Rate

Part 25 : Punca

Vampire Completed 6708

Malam sudah pekat, suasana sekeliling pun lenggang. Entah bila hari berlalu pun Lissa langsung tidak sedar kerana dia tenggelam dengan dunia bukunya sepanjang masa. Hanya beberapa kereta sahaja kelihatan semasa Lissa bergerak hendak pulang ketika itu.

          "Terima kasih kerana membeli. Datang lagi!"ucap Thalia kepada Lissa setelah selesai buat .

          Lissa lambai kecil dengan senyuman lebar di bibir saat masukkan buku yang dibelinya ke dalam beg. "Kalau ada buku baru beritahu ya..."beritahu Lissa.

         "Okay...tapi Lissa kamu sure tak nak saya call kan teksi untuk kamu?Dah malam ni?"

         "Tak apa. Bye Thalia."lambai Lissa sambil tarik tombol pintu kedai tu.

          "Bye!"

Lissa tutup pintu kedai tu dan turun anak tangga yang ada ke laluan pavement. Serta merta angin malam menyapa wajahnya.

Sejuk malam tu.

Cepat-cepat dia ketatkan kot yang terpasang di badannya semasa berjalan.

Dia sempat call mamanya tadi. Katanya mama dia terpaksa kerja hingga lewat malam lagi ingat nak balik terus lepasnya.Sekali tu terlupa pulak gara-gara khusyuk sangat baca buku itu yang sampai ke malam.

Tapi disebabkan perjalanan baliknya tidak mengambil masa yang lama Lissa ambil keputusan untuk jalan kaki. Sebab hanya beberapa meter sahaja dari kawasan perumahan tempat tinggalnya.

Lissa humming lagu dengan perlahan.

Sedang Lissa jalan sendirian di laluan itu, suara orang bercakap dan berjalan boleh kedengaran sayup di telinga dia waktu itu.Ada beberapa orang pejalan kaki jalan melewatinya.

Sedang Lissa termenung, fikirannya terimbas kembali akan perbualannya tadi dengan Star. Entah hantu apa yang rasuk tadi..bolehnya dia beritahu Star macam tu aje. Menyesal tak kesudah sebab beritahu lelaki tu identiti sebenarnya.

Mesti Star akan target dia cukup-cukup dekat akademi!

Sibuk Lissa melayani perasaan dia, angin bertiup sekali membawa sama khabar buruk, tidak semena hidungnya menghidu bau tidak menyenangkan.

Bau seakan darah dan sesuatu mereput.

Dan pada masa itulah....

Prak!

Bunyi sesuatu patah buatkan Lissa tersentak. Dia berhenti dari berjalan hendak memasang telinga. Kepalanya di pusingkan ke sekeliling.

Duh!

Apahal tu?

Perlahan-lahan mata Lissa menangkap kelibat. Dia kecilkan mata melihat kelibat dari balik kegelapan lorong depannya. Siapa tu?

           "Hmm....sedapnya bau.."

           "Seorang je ke?"

Muncul suara dari arah depan dengan tiba-tiba.

Sh*t! Takkanlah!

Lissa pandang dengan nafas tertahan apabila melihat dua lelaki bermata merah jalan mendekati ke arahnya. Sekali tengok boleh tahu yang mereka adalah Strigoi!

            "Kami jumpa ramai vampire dan manusia tapi bau darah mereka tak macam kamu cik adik manis..."

             "Boleh kami mintak sikit?"

Muka pucat lagikan menakutkan itu tersengih-sengih menayang gigi taring mereka apabila mereka mendekat.

Waktu itu Lissa dapat merasakan bulu roma dia tegak meremang. Jantungnya berdegup laju bagai nak rak! Hidungnya berkerut menahan bau tidak menyenangkan dari badan mereka saat itu. Kembang loya tekak Lissa rasakan.

Kenapa mereka boleh berkeliaran dengan bebas begini?

Lantas Lissa bertentang mata dengan dua Strigoi itu. Mereka tersenyum jahat ke Lissa. Sebelum seorang dari mereka melentokkan kepala sedikit apabila menyedari sesuatu.

              "Kau bukan vampire...tapi bukan manusia...siapa kau?" soal Strigoi pertama setelah berhenti selangkah di depan Lissa. Menghidu gadis itu dari atas muka ke tepi leher.

Lissa kejung di situ. Matanya terarah ke depan sambil mengepal penumbuk dengan erat. Betapa kuatnya suara Maria terngiang-ngiang dalam kepala dia ketika itu. Nafasnya naik turun!

Kan Maria pernah beritahu, lepas dia masuk 19 tahun kuasa pelindung yang dia miliki akan terhapus. Buatkan diri dia mudah terdedah dalam bahaya! Mungkin ini la maksud Maria hari tu!

Jadi tak hairan la kalau masalah akan cari dia je.

         "Sikit je..."

         "Ya...dah beberapa hari kami tak minum...mangsa kami makin berkurangan... manusia dah mula sedikit di Zon Merah ni.."

Lissa berkerut kening lepas dengar.

Tinggal sikit?

Dia pandang sekelilingnya nak pastikan tak ada sesiapa di sekitar. Kenapa pulak?dia berada di tempat terbuka masa ni jugak?!

          "Jangan takut...kami akan pastikan ia tidak sakit..."vampire kedua hanya berjarak tiga langkah dari Lissa menjungkit bahu.

"Kebanyakan manusia semua dah semakin sikit sebab mereka berpindah ke Zon Biru. Dan vampire yang kami selalu pergi beli darah dah bertukar jadi macam kami."

Lissa buat muka. Pelik dia masa mereka beritahu semua tu padanya.

           "Lagipun darah Strigoi tak sedap di minum tak macam darah Moroi atau manusia biasa."kata vampire pertama.

            "Sekejap je. Tak sakit pun. Kami janji." vampire kedua kata.

             Next time ingatkan dia jangan keluar malam lagi! "Tak!"jawab Lissa sebelum melarikan diri dari situ. Dia pecut sekuat hati.

Lissa belok ke kanan yang membawa dia ke sebuah lorong. Tapi tak sempat nak sampai, badan dia dah di pegang sebelum tercampak ke tepi dengan kuat!

BUK!

Dinding batu bagi salam!

Kepala Lissa terhantuk kuat pada dinding batu sebelum dia jatuh terbaring di atas jalan tar lorong tersebut. Darah keluar dari tepi kepalanya selepas tu.

Merintih terus Lissa waktu itu.

Auww~~

             "Kau bau tu?"Strigoi pertama dongak menghidu udara. Matanya semakin memerah saat tunduk memandang Lissa di jalan tar depannya.

              "Damn smell delicious!Tunggu apa lagi!Ratah la dia!"Strigoi kedua berkata sambil menelan air liur cravingnya. "Mesti sedap!"

Dalam keadaan mamainya, Lissa masih sedar dan nampak yang berlaku. Nak melawan tak berdaya. Dia bukan vampire tulen yang ada kuasa untuk melawan dan menentang.

Dua Strigoi dalam satu masa kut!

Memang tak la!

Apabila Lissa merasakan dirinya di telentangkan. Dia nampak muka Strigoi pertama  mahu menggigit leher dia.

Seriously?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience