Rate

Part 60 : Micah Hazael

Vampire Completed 6708

Flashbacks

10 tahun yang lalu...

Diberi nama sebagai Micah Hazael. Menjadi vampire termuda dalam kingdom seawal usia 7 tahun mati kerana sakit lalu dijadikan vampire oleh ayahandanya. Mendapat gelaran sebagai Putera Mahkota selepas Puteri Maria naik taktah sebagai Puteri Mahkota.

Dari situ hidup Micah sentiasa bergantung pada darah untuk hidup. Sehinggalah usianya mencecah usia 19 tahun pertama dalam hidupnya. Bermula pada masa itu, Micah belajar untuk mengawal selera makan supaya tidak consume darah manusia sebagai bahan sokongan dalam hidupnya. Darah hot blooded animal menjadi gantinya sehinggalah dia berinjak dewasa.

Sejak kecil lagi dia didik untuk sentiasa bertimbang rasa dan berperikemanusiaan terhadap manusia biasa di dalam dunia sihir ini walaupun dia adalah vampire. Yang mana Micah setuju tanpa protes. Sewaktu membesar, Micah telah didedahkan dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan. Terutamanya dia belajar menjadi seorang pengamal sihir dan Pentagram. Akhir sekali ialah, Menguasai kemahiran Dhampir yang dilatih secara peribadi oleh pengasas asal Organisasi Pertahanan Keselamatan atau ringkasnya Dhampir iaitu Sir Poison. Yang mana berakhir menjadi sahabat baik dan sifu paling Micah sayangi.

Namun langit tidak selalu cerah. Hidup bahagia tidak berkekalan lama.

Satu kejadian buruk telah menimpa keluarga terhormat yang Micah telah sayang seperti ahli keluarganya walaupun mereka semua adalah manusia biasa. Dengan tragisnya, seluruh keluarga Poison dibunuh secara besar-besaran oleh sekumpulan vampire asing yang tidak dapat dikenalipasti siapa.

Rentetan dari kejadian itu, Micah mengangkat sumpah dihadapan Raja Vampire sendiri untuk menyembunyikan identitinya sebagai putera mahkota di dalam keluarga diraja mereka. Sebagai ganti dia akan menggunakan salah satu identiti keluarga Poison. Iaitu Star. Putera tunggal keluarga tersebut yang turut terkorban di malam pembunuhan tersebut untuk menuntut keadilan di atas kematian mereka semua.

Sejak itu Micah menjalani hidup dia sebagai manusia biasa dengan bantuan sihir yang dia belajar bagi menyamarkan scent dan karakter vampire di dirinya. Selama 10 tahun dia hidup seperti manusia biasa sampaikan Micah lupa akan dirinya, nama sebenarnya sebagai vampire dan membencikan vampire sendiri kerana memori lama yang telah meragut nyawa sahabat baiknya iaitu Star Poison!

Bertahun lama Micah cuba menyelidik. Mencari maklumat dengan menjadi Dhampir. Dia dapatkan setiap vampire yang dia tangkap dan korek segala rahsia yang ada dari vampire-vampire tersebut. Sehinggalah dia bertembung dengan gadis bernama Vassalissa Dragomir di akademi tempat dia belajar.

Waktu itu Lissa berusia 15 tahun, pertama kali menjejak kaki ke dalam akademi. Dia tak pernah tahu siapa Lissa sebenarnya. Kecuali identiti gadis itu kelihatan seperti vampire muda. Sejak itu dia hantui hidup Lissa kerana gadis itu seperti magnet buat dia untuk selalu dekati dan berjumpa dengan.

End of flashbacks

Bau scent manis yang harum membuatkan dia terjaga dari lenanya. Bau yang membuatkan tekaknya kering tidak semena. Bibirnya dikecap-kecap beberapa kali sebelum menelan air liur. "Ugh!"ngerang Star sambil memegang kepalanya yang berdenyut sakit seakan baru terhantuk kuat di permukaan yang keras. Tangan di bawa naik mencengkam rambut usaha untuk hilangkan rasa sakit yang dirasai.

Apa yang telah berlaku?

Perkara terakhir yang dia ingat adalah situasi dimana memori dari Sihir Penjejak membawa dia ke bilik dimana proses mengestrak darah dijalankan. Dari situ la dia merasakan ibarat mahu mati kerana apa yang berlaku pada pemilik darah Strigoi tu dia boleh rasakan. Rasa sakit dan dahaga pemilik darah itu juga dia rasai.

Selepas itu semuanya gelap!

         "Star?"lembut sahaja suara itu memanggilnya. Dan bila dia bangunkan diri dari lantai matanya terarah pada Lissa di dinding bilik. Sedang bersila memandangnya.

         "Lissa...."panggil Star dengan suara serak semacam. Dia cepat-cepat bawa tangan ke tekak, entah kenapa kesat pulak dia rasakan pada kerongkongnya. Seakan ada rasa iron tersisa di dalamnya. "Kau okay?"

Lissa teragak-agak hendak menjawab. Dia okay ke tak?Entah la!

           "Kau pulak macam mana?Okay tak tu?"dalih Lissa pula.

           "Pening sikit.."jawab Star berkerut kening.

          "Macam mana?Kau dah dapat maklumat dekat mana markas mereka berada?"Lissa tanya lagi.

           Sambil berkerut kening menahan pening yang bertandang, Star mengangguk kepala. "Dapat..."jawabnya semasa tunduk memandang tangan dan tubuhnya. Entah kenapa dia rasa seakan ada yang tertinggal. Tapi tidak pasti apakah ia?Memangnya semasa dia tidak sedarkan diri ada apa-apa yang terjadi ke? Atau Lissa lakukan sesuatu pada dirinya? "Berapa lama aku tak sedarkan diri?"soalnya kembali memandang Lissa.

Waktu itu Lissa dalam keadaan ketakutan yang amat sangat. Seluruh badan dia terketar-ketar kuat selepas apa yang menimpa dirinya beberapa minit yang lepas!Ikutkan hati mahu saja dia menjerit dan memaki hamun Star secukupnya, tapi sikap pengecutnya buatkan Lissa ambil keputusan untuk diamkan diri dan merahsiakan semua yang terjadi dari pengetahuan Star.

Selepas Star pengsan menghisap darahnya, Lissa sembuhkan luka di bahunya hingga tidak meninggalkan sebarang kesan. Setelah itu dia kenakan jaket Star ke badan untuk menutupi kesan koyak pada hoodie. Mujurlah Star pembersih orangnya. Jadi kesan darah tidak kelihatan jelas pada mulut lelaki tersebut. Lissa hanya bersihkan sikit-sikit supaya Star tidak sedar yang lelaki itu sudahpun berubah menjadi vampire di depan mata dan menghisap darah dia!

Lissa tak nak Star tahu.

Kalau boleh biarlah Star tak tahu!

Dia tak boleh bayangkan kalau Star sedar yang dia sudahpun tahu mengenai rahsia lelaki itu. Entah apa aje yang Star akan lakukan pada dirinya nanti.

Entah di brainwash!Entah di kurung dalam bilik!Ugh!Tak nak!

         "Kau pengsan dekat 15 minit macam tu..."jawab Lissa.

         "Kenapa kau ada dekat situ?"Star berdiri. Dia gosok bahagian tepi badan. Rasa sakit macam dia baru ditolak jatuh ke tepi.

         Lissa ikut bangun bila Star bangun. "Kau tak ingat apa-apa ke?"

         "Pasal apa?"

        "Sebelum kau pengsan?"

         Star mengerutkan keningnya. "Memangnya ada sesuatu dah terjadi ke?"

        Cepat-cepat Lissa anjak ke kanan taktala perasan Star sebenarnya sedang mendekati dia. "Tak..tanya aje. Dah settle kan?Jom kita keluar.."kalut dia nak ke laluan masuk tadi.

Apabila Lissa berlalu pergi, Star berkerut kening kerana berasa terganggu dengan scent yang datang dari Lissa. Kenapa dia rasa terganggu?Sedangkan selama ni baik-baik saja?Malah dia tidak peduli dengan scent di badan gadis tersebut. Kenapa lepas sedar saja bau itu buatkan dia trigger?

         "Star?"panggil Lissa. "Kau ikut sekali tak?"

Tersentak lamun Star. Dia pandang ke Lissa dengan kening berkerut tak suka. Tak mungkin dia tak boleh nak control diri?Selama bertahun lamanya dia tak pernah sentuh darah manusia kenapa kali dia teringin sangat!??

           "Ahh...aku follow kau dari belakang."angguknya acuh tak acuh.

Lalu Lissa daki tangga kecil itu untuk naik ke atas sebelum Star ikut dari belakang.

          "Boleh aku tahu kenapa kau masih pakai jaket     aku tu?"soal Star sewaktu mereka berjalan menyusuri koridor untuk keluar dari situ sebelum teleport pergi.

            Lissa mengeratkan lagi jaket itu ke sekeliling    badannya. "Sejuk.."dalihnya. "Alah pinjam la sekejap..bukannya luak pun jaket kau ni!"

           "Iya ke?"mana la dia tahu sejuk ke tidak. Dia kan vampire. Rasa sejuk dan hangat itu tiada beza bagi dia kerana system tubuhnya tidak berfungsi sama seperti manusia biasa. "Kau sure kau okay?"dia mendengar degupan jantung Lissa berdegup sangat laju. Seakan gadis itu sedang dalam ketakutan. Cepat-cepat dia dekati Lissa, mahu mencapai lengan tu untuk diperiksa.

           Lissa terundur ke belakang lengannya di jauhkan dari jarak capaian Star. Dengan gerun dia tilik Star dari atas ke bawah. "Kenapa?"tanya dia ketakutan. Star nak apakan dia lagi!

          "Check kau?"kening Star berlapis.

          "Aku okay..."nafi Lissa.

Semakin kencang degupan jantung Lissa berdendang dalam telinga Star. Confirm!Ada sesuatu dah terjadi semasa dia tidak sedarkan diri tadi!Lissa tahu tapi gadis itu mendiamkan diri.

          "Aku tanya kau sekali lagi Lissa...kau sure serratus peratus tak ada apa-apa yang berlaku masa aku tak sedarkan diri tadi?"

           "Yalah...kan aku dah cakap tadi.."nafi Lissa serta merta tidak berlengah. Sejuk dingin hujung jari jemarinya waktu itu. "Kau kenapa tanya macam tu?"takkan Star ingat sesuatu?Dia dah mula takut!Jangan ingat Sudahlah!Dup!Dap!Dup!Dap!Jantung di dalam dada berdendang rancak.Menghentak-hentak tulang rusuknya. Takut betul dia waktu itu.

           Star mengecilkan mata, dia pandang curiga akan Lissa. Fine!Lissa tak nak beritahu, dia yang akan cari tahu sendiri! "Jom balik.."dia hulur tangan kepada Lissa untuk digenggam.

Mata Lissa memandang tangan Star sebelum dia mengetap gigi. Imej dimana Star dalam kesakitan dan menakutkan bermain dalam fikirannya. Berharap dia melupakan semua momen itu serta merta. Dia nak marah tapi rasa risau dan takut kehilangan Star melangkaui perasaannya saat itu.

           "Janji dengan aku dulu..."pasti ada alasan yang kukuh kenapa Star menyamar menjadi manusia biasa dan memalsukan identiti vampire sebenar. Dan dia tidak mahu pedulikan semua itu. Apa yang dia mahukan sekarang adalah tamatkan semua ni kemudian menjauh dari Star secepat mungkin!

           "Apa dia?"

           "Jangan guna sihir tu lagi.."Lissa capai tangan Star dengan perasaan gugup. "Aku tak nak tengok kau tersentak-sentak kena sawan macam tadi.."beritahunya.

           "So betul la kan sesuatu berlaku?"Star cuba cari mata Lissa tapi gadis itu malahnya memalingkan wajah ke arah enggan memandangnya.

          "Dah la...bawak aku keluar dari sini.."gesa Lissa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience