Rate

Part 38 : Vladimir

Vampire Completed 6708

Tiga orang vampire yang mengenakan pakaian khas sebagai pengawal Lord Dragomir serta merta menjadi tegang di sebelah kerusi dimana Lord Dragomir sedang duduk taktala pintu terbuka dan dua kelibat mula memunculkan diri dari situ.

Dari barisan Strigoi yang masih terikat, enam orang vampire Tertua di kerusi tinggi atas podium dalam dewan sidang sehinggalah barisan vampire lain yang berada di situ menghidu bau yang buatkan masing-masing menelan air liur tanpa mereka sedari.

Dan yang paling terkejut di situ adalah Lord Dragomir sendiri sampaikan vampire lelaki berusia 150 tahun itu berdiri dari singahsananya setelah melihat gadis di samping Vlad berjalan masuk ke situ.

Tertarik dengan scent ajaib itu, semua vampire tidak mengedipkan mata malah kejung di tempat masing-masing kerana terlampau terpegun. Seumur hidup mereka tidak pernah mereka berasa terngiur yang amat sangat!

Seram sejuk aje suasana ruang waktu itu.

        "Selamat sejahtera tuan yang terhormat, Lord Dragomir."tunduk Vlad memberi sapaan hormat setelah berdiri di situ saat tangan kirinya menggengam erat jari jemari kanan Lissa.

Pucat lesi wajah Lissa. Dia begitu gerun apabila matanya terarah pada lelaki berkemeja putih atas singahsana. Serius beritahu, rupa paras ayahnya tidak ubah seperti lelaki berusia 30-an. Langsung tiada garis menua di wajah beritahu lelaki tersebut berusia beratus tahun. Kelihatan muda. Namun satu sahaja yang jelas kelihatan. Mata merah vampire milik ayahnya.

Star buat pertama kalinya dapat juga bertemu dengan barisan vampire terkuat di tanah Zon Merah yang selama ini digembar gembur kan sebagai vampire yang berkuasa dalam kurun ini. Tidak seperti Vlad, dia langsung tidak memberi tundukkan hormat, malah hanya berdiri tegak di samping Lissa. Memerhati setiap seorang yang berada di atas kerusi atas singahsana dengan teliti. Dia kenal beberapa orang dan termasuk la vampire yang dia kenali sebagai ayah Vlad.

          Rahang Lord Dragomir berketik. "Apa yang kamu fikir kamu lakukan Vlad?Bawa manusia ke tempat yang dipenuhi dengan vampire begini?"ketapnya menahan sabar. Berani sungguh vampire muda depannya ini heret anak perempuan dia ke dalam tempat berbahaya seperti di sini begitu saja!?Dan kenapa lelaki di sebelah Lissa satu lagi mempunyai aura yang sama seperti anaknya?Siapa pulak budak lelaki manusia ni?

Perlahan-lahan Vlad mengangkat matanya lalu bertentang tatapan dengan Lord Dragomir.

Lissa merapat ke Star, dia sembunyikan sedikit dirinya ke tepi badan tu mencari keselamatan. Tahu perasaan seakan diri tidak berbaju di depan khalayak umum?Itu la perasaan yang Lissa rasakan bila tahu semua mata terarah padanya saat itu. Takut nak bagai nak rak!

           "Saya bawakan seseorang yang boleh buktikan kepada tuan terhormat yang peperangan ini berlaku bukan kerana kehendak pemerintah Zon Biru...tetapi berpunca dari golongan bangsawan yang merencana pelan pemberontakkan ini untuk menggulingkan kedua-dua kuasa dua zon ni.." beritahu Vlad dengan yakin.

Kenyataan Vlad buatkan Star ikut tersentak. Serius la?Maksudnya peperangan mereka ni disebabkan mereka yang gilakan kuasa?Bukan sebab pemerintah Zon Biru mahu vampire dihapuskan?

          Mata merah Lord Dragomir bergerak laju ke wajah takut Lissa. Keningnya mencerun tajam. "Saksi?"Kenapa Lissa ikut terjebak sekali?Haish!Budak bertuah ni kan!

          Vlad tarik Lissa supaya gadis itu maju ke hadapan. "Ya..."

Waktu itu Lissa sudah mula menggeletar kerana begitu ketakutan. Sejuk kejung hujung jari jemari dia rasakan. Nak terkucil pun ada dia rasakan!Jangan ayah dia sumpah dia sudah!Mahunya mama dia tak panggil dirinya ini sebagai anak lagi!Vladimir!Memang nak kena lelaki ni!GAHHH!

           "Berapa kali saya perlu ingatkan kepada kamu bahawa peperangan ini akan tetap berlaku tidak kira apa sekalipun yang kamu cuba jelaskan, Vlad. Anak muda seperti kamu ni apa tahunya selain bermain dan berhibur?"beritahu Lord Dragomir kedengaran berang.

Kening Vlad mencerun.

Tap!

Tap!

Tap!

Bunyi detak tumit kasut kedengaran.

Lord Dragomir menuruni tangga menuju ke arah Lissa. Matanya tidak berhenti dari terus menerus menatap Lissa. Tapi teralih seketika ke Star setelah tiba di depan mereka bertiga.

Masing-masing tercengang.

          "Kamu tahu Vlad...saya boleh beri hukuman berat ke atas kamu atas tindakan melulu kamu ini..."ujar Lord Dragomir sambil memandang Lissa.

         "Saya tahu tuan. Tapi demi mengelakkan peperangan dari tercetus saya sanggup ambil risiko sekalipun ia mengorbankan nyawa saya sendiri.."ucap Vlad sebelum menundukkan pandangannya ke lantai.

Kini, kata-kata Vlad itu menyebabkan Lissa dengan pantas memalingkan muka ke kanan. memandang terkejut akan Vlad. Apa yang Vlad baru katakan tadi?Hentikan peperangan? Semata hal tu? Dia diheret ke sini!?

Sementara Star, dia sendiri kelu tidak terkata. Sampai senekad ini Vlad sanggup lakukan semata hendak hentikan peperangan?Dia dan Lissa ada pelan mereka sendiri. Kalau lelaki ini bersabar, pasti mereka tidak perlu bahayakan diri bertemu dengan Lord Dragomir.

         "Memangnya apa yang gadis ini boleh buktikan untuk yakinkan saya supaya hentikan peperangan ni?"

Lord Dragomir mengangkat tangannya ke atas kepala Lissa sebelum tapak tangannya hinggap di mahkota kepala tu. Buatkan Lissa tersentak di situ. Dengan bingung gadis itu pandang ke depan semula. Bertentang mata dengan renungan vampire Lord Dragomir semula.

          "Benar ke apa yang dikatakan Vlad tadi?"

Lissa terdiam di situ. Dia nak bersuara, tapi lidah dia seakan terkunci bila berhadapan buat pertama kali dengan ayahnya. Serius beritahu, dia tak kenal ayahnya bagaimana jadi sebarang kemungkinan boleh berlaku!Sekalipun dia ni anak kepada vampire depannya.

Teragak-agak Lissa mengangguk.

Dan bila Lord Dragomir pegang kepala itu, dia menggunakan kuasa untuk imbas semula memori Lissa. Saat hal itu berlaku, mata Lord Dragomir bertukar menjadi putih kelabut. Dan Lissa tidak terjejas sama sekali dengan kuasa itu. Dia hanya diam di situ memandang wajah ayahnya.

Ibarat mesin flashcard, segala imej mula muncul di dalam kepala Lord Dragomir. Dari situ Lord Dragomir melihat kejadian yang berlaku sebelum-sebelumnya dalam hidup harian Lissa Termasuklah sewaktu Lissa bayi lagi!Dan di situ munculnya wajah Star di dalam memori Lissa. Memberitahu Lord Dragomir segalanya mengenai identiti Star.

Vlad di sebelah Lissa memalingkan kepalanya, memerhati Lord Dragomir mendapatkan maklumat dari memori Lissa. Betapa berdebarnya dia waktu itu kerana tidak sabar menanti keputusan apa yang dia bakal dengar selepas kebenaran terbongkar.

Semua di situ menunggu dengan diam. Menanti apa yang Lord Dragomir lihat dalam fikiran gadis misteri yang mereka sedang perhatikan sejak tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience