Rate

Part 61 : The Twist

Vampire Completed 6708

Flashbacks

           "Alah-alah....asal lembab sangat ni?Kau bangun lepas tu merangkak dari hujung ke hujung sana."arah pelajar perempuan berambut pendek seperti lelaki itu kepada pelajar junior di lantai cafeteria.

Pelajar junior perempuan itu sedang merangkak atas lantai dalam keadaan basah selepas makanan dan minuman di tuang ke atasnya.

Dan pelajar itu adalah vampire yang miskin.

          "Sebab itu, kalau dah sedar diri tu miskin jangan berlagak nak belajar dalam akademi ni..."seloroh pelajar perempuan tu semasa angkat kaki hendak menginjak belakang badan pelajar junior tersebut. Senyuman jahat terukir di bibirnya ketika.

Seinci sebelum kasut itu hinggap ke badan itu, pintu cafeteria terbuka. Tiga orang pelajar lelaki beruniform serba lengkap yang segak berjalan masuk ke tempat itu. Menarik perhatian pelajar yang ada dalam cafeteria.

Tiga orang itu berjalan dengan lagak mendabik dada masing-masing dan reaksi dingin yang tersendiri di wajah masing-masing. Seorang berambut hitam pendek, berkaca mata. Seorang berambut panjang paras bahu Tetapi diikat pony tail pendek ke belakang. Seorang lagi berambut perang gelap.

Bila tiga orang itu melewati tempat dimana pelajar buli berada, mereka berhenti seketika lalu pandang akan pelajar perempuan berambut pendek tu.

          "Hai babe..."sapa pelajar perempuan tu kepada salah seorang pelajar lelaki tu.

           "Mangsa kau lagi?"soal pelajar lelaki bercermin mata tersebut.

Dua orang itu merupakan pasangan kekasih yang sangat terkenal dalam akademi itu. Masing-masing mempunyai perangai yang sama. Iaitu membuli.

Si gadis bernama Carrie Winter, pelajar tahun akhir dan manusia biasa yang suka buli pelajar manusia

Si teman lelaki bernama Darren Howler, Seorang vampire yang suka buli vampire lain untuk diminum darahnya atau darah teman wanitanya sendiri...

Dan Carrie tahu Darren adalah vampire. Dua orang ini telah bersama sejak tiga tahun di akademi itu.

Kaki buli Akademi St. Vladmir yang rasmi.

Carrie bersama dengan Darren sebab nak kuasa supaya tiada siapa berani lawan dia, Darren pulak terima Carrie sebab dapat sumber darah free.

Semua orang dalam akademi tahu tu.

End of flashbacks

Ruangan berbilik kaca yang ada di depan mata dia pandang dengan renungan tidak suka. Sudah dua jam dia tunggu mereka yang ada di dalam bilik kaca tu siapkan kerja. Tapi terlalu lembab sangat sampaikan jumlah tentera yang dia mahukan masih tidak mencukupi sehingga sekarang.

       "Boleh tak buat kerja tu cepat sikit!Apa susah sangat nak bagi dia orang ambik darah tu?"bebel Carrie mencekak pinggang di depan semua pekerja-pekerja dalam lab rahsia mereka.

Kelam kabut mereka yang mengenakan pakaian serba putih di tempat itu. Ramai manusia yang merupakan banduan serta ahli penjara dijadikan sebagai tentera Strigoi mereka terikat atas katil menerima darah Strigoi.

Berpuluh manusia biasa terpikat atas katil tersentak-sentak di serang sawan setelah menerima darah Strigoi dalam sistem peredaran darah masing-masing. Dengan bengis dan liar sekali manusia biasa yang dijangkiti dengan darah itu bangun hendak bebaskan diri.

Tetapi berjaya di kekang oleh pekerja-pekerja di situ dengan cekap tanpa sebarang kemalangan yang tidak diinginkan terjadi.

         "Sabar sayang...nak berjaya kita kena banyak bersabar.."muncul Darren di belakang Carrie. Lelaki itu mengucup tepi pipi itu sebelum melingkarkan sekelilingan tangan ke pinggang ramping Carrie.

Perkenalkan...pasangan pembelot yang cuba memerangi Zon Merah.

Darren dan Carrie.

Pemilik organisasi rahsia yang cuba membolot kuasa Raja Vampire dan memusnahkan High Council Vampire. Darren Howler. Pewaris keluarga yang membunuh seluruh keluarga Dhampir 10 tahun yang lalu. Lelaki yang telah mengubah Carrie menjadi vampire. Lelaki yang menggunakan Carrie sebagai sumber kewangan dan juga menghasut ayah gadis itu yang merupakan Menteri cabinet Zon Biru untuk menentang pemerintahan Zon Merah.

Carrie si manusia yang berubah menjadi vampire, sumber kewangan Darren dan juga gadis yang gilakan kuasa. Bunuh ahli keluarga sendiri supaya menjadi vampire dan pengaruhi mereka untuk menyokong kegiatan jahat mereka berdua.

Sambil membuat muka kejengkelan, Carrie memusingkan badan menghadap Darren. Melingkarkan tangan ke sekeliling leher itu. Lantas merenung tepat ke wajah Darren.

          "Saya boleh sabar...tapi awak tak boleh tunggu. Macam mana kalau mereka di Zon Merah tu berjaya menangani semua Strigoi kita?Kita perlu serang mereka tanpa henti, tanpa rehat. Awak tahu kan di situ mereka mempunyai Dhampir dan High Council yang berkuasa?Kalau kita berhenti mereka mungkin akan gunakan masa itu untuk counterattack!"beritahu Carrie bernada manja.

Darren tersenyum senang. Berasa bangga kerana dia tidak salah memilih pasangan. Siapa sangka teman wanita dia yang dulu manusia selepas menjadi vampire begitu sadis dan kejam sekali.

          "Dont' worry sayang...pahlawan Strigoi kita telah di upgrade. Tak kiralah Dhampir mahupun Moroi terhebat belum tentu dapat menumpaskan tentera-tentera kita ini. Saya dengar kita semakin maju ke hadapan menjajah sempandan Zon Merah..."beritahu Darren.

          "Well buat masa sekarang yalah...tapi macam mana kalau kuantiti Strigoi tidak mencukupi?Bukan ke kita akan kalah nanti?Saya tak nak usaha awak sia-sia selama ni...dan saya mahukan awak menjadi Raja di kedua-dua zon ni nanti..."sungut Carrie dengan muncung di bibir.

         "My baby...you make me turn on with the way you talk.."dia menyeringai gigi taringnya ke depan muka Carrie.

Tawa kecil lepas dari bibir Carrie.

           "Macam mana dengan permintaan saya? Awak dah dapat jumpa Lissa?"sengih Carrie dengan menggoda.

Pertanyaan itu buatkan Darren melepaskan keluhan panjang. Sebenarnya berita mengenai Lissa bersama dengan seorang Dhampir memecah masuk ke kedai bekalan darah Yellowstone sudahpun diketahui oleh mereka tidak lama selepas kejadian itu berlaku ..Vampire bertugas yang menjaga kedai tersebut yang melaporkannya kepada Carrie kemudian Carrie sampaikan kepada Darren.

Disebabkan tindakan mencurigakan Lissa itu agak mengejut Carrie tuduh Lissa bahawa gadis itu pasti bersekongkol dengan Dhampir untuk lakukan sesuatu. Sebab itu Carrie minta Darren dapatkan Lissa secepat mungkin.

          "Saya belum masih dapat menjejak Lissa di mana..."

           "Cuba cari di rumahnya...saya tak nak disebabkan apa aje pelan yang perempuan manusia tak guna tu rancangkan kita dalam bahaya!"beritahu Carrie. "Awak tahu pun Star Poison itu siapa. Lelaki sadis tu adalah pemburu vampire yang sangat berpengalaman. Kita tak tahu apa yang ada di balik lipatan lengan baju lelaki tak guna tu!Dapatkan Lissa, biar saya yang berurusan dengan dia sebelum darah perempuan tu saya keringkan sampai tinggal abu!"

           "Baik la sayang..."senyum Darren menyelak anak rambut Carrie ke belakang telinga. Tersenyum manis pada kekasihanya itu. "Jangan marah lagi. Saya akan pastikan semua rancangan kita berjalan dengan lancar. Dan saya akan dapatkan kuasa di Zon Merah dan buatkan Zon Biru di dalam genggaman kita."

             "Better it happen. I throw everything for you including my mortality!"Carrie pukul manja dada Darren sebelum merehatkan kepalanya ke dada itu.

Senyuman meleret terukir di bibir Darren saat lelaki itu perhatikan para pekerja yang ada sibuk ke hulu dan ke hilir melakukan tugas masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience