Rate

Part 50 : Real Couple

Vampire Completed 6708

Geram-geram Lissa sumbat salad ke dalam mulut. Keningnya mencerun pandang ke kumpulan pelajar Dhampir yang sedang seronok berbual dan sakat menyakat antara satu sama lain. Meja sama dimana lelaki bernama Star Poison turut berada. Lelaki itu berkelakuan seperti tiada apa-apa telah terjadi.

Dasar si sadis!

Sejak kejadian di jeti hari tu, sekalipun Star tak cuba nak minta maaf atau pujuk dia. Balik-balik pelan dan strategi lelaki itu saja yang diperkatakan bila mereka bertemu.

Macam apa je!

Bengang punya pasal, Lissa ambil keputusan untuk mengelak dan memulaukan Star setiap kali lelaki itu cuba berhubung dengan dia.

Geram betul!

Srap!

Garpu plastik Lissa menikam tomato ceri dalam mangkuk saladnya. Baru sahaja dia mahu menyuap tomato itu ke mulut, muncul Klaus dan Norah di mejanya. Kelibat dua orang itu buatkan Lissa kaku memerhatikan mereka ambil tempat di depan mejanya.

          "Wassup girl..."sapa Norah dengan ceria. Meletakkan bekal makanan di atas meja sebelum duduk di depan Lissa.

Klaus ambil tempat di samping Norah sebelum meletakkan tangannya ke atas bahu teman wanitanya.

           Dari mana aje mereka berdua ni?Buat terkejut dia je la. Seharian tak nampak kelibat. Tengok-tengok muncul dekat depan dia tanpa amaran. Lissa pandang wajah ceria Norah lalu ke Klaus dengan kening berkerut bingung. Dua orang ni memang sentiasa happy ya. Apa tips?Cuba share sikit...dia pun nak tersenyum jugak. Penat la berkerut kening memanjang. "Hai..."balasnya dengan kekok. "Kau orang dari mana?"

          "Kelas...dari mana lagi."jawab Klaus. "Kau okay Lissa?Berkerut-kerut kening tu aku tengok.."

           Norah ketawa kecil. "Itulah pasal...Salad tu tak bersalah Lissa...kau tikam-tikam daun tu takkan dapat hilangkan rasa marah kau tu.."juihnya ke mangkuk salad Lissa.

           Lissa tunduk memandang salad di dalam mangkuk seketika sebelum mengangkat kepala. memandang Norah. Nampak je."Sorry. Aku tak apa-apa...penat belajar je."

           "Ya tak ya...Aku dengar mama kau dah berangkat ke Tanah Seberang...betul ke??"soal Norah sambil mengeluarkan potongan sandwich dari bekalnya lalu digigit dengan berselera.

           Klaus bersandar ke kerusi. Menilik Lissa dengan minat. "Kenapa tak pindah sekali ke Zon Biru. Kau tahu dekat situ lebih selamat di bandingkan sendirian di tempat asing?"

           Bila Lissa pandang ke Klaus dia perasan akan gigi taring lelaki itu saat Klaus flashing senyuman lebar kepadanya. Macam mana Norah tahu?Dia tak beritahu sesiapapun yang mama dia akan ke Tanah Seberang kecuali Star. "Hah?Ya..."

          "Kau tak ikut sekali?Aku ingatkan mama kau nak ke luar negara. Tak jadi?"tanya Norah mengunyah makanan dalam mulut.

Mati kutu Lissa. Dia tak tahu nak cakap apa. Otak dia tiba-tiba jadi blank. Langsung tak boleh nak fikir saat itu. Kalau dia salah cakap masalah, kalau dia tak cakap pasti rakan-rakannya akan hairan.

           "Something make you stay right?"tanya Klaus menarik sengih meleretnya. "I feel you.."

            "Hahaha...jangan cakap kau stay sebab aku ada dekat sini Lissa?"sampuk Norah.

Sedaya upaya Lissa kawal air mukanya supaya tidak kelihatan sangat yang dia berasa terganggu. Tak pandang Klaus pun dia boleh rasakan panahan mata lelaki itu.

           "Hahahaboleh la dikatakan macam tu. Lagipun ada sesuatu yang aku perlu uruskan dekat sini sebelum ke Tanah Seberang nanti. "ujarnya seyakin yang boleh.

           "Urusan apa?Nak aku tolong kau ke?"Norah tanya.

           "Tak banyak pun. Sikit aje. "geleng Lissa. "Oh ya...kau orang tahu kejadian yang menimpa Silas?"

            Norah buat muka tak tahu. "Siapa tu?"

            "Budak vampire dari kelas menara satu?"jawab Lissa melirik ke Klaus sekilas.

             Klaus mengangguk kepala. "Aku dengar dia pindah keluar akademi..kan?"

           "Iya ke?Aku pun tak sure...sebab tu aku tanya.."dalih Lissa kembali tunduk menyambung makannya. Adakah Klaus betul-betul tak tahu atau berpura-pura tak tahu?

            "Lately ramai student pindah keluar kan?Terutama sekali student vampire. Mereka seorang demi seorang tak hadirkan diri ke akademi...kau perasan tak?"Norah tanya Lissa saat mencapai botol air mineral di tepinya.

               Lissa menjungkit bahu. "Aku tak perasan sangat..."jawabnya dengan senyuman terpaksa. Entah kenapa hati dia beritahu ada sesuatu tak kena dekat sini.

              "Kau nak ikut aku ke Zon Biru Lissa?Kita boleh pergi ke kelab malam dekat situ nanti. Sama-sama dengan Klaus.."ajak Norah.

               Wah!Seronoknya!Nak ikut!Nak ikut!"Tak apalah. Aku kena stay back dekat akademi sebab ada kerja master yang aku kena settle kan.."tipu Lissa tak rela.

               "Ehh...jangan la macam tu. Kau ni...semua orang sibuk buat persiapan sebelum peperangan tercetus...kau sempat lagi fikir pasal tugasan?"ketawa Norah semasa pandang funny ke Lissa. "Jom la..bukan selalu."

Lissa menggeleng.

              Itulah pasal!"Terima kasih. Aku okay. Kau orang berdua pergi la.."

              Klaus mengangguk kepala. "Tak apa la kalau tak nak. Jangan cakap kita orang tak ajak pulak.."

              Lissa pandang ke Norah dengan senyuman  kesal di bibir. Mesti best dapat keluar dari sini kan!Jauh dari semua ni!Hmm... Bukannya dia tak nak!Nak je. Kalau bukan disebabkan pelan Star, dah lama dia setuju! "Ya..tak apa. Jangan risau.."balasnya perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience