Rate

Part 18 : Teman Lelaki

Vampire Completed 6708

Malam tu selepas pulang ke rumah. Lissa kunci semua pintu tingkap dan segala benda yang boleh digunakan untuk masuk ke rumah dia. Dia jadi cuak sendiri mengingatkan tindakan Vlad terhadapnya. Lagi-lagi dengan apa yang dia dengar dari perbualan orang kaya dalam majlis amal tu.

Asyik terngiang-ngiang akan perkataan tu.

Dari perbualan itu, Lissa buat kesimpulan yang berita mengenai Strigoi pecah masuk ke Zon Biru sama sekali tidak benar. Sebaliknya ialah Strigoi memang sedia ada di dalam Zon Biru sejak awal lagi, kerana mereka telah dicipta sendiri orang Zon Biru untuk dijadikan tentera.

Zon Biru hendak memerangi Zon Merah menggunakan tentera yang mereka ciptakan tu!

Oh my gosh!

Keresahan Lissa gigit hujung jarinya. Dia nak beritahu hal ni kepada siapa?

Dekat Star?Takkan la..lelaki tu takkan percaya sepatah haram apa aje yang keluar dari mulut dia?

Ayah dia?Tapi macam mana dia nak berhubung dengan ayah vampire dia tu?

Vlad?Lelaki mencurigakan tu? Memang tak la!Dah la ada sesuatu yang tidak kena dengan lelaki tu sejak awal lagi. Lepas tu kiss orang tetiba lagi tu~

        "Kamu okay Lissa?"tegur Carolina semasa menuangkan jus oren ke dalam gelas di meja makan.

          Lissa tersentak. Dia pandang wajah mamanya dengan kening terangkat. "Okay je...kenapa mama tanya?"

          "Kamu nampak macam tak bertenaga."

Memang la. Malam tadi dia tak dapat nak tidur lena. Dengan macam-macam dah berlaku lagi. Semuanya salah Vlad!Gara-gara lelaki tu dia tak boleh nak pejam mata dengan lama.

       "Okay je. Dont worry."

       "Okay..kalau ada apa-apa masalah. Beritahu mama okay?"

       Lissa mengangguk kepala."Okay."

Selesai sarapan, Lissa memulakan perjalanannya untuk ke akademi seperti biasa. Dia naik teksi untuk ke akademi pagi tu. Lepas sampai di akademi, Lissa gerak ke lokar untuk mendapatkan bukunya.

Dan sepanjang perjalanan tu, bulu roma Lissa tegak meremang. Memberitahu dia ada yang memerhatikan dia. Bukan sekali dua dia rasakan dirinya di perhatikan. Banyak kali. Tapi Lissa kekal tenangkan diri dan anggap seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Earfon masih terpasang di kedua-dua belah telinga. Sebagai cara untuk dia tenangkan diri dari apa saja yang berlaku di sekitarnya ketika itu.

Pada masa Lissa tiba di lokarnya, Norah sudahpun sedia menunggu di situ. Namun rakannya itu bukan seorang diri. Gadis itu bersama teman lelaki.

         "Morning Lissa!"sapa Norah seperti biasa dengan ceria.

          Lissa lirik akan pelajar lelaki yang berdiri di sebelah Norah lalu ke muka rakannya. "Morning Norah...Klaus. Awalnya kau sampai.."ujarnya semasa membuka pintu lokar.

          "Haah...Klaus yang ajak aku datang sama-sama ke akademi hari ni."beritahu Norah semasa perhatikan Lissa buka pintu lokar dan keluarkan barang.

           Dua buah buku teks di capai, satu buku nota dan pencil box di letakkan dalam pelukannya. "Kau ada berapa kelas hari ni, Norah?"

          "Hmm..ada empat subjek. Aku rehat jam 12 tengah hari nanti. Tapi ada gap untuk rehat antara kelas pukul 10. Kau free bila. Aku dah tak lapang lepas tu sampai pukul 7 sebab ada kelas prep dan latihan ballet. Nak makan awal sama dengan aku tak?"

           Lissa tutup pintu lokar lantas beri senyuman serba salahnya." Tak boleh. Aku ada kelas pukul 10 tu...rehat pulak pukul 12.30. " beritahunya.

           "Boleh je kalau nak ponteng kelas..." lelaki bercermin mata di sebelah Norah menyampuk.

Lissa pandang teman lelaki Norah dengan muka menyampah.

Sebab apa?Well lelaki ni dah rampas perhatian kawan baik dia dan lebih banyak luangkan masa dengan Norah dibandingkan dia. Itu yang di anti kan. Mentang-mentang duduk sekelas!

          "Yalah..budak pandai macam kau senang la cakap."ujar Lissa.

           Norah ketawa, dia pukul manja dada Klaus bila teman lelakinya cadang idea macam tu. "Apa awak ni..."

           Klaus merangkul bahu Norah lalu sandar pada lokar di sebelahnya saat memandang Lissa. "Relaks la kadang-kadang dalam hidup ni kita kena langgar peraturan tu sekali sekala. Kau tahu kalau kita terlalu ikut pada peraturan,orang senang gunakan kita..dan hidup kita akan membosankan." ujarnya.

Lissa buat muka.

Dah kenapa?

         "Senang kalau budak pandai macam kau yang lakukan hal tu, kalau aku yang buat....senang-senang aje dapat surat amaran.."

        Klaus menarik sengih meleretnya. "Apa salahnya kalau cuba sesuatu yang baru dalam hidup kan?"

Lissa pandang mata di balik cermin mata bulat itu. Entah kenapa dia rasa pelik dengan kata-kata itu. Memangnya budak panda ini suka cakap ayat-ayat berlapis dengan makna tersembunyi ya?ke apa?

         "Yalah la Sherlock."sindirnya.

         "Apa-apa chat aku ya. Beritahu aku kalau kau nak lepak ke apa. Aku try."Norah cubit pipi Lissa semasa berkata.

          "Okay..."angguk Lissa.

Klaus perhatikan Lissa lalu kerling ke Norah. Dia tersenyum sendiri. Agaknya Norah tahu tak Lissa ni siapa yang sebenarnya?Atau Lissa rahsiakan hal sebenar dari Norah yang Lissa ni adalah vampire?

          "Jom kita gerak ke kelas. Lambat nanti..."ajak Klaus.

          "Okay la...kita orang gerak dulu. Bye Lissa."pamit Norah semasa mula berpaling untuk pergi dari situ.

Lissa mengangguk. Dia perhatikan langkah pasangan tu dari belakang bersama hela nafas panjang.

Klaus adalah anak orang kaya. Pandai dan sangat hebat dalam sukan. Tinggal di Blue Zone. Norah bercinta dengan Klaus dua tahun lepas. Itupun lepas Klaus berkali-kali luahkan perasaan dan minta Norah jadi kekasihnya. Mungkin tersentuh dengan kesungguhan Klaus itu yang Norah terima.

DING!

DING!

DING!

Bunyi loceng masuk ke kelas kedengaran. Buatkan Lissa berkerut kening sedikit kerana berasa tidak selesa dengan bunyi kuat itu. Menandakan waktu pertama kelas untuk hari itu bakal dimulakan. Teringat yang kelas pertama dia adalah kelas Madam Sarah yang perenggus, Lissa cepat-cepat berpaling pergi dari situ.

Masa tu ada juga pelajar lain yang bergegas hendak ke kelas masing-masing sama dengan Lissa. Jadi keadaan dekat situ sibuk sikit.

Dengan berlengang Lissa jalan merentasi koridor itu. Nak bergegas buat apa. Memang dah terlambat. Asalkan dah sampai akademi jadilah. Lagipun kalau dia berlari, sama aje. Dia tetap lewat.

Semasa tiba di anak tangga, hidungnya menghidu satu bauan yang menarik perhatian. Lissa pun dongak ke atas. Punca bau tu dari situ. Dia teruskan langkah mendaki anak tangga di situ satu persatu.

Semakin dia dekat semakin kuat bau itu. Banyak je bau dekat situ, tapi yang lebih spesifik adalah bau kayu oak seperti di rimba yang basah selepas hujan turun. Hangat dan selesa.

Tiba-tiba tekaknya terasa kering.

Tidak berhenti dari menghidunya, Lissa terus mendekat sehingga la tiba di puncak tangga tersebut. Dan bila dia toleh kanan, matanya terarah pada pintu kelasnya sendiri. Dan bau itu datang dari situ.

Damn!Sejak bila hidung dia dah mula tangkap bau menarik macam ni? Lissa memejamkan mata seketika hendak menikmati bau yang enak itu.

Kakinya bergerak ke arah bau itu. Berdiri sahaja di depan pintu masuk terus dia pandang sekeliling kelas.

Dari satu persatu muka yang ada di situ Lissa tilik. Sehingga la matanya terhenti ke arah seseorang selepas tahu bau tu dari siapa.

Patutlah...

Terpegun seketika Lissa saat pandang empunya bau itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience