Rate

Part 45 : Not So Fast

Vampire Completed 6708

Flashbacks

       "Ada sesuatu tidak kena dengan lelaki yang datang bersama Lissa tempoh hari.."beritahu Lord Dragomir dengan kening berkerutnya. "Sampai ke sekarang saya tak boleh nak lupakan..."

        "Apa maksud tuan?"

       "Selain mempunyai aura yang sama dengan Lissa, lelaki itu juga mempunyai sesuatu yang buat saya teringat akan pada seseorang tetapi tidak pasti siapa..."sambil meletakkan piala berisi darah ke meja, Lord Dragomir mencapai helaian kertas berisi cap mohor diraja. Raja Vampire baru sahaja menyampaikan satu titah kepadanya.

       "Apa yang tuan hendak kami lakukan?"

       "Perlu ke kami dapatkan lelaki tu ke sini untuk cari tahu siapakah diri sebenar?"

       "Tak perlu..."tegah Lord Dragomir. "Menurut memori Lissa, lelaki itu merupakan rakan sekelasnya selama ini bernama Star Poison. Dan juga lelaki yang telah banyak menganggu dan menyakiti Lissa hanya kerana lelaki itu seorang Dhampir sementara Lissa adalah vampire. Dan sekarang, lelaki itu memerlukan bantuan Lissa untuk halang peperangan dari berlaku..."

        "Kalau begitu adakah Cik Lissa dalam bahaya?"

       "Itu yang saya sedang pertimbangkan. Patut ke saya biarkan Lissa bersama dengan Dhampir tu atau tidak? Sebab lelaki tu mempunyai scent Lissa padanya. Bau lelaki tu seperti Lissa.."

       "Tuan syak yang Cik Lissa secara tak sengaja telah imprint lelaki tu ke?"

       "Sebab itu saya panggil kamu ke sini. Cari Lissa. Bawa dia kepada saya secara rahsia dengan segera."

       "Bagaimana jika lelaki itu bersama dengan Cik Lissa?"

       "Lakukan apa yang kamu patut lakukan. Star Poison terkenal dengan kehebatan dia menentang vampire. Mungkin ianya agak sukar untuk kamu dekati Lissa secara rela. Kalau perlu, paksa Lissa supaya dia ikut kamu menemui saya."

       "Bukan ke keluarga Poison telah terbunuh sejak 10 tahun yang lalu..bagaimana ada waris yang tersisa?"

       "Ada yang terselamat semasa serangan itu terjadi.."kata Lord Dragomir berasa renungan dingin ke perapian. "Apapun bukan itu masalahnya. Apa saya mahukan sekarang ialah bawa Lissa temui saya dengan segera tak kira apa sekalipun. Saya nak pastikan sesuatu dari dia."

       "Baik tuan."Lima vampire bersut pahlawan depan Lord Dragomir memberi anggukan serentak kepada lelaki itu.

End of flashbacks

Kelibat kereta hitam yang di parkir tepi jalan di perhatikan lima pasang mata dengan lama. Menanti penumpang kenderaan keluar dari kenderaan tersebut. Sejak mereka berjaya menjejak keberadaan dua beranak tersebut, sejak itu mereka telah mengekori Lissa dan Puan Carolina ke perlabuhan Pekan Merah.

Disebabkan mereka hanya diberi arahan untuk mendapatkan Lissa sahaja, mereka tidak akan masuk campur apa saja urusan lain. Mereka hendak buat apa nak ke mana, mereka tidak peduli. Sebab itu mereka tunggu sahaja dari jauh memerhatikan tiga kelibat itu berjalan dalam gelap menyertai para penumpang yang lain.

Lissa dari kejauhan sedang jalan bersama Puan Carolina. Mereka berjalan ke pintu masuk jeti yang ketika itu memang sudah sibuk dengan para penumpang yang lain. Di belakang mereka Star membantu membawa bagasi wanita itu.

          "Jaga diri kamu Lissa. Ingat pesan mama. Jangan bertemu dengan ayah kamu lagi tak kira apa sekalipun situasinya."bisik Puan Carolina dengan perlahan.

Lissa mengeratkan rangkulannya pada lengan itu sebelum mengangguk kepala. Berasa berat hati hendak melepaskan mamanya pergi.

          "Lissa tahu.."

Muncul Star tidak lama kemudian. Lelaki itu berdiri di tepi Lissa menghadap Puan Carolina dengan sebelah tangan dalam poket jaket, sebelah lagi memegang bagasi hitam.

          "Hati-hati puan."

          Puan Carolina memandang Star lalu mengangguk kepala. "Tolong jaga Lissa sepanjang masa ketiadaan saya di sini. Dan saya harap misi kamu untuk hentikan peperangan di Zon Merah berjalan dengan lancar."

          "Baik."balas Star.

           Tidak semena Lissa menarik Puan Carolina ke dalam pelukan dengan erat. Dia kucup beberapa kali pipi dan dahi mamanya. "Take care mama. Lissa akan cari mama bila semuanya selesai."bisiknya perlahan di balik ceruk leher wanita itu.

          "Kamu pun sayang."belakang badan Lissa di usap lembut dengan puan Carolina. Dia memejamkan mata untuk seketika saat membalas pelukan Lissa.

         "Panggilan terakhir kepada penumpang. Sila bawa bagasi anda bersama untuk menaiki feri. Feri bakal berangkat dalam masa 5 minit.."makluman kedengaran dari Pembesar suara berkumandang dalam jeti itu.

Serta merta Lissa melepaskan pelukan mereka dan capai bagasi dari Star untuk diserahkan kepada Puan Carolina.

Bersama senyuman sedih di bibir, Puan Carolina heret bagasinya ke arah jambatan menuju ke arah feri di hujung laluan itu. Para penumpang lain juga mula beredar ke arah yang sama. Mereka beratur di depan pintu masuk feri sambil di sambut oleh kelindan yang bertugas.

Maka tinggallah Lissa serta Star berdua di kawasan jeti yang telah lengang. Selain penjaga tiket, mereka sahaja yang tersisa di situ. Tiada lagi kelibat manusia berlegar dalam jeti tersebut. Buatkan suasana tempat itu eerie dan sunyi yang semacam.

         "Jom."ajak Star berpusing dari situ untuk pergi.

Memberi renungan buat kali terakhir ke arah feri, Lissa berpusing di situ mengekori langkah Star dari belakang. Termenung memandang hujung kasut sewaktu berjalan. Dia harap mama dia akan baik-baik sahaja bila tiba di sana.

BUK!

Lissa melanggar belakang badan Star apabila lelaki itu berhenti secara tiba-tiba di depannya.

          Sambil memegang hidung Lissa jalan ke sisi Star mahu memarahi lelaki itu. "Kau dah kenapa berhenti tetiba?"soalnya ketika itu.

          Namun tangan Star muncul di depan perut   Lissa menghadang gadis itu. "Stop.."arahnya perlahan.

         "Ada apa?" Lissa pandang muka Star yang waktu itu sedang kaku memandang ke depan, kerutan di keningnya hilang. Apa masalah Star ni?Dia ikut palingkan muka ke depan hendak pandang apa yang buatkan Star tegang semacam. Sekali bila dia pandang, Lissa menahan nafas terkejut.

Lima vampire bermata merah berdiri memandang Lissa dan Star. Masing-masing dalam keadaan siap siaga.

         "Cik Lissa?"

Star pandang mereka di situ dengan renungan tajam penuh aura membunuh. Sekali pandang saja dia boleh tahu depannya ini adalah vampire!

         "Ya?"sambut Lissa teragak-agak. Kenapa pengawal vampire ayahnya ada di sini?

         "Kami perlukan cik untuk ikut kami."

         Star tolak Lissa ke belakang badannya serta merta. "Untuk apa?"sampuknya maju selangkah ke hadapan.

Terkejut Lissa bila tangan Star menyentuh lengannya dan menolak dia ke belakang. Kakinya hampir hendak tersandung gara-gara jalan mengundur ke belakang dengan tiba-tiba.

Vampire paling tengah iaitu ketua kumpulan tersebut pandang Star dengan muka tiada emosi, sedikit pun tidak tergugat dengan aura dominan yang ditonjolkan oleh Star.

         "Bukan urusan kau untuk tahu.."jawab vampire kedua paling hujung. "Kalau kau tak nak sesuatu berlaku pada diri kau, baik kau biarkan saja Lissa ikut kita orang..."

         Hujung bibir Star terjungkit sinis. "Oh really? Maybe aku pilih untuk tengok kau bawa dia pergi dari sini."cabarnya.

The hell!

         "Star!"panggil Lissa terlewat apabila lelaki itu dengan sekelip mata menerpa ke arah lima vampire di situ. Dia mahu halang Star tapi memang tak sempat!

And all hell is breaking loose!

Lima vampire tadi berdesup lari ke arah Star dengan kelajuan vampire mereka.

Satu baton hitam muncul dari tangan kiri Star dengan sendiri sewaktu lelaki itu meluncur atas jalan tar lalu memengkes kaki satu daripada vampire yang bergerak laju ke arahnya.

Namun begitu vampire tersebut dengan cekap melompat ke Udara dan berpusing ke atas Star sebelum mendarat menggunakan tangan kanannya.

Vampire ketiga muncul dari tepi bersama kuku tajam mahu mencakar belakang badan Star, tetapi langkahnya ditepis dengan satu lingkaran pentagram yang muncul dengan sendiri di belakang badan Star. Menghasilkan satu letupan kecil.

BUSS!

Vampire ketiga itu tercampak ke belakang dengan jauh sebelum mendarat atas jalan dengan debukan yang kuat.

Lissa dekat situ memang tak boleh nak masuk campur. Dia hanya berdiri di tepi menyaksikan pertarungan mereka. Kepalanya gerak kanan kiri silih ganti melihat pergerak pantas mereka.

Semasa vampire ketiga tercampak, waktu itu Star sedang berlawan dengan vampire pertama dan kedua pada masa yang sama. Disebabkan pergerakkan mereka yang sangat cepat dan pantas, Star seorang diri alami kesukaran hendak menepis setiap serangan maut mereka itu.

Sesaat sebelum pancang perak di tangan Star sempat hinggap di tengah dada vampire kedua, satu kepalan penumbuk muncul dari tepi lalu hinggap di pipi kirinya. Terjatuh Star dari situ dalam keadaan mengiring.

          "Not so fast Dhampir.."senyum vampire keempat dengan gigi menyeringai tajam. Vampire yang menumbuk Star tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience