dia tahu dari siapa kesan gigitan di bahu Lissa tu!

         "Of course la dia takkan tarik diri. Lelaki pentingkan diri dan sadis ni mana la kisah hidup mati seseorang. Inikan lagi sakit sedih orang lain. Mestilah kekanda yang dihormati ini akan pilih untuk selesaikan misi dia mencari pengkhianat bangsa vampire ni supaya dapat naik taktah. Kan?"balas Puteri Maria.

          "Anakanda dah buat pilihan bukan?"tanya Raja Vampire. "Kalau kamu pilih gadis half blood itu, kamu bukan saja hilang kelayakan sebagai pewaris Utama malah title kamu sebagai putera mahkota juga akan dilucutkan."

         Permaisuri Vampire mengukir senyuman nipis. "Mungkin anakanda patut bergerak sekarang. Bawa la sekali tentera diraja bersama kamu untuk ke High Council Vampire Tertua secepat mungkin ke sana. Lord Dragomir sudah tidak mempunyai banyak masa..."

         "Kenapa baru beritahu sekarang!?Kenapa tak beritahu lebih awal?"betapa terkejutnya Putera Mahkota Micah.

          "Ianya adalah hukuman buat Lord Dragomir kerana melanggar perjanjiannya untuk bertemu dengan anak perempuannya.."beritahu Raja Vampire tanpa emosi.

         "Bukannya mereka sengaja hendak bertemu!"ketap Putera Mahkota Micah menahan sabar. "Lissa mahupun Lord Dragomir tak tahu tentang pertemuan mereka tu!"

          "Perjanjian tetap perjanjian. Once you broke it, you have to pay the consequence."tegas Raja Vampire.

           "F*ck!"lafaz Putera Mahkota Micah dengan frust.

End of flashbacks

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience