Rate

Part 22 : Tetap Salah

Vampire Completed 6708

Taktala langit malam gelap dan kebanyakan mahluk lena dibuai mimpi, Ada kehidupan lain yang aktif pada waktu begini. Bergerak dalam gelap dan misteri.

Kawasan akademi sudahpun gelap gelita. Tiada sebarang petunjuk yang tempat itu berpenghuni lagi-lagi jam sudahpun masuk 3 pagi.

Namun begitu tidak lama kesunyian di kawasan tersebut, muncul beberapa kelibat jalan dalam keadaan gelap merentasi kawasan laman berumput akademi. Berjalan dengan rentak yang seragam walaupun berjarak antara satu sama lain. Penampilan juga sama dan satu uniform yang sama.

Berpasang-pasang mata berwarna biru dan kuning keemasan dapat dilihat dalam gelap ketika itu.

      "Siang belajar malam memburu...agaknya sampai ke sudah kerja yang master beri takkan pernah siap.."

       "Kau belum settle sikit pun tugasan kau?"

       "Kau rasa?"

        "Jangan merungut...nama pun pelajar. Lagipun Dhampir macam kita dapat pengecualian. Kalau buat cemerlang tak buat cukup-cukup makan."

        "Ahh...semua ni buat aku rasa jengkel sebab kena bekerjasama dengan senior yang masing-masing perasan diri mereka tu bagus.."

          "Hahaha...chill. Jangan cakap kuat sangat. Kalau dia orang dengar susah kau nanti."

Perbualan mereka itu berterusan sehinggalah mereka tiba di hadapan sebuah pintu kayu gergasi di belakang bangunan menara akademi. Seorang daripada mereka maju ke hadapan lantas membuka pintu kayu itu ke dalam sebelum seorang demi seorang berjalan masuk menerusi laluan berbentuk bulatan seakan terowong.

Detap!

Detap!

Detap!

Tumit kasut combat bergema sepanjang perjalanan itu sewaktu mereka menuruni tangga untuk ke bilik bawah tanah pangkalan rahsia mereka.

         "Kenapa kita kena panggil secara mengejut macam ni?"

         "Kau tak tahu ke?"

         "Tahu apa?"

          "Geng vampire Lord Dragomir panggil Ketua Dhampir Leo nak bincangkan sesuatu.."

          "Pemerintah tertinggi Bangsa Vampire?Serius  la?"

Waktu itu Star yang berada di hadapan barisan mereka berlima itu hanya dengar tidak menyertai perbualan tersebut.

          "Isukan hal apa?"

          "Aku dengar ianya mengenai Strigoi."

          "Adakah ianya berkaitan dengan kes Lissa tempoh hari, Star?"Carlus dekat belakang bersuara tidak semena.

           "Ya. Menurut siasatan. Darah Raden tercemar gara-gara dia minum campuran darah Strigoi. Sebab tu dia berubah jadi vampire liar sedangkan sebelum ni asal dia adalah manusia biasa..."

           "Apa yang dah berlaku sebenarnya?Macam mana Raden boleh berubah jadi vampire liar hanya dengan meminum posyen misteri tu?"

          "Sejak kebelakangan ni ada aje hal yang tak kena dah berlaku."

           "Kau perhatikan Lissa?Dia ada buat hal mencurigakan ke?"

           "Tak payah tanya Star boleh tahu sebab kebelakangan ni Star kerap luangkan masa bersama dengan Lissa."

            "Serius?"

Masih mendiamkan diri, Star jalan menerusi laluan kecil tersebut sehingga tiba di dalam ruangan bawah tanah yang sangat luas dan mempunyai banyak tiang gergasi di sekitarnya. Lantai tempat itu adalah berjubin hitam arang. Dinding bilik bawah tanah itu pula bercorak batu bata. Dan setiap dinding di situ terukir dengan lukisan pentagram. Lukisan Pentagram itu berfungsi sebagai pendinding dan juga menguatkan keselamatan seluruh kawasan akademi tersebut.

         "Tengok siapa yang datang....hero kita. Star Poison.."

         "Ketat aje muka, senyum la sikit.."

         "Gaduh dengan girlfriend lagi ke bro?"

Tidak terkutik dengan mereka semua itu, rakan-rakan Star termasuk Star sendiri hanya beri anggukan acuh tak acuh.

Mereka yang terlebih dahulu di situ mula memalingkan kepala memandang ke arah lelaki lampai berpakaian serba hitam dan berenung gelap di situ. Semua di situ kenal siapa Star Poison. Satu-satunya pahlawan muda yang banyak menerima anugerah dan recognition dari ramai Dhampir berpengalaman. Dan semua orang tahu sejarah hidup dan latar belakang Star Poison.

         "Ketua dah sampai ke?"tanya Star saat   mengetatkan butang glove tangan kirinya.

         "Belum.."

Sambil termenung memandang tali di glove, Star membayangkan wajah serius Vlad siang tadi. Kenapa lelaki vampire tu pindah kelas kemudian ganggu Lissa?Apa tujuan lelaki tu sebenarnya. Dia tak suka fikirkan soal vampire, tapi Lissa buatkan dia tak boleh nak berhenti fikir!

         "Hah...semua dah sampai belum ni.."seperti tahu-tahu waktu itu lah suara lelaki garau bergema di dalam ruangan yang senyap sejak tadi.

Lamunan Star terhenti serta merta mendengar suara autoriti ketua mereka itu.

Dengan serentak tanpa menunggu sebarang arahan, semua para Dhampir bergerak membentuk beberapa barisan dan berdiri tegak sewajarnya sebagai seorang pahlawan. Star berada paling hadapan dimana Carlus dan rakan-rakan lelaki itu turut berada.

          "Selamat sejahtera Ketua Leo!"sapa mereka dengan seragam.

           Lelaki berjambang nipis, berambut lebat hitam berdiri di anak tangga kecil menghadap barisan dhampir di situ dengan senyuman nipis di bibir. Leonardo Hendric. Seorang lelaki berusia 45 tahun. Bujang dan tidak mempunyai pasangan apa lagi anak. Usia mudanya banyak dihabiskan dalam latihan dan Dhampir semata. "Maaf kerana lewat. Saya baru sahaja pulang dari perjumpaan pemimpin Zon Merah."belakang telinganya di garu tanpa sebab.

Star yang dapat membaca air muka ketuanya saat itu hanya melepaskan hela nafas kesal. Dia boleh agak kemana arah tuju pengumuman ini akan berlangsung.

           "Sepertinya Blue Zone sedang merancang untuk melaksanakan peperangan ke Red Zone. Dalam senyap mereka telah merangka pelan untuk musnahkan kehidupan vampire di dalam Zon Merah ini.."Ketua Leo menilik setiap wajah Dhampir di hadapannya saat itu. "Saya tahu...kamu semua hanyalah manusia biasa yang dilatih untuk menjadi pahlawan menentang vampire....peperangan ini sama sekali tiada hubungan dengan kamu semua....tapi kamu semua juga kena tahu. Bukan semua vampire di zon merah buas seperti Vampire Strigoi yang memang sudah hilang rasionaliti dalam diri mereka."

Dah agak dah!Star mencebik bibir tidak suka sebelum melemparkan pandangan ke arah lain. Berasa tidak berminat untuk mendengar pengumuman itu.

           "Lord Dragomir, Pemimpin Tertinggi Vampire beritahu saya tentang permintaannya untuk mendapatkan Kerjasama dari para Dhampir bagi membanteras peperangan ini bersama."

            "Ketua setuju?"sampuk Star serta merta.

Pertanyaan itu membuatkan semua kepala tertoleh ke arah Star.

            "Sebab itu saya adakan perjumpaan ni...hendak maklumkan akan keputusan saya."ujar Ketua Leo memandang ke arah Star. "Saya faham kalau kamu enggan memberi Kerjasama Star. Jangan risau."

             Star berdengus mengejek. Dia memandang sinis ke arah Ketua Leo lantas berkata. "Kalau nama aje vampire. baik ke tidak. mereka semua tu sama aje. Penghisap darah. Pembunuh dan Parasit!"getusnya.

Tiada siapa yang berani hendak bersuara. Ramai-ramai di situ mereka hanya diam menahan nafas. Menanti apa reaksi ketua mereka bila Star cakap macam tu.

             "We already talked about this Star. So please-"

Rahang Star berketik!

             "Kematian ahli keluarga kamu sudahpun terbela Star. Vampire yang membunuh keluarga kamu sudahpun menerima hukuman yang setimpal.."

             "Tak bermakna aku akan terima apa aje yang dah berlaku!Vampire atau Strigoi. Selagi latar belakang dia orang sama!Sampai aku mati!Aku takkan maafkan mereka!Mereka buatkan keluarga aku terbunuh."ketap Star. "Tadi apa?Tolong vampire memerangi bangsa manusia biasa macam aku?Gila ke?"

Kening Ketua Leo mencerun.

              "Fine...anggap kita tolong vampire?Apa jaminan dia orang untuk Dhampir nanti?Boleh pastikan keselamatan ahli keluarga Dhampir yang lain terjaga?Boleh pastikan yang mereka takkan ganggu mana-mana manusia biasa lepas ni?Yakin ke mereka takkan tikam kita dari belakang?"tanya Star lagi.

Carlus dan rakan-rakan baik Star dekat situ pandang belakang kepala Star bersama perasaan serba salah dan simpati masing-masing.

              "Sebab ini la bangsa manusia biasa sering tertindas. Sebab mereka letak empati lebih dari diri sendiri!Biarkan diri dipergunakan dengan mahluk bernama vampire ni"ketap Star dengan bengang. Sampaikan dia tidak sedar tangannya sudah berkepal penumbuk.

              "Saya faham perasaan kamu Star. Tapi keadaan sekarang sangat serius. Kalau kita tak berganding bahu dengan Lord Dragomir, manusia biasa juga mungkin akan pupus seiring dengan vampire biasa di luar sana."pesan Ketua Leo dengan tenang.

              "Tsk!Bullsh*t!"Star mengetik lidah kejengkelan. "Itu bermakna aku kena bekerjasama dengan vampire-vampire tu?"

              "Mereka adalah sahabat kita Star. Musuh sebenar kita adalah mereka yang tinggal di dalam Zon Biru sana tu. Mereka culik vampire, gunakan darah mereka untuk bina tentera Strigoi untuk bunuh kita semua di Zon Merah ni."jelas Ketua Leo dengan kening berkerut tidak puas hatinya.

              "Tugas kita adalah buru dan bunuh vampire. Bukan bantu mereka."beritahu Star sebelum berjalan keluar dari situ. Enggan membuang masa dengan lebih lama di situ mendengar perkara yang tiada guna.

              Langkah itu diperhatikan oleh Ketua Leo dengan renungan kesal. Dia yang sudah menghadap perangai Star sejak anak saudaranya itu berusia 9 tahun sudah lali. Tak boleh nak cakap apa-apa. "Saya dah bersetuju untuk beri Kerjasama pada mereka Star."maklumnya pada masa itu juga.

              "What ever."Star melambai malas tangan kanannya tidak peduli dengan makluman itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience