Rate

Part 32 : Nasihatkan

Vampire Completed 6708

Berjalan sendirian menyusuri laluan ke rumahnya. Lissa tunduk memandang skrin telefon. Menilik setiap senarai panggilan tidak dijawab serta teks yang diterima oleh mamanya. Risau sungguh wanita itu kerana dia tidak pulang ke rumah.

Deru angin pada awal pagi menyapa wajah Lissa, menerbangkan rambut yang tidak terikat itu ke belakang. Mendedahkan leher yang mengenakan rantai emas padanya. Secara bersahaja Lissa bawa tangan naik untuk menguak rambutnya ke celah jari jemari.

Sesampai di depan pintu, Lissa seluk kunci dalam tombol sebelum memulasnya ke dalam.

Kreeett~~~

Bergema bunyi engsel pintu lama rumah tu.

      "Saya dah balik.."ucapnya semasa melangkah.

       "Lissa!"suara cemas mamanya bergema dari arah dapur.

        Lissa di depan pintu itu menanggalkan kasut dari kaki dan menyarung selipar dalam dari rak di situ. "Hai mama..."

        Carolina muncul di laluan masuk itu. Apron terlilit kemas di sekeliling pinggangnya. "Kamu dah balik. Lissa...kamu tahu tak betapa risaunya mama bila kamu tak pulang semalam.."ujarnya sewaktu Lissa mendekat.

         "Sorry..."

         "Kalau ya pun nak duduk bermalam di akademi, beritahu mama lebih awal...kamu tahu tak guard dari ayah kamu datang ke rumah mencari kamu."bisik Carolina menekap kedua-dua tangan di muka Lissa lalu membelek anak perempuannya itu dengan teliti. Ingin memastikan tiada calar atau luka di tubuh itu.

         "Ayah hantar orang ke sini lagi?"Lissa cemas.

         "Sudah tentu...mereka beritahu ada sesuatu terjadi pada kamu...sebab itu mereka datang ke rumah. Tapi kamu tiada...Mujur rakan lelaki kamu bernama Star Poison tu jawab panggilan dan maklumkan mengenai keberadaan kamu. Kalau tidak mahunya mama bermalam dengan vampire-vampire tu.."

         "Vampires?"ulang Lissa terpempan dengan butiran itu. "Berapa yang datang?"

         "Tiga vampire. Wajah mereka sangat serius...kecut perut mama bila mereka berkumpul dalam satu ruang yang sama."Carolina usap rambut Lissa ke belakang sebelum menepuk lembut belakang badan tu sebelum melepaskan pelukan.

Mujurlah Star bawa dia ke asrama lelaki tu. Kalau dia berada di rumah malam tadi pasti kejadian yang menimpa dirinya ketahuan dengan ayah dia. Sudahlah dia cedera. Makin keruh la keadaan kalau guard ayahnya itu bawa mulut mengenainya.

        "Ni mama nak tahu...kamu dengan budak bernama Star Poison tu ada apa-apa ke?"

        "Hah?Ihh...apa mama ni tanya macam tu tiba-tiba. Memangnya kenapa?"

        "Lissa...dia adalah anak kepada lagenda pahlawan dhampir yang terkenal. Keluarga dia adalah seorang pembunuh vampire...macam mana kalau dia apa-apakan kamu setelah tahu siapa kamu?"kening Carolina mencerun tajam. Kuat tangan dia mencengkam lengan Lissa.

        "Mama-"

        "Tak Lissa...kamu kena tahu. Keluarga Poison tu mempunyai sejarah buruk dalam dunia vampire. keluarga mereka banyak membunuh vampire hinggakan suatu hari seisi keluarga mereka dibunuh dengan kejam oleh sekumpulan Strigoi...katanya hanya seorang sahaja yang terselamat dalam kejadian tu.."pintas Carolina. Enggan memberi peluang kepada Lissa untuk bersuara.

Lissa pandang wajah serius mama dia dengan nafas tertahan. Apa yang baru saja dia dengarkan ni?

         "Kamu tahu siapa yang terselamat?" Carolina berbisik lagi. Seakan risau kalau ada yang dengar. "Star Poison...anak tu terselamat pada malam kejadian tu berlaku. Sejak itu berita mengenai dia membunuh banyak vampire tersebar...tak kira la baik atau jahat..kalau namanya vampire lelaki tu takkan lepaskan sesiapa.."

         Star adalah mangsa vampire?"Betul ke mama cakapkan ni?"

         "Buat apa mama nak tipu...lepas mama dengar nama tu dalam panggilan yang diterima, mama serta merta tahu..."

Begitu terkejutnya Lissa rasakan selepas dia mendengar cerita itu. Dia tidak tahu langsung akan sejarah hidup Star. Yalah..siapa yang akan expect dari lelaki menjengkelkan seperti Star tu. Lelaki tu sedikit pun tak tunjuk apa-apa reaksi seperti orang yang dalam masalah kecuali grumpy setiap masa. Siapa sangka Star akan hadapi situasi sesadis itu. Tidak hairanlah kenapa Star bersikap dingin dan keras!

         "Jauhkan diri kamu dari anak tu...risau mama kalau dia sakiti kamu ke apa..."pesan Carolina dengan kening berkerut serius.

         "Tapi mama...Star dia tu-"

         "Tak ada tapi-tapi dah. Dengar cakap mama. Lagipun mama dengar keadaan di Zon Merah dan Zon Biru sekarang sedang genting. Ibarat telur di hujung tanduk...seeloknya kita jauhkan diri dari masalah. Kalau kita dalam bahaya, ayah kamu akan letakkan diri dia dalam bahaya. Kita tak boleh biarkan hal tu berlaku Lissa...kamu sendiri tahu tentang angkat sumpah tu kan..."

Lissa yang dengar tidak dapat membalas apa-apa lagi. Kerana semua yang dikatakan oleh mamanya betul. Dia tidak boleh cedera.. Kalau dia cedera atau disakiti, ayahnya juga akan menanggung kesan yang sama. Buatkan ayah dia dalam keadaan yang lemah dan bahaya adalah perkara terakhir yang dia mahu terjadi.

         "Mama dah uruskan persiapan kita untuk pergi dari sini. Jadi nanti kamu ke akademi uruskan penangguhan sementara waktu belajar kamu di situ. Sehingga situasi di sini kembali tenang, kita akan jauhkan diri dari Zon Merah."maklum Carolina.

         "Apa dia?Pergi dari sini?"Lissa membutang mata terkejut dengan ajakan itu. "Serius la mama?"

        "Yalah...takkan kita nak tunggu di sini dan saksikan peperangan terjadi antara manusia dan vampire di sini??"

Kata-kata Star berlegar dalam kepala Lissa lepas dia dengar apa yang disampaikan oleh mamanya itu. Pergi dari sini?Macam mana ni?Apa patut dia buat? Star minta tolong dia, dan sekarang mama dia buat keputusan mengejut begini? Patut ke dia ikut mamanya dan tolak permintaan Star begitu saja?

       "Tapi mama, Lissa perlu lakukan sesuatu dekat sini..."

        "Lakukan apa lagi?"

        Bawah bibirnya di gigit resah. Lissa pandang wajah tegang Carolina bersama perasaan berkecamuk. "Hentikan peperangan ni?"jawabnya bernada tidak pasti.

        "Apa kamu cakap?"membulat mata Carolina. "Kamu dah hilang akal ke? Macam mana kamu nak hentikan peperangan sebesar ni sendirian?"

Nafas Lissa naik turun menahan diri. Dia jarang sekali melawan kata-kata mama dia. Seumur hidup dia sekalipun tidak pernah membantah apalagi menolak semua arahan mamanya.

         "Mama tak izinkannya. Kamu satu-satunya harta yang mama ada. Mama tak boleh ambil risiko kehilangan kamu Lissa!" Carolina memegang kedua-dua belah bahu Lissa lalu digoncang perlahan. "Kamu dengar tu!?"

          "Mama... please. Kali ni aje. Izinkan Lissa."

           "Ayah kamu takkan benarkan hal ini kalau dia tahu Lissa."

           "Please mama...selama ni Lissa selalu ikut kata mama...kali ni je. Lepas ni Lissa takkan minta apa-apa dari mama..."

Berkerut-kerut kening Carolina bila mendengar rayuan Lissa itu. Hatinya dipagut rasa berbelah bahagi kerana khuatir. Kalau ditegah nanti Lissa akan membencikan dia, kalau tak ditegah Lissa yang dalam bahaya!?

         "Lissa janji Lissa akan jaga diri. Jadi mama boleh pergi dari Zon Merah ni dengan hati yang tenang. Jangan risau..."pujuk Lissa lagi.

         "Adakah kamu akan temui mama semula nanti?"

Lissa mengangguk.

          "Tapi mama takut Lissa...mama tak nak apa-apa menimpa kamu.."

          "Lissa tahu..."dia menarik badan mamanya ke dalam pelukan. "Sekejap aje mama. Nanti bila semua dah selesai. Lissa cari mama okay?"

Mahu tak mahu Carolina balas jugak pelukan Lissa itu. Tangannya melingkar erat sekeliling badan kurus anaknya itu dengan mata terpejam.

          "Pastikan kamu selamat Lissa."

           "Lissa janji."ucapnya tidak pasti kerana dia tahu apa yang akan terjadi nanti. Yang pasti, dia perlu lakukan sesuatu untuk membantu Star bagi membalas jasa baik lelaki tersebut kerana menyelamatkan nyawanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience