Rate

Part 10 : Birthday Party

Vampire Completed 6708

Dan selepas itu semuanya terasa indah.

Ibarat seperti di sihir, dia dapat hadiah lagi.

Dia tak sangka yang pemberian hadiah dari ayahnya itu akan bawa berita baik kepadanya.

          "Apa dia mama cakap?"soal Lissa semasa tunduk memandang kotak hitam yang ada di ribanya.

          "Kita akan ke restoran...berdua. Memandangkan hari ni hari lahir kamu...kena la kita sambut ia..kan?" beria Carolina beritahu. Dia tersenyum dari telinga ke telinga. "Mama dah reserved restoran mewah untuk kita berdua pergi."

Lissa ketawa dengan riang. Lupa semua dah masalah dia sebab dikurniakan ayah dan ibu yang sweet seperti mereka berdua itu.

            "Apa yang mama bagi ni?"tanya dia saat buka kotak tersebut.

            "Well...itu adalah dress untuk kamu...pakai la nanti masa kita nak ke situ. Boleh la kita enjoy betul-betul. Rasanya kali terakhir mama ke restoran pun sebelum mama kahwin dengan ayah kamu.."beritahu Carolina dengan muka cerianya.

            Bila Lissa dengar dia pandang ke Carolina dengan muka serba salahnya. "Siapa belanja kalau macam tu?"soalnya hendak alihkan topik sensitif tu.

            "Mesti la mama..takkan la kamu pula. Dah la...siap cepat. Nanti kita bertolak awal..tak ada la tersekat dalam jammed..."beritahu Carolina sebelum keluar dari bilik tidur Lissa.

            "Okay.."sahut Lissa semasa tunduk mengeluarkan dress itu dari kotak. Dan bila dia berdiri untuk bawa baju itu ke dress, dia pandang ke cermin. Melihat dirinya yang tidak ubah seperti gadis normal di luar sana.

Well...tak ada la teruk mana hari lahirnya..

Kan?

Yup!

          "Wohoo!!!"soraknya sambil menjuling tinggi minuman koktel yang mama dia orderkan dari bartender buat kali ketiga!

Tak adalah teruk mana!

Selepas pulang dari restoran tu, Lissa cadang untuk jadi liar sekejap!Puan Carolina apalagi. Dia turutkan sajalah permintaan Lissa!

           "Hahah...yes baby!Let rock and roll!" sorak Puan Carolina semasa menari sama dengan Lissa saat di lantai menari dikerumuni dengan pengunjung kelab yang lain.

Sudah dua jam mereka berdua di situ, minum, menari, menyanyi tak ingat dunia serta nyanyi lagu hari lahir di situ tanpa segan silu. Yalah...nak fikir apa...dalam kelab tu semua orang terlalu sibuk dengan dunia mereka. Mana la peduli tentang mereka dua beranak yang cuba happy kan diri lepas bergelut dalam hidup harian.

Lissa yang mengenakan dress offshoulder paras lutut lengan panjang warna baby blue itu menari sambil ketawa saat pegang tangan mama dia. Seronok yang bukan kepalang!

           "Go hit it honey!"sokong Puan Carolina semasa ikut rentak lagu sama sewaktu perhatikan Lissa menari. Hatinya ikut gembira bila lihat senyuman lebar di bibir anaknya. Dia harap malam ni dapat tebus segala rasa sedih dan terkilan yang Mungkin Lissa dah hadap selama ni. Dia sebagai ibu sendiri gagal jadi Seorang penjaga yang baik. Jadi malam ni dia harap dia dapat gembirakan Lissa sikit.

Tanpa mereka berdua sedari waktu itu dua lelaki sedang mematai mereka sejak tadi. Dan tidak ubah seperti pemangsa berbahaya.

Lampu merah biru berkerlipan tanpa kawalan di dalam kelab itu. Buatkan pandangan seluruh tempat itu hanya samar-samar kecuali kalau berdiri dekat-dekat.

Saat Lissa teguk menghabiskan minumannya, waktu itulah satu tangan muncul. Mencengkam pergelangan tangannya dengan tiba-tiba.

            "Hai sweety"Seorang lelaki kacak berdiri melangit di tepi Lissa dan Puan Carolina dengan tiba-tiba.

Terhenti terus tarian Puan Carolina dan Lissa ketika itu. Mereka berdua pandang dengan hairan akan lelaki pertama.

            "Boleh kami join sekali menari?"muncul lelaki kedua dari belakang Puan Carolina pula.

            Secara nalurinya Puan Carolina tarik Lissa rapat kepadanya. Matanya lirik akan dua lelaki itu dengan awas. "Maaf...kami tak nak diganggu."beritahunya.

Lissa yang tidak tunjuk reaksi takut atau resah waktu itu tidak dapat hidu dua lelaki itu. Bau mereka seakan telah disamarkan. Tiada secalit pun bau manusia inikan lagi vampire pada dua lelaki tersebut.

           "Jom Lissa kita balik sekarang!"beritahu Puan Carolina. Dia pegang erat tangan anaknya itu dan bawa mereka keluar dari kerumunan orang ramai di lantai tarian itu.

           Tanpa berkata apa-apa, Lissa ikut langkah lekas mamanya itu sambil pandang dua lelaki mencurigakan itu. "Mama...Lissa tak boleh hidu mereka.."beritahu dia sewaktu merapat ke sisi mamanya. Biasanya dia boleh bezakan mana satu vampire mana satu manusia. Tapi tidak dua lelaki tadi tu!

           "Itu maknanya masalah.."jawab Carolina saat mereka tiba di depan bar. Mahu lalui situ untuk ke anak tangga yang membawa mereka ke jalan keluar.

            "Kenapa?"Lissa dengan bingung pada ke tepi muka mamanya.

            Puan Carolina pandang semasa mereka berhenti sekejap di tepi bar itu. "Mama tak tahu..apa mama tahu..mereka mungkin berbahaya. Sorry mama ucapkan sebab malam kamu di ganggu dengan kehadiran mereka.."

            Lissa ketawa lalu menggeleng kepala. "Tak ada la..Lissa okay je. Kalau macam tu jom la kita balik.."dia kembali merangkul lengan mamanya itu. PuanCarolina pegang tangan yang ada dilengannya dengan erat.

Mereka berdua pun kembali berjalan hendak ke arah tangga. Pada masa itulah muncul dua lelaki yang sama dari tepi mereka. Lantas Lissa di rentap dengan kasar oleh Seorang dari mereka.

          "Not so fast sugar!"beritahu lelaki pertama selepas menarik Lissa hingga berpisah dari mamanya.

The hell?Lissa pandang tak percaya dengan apa yang berlaku?Tak cukup betul satu hari ni orang cuba rosakkan birthday dia!Memang tak la dia nak biarkan!

           "Hei!"Carolina dengan lantang bersuara. Dia pandang ke arah Lissa lalu ke lelaki yang sedang memegang anaknya itu. "Lepaskan dia!"

           Lelaki kedua itu dekati Carolina dengan sengih meleret jahatnya. "Tak semudah tu..."lelaki itu pegang lengan Carolina. Dia tarik wanita itu naik mendaki tangga dengan kasar.

Disebabkan Lissa nampak kejadian tu, dia bergelut lepaskan diri dari cengkaman lelaki pertama tu. Sakit la jugak masa bergelut tapi terlepas jugak akhirnya. Tidak berlengah dia lari dapatkan lelaki kedua tadi. kaki bertumit tingginya naik hinggap di kaki kiri lelaki tu.

Tindakan Lissa berjaya buatkan lelaki itu terpelecok sebelum berguling turun dari tangga tu. Meninggalkan Carolina yang terpinga-pinga.

           "Mama!Lari!"teriak Lissa semasa pandang ke atas tangga dimana mama dia sedang berdiri. Pada masa yang sama dia sudah atur langkah mahu larikan diri juga.

            "Cepat Lissa.."ajak Carolina saat hulurkan tangan.

Tidak sempat Lissa nak larikan diri, dia telah di tolak ke belakang dengan kasar oleh lelaki pertama tadi.

BRANG!

            "Lissa!"suara teriakan cemas Carolina membelah kebisingan kelab itu.

Badan Lissa tercampak ke tepi melanggar meja dimana sekumpulan pelanggan sedang duduk lepak. Gelas kaca dan botol yang ada di situ ikut pecah lantas mengenai tangan Lissa.

Satu koyakan dapat dirasai oleh Lissa sebaik dia mendarat di lantai itu. Bila dia angkat tangan hendak memeriksa keadaannya, dia lihat darah pekat mengalir turun dari pangkal siku hingga ke tapak tangan. Satu cebisan kaca yang besar telah tersusuk pada lengannya waktu itu.

Masa itulah terasa segalanya menjadi diam dan kaku.

Pengunjung kelab malam yang ada di sekitar Lissa berdiri tidak bergerak. Yang menari terus berhenti menari. Yang bercakap atau ketawa terus berdiri. Mereka semua adalah vampire!

Termasuk la dua lelaki tadi yang cuba menyerang Lissa dan Carolina.

Mereka di situ menghidu bau darah yang mengalir keluar dari lengan Lissa ketika itu.

Mata mereka bersinar dalam gelap serta merta disebabkan bau darah tersebut telah turn on setiap vampire di situ, mereka jadi trigger!Rasa dahaga menyerang mula merayap di setiap tekak vampire yang ada di situ.

Ahhh!Damn it!

Kaku berdiri Lissa di situ tidak bergerak.

           "Takkanlah."lafaz Lissa dengan muka berserahnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience